House of Glory

The Ultimate Sapphire

Minggu Citra Budaya 2010

Minggu Citra Budaya yang diadakan dari 24 hingga 26 september
dimulakan dengan pertandingan teng teng dan sepak raga.


malam itu, sapphire telah berentap dengan ketiga-tiga rumah yang lain bagi pesta pantun.
sapphire diwakili oleh nabilah, eju, nadira, & marissa. mereka telah menjalankan practice dengan kerap sejak sebelum cuti raya lagi. namun, mungkin bukan rezeki sapphire utk tidak ke peringkat akhir.


walaubagaimanapun, sapphire sebenarnya telah menang dgn topaz,
tetapi berdasarkan markah sepenuhnya, topaz yg telah melayakkan diri ke final.




MCB diteruskan dengan pertandingan sajak & syair pada pagi sabtu.
saiful (oyeah)-sajak & rose-syair telah menunjukkan persembahan yg cukup hebat
diiringi alunan musik menyentuh jiwa.




pertandingan mereka wau, anyam ketupat, dan batu seremban telah diadakan petang itu,
diwakili oleh nael dan bhai salam utk wau, hani & omar bagi anyam ketupat, serta fairuz bg batu seremban.


seterusnya adalah pertandingan yg ditunggu-tunggu iaitu boria.
kesemua boys juniors mewakili rumah sebagai penari & penyanyi utama, syahir.
serta addin & oyeah sbg pemegang payung manakala amin & chaq sebagai pemegang bunga manggar.
kostum boria sapphire yg direka oleh ashee & intan sbg head of costume mendapat pujian pelbagai pihak. cuma, kostum penyanyi utama mendapat sedikit kritikan oleh juri.


sketch yg mencuit hati


akhirnya keputusan diumumkan,
sapphire telah memenangi;

tempat kedua bagi sepak raga
tempat kedua bagi sajak
tempat pertama bagi syair

dan keseluruhannya,
1: Topaz
2: Garnet
3: Diamond
4: Sapphire



sememangnya tidak dapat dinafikan;
kesemua ahli sapphire telah melakukan yg terbaik bg kesemua acara.
dan menunjukkan komitmen yg sangat tinggi bagi mewakili rumah labah2 ini.
namun, menang dan kalah adat bertanding. bak kata orang tua2,


"awal cerita, hero kena kalah dulu..
dah saat2 akhir nanti baru dia menang"



biasalah, kita semua kan spideys? =)
bak kata amin, "sememangnya kita dah biasa dgn situasi ni"
dan bak kata oyeah.., "jadi... semua ok?"
semua membalas, "okay!"


lalu senyuman spidey yg humble terpancar di bibir masing2 ;)


p/s: bagi acara2 lain yg tiada gambar, jika anda ada gambar dan mahu letak gambar di sini, sila berhubung dgn eju.

YouTube

Sapphire, satu-satunya House di KYUEM yang memiliki blog rasmi sendiri.


Seiring dengan kemajuan teknologi, Sapphire terus mengorak langkah ke hadapan.
Kini, Sapphire boleh didapati di YouTube!



Buat masa ini, hanya 1 video yang telah diupload ke dalam KYUEMSapphire's Channel oleh Mizan.
Semoga lebih banyak video dapat diupload pada masa-masa akan datang,
sebagai kenangan kita semua.


Jika anda mempunyai sebarang video untuk diupload ke dalam channel ini,
bolehlah berhubung dengan House Captains kami ataupun Multimedia Excos.


Akhir kata, majulah Sapphire untuk semua!