House of Glory

The Ultimate Sapphire

ok.cukup dengan tohmahan tak berasas.

cukup!
cukup!
cukup!
sudah dengan undian jersey.
hehe. buat emo.
---
akhirnya. hari ini, kepten volleyball terhormat telahpon selmat menempah jersey yang
SANGAT CANTIK(kami gembira) di kedai yg berdekatan.

"hujan la awak. kita tunggu hari x hujan la pergi"
"awak xde kereta kah awak??"
"ada, tpi fungsi kereta bakal tergendala ketika hari hujan"
***

akhirnya kami (kepten dan the designer) pergi jua meredah ribut dan taufan..

'lalu ku redah onak duri, dan lautan api'
'kemuncaknya ingin ku tawan, aku jelajahi...oooo'
bingkisan lagu gemilang, jacklin victoria bechem.

"nak tnggu tak hujan ,alamtnya taun depan la awak ooi"
musim tengkujuh di timur.

sebetulnya, kedai itu sgtlah berhampiran dgn rumah the designer.
cuma sedikit tersembunyi dan signboardnya teramatlah tidak besar untuk kelihatan ketika memandu di jalan raya.

seperti kata the disigner
"kalu akak kedai tu kentut pun aku boleh dengar"
perlambangan melampau untuk melambangkan betapa dekatnya kedai itu dgn kediaman the designer.

maka dengan ini the designer mengishtiharkan tarikh untuk mengundi telah tamat.
sila cuba taun depan.

tahniah untuk design yg terpilih. ribuan trima kasih kepada yg menyumbang design2 yg terbabit.

INI SATU KEJUTAN. NANTIKAN DESIGN YG TERPILIH. TAHUN HADAPAN.

by,
the designer.

again.memanggil pelajar2 kolej jin bertendang~






ini design terbaru untuk jersey volleyball.
ihsan sumbangan iman ehem.
maka, sila jalankan tanggungjawab anda sekelian bagi memastikan pasukan bola tampar kolej jin bertelagah ini mendapat design yg terbaik!!
bersatu kita teguh, bercerai cari yg lain (ini ayat artis malaysia)

(E) ini bahagian depan

















(F) ini pula bahagian belakang




















(G) ini pula bahagian atas







*perhatian. warna jersey ini bukan warna sebenar.hanya design yg ingin ditonjolkan*

(H) ini bahagian depan
(















(I) ini bahagian belakang


















(J) ini bahagian atas








*perhatian. lagi sekali, sekadar menunjukkan rupa design. warna boleh dimanipulasi.

sila undi pada bahagian atas sisi kanan. '
ihsan anda sekelian amat diperlukan.

sekadar memetik kata-kata kepten volleyball
"ya..terik mentari sukar utk kutemui..wah..bagaimanakah ini? bilakah bolehnya kita ingin menmpah jersey seandainya titisan hujan masih mencium bumi??"

komen anda ttg gaya bahsanya??
simpan saja.

oh ye.
jgn lupa!!

by,
the designer

Dia, kawan karib saya...

amaran!
post ini jiwang. jangan makan ketika membaca. sila tahan daripada terjeluak muntah.

genre post: jiwang
mood: sedih
music players: Untukmu Teman

'mengapa, kita ditemukan, dan akhirnya kita dipisahkan..'
'mungkinkah menguji kesetiaan, kejujuran dan kemanisan iman.'
'Tuhan berikan daku kekuatan'..
teringat bait2 lagu nasyid "untukmu teman" nyanyian Brothers.
---

tanggal 12 Oktober 2008 menemukan aku dan dia. tika itu dia masih kecil, bagai budak hingusan. tika itu petang, semilir lembut memuput dingin. awan sitrus dan stratus tidak kelihatan. bumi bakal basah lagi. awan menagis lagi.

sedih. dia sudah tidak punya bapa. entah kemana perginya. melepaskan tanggungjawab selepas melepaskan nafsu sarakah.

putik persahabatan antara aku dan dia bagaikan diberkati. pada aku,
dialah kawan
dialah teman
dialah taulan
dialah sahabat
dia lain dari yg lain.

dia punya kekurangan. bisu. aah..apa aku kisah. janji dia sahabat yg memahami.
tika aku gembira, dia hadir dengan senyuman.
tika aku berduka, dia sentiasa disisiku.
tika aku geram, dia tempat terlepasnya amarahku.
tika aku kecewa, dia tempat ku luah segalanya.
walaupun dia bisu.
aku tahu dia memahami.

pelik bunyinya.
dia kecil dan dia comel.
tapi dia memang comel. ramai kawan2 suka mendampinginya. haha.
petang2, kami bermain volleyball. dia sekadar pemrhati.
dia kecil, x mampu bermain, nnti cedera.

saya sayang kawan karib saya. masa exam dulu, dia paling teruk kena belasah dgn saya.
satu hari, selepas exam econs, saya tension.
saya menjerit dengan vokal yg sangat lantang di depan muka dia. satu challet terkejut.
tpi dia x kesah. dia pndang saya tanpa berkedip, tidak berkelip.
dia buat muka dungu. lagi bertambah geram saya.
saya jerit lagi.
dungu.

ah. dia sayang saya. saya tahu.
pagi2, dia buat bising, kejutkan saya dari subuh. hehe.
petang2 selalu merengek nak ikut saya bermain.
dia suka mandi. dia suka pakai syampu clear.
dia suka percikkan air masa mandi.

malam2, dia menemani saya study.
dia suka sepahkan barang saya.
dia suka tumpahkan air milo saya.
ha. dia suka susu strawberry dutch lady.
dia suka kacau fikri, cheletmate saya.
nonel juga kena kacau kalu pintu biliknya terbuka.
dia x kacau luqman, sbb luqman besar.
dia kecik.

dia sekarang dah besar. dah gemok. mcm luqman. hehe.
mata dia bulat, hitam.

oh.skrang cuti smester. kami berpisah. katanya dia balik ke rumah neneknya.
petang 20 November 2008 kami berpisah.
saya menangis. dia tidak.
dia masih dengan muka dungu.
tapi saya tahu dia sedih.
ah, sudah sebulan lapan hari kami bertemu, bersahabat, bergurau senda.

dejavu.
25 November 2008.
petang itu hujan renyai2.
tiba2, saya mendapat panggilan dari nenek kawan saya.

kata nenek kawan saya,
kawan saya sudah tiada.
saya tanya, dia pergi mana?
hati saya berdegup kencang.

kata nenek kawan saya,
kawan saya sudah pergi menemui Ilahi.
terjelepuk. lemah. lidah kelu tanpa bicara.
pagi 25 November 2008, dia pergi untuk selama-lamanya.
kematiannya tragis. dia diserang pengganas. dibunuh dgn kejam. dibunuh tanpa kesan.
semoga pembunuhnya mendapat balasan setimpal.

siapa nak dengar jeritan vokal lantang saya lagi?
siapa nak sepahkan barang saya lagi?
siapa nak tumpahkan air milo saya lagi?
siapa nak buat bising, nak kejut saya subuh?
siapa nak temankan saya study?
siapa...

pertemuan yg sgt singkat.
pada saya, dia adalah jiwa saya.
saya tahu, satu kolej akan sedih bila tahu.
saya pasrah.
saya tidak menagis.
semoga rohnya dicucuri Rahmat Ilahi.

bingkisan pertama dan yg terakhir, khas untuk dia.
Dia, kawan karib saya.



dia comel kan??

tinggal kenangan.

Coet, saya rindu kamu.
saya sayang kamu.


penulis bakal berkabung selama 7 hari. akan tiada post baru daripada penulis selama 7 hari.

by,

calling all KYUEM-ians

assalamualaikum.
berikut adalah 2 design yg direka untuk KYUEM volleyball team.
minta pertolongan anda untuk vote yg mana bagus.

this is for the sake of our college..
malu r asyik pki jersey lama yg free size jer..
hik3..
undilah.
mengundi itu adalah tanggungjawab bersama.

(A) bahagian depan jersey 1















(B) bahagian belakang jersey 1


















(C) bahagian depan jersey 2
















(D) bahagian belakang jersey 2
















sila vote pada poll yg berada di bahagian tepi belah kanan blog ini.
igt.
untuk kolej kita jua..

tq.
by,
the designer





UNTUK KAPITAN terchenta~

KAMI DARI P-31 EMAN-FIQRI-LUQMAN

MEWAKILI BUDAK-BUDAK SAPPHIRE KYUEM

SENIOR DAN JUNIOR

INGIN MENGUCAPKAN

SELAMAT HARI JADI
KEPADA


MOHD FAHMI BIN RASNI


ataupon lebih popular dipanggil

NONEL!!

jom nyanyi

ALLAH SELAMATKAN KAMU~
ALLAH SELAMATKAN KAMU~
ALLAH SELAMATKAN NOOOOONELLL~
ALLAH SELAMATKAN KAMU~


semoga panjang umur murah rezeki
kami bangga sama kamuuuu~~
kami sayang sama kamuuuu~~

nonel kapitan best!!
post ini lambat kerana dalam usaha mencari gambar-gambar yg terlibat.
he
he.

by,


::cerita manusia::Dirasuk Semangat Usain Bolt.


kak akma, anak itu selamat.

---

perjalanan ke mid velley diteruskan.

alasan ke4 kenapa saya x suka naik train.

ramai mat bangla yg suka mengintai orang. i mean, mat bangla ni suka usha2 orang.

depan saya ada 2 orang mat bangla.

kejap pndang ats. kejap pndang bawah.kejap pndang tepi. kejap muncung2 mulut, bagai menuju ke arah saya. ah.tidak selesa.


seluar jeans hitam. tsheet tanpa kolar dan sandal.

tiada yg janggal.

ah,cepatlah tiba ke destinasi.


"stesen Mid Velley" suara perempuan robot berkumandang. lega rasanya.

bergegas bangun. train masih bergerak.

dari kelajuan yg tinggi,train berhenti..

maka inertia berlaku. keseimbangan badan tidak dapat dikawal.

inertia tinggi.

kedebom! kepala terhantuk tiang besi train.

senyum sorang2.

bangla itu ketawa. kuhang asam kamu!

---


hujan lebat. tiada tanda mahu berhenti.


ini target saya ke Mid Velly.


-seutas tas tangan berjenama

-se(sehelai, sekeping, sebuah..apa penjodoh bilngan yg seswai?) tie berjenama

-sehelai baju tshirt berjenama

-sehelai kemeja berjenama


sem 3 berakhir. duit elaun ada yg lebih. bercita2 mahu hadiahkan ibu, ayah dan adik.

moga hajat tercapai.

---

berjalan2 di Mid Velly. luas terasa bagaikan tanpa sesat. haha.

ini kali yg ke-5 ke Mid Velley.

kata kawan saya, dia dah x terkira berapa kali meronggeng di sini.

---

bosan kan?

ok terus kepada capaian target.

sudah setengah jam meronda-ronda mencari tas tangan. susah jugak ye.

patut la pompuan sampai 5 jam shopping kan?? no wonder~


terasa janggal juga tika memasuki entrance "hand bag n shoes".haha.

naseb baik ada kawan saya.


teori pertama

bag tangan yg dibeli mestilah "WAHH!" bila dpandang tanpa design yg sarat dan menyakitkan mata


terjumpa 2,3 yg "WAHH!"..

simpan dulu.


teori kedua

bila dah jmpa yg "WAHH!", maka mata tidak akan terpesona lagi dgn yg lain,,walaupun ia "WAHH!" juga.


pusing punya pusing punya pusing.

maka kami kembali ke tempat awal tadi.

maka ini hasilnya.



D&G bukan nama sebenar. saya puas hati



harap bonda menyukainya.


pencarian se(sehelai, sekeping, sebuah..apa penjodoh bilngan yg seswai?) tie berjenama diteruskan. hmm. memasuki bahagian tie n shirt, gemuruh tadi hilang terus. haha.

ntah apa kata promoter2 di sana. hik3.


design yg bukan remaja

design yg bila nmpak, mcm seorang cikgu

design yg tidak terlalu menonjol.

huh. susah betul.

ini taste ayah.


penjualan tie di Mid Velly sangat kurang (yg berpatutan la). sgt susah mncari yg menepati taste ayah.

maka ini hasilnya.

paola Michelle.berbelit lidah menyebut. juga puas hati.


harap menepati citarasa ayahanda.

---

jam henpon tertera pukul 9.00 p.m huh. harus balik skng.

maka menaiki train (again)

ramai orang.

train tiba pukul 21.30


teori ketiga

kesopanan dan kesusilaan tidak digalakkan ketika mahu meneroboskan diri ke dlam train. anda perlu agresif.

masa terluang di isi dengan berbual kosong dengan kawan saya.


satu gambar yg menarik.



sangat bersemangat GArnet kan? gambar sekadar hiasan.


---


kami menyimpan bag di stesen putra.


tiba di stesen ktm putra pukul 9.58 p.m


tiba2..


"hei. tempat simpan bag tutp pukul brapa ha?" tanya teman saya tiba2.


"tah, lambat kot.dlm pkol 12 kot" jawab saya acuh x acuh.


"try tengok dekat resit tu" cemas bunyi nyer.


"ala lek r" cuba mententeramkan suasana.


'mula 9.00 pagi. tutup 10.00 malam'


tiba2 kami dirasuk semangat Usain Bolt. yeah stesen bas itu hanya 200 meter di hadapan.


larrrrriiiiiii~~~


dalam hujan renyai renyai, kami berlari berkejaran


mengharapkan masa simpati kepada kami


mengharapkan masa berhenti seketika


pranggg!


bunyi henpon kawan saya jatuh! aah..kacau daun betul.baru nk feeling..


ok..sambung.



laju langkah dibuka


pantas nafas diatur


melewati manusia2 di pinggir jalan


kenapa dengan mereka?


mengapa dengan mereka?


mungkin ketinggalan bas barangkali


getus hati mereka



nukilan,


econslover


sebuah sajak rasukan Usain Bolt.


alhamdulillah. kedai blom ditutup. resit dihulur tanpa banyak bicara.


tercungap2..


aduhai..


21.30 bersamaan 9.30 pm.


bukan 8.30 p.m.


pengajaran untuk hari ini.


target accomplished.


by,

















::cerita manusia::sedih kerana gembira

*kerana terlalu excited smpi 2 post sekaligus. dlm proses menaip post ke3*
*post baru berada di bawah post ini. harap maklum*

yeay!!
akhirnya, KYUEM menghalau keluar semua penuntut-penuntut setia. berakhir sudah semester ke3. berakhir jua A-level. semoga kalian berjaya.

siapa paling excited bila cuti??
-cikgu-sbb x perlu lagi bersemuka dgn budak2 kolej yg terkenal dgn keawalan mereka dtg ke kelas. keriangan mereka terasa tatkala menyembahkan kerja sekolah ke muka students mereka. hamek ko!! cuti puas2.
-students-x perlu lagi risau blok apa yg mula pagi esok. x perlu susah2 fikir blok mana yg terasa mahu skip. x perlu lagi bgn awal2 pagi ntok ke kelas (subuh jgn lupa)

abg burger-hilang penat menjual burger kan?ye la, kalu x hari2 duk berkejar2 buat burger demi memenuhi nafsu kuda pelajar kyuem yg x penah kenyang. x perlu lagi ulang-alik ke chelet yg sama ntok htr tempahan.aduh. hilang penat ntok sebulan.

pakcik dan makcik cleaner-x perlu lagi sapu sampah yg berteraburan. x perlu lagi lap lantai blok akademik kan?kesian kt makcik. asal lap je orang lalu.asal lap je orang lalu.asal orang lalu je lap.haih~ terima kasih pakcik!muchas gracias mak cik!
pak guard-ngantuk kan pak cik tiap2 mlm kena ronda kolej semata-mata nk jaga keselamatan kami. dah cuti nie, x perlu lagi mak guard nk sergah ular2 di kaki lima. x perlu lagi mak cik nk sergah mesyuarat tangga. x perlu lagi pak cik nak hambat budak2 yg bermesyuarat kt new blok.kui3.

ada jugak yg sedih bila cuti

cafe-cuti2 nie, xde la pelajar yg kaya raya nk menyumbang duit kan makcik? selalu bila hari makan ikan kt DH, untung lipat kali ganda. xdela pelajar yg berpusu-pusu time break melantak nasi lemak,mee goreng,beehun goreng,spageti goreng, nasi goreng,nasi impit goreng ecetra2..

24 ekor kucing-kenapa kucing??ye la. bidadari kucing turut bercuti. xdela bidadari nak sediakan makan minum kucing. selalu pas lunch, pas diner lauk mereka mewah. bidadari ada.mcm mana la naseb mereka nanti.. xpa.dari jauh bidadari kamu boleh doakan. semomga bidadari kucing itu dirahmati Allah. aminn~
pn rog-sedih sebab terpaksa berpisah dgn polis kesayangan. Student Council maksud saya. sedih sebab xboleh nak approved and reject proposal pelajar. sedih sbb xboleh nak letak notis mengejut lagi kt notis board..


saya sedih kerana terlalu gembira.


makanan end of sem dinner *sekadar hiasan*

hmm.
sungguh ironi.

by,

::cerita manusia::Anak Anugerah Tuhan

gaya bahasa yg sudah lama tidak digunakan. akan digunakan untuk post kali ini.
---

"adik boleh naik bas yang pkol 2 ptg tak?" tiba2 satu suara menyapa.
"tapi tiket bas saya yg 2.30 nye, gpon saya tgh tnggu kawan nie" balas saya serba salah.haih. abg nie, xyah r wat muka 28 sen.
"adik, bas ni bawak orang luar, x ckop lagi sorang je nie..ala, nnti boleh jmpa kt KL, x lari nye KL tu.." pujuk abg tu smbil menampar perli saya sedikit.
"hmm,saya dah jnji da ngn kawan saya" tpi bila tengok muka abg tu dah jadi lima sen berkarat,kesian plak ghasanya..aduhai..
"baiklah abg, saya naik, tapi tiket saya ngn kawan saya" terukir senyuman kt muka abg tu.
"terima kasih dik, tiket xde?hmm,adik tukarla ngn kawan adik tu.." smbil menunjukkan ke arah seorang wanita disitu..
xpala,,smpi Kl gak kan..atlis aku dah ringankan beban sorang manusia..

bas bertolak.
---

smbil menunngu kawan tiba, melihat gelagat manusia kt KL nie.mcm2.
ada yg pakai payung transparent tengah2 panas terik. motif ko nak bergaya ngn payung lutsinar?? sediakan payung sebelum hujan katanya.
ada yg pakai sweater tebal mcm kt London. hoi. ni iklim malaysia. memang r kt London ngh winter skng. mungkin dia sakit kulit kot. optimis2.
ada yang mekap tebal2 smpi berminyak2. mungkin sebab panas terik, so kena mekap tebal2, klu nipis nnti, cepat cair, tersembul plak muka yg x brapa cantik. hmm. tajaan Loreal Paris kah?
ada yg pakai seluar berantai besi seberat 17 kilogram. hmm.ahli bina badan mungkin. optomis2.
haih~mcm2 gaya ada.
haa. nie gaya syarikat bas terkini barangkali. selalu kita tengok
Transnasional
Mara Liner
Mutiara
Sani Ekspres
Star Coach
dan banyak lagi. sumer nama pendek2.
bas ni special.


trend baru nama syarikat
KUALA LUMPUR-SABAK BERNAM-TELUK INTAN-LUMUT-EKSPRES.

haa.tu sebab bas lalu 4 jajahan jer.
kalu satu malaysia dia nak sapu..??
KELANTAN-TERENGGANU-PAHANG-JOHOR-MELAKA-NEGERI SEMBILAN-PERAK-KEDAH-SELANGOR-KUALA LUMPUR-PERLIS-LANGKAWI EKSPRES

tak ke penuh bagai tulisan tu kt bas tuh. hahaha~
best2..
---
tiket bas pukol 11 malam. ulang suara.
11 MALAM.
skng bru pukul 3 petang. merasalah aku meronggeng kt Kuala Lumpur nie kan. menunggu masa berlalu, alangkah siksanya. wah. syahdu gitu~
hmm.sampai stesen bas putra.simpan beg. rm9 melayang. huh~
hei bang, saya simpan beg je kot. bkn suruh abang pikul beg saya. smpi 3 hengget satu beg. haduih. KL KL.mmg mcm nie.

kawan saya mengajak menjalang ke Mid Velley..yeay~ terisi juga ruang kosong ini.
mintak2 ada sale. boleh berbelanja. duit elaun sem nie pon byk lebey nyer..nget3.
merasalah aku shopping sakan pasni!

---
pegi mid naik KTM. ye. kenderaan yg saya geruni.
satu sbb xtau nk naik yg mana satu. sbb train ni berkepala dua.tah nak ke seremban ke, sentul ke, ampang ke,, atau pelabuhan kelang.
betul. saya tak biasa.
dua, sebab kesopanan dan kesusilaan tidak digalakkan sewaktu perebutan meneroboskan diri ke ruang kabin.
tiga, sebab saya benci dgn pengumuman ooperator dlm train tu. lebih2 lagi bila petang. cakap da r x berbiji berulas. bunyi mcm minus one jer. huh~
---
train ke mid belum sampai. 20 minit lagi.
kenampakan seorang budak bersama bapanya. mana pergi emaknya?


budak malang

hujan lebat. lantai basah. bumbung terminal yg ada bagai tidak berguna. tempias hujan tetap kuat.
budak tadi menangis. kuat tangisannya. sampai mencuri pendengaran aku walau dia berada di seberang.
ntah apa yg ditangiskan, tapi yg pasni ayahnya sangat garang. hello~ anak perempuan anda tengah teresak2 menangis, yg ekau poie marah dia plak kenapa?? dasar bapak.

mengantuk jua menanti train ini tiba.
khali.
---
tragis.
hujan masih lebat. lantai basah. raungan budak kecil masih kuat. kelihatan train dari seberang hampir tiba.
lantai licin. budak itu menangis sambil berlari2.
lantai licin.
kedebam!! bunyi sesuatu jatuh ke landasan. tidak kelihatan budak menagis itu.
oh. sesuatu di atas landasan seberang.
train makin hampir.

kedengaran bunyi suara ramai menjerit2. bapak budak itu brlari ke tebing landasan. train sudah 50 meter di hadapan.
suara ramai di sekeliling bagai berkoir. pelbagai jeritan kedengaran.
"anak itu!!! selamatkan anak itu!!"
"mana bapak budak itu!! hei, keretapi dah datang!!"
30 meter.. 20 meter.. 10 meter..

vroooommm..bunyi train dari seremban tiba membingitkan telinga.
tersedar.
oh. terlelap tadi.

budak tadi dan bapaknya sudah tidak kelihatan. kasihan budak itu miliki bapa yg garang.
--

by,

::cerita manusia::bila barat datang ke timur

venue:Great Hall KYUEM
theme:hiburan penghujung semester
tema pakaian.smart casual (yg sopan dan tidak disaster)


GILAng gemilang.
perkataan yg sgt seswai untuk acara malam ini.
betul.

berpinar mata bila tgk tentatif acara pada mlm ini dkat kad jemputan.
meriah. pack. menarik.

lagi nak pengsan bila tgk hidangan yg tersedia pada mlm ini.
main meal.
-char kueh teow
-Nasi Lemak kukus berlauk ayam goreng berempah (saiz ayam serama)
-nasi goreng kampung khas itu vegeterian
-keropok lekor (lebih tepung dari ikan)

side dish
-burger malaysia (anda tahu?)
-kueh mueh beraneka warna dan rasa
-Yong tau Fu
-Pasembur (rojak kut)
-roti jala (jan jan jala jan jala itik ayam-tema lagu tadika kemas)


pemanis mulut
-salad buah campuran atau lebih elegen mixed fruits salad
-ABC dan cendul (boleh belah la)
-watermelon jus
-orange jus
-sugar cane jus
-coconut jus (hahaha)
-rojak buah


rasanya ada yg tertinggal.sbb byk sgt. smpi x igt.

haa. mlm tu ala2 Grammy Award. sbb ada KTV award ala2 MTV Award.
hmm. golongan wanita tampil ekslusif mlm itu.
jubah labuh yg anggun.
punjabi yg melayang-layang bila ditiup angin.
gaun malam yg tidak longgar ditatahkan dgn barang kemas tajaan habib jewels and pearl raflesia (mimpi)
blous ropol2 perancis.
gaun ala2 empire cut.
sari-sara.
skirt mini n tube mini.
kebaya nyonya. kebaya singkat. kebaya kedah. kebaya ketat.
hmm.rasa mcm tertinggal satu.
ya, sangat kurang baju kurung.
moden.

saya suka persembahan zapin. walaupun selalu tgk tapi x bosan.
kenapa?
-pergerakan tarian lelaki sgt sopan tpi gagah.
-langkah tari wanita juga sangat sopan.

-pakaian baju melayu dan sampin dan baju kurung. sgt melayu.
-kelakar bila tengok penari yg salah steps tpi buat2 selamba rock sambil catch up balik. (ramai tahu siapa dia)
-formasi yg terbentuk juga menarik.
-tidak over. tpi muziknya sedikit bosan.
layan~

tergamam bila mula tarian cina.
keluar reben2 merah berterbangan. sgt elegen.
saya suka juga.
ketua penari reben sangat hebat mlm itu. lincah dan gemalai pergerakannya. mendapat sorakan gemuruh. (ramai tahu siapa)

bunyi muzik bollywood. arghh.tarian pinggul lagi.
tak boleh describe. tak suka. so x tengok.
tapi dapat teka apa yg berlaku bila hadirin bersorak riang.

terlupa. mlm ini ada rakyat british. pelajar british datang ke Malaysia.
jadi tarian di atas untuk meaikan mereka. persembahan budaya kononnya.
tpi yg bersorak lebih orang timur.
saya tengok orang barat hanya asyik memerhati.
kagum mungkin. entah.

pelajar brtitish buat persembahan. mereka membaca Quote shakespeer. x paham. tpi mcm menarik.
menarik tanpa ada tarian mengghairahkan.
menarik tanpa ada goyangan pinggul yg terover.
menarik tanpa ada muzik menyakitkan kepala.
menarik tanpa ada benda yg tidak menarik untuk dilihat.

saya tertarik.. tahu kenapa?
bila buat perbandingan.
timur lebih barat dalam membuat persembahan.
barat sangat timur dalam membuat persembahan.
mungkin barat segan malam itu. mereka kan tetamu. kena jaga tingkah laku.
so persembahan x boleh over.
OH.
kita x segan. kita kena rai tetamu. kita x pelu jaga tingkah laku.
begitu?
so persembahan kena over sikit.
setuju.

oh.malam ini milik aiman rashad aka tiger.
dia menang byk kategori untuk KTV award.
sebetulnya, hanya TOPAZ dan GARNET yg menang mlm itu.
tahniah.
xpa, kita da menang byk sebelum ini.

acara ditutup dgn upacara memukul, menghentam,menghempok, dan mengambil gambar kenang-kenangan.
anda tahu kesudahannya.

"kepada semua pelajar, sila tinggalkan dewan sekarang juga kerana pekerja mahu siapkan dewan untuk perhimpunan esok" Pn Rog bersuara.

lihat ayat pertama post. sengaja ditaip begitu.
kita kena GILA. baru GILAng gemilang.

sungguh ironi.
by,

Seminit pun Maksiat dik.

dalam seminit, apa yg kita boleh buat??
-makan aiskrim
-taip msg
-minum air
-buat soalan further pure??(mungkinkah?)
-lari setempat

banyak benda yg kita boleh buat.
hanya seminit, sesuatu boleh berubah.
betul.

memanggil siapa2 yg bermata tajam. nampak suatu bentuk menarik x pada gamabr ini?? siapa dapat teka dia hebat. cepat!! *gambar sekada hiasan*
*hint:tengok bentuk rantingnya*
---

ini pengalaman
.

"apa awak buat kat sini?" satu suara bertanya pada wanita yg sedang berteleku di lereng bukit.
"tak da papa, saja nak relax2" jawab wanita itu acuh x acuh.
"tengah hujan ni,demam kang" suara itu membalas.

"kenapa nampak sedih je?" tanya suara itu.
"exam dah abis kot...Chill la dude~"
"tah. kepala rasa serabut sikit"

kelihatan 2,3 orng pelajar tgh memunggah cangkul, siku, tanah hitam dan canggul lurus. baru habis kerja gamaknya.

"awak tgh dengar lagu apa tu?"
baru saja wanita itu membuka mulut untuk menjawab..
tiba2..

"wah, apa korang buat kt sini??" sapa seseorang dari belakang.
"xda paper lah. borak2 je."
"ish3,,x elok berdua mcm nie" sapa seseorang itu lagi.

maka pemilik suara yg menemani wanita itu berlalu pergi. segan mungkin.
"eh, ko x dgr tazkirah asar tadi eh? baru je ckp pasal bnda ni" sambil tersenyum.

"tak. ada hal tadi." senyum kelat.
"ala, kitorang borak2 seminit dua je la" jawapan bernas. mungkin satu gurauan.

"oh, kiranya, kalu duk berdua-dua kurang dari seminit takpe eh?"
khali.
pemilik suara itu tersipu malu. berlalu dari situ.


hari ni hujan lagi.


pengajaran.
Seminit pun Maksiat dik.
fikir-fikirkanlah.

by,

Ajal Maut Di Tangan Tuhan.

masih dalam mood sedih.
kehilangan kekasih hati.
hmm.

kisahnya.
saka itu memang telah pecah. retak. belah empat.
*tertanya2 apa itu saka??rujuk blog pali*

mencari idea untuk menyelamatkannya.
betul. saya betul2 sayangkan benda itu.
dan masih memegang wasiat untuk menjadi pewaris.

*wah. macam waris jari hantu. sudah.*

calon sudah ada.
MasyaAllah.
takdir mengatasi segala.
tapi Allah pernah berkata.under renovation
Ajal Maut di Tangan- Nya.
sebetulnya, ajal maut hanya untuk benda hidup.
maka. saya merujuk kepada benda hidup.

sebagai bekas paramedik dan ahli pencinta alam, saya cuba menyelamatkan nyawanya.
betul.
tangan saya tidak hijau.

mak saya pernah kata.
tapi saya ambil ia sebagai cabaran.

dugaan.
telah termaktub.
---
kini. ia sudah punya kediaman sementara.
tak secantik saka.
tak sebaik saka.
tak semewah saka.
tapi, ia masih boleh bernyawa.
saya kira itu sudah bagus.
kerna, saya tak mau kehilangannya.
rumah tumpangan

retak menanti belah.
oh tidak.
sudah terbelah.
menanti untuk dibaik pulih.wound can be healed, but scar remains forever

akan ku cuba menyayanginya.
seadanya.

walau ia sudah tidak secantik dulu.




by,


::house meeting (PEMBETULAN KEDUA)::

.....HARAP MAAF..

INGIN DIMAKLUMKAN DISINI BAHAWA HOUSE MEETING AKAN TETAP DILANGSUNGKAN PADA HARI INI..BUKAN ESOK..INI ADALAH ATAS NASIHAT PN ROG..

BELIAU MNGATAKAN BAHAWA, TIADA SALAHNYA UTK MENGADAKAN MEETING PD HRNI WALAUPUN TERDAPAT AKTIVITI LAEN YG BERLANGSUNG..SELAIN ITU, HARI RABU SEMEMANGNYA TELAH DIKHUSUSKAN KEPADA RUMAH2 UTK MELAKUKAN AKTIVITI2..

JADI, MEETING AKAN TETAP BERLANGSUNG HRNI...

DTG JGN X DTG..

PANJANG2KAN BERITA INI KEPADA ORG LAEN YA!!!






KAMI SYG KAMU..









~kapitan yg baek hati

Abang, minta maaf.

*cerita 7 hari lepas*

bangun pagi.
tengok jam pukul 8.00.a.m.
argh. lambat lagi. blok 4. economics.

tuala dicapai. menyerbu bilik air.
lantai licin.

kedebam!
bunyi pinggul seseorang jatuh menyembah lantai tandas.
sakit. rasa bagai hilang sekejap pinggul.

tengah syok mandi.
kettukk!
bunyi kepala terhantuk kepala pili air.
sakit. hilang rasa kepala sebentar.

bahana bangun lewat.
argh. baju tiada yg dah bergosok.
ok. cari baju yg kurang kedut.
siap.
8.13 a.m.

kedebam!!
bunyi daun pintu yg dibuka secara kasar berlanggar tempat sidai baju.
pranngg!!
bunyi benda pecah. tiada.
sudah lewat. terus berlalu pergi.
bahana bangun lewat.

8.20 a.m.
mr jamal baru start mengajar.
naseb baik.
tidak. bukan naseb baik.
argh.
tertinggal notes econs.

bahana bangun lewat.
hari ini malang banyak menimpa.
kepala x betul.
belajar tak mengantuk.

terfikir. bunyi apa yang jatuh tadi.

akhirnya kelas tamat. asar. surau.
balik chalet.
nmpak serpihan tanah liat bergelimpangan di depan pintu chalet.

kain di ampaian diselak.

terkedu.

hancurnya sebuah pasu wasiat seorang abang.

teringat bunyi benda jatuh pagi tadi.

Abang, minta maaf.
(tak mampu lagi menulis.kerana terlalu sedih,pedih,rintih.)

by,


::house meeting (PEMBETULAN)::

..achtung!..correction people..!!..

our house meeting which is supposed to be held tomorrow is postponed to THURSDAY 20 NOVEMBER 2008..

mase dan tempat masih sama : LT1, 8.45 PM..
agenda juga masih tidak berubah.
jgn lupe dtg! seperti post sebelum ni, kami x terima sebarang alasan..


harap maaf diatas segala kesulitan yg timbul..
kalau bole,mmg nak bt meeting on wednesday (serious!!)..tp ade event laen....
sila panjang2kan kepada ahli sapphire yg laen yea!..

dtg meeting tau!!...

ni ni..
JANGAN LUPA BAWAKAN FORM
MTV-WANNA-BE VIDEO COMPETITION




~kapitan

::HAPPY BIRTHDAY..!::

..18 november 2008..they are now older (n hopefully wiser..he3..)..two of our very lovely friends are celebrating their birthday today..!!..


Kong Ei-Jean



Izzie

so,jom menyanyi!!

happy birthday to you,
happy birthday to you,
happy birthday to ei-jean n izzie,
happy birthday to you..!!!

x forgetting our very own syera mat who celebrated her birthday last sunday!

akak syera sya

jom nyanyi once again!


Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan SYERA MAT,
Allah selamatkan kamu...

to all these birthday babies,
ucapan dari kami warga sapphire :

semoga panjang umur,
dimurahkan rezeki, dan
mendapat calon2 suami yg baik..
amin...



selamat hari lahir!
happy birthday!
qu ni sheng re kuai le!
Joyeux Anniversaire!
Alles Gute zum Geburtstag!
Buon Compleanno!
Otanjou-bi Omedetou Gozaimasu!
Saeng il chuk ha ham ni da!


^.^..!





p/s : gambar2 di atas telah dirembat dari facebook..harap maklum..+]..








