House of Glory

The Ultimate Sapphire

turunnya membawa panduan



Hari ini pada malam tadi (17 ramadhan) telah berlaku peristiwa yang menjadi sejarah ke atas Nabi Muhamad SAW. Peristiwa tersebut dikenali Nuzul Quran dimana turunnya wahyu secara berperingkat sehingga menjadi sebuah mukjizat yang lengkap pada masa kini iaitu al-quran.

Sempena hari baik, bulan baik. Luangkan masa dekatkan diri dengan al-quran, senjata orang islam. Semoga kita mendapat hidayah dan pedoman demi masa ketinggian darjat islam dan sahsiah diri.

Ingat al-quran adalah mukjizat besar dalam agama kita, islam.

Sedikit renungan, apa yang kita lihat sekarang adalah kerana kita sudah jauh terpesong dari nur islam. Sedangkan di dalam al-quran telah termaktub segala kisah-kisah untuk dijadikan teladan dan pengajaran.

Tapi dunia sekarang seperti mempermainkannya pula. Setiap kisah ada pengajarannya, Setiap kejadian ada sebab musababnya.

Kita tidak dijadikan dengan kesempurnaan tetapi jika kita tatapi pengajaran dan ajaran yang diturunkan Allah kepada pesuruhnya yakni Rasulullah maka kita bakal hampiri kesempurnaan… insya allah.


house of glory

0 comments: