House of Glory

The Ultimate Sapphire

persediaan bangsawan 2010

DIRECTOR: HAIRUL AZIM
CO-DIRECTOR: ZETOT
&
RAMAI LAGI...
(hehe...malas nk tulis semua nama...sbb nama orang yang tulis sekarang ni pun xde...)

Setelah sekian lama perancangan dan persediaan skrip dijalankan..
akhirnya terhasil la skrip daripada usaha beberapa orang wira wirawati sapphire yang fasih berbahasa klasik...(haq adalah ketua buat masa ini... :P)

lokasi : kelas mr. conquest
tarikh : 4/11/2009
masa : 9pm - 11pm

skrip diedarkan kepada para juniors,maka mereka pun segeralah berlatih sebelum menunjukkan bakat2 mereka yang terpendam...walaupun mereka kebanyakan berasal dari orang2 kebanyakan yang moden,namun berkat usaha mereka yang gigih akhirnya membuatkan para juri berpuas hati terhadap mereka...(walaupun ada sesetengahnya seperti terpaksa membuat watak yang diberikan berjaya, tapi ada jugak yang nampak natural)

gigih sungguh adik2 kita...semua watak dibawa dengan penuh bertenaga dan semangat...agaknya ada yang sudah menanam hasrat untuk menjadi BEST ACTOR/ACTRESS BANGSAWAN next year???adakah watak2 tahun ini bertenaga dan bersemangat seperti watak2 KAMMY@MAK LENGGANG, HERMAN@DAMENG, IKMAL@TENGGANG,SHASHA@DARUMA,FURQAN@SULTAN,FARHAH@PUTERI, PARA PEMBESAR,PENGAWAL,DAYANG2,PENGANGKAT TANDU DAN TIDAK DILUPAKAN PARA ORANG KAMPUNG SEMUA??(banyak sangat watak nk di list kn...harap maaf sekiranya ada watak yang tercicir..)

itulah yang menjadi persoalan sekarang...

marilah kita mendoakan agar adik2 kita akan membawa sapphire ke mercu kegemilangan sapphire...jangan biarkan SAPPHIRE senyap,menyepi....jadikan kegagalan sebagai pencetus semangat..bukan membuatkan kita semakin jatuh ke gaung....gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya....

APA YANG PENTING??!!
KERJASAMA!!!

sekian...selamat membaca!!!

HIDUPLAH BANGSAWAN UNTUK SAPPHIRE!!!
YEA!!!


MARATHON 2009 (HAW)


pagi itu semua orang bersemangat sudah mahu lari. aktiviti dirancang bermula jam 7.30 pagi. awal bukan?

disangka panas sampai ke petang, rupanya HUJAN di pagi hari.

maka marathon bermula pendaftaran pada jam 8.30. Aiman selaku kapitan telah mengumpulkan pelari2 serata kampung dan Yatz mengedarkan semua pin2 dan nombor peserta. ahli sapphire yang hebat2 juga telah dikurniakan riben berwarna biru untuk diikat samada di tangan, rambut atau perut. (house lain x dapat tau).



(antara peserta2 berbakat)


selepas warming up dan berdoa, larian bermula sekitar jam 9.30 pagi.

dengan berbekalkan azam dan semangat yang kental, inilah dia pelari2 hebat kita :-

tempat ketiga kategori lelaki gagah : arif bin ismail



tempat ke 4 wanita solehah : Nor Izati binti Alzomin


tempat ke - 6 kategori wanita junior dasyat : Arishah Nazeri


tempat ke -7 kategori 11.5 aktif : Nurul Husna binti Zubair


tempat ke - 9 kategori anak hindustan : Nurul Asyikeen binti Syaukat Ali



tahun ini hadiah hanya hingga ke tempat 10. MAKA KITA TELAH BERJAYA MERAMPAS 4 TEMPAT KEMENANGAN BAGI PIHAK WANITA. walaupun hanya satu kemenangan dari pihak lelaki tapi tak mengapa.

walaupun tidak ramai yang hadir (sejarah berulang kembali) tetapi kita masih berjaya menggondol hadiah. jadikan kenangan hari ini pemangkin hari esok! Chaiyouk!! ~ (lame)

antara orang yang sampai ke garisan penamat..





mengenangkan blog usang ini semakin bersawang, saya update sempena exam as esok hari =p

Manusia Hebat Sebenarnya

kawan saya tanya
"kenapa budak KYUEM bersepah-sepah kata mana-mana ha? terutamanya kat UK"

dia tambah lagi
"budak KYUEM ni, aku tengok semua macam matang semacam. cepat buat kawan, friendly, tak malu bersuara, apa hebatnya belajar kat KYUEM?"

saya cakap

"24 jam sehari, 7 jam je kami belajar"
yang lain

CP
Batch Anniversery
Cultural Performance
IAW
HAW
ICAN
EWS
EWT
EWG
EWD
MCB
CCC
ICC
End of Sem Dinners
Teachers Days
Interhouse DikirBarat
Battle of the Band
dan juga
Bangsawan.

ada saya tertinggal?



bila habis nafas saya utarakan list tuh saya terfikir







apa kaitan dengan soalan dia?



Hari Esok...

Sapphirean..

Bersama-sama menjayakan HAW 09..

Turun berlari-lari bagai terbang dibawa angin esok pagi..

=)

Takjub


gambar ni nampak biasa.

tengok betul2.

ia jadi luar biasa bila

gambar hitam yg dilihat itu hanyalah bayang-bayang unta yg gambarnya diambil dari sudut atas.

tompok2 putih itu adalah unta sebenar.

*kredit untuk rabiatul adawiah

luruh kan datang

Jangan cuba untuk merasa penyesalan

kolej kesayangan dah start balik dah. kalau kami dulu (senior), kolej start raya ke 3, haruslah semangat raya belom pudar kan? maka telah dibuat open challet kt p-31 untuk laki, dan P berapa tah bagian pompuan, tahun ni?

da seminggu duk rumah, kepala duk fikir exam exam exam, kan? kalian! exam dah dekat dah. ni, nak kongsi beberapa kata-kata untuk mereka-mereka yg suka sangat kecewa bila x dapat score 100 percent. macam ko bermuram durja bagai bila dapat 99 percent, ko kenapa?

kiasu. cukup.


ada dengar desas desus mengatakan soalan trial p1 mathematics sgt hanjeng dan lahanat, iyya? Kolej memang macam tu, menakut-nakutkan pelajarnya supaya semua jadi kiasu. akhirnya, semua bersengkang mata sampai ke pagi. ish, x elok x elok.

sampaikan, 1+1 pun tekan kalkulator, dasyat kan?

hei budak2 kiasu, lek r.. baru trial. anggap je trial tu sebagai pentas untuk menguji diri tentang apa yg kita tak tahu lagi. bila kita xle jawab soklan susah, bermakna kita tak strong lagi, bukan sebab bodoh atau bebal, ya dok? oklah, pergilah ko nak menjerit melolong menggila 2 3 hari sebab xle score fullmark paper 3 fizik sebab salah axis graf, pastu kembali waras, ok?

buat passyears banyak banyak banyak sampai muntah. biar sampai bila tgk satu soklan tu, jelir lidah jer kat soklan tu, sebab ko dah tau trick dia kat mana. orang yg buat paper exam ni malas sebenarnya, depa duk ulang jer soklan lepas2.

biar terjeluak pemeriksa kertas nanti bila tengok jawapan paper 2 fizik students kyuem sejibik macam skema jawapan. sapa nak sahut cabaran ni?

dgn itu, berakhirla sesi merepek saya untuk budak-budak kiasu yg tengah bermuram durja ya. pesanan ni include semua students KY sebab semua kiasu, cuma xnak ngaku, kan?

Langit Cahaya


hanya jauhari mengenal manikam

Salam Lebaran


by,
the designer

bukan lagi blog sapphire

apa? ingat saya gila kuasa sangat nk tukar blog sapphire ni jadi blog saya? saya bukan jenis yg suka ambil kesempatan dgn populariti yg dikecapi blog ni. saya sedar saya sekadar penulis.


kata orang-orang tua (ke orang tua tua?),

"usahlah dikenang yang masa lampau, pandanglah ke hadapan, bukalah lembaran baru, bukalah kamus baru"

kata orang muda yg hensem

"usahlah dikenang yang masa lampau, pandanglah ke hadapan, bukalah lembaran baru, bukalah BLOG baru"

terimalah daripada saya yg hina ini

cerpen : senyumlah seikhlas siput

Resepi Hari ini

teka apa nama resepi ini?



Nama : Coet
Pemilik Asal : Pn. Ain
Ulasan : seekor binatang yg sgt comel. tiada tandingan. suka buat aksi comel dan ngada. punya kelebihan luar biasa iaitu membulatkan badannya seperti bola. tidak suka karot tapi sukakan air susu perisa strawberry.
Jangka hayat : sebulan 13 hari
Cara mati : dibaham kucing
Tahap emosi : sangat sedih dan telah berkabung selama 7 hari

Nama : Awok
Pemilik Asal : tidak diketahui nasab dan keturunan
Ulasan : sangat blur. suka mengejar kucing. bila duduk bersenang-senang suka menggigil tak tentu pasal. cara kencing yg ganas yakni suka memancutkan air kencing keluar drpd sangkarnya. makanan kegemaran ialah daun salad Dining Hall
Jangka Hayat : 5 bulan lebih kurang
Cara Mati : disembelih dan dimasak kicap
Tahap emosi : gembira gila!!!! ah~ ah~ ah~




sila rujuk ayat pertama post, dapat jawapan?

a story

assalamualakum dan salam ramadhan..

trial exam is coming to its end and everybody is so excited to go home and celebrate hari raya. one thing that all of us know is that after hari raya we are going to battle with CIE AS examination again. it's coming. Yes, it is..first of all, goodluck to all sapphireans esp to those who take more than 2 subjects.

actually i want to share a story that might benefit all of us, yes i'm taking AS too =). based on true stories ok!!! Well, this is how it begins....