~kapitan

Laporan Program Realiti di Kolej Saya.

soalan penulisan bahasa melayu.
tuliskan karangan mengenai program yg berlaku di sekolah anda baru-baru ini. karangan anda mestilah melebihi 350 patah perkataan.
(haha..teringat zaman pmr dulu-dulu)


Majlis: Hiburan
objektif: hiburkan hati yang lara
tema: Rock It Till It Hertz
tarikh: 14 November 2008 bersamaan 16 Zulkaedah
hari: friday

ulasan.
seronok.ini perkataan pertama muncul daripada mulut manis budak2 kolej saya. nak lepas geram drpd exam katanya.
berhibur.
majlis bermula selepas isya. ish bukan. selepas pukul 8.30 p.m. promosi sangat hebat. banyak poster yg tertampal seminggu sebelom majlis. bagus. sepanjang program, satu pelusuk kolej dapat mendengar nyanyian merdu,pukulan dram yg mantap, bass guitar yg hebat dan lontaran vokal yg wahh~ dibawa angin.
betul. kumpulan2 yg membuat persembahan sangat hebat. sporting. antara lelaki dan perempuan lelaki. ukhwah mereka sangat rapat.
walaupun ada yg terlari pitching, terlari tempo dan cuba kejar balik, terlupa lirik (hmm..seseorang) tak tau mana nak masuk, n (tak reti2 nak stop)..hehe..tu semua x penting.

kelihatan juga di antara peserta wanita yg menyanyi. pakaian yg dipakai memang kena dgn majlis. skirt paras lutut dan blous yg tidak berapa longgar. sangat menarik. cuma nyanyian yg kdang2 terlari keys tu sedikit mendarahkan telinga.

yg penting kepuasan dalam berhibur. itu objektif utama. kan baru lepas exam nak lepas geram.

di akhir majlis, sewaktu pemenang diumumkan, suasana dewan sangat meriah dgn jeritan2 penyokong yg terdiri drpada kaum kerabat dan teman rapat masing2. ada yg terlompat2 keriangan bagai kera mendapat bunga (wah, 2 markah untuk peribahasa), ada yg sugul laksana malam tanpa bintang, ada juga yg seperti cacing kepanasan menunggu keputusan pertandingan.

yang paling menarik perhatian adalah kumpulan rock yg terdiri daripada abang2 Dining hall yg popular dgn jualan burgernya. pemenang Rock it Till it Hertz pada tahun ini adalah Isa n The geng. sebelum majlis bersurai, pemenang dijemput sekali lagi untuk menyanyikan lagu kemenangan yg kalu dgr mmg "layak" menang dan "layak" menjadi halwa telinga. kredit untuk mr Brooke and cik castaldo kerana mnjadi juri "adil" pada malam itu.

semasa persembahan Isa, ramai wanita dan lelaki berpusu-pusu ke depan pentas menari-nari keriangan mengikut rentak muzik yg didendangkan. kelihatan mereka sangat riang bergaul mesra terkinja-kinja di hadapan pentas sambil bersorak kemenangan.

kesimpulannya, program pada kali ini sangat meriah dan sangat berguna dalam memartabatkan muzik melayu seantero dunia.

---

Majlis: hiburan
objektif: menghiburkan hati yg juga lara.
tema: Recite It With Your Heart
tarikh: 14 November 2008 bersamaan 16 Zulkaedah
hari: jumaat

ulasan.
tenang. ini perkataan pertama yg keluar dari mulut pelajar kolej.
pada waktu yg sama, berlangsungnya majlis yg tidak kurang gemilangnya di Surau As-Saad KYUEM.
2 hari sebelom majlis recite it with your heart ini berlangsung, pihak penganjur telah memaniskan mata pengunjung dengan tayangan
movie Children of Heaven.
mungkin sebagai promosi program.

program ini berlangsung selepas waktu isya.(ini betul2 selepas waktu isya). walaupun kebingitan di Dewan Besar sedikit kedengaran di surau, ia tidak mematahkan semangat para jemaah untuk terus bertahlil, bernasyid memuji nama yang maha Pencipta.

wajah para penyanyi kelihatan tenang sambil mengalunkan bait2 lirik tanpa perlu risau tentang masalah pitching, tempo, muzik dan lontaran vokal kerana lagu yg didendangkan memang terciptanya sedap untuk didengar. gabungan suara harmoni para jemaah mengalunkan zikir-zikir memuji nama Ilahi sayup kedengaran
menerobos (2 markah)ke sekitar surau As-Saad.

ditambah lagi dengan pakaian yg menutup aurat, kesenyapan daripada bunyi hilai tawa dan sorakan, majlis ini memang mendamaikan.

pucuk dicita, ulam yg mendatang(lagi 2 markah). selesai sahaja majlis tahlil, jemaah dihidangkan dengan Nasi Ambeng (sebut betul2). memang lazat dan enak.

terasa diberkati bila Nasi ambeng itu dikongsi beramai-ramai. enaknya tak terhingga.



beginilah cerita suatu malam di kolej saya cikgu. x mampu saya nak describe lagi. kerana kedua-duanya sama hebat.

dua-duanya bertemakan hiburan. cuma genre musik yg sedikit(banyaK) berbeda.
cuma satu pengisian jasmani yg kegersangan.
lagi satu pengisian jasmani dan rohani sekaligus.

tidak mahu banyak bicara.
kita sudah dewasa.

pilih yg mana kita mahu.
jangan lupa dasarkan dengan yang SATU.
fikir-fikirkanlah

CHOOSE,
END YOUR SEM WITH A BANG!
OR
END YOUR SEM WITH BARAKAH.


by,
econslover.


tanpa tajuk.

kerana koneksi internet yg laju.
terasa bosan.
tiada idea post.

ini jawapannya.














nonel
: ban2, mana anak2 kita? x ramai nie...
ban2: ntahlah bang. dah berbuih mulut saya
panggil diorang.
aidit: alahai mak bapak aku nie..gaduh je..

luq: awek mana mesej pagi2 buta nie..ish..





















yat: bunda tolong bunda!!sakit!! yat tercucu
k pin kt peha bunda!!sakit..~~sob..sob..sob..
mak: ish..jgnlah nak nangis sayang.. meh bunda tolong neh..udah udah..

yat: terima kasih bunda (gaya nabila mutira hati)


















jijul: paper je lah budak2 nie.. buat apelah penat2 lari. tengok aku n
ie..x lari pon sihat je.. baik aku blah sbelom nonel nmpak.

aisa: weh baku, ko tengok jijul tu. mesti nk larikan diri tu! tah pape kan..
baku: biarkan dia. dia dah sihat. gpon, kalu dia x join, rumah sapphire gk yg kalah
..(rekaan.betul.hanya rekaan)




mustaqim: assalmualaikum. girls. hei youalls, kita da sesat ke ha?? mcm takde orng je nie..haih~

perempuan sebelah mustaqim: tu la pasal. dahla xde line kt sini. abislah kita.
nova: sabar2. jgn gelabah. sabar kan sebahagian drpd iman.. saya
tgh try GPRS nie.. InsyaAllah dapat..

elaki belakang mustaqim: hei lili, ko nak pi mana tu??


lili: aku tgh try cari short cut nie... penat r wei~


lutpi: hei syazzy, ko tau smalam..aidit kan.. sok sek sok sek sok sek..@#$%$#@...haaa..

syazzy: iyaa??hish, xkan lah.. lutpi: baru ko tau ..

asmin: hei bro..aku tau r ko tension ngn exam..tpi xyah r nk bunuh diri dowh..


aidit: kepala aku sakit r.. rasa mcm nk tercabut je..ni, tgh ketatkan la nie..


anan: eleh aidit, ckp je la..ko malas nk lari..xyah r n
k drama2 cabut kepala kt sinie..

adli:jijul,asal ngn ko?

jijul: nie,ada kutu ngh gigit kepala aku nie..adeh..

*GAMBAR YG TERTERA SEKADAR HIASAN*DIALOG ADALAH REKAAN SEMATA-MATA. ADA SIKIT-SIKIT KAITAN DGN YG HIDUP SAHAJA* NAMA PELAKON ADALAH BUKAN NAMA SEBENAR*



*pesanan ikhlas dari kementerian belia dan sukan*

by,
iluveconomics

..house meeting..

hey all!!

:::end of sem is drawing near..n holidays are coming real soon (yeay!)..tp hamper kite ade byk yg x bukak lg..(yea, BANYAK..he3..)

to all juniors, we missssssss u sooo much..lame x berbual since we're kinda busy with our exam n bla3...so,a meeting will be held this coming wednesday..saje nak mengubat rindu..+) ..details are as follows :



day/date : wednesday / 19th November 2008

venue : LT 1

time : 8.45 pm

agenda :
i) tanye khabar, rapatkan ukhuwah =)
ii) update on house trip.. (take note maba!)
iii) bangsawan (keep ur fingers crossed!u might be the selected ones!!)
iv) bukak2 hamper
v) berbual kosong



so make sure to be there at the mentioned time and place..!
i accept no excuses..
this will be our last meeting for the semester...
so be there or be square..!!!

that's all for now..
cheerios..!!!!!!:::





~kapitan

Bila Lelaki Bosan.

Hujung minggu begini memang bosan. Long weekend. Hari sabtu cuti. Ahad pun cuti.
Bosan. Ramai penduduk kolej ni menjadi ahli PBSM.
Persatuan Balik Setiap Minggu. Ramai yg tahu.
Budak sapphire pon ramai ahli PBSM.

Tapi minggu ni berbeda. Minggu ni ada event.
Ramai x balik. Ramai ternanti-nantikan event tu.
Ada 2 event yg penting.

Rock It Till It Hertz
Tukar huruf ‘z’ tu dengan huruf ‘a’ dan anjakkan huruf ‘a’ ke sebelah ‘e’.
Recite It With Your Heart.
Penjelasan events ni nanti akan lebih terprinci pada post seterusnya.
---
Bosan.
Lepas solat jumaat, ramai bercadang untuk menghambakan diri pada katil empuk masing-masing.
Penat.
Katanya penat berjuang untuk paper Malaysian Studies and Islamic Studies jua Moral Studies.
Haha. Bagaikan menjawab persoalan falsafah-falsafah.
Memang hentamable.
---
“pukul 3 ptg nnti, turun main voli ye!”
“apa? Voli? 3 petang?”

Hei orang gilak!
Apa yg ko buat di tengah panas terik mentari segalah tingginya di kepala ini, orang gilak!
Habislah kulit muka.
Berubahlah kepada 2 tona lebih gelap. Garnier lite akan jadi rebutan.


muka girang bermain di tengah panas.

---
Habis main. Masih terasa bosan. Betul.
Awan komulunimbus mula menampakkan rupa. Ah. Hujan lagi. Hitam awan itu. Bagai membawa bergeleng air untuk dicurahkan di tanah gersang ini.
*midi! X perlu siram pokok lagi* perbualan suatu hari bersama presiden greenthumb.
---
Kadang-kadang. Mitosis genetik dalam badan lelaki boleh jadi sangat ektrem.
Mereka boleh berevolusi secara ektrem.
Betul.

Lihat gambar ini.

sebelum evolusi.




"biasalah, bilik lelaki bujang"
"xde isteri untuk tolong kemas"

ini jawapan standart untuk gambar di atas.

selepas evolusi.




"aku bosan la, tak tau nak buat apa"
"tup tup katil aku tiba-tiba kemas"
"ni bahana bosan la nie"


lihat gambar ini.

sebelum mitosis songsang.



"huh, bersepahnya ruang tamu chelet p.3... ni.(sila isi tempat kosong)"
"bosan la"




selepas mitosis songsang.




hmm. pemilik chelet ini sangat tersusun dan sistematik.
nampak kemas sedikit.
puas hati.


ini gambar terakhir.
sebelum mutasi ekstrim.



gersang. sunyi. sepi.
tiada angin yg bertiup.


selepas mutasi ekstrim.



"wah, dua baldi terus"
"tah, aku bosan sangat"

sejuk hati memandang jujukan baju bersidaian itu.
puas hati.

bertuahlah siapa-siapa yg menikahi lelaki-lelaki mutasi ini. mereka bila bermutasi, mereka boleh jadi pengemas yg ekstrim.
jadi.
mahu chelet sentiasa kemas? bosankan hari minggu anda.

kejap.
apa jadi pada lelaki-lelaki ini?



tepat.
mereka akhirnya tersadai jua di tilam empuk kesayangan.

aduhai. sungguh ironi.

by,
econslover.