DOT was a very active child but she was also quite naughty. she loved to tease and make fun of her friends. that was before she went to school. 6 years later when UPSR was few months away, she said to herself that she's going to get straight A's. She went to a lot of extra classes and tuitions. in pre trial, trial and post trial, she managed to get excellent results. everyone was expecting her to get straight A's however things were juz not right for her and she got 4A's 1B instead. she cried so hard and at that very moment a guy came and said 'serve u right!!u are bad and so does ur result turn out to be'

she was so shocked. but his words lingered in her mind. she recalled all the things she had done and guess what. yes, that guy was telling the truth. She was a humble,nice and good friends. but she's also a 'good' enemy. she hated a girl in that school and somehow spreading bad things about her. then at the age of 12 years old, she realised that the amount that she studied is not the only determinants of her grades. she learnt about 'keberkatan' that day.

she wanted to go to MRSM but with her grades,she couldnt. it's ok.she went to a daily school.after 3 years,PMR was coming. the same things happened. she's the best student in that school for 3 years in a row but then in the real exam, she GOT 8A's and 1B.that was so dissapointing. but it took her only 5 minutes to think what went wrong. it's keberkatan again! she slept in most of that subject classes.only for that subject!! she was complaining about the teacher of that subject and there it goes the keberkatan.

but this time she was quite lucky as she managed to go to a boarding school, her childhood dream came true. she was so grateful and at that moments she promised to herself that she wont do anything that will affect her SPM..she beared in mind about the keberkatan thing.during the 2 years, only God knew what she's been through. she's been through a lot but she didnt blame God for that..she kept praying. she woke up at 3a.m to solat hajat and tahajud. she made good bonds with friends and teachers. but life wasnt that easy.people envied her achievements and that caused her a lot of trouble but there were good things behind all those. she became closer to God. she apolgised to almost everyone because she was so scared that would affect her grades. she didnt mind to apologise to people who actually started the rumours about her.she didnt care. she wanted to get straight A1 and she would do anything for that.

she woke up at least 3 times a week at 3.am to pray and beg to God to make her dream came true. it was the month of Ramadhan. she knew about the amazement of this month esp during the last 10 days.she woke up every night during that 10 days hoping that she would not miss the lailatul qadar night because her mom once said it is a night that God will answer all prayers,insyaAllah. praying is a conversation between a servant and God. so she prayed and talked to HIM. she told him that she tried her best to be good and preserve the keberkatan but she's human. she could not run away from making mistakes. she just can try her very best to minimise that. after SPM she did the same things. waking up at 3am was like a routine for her.

she's a teenager and she cudnt help herself from acting that way. she disobeyed her parents, holding hands with her boyfriend. she was doing so many sins but somehow she got a wake up call. she went back to her old routine. people might say she did that because the result is coming out. she didnt care.. no one can say whether what she's doing was accepted by God or not. people can say she's not sincere as she did that for the sake of her result but we never know. only God knows. the day came and it was exhilarating. she got what she's been praying so hard for. she was so grateful. after that during every exams or interview or anything that she wished to accomplish or achieve, she would beg for God's help as she knew that He is the most merciful.

when she faced difficulties, she never failed to look back at all those beautiful gifts God has given her. there's no way she couldnt be grateful. and up to know she still get what she really need.if she doesnt, she knows that God knows better, she can put as much efforts as possible and can pray as lot as she cud but God has the final say she believe. she never tells anyone her story because she's afraid that they might misjudge her.but now she thinks it's da time to share. people can choose in which ways they want to interpret.it's all up to u..


that is the end of the story...what we can learn from the story is more important than who's in the story. dun feel curious to know who she is. Today is the starting of the 10 last days in Ramadhan.. maybe u guys can try to do what she did..may God bless all of us..may all Sapphireans score in this upcoming AS exam...gudluck everybody.

ps: Allah xkan uji hambaNya dgn ujian yang xmampu kita terima.Allah sgt suka apabila hambaNya merayu dan menangis padaNya.Dia uji kita supaya kita kembali padaNya yang maha dlm segalanya.

=)

kisah benci

dulu, saya rasa sangat geram dengan mesin ATM terutamanya maybank. satu, sebab ia selalu menunjukkan baki duit yg semakin berkurangan yg menyebabkan saya naik menyampah. dua, sebab nilai paling kecil boleh dikeluarkan ialah nota 50 ringgit. bayangkanlah, saya hanya mahu beli tali leher yg hanya berharga 10 ringgit tapi saya terpaksa keluarkan 50 ringgit.

saya akan gila bila ada sale.

bila dah beli tali leher, baki yg tinggal 40 ringgit mula membuatkan saya gusar. mulalah saya nampak patung-patung yg disarungkan baju kemeja cantik melambai-lambai pada saya sambil berkata "baju ini sesuai untuk pemuda sekacak anda." atau terdengar t-shirt murah2 memanggil-manggil merdu nama saya.

sampai sekarang saya maki hamun diri sendiri.

kadang-kadang saya rasa nota 50 ringgit itu tidak perlu wujud sebab ia menyusahkan saya. biasalah, bila ada 50 ringgit dalam dompet, kita rasa "ah, banyaknya duit aku". suatu hari ketika dalam perjalanan ke shah alam, bas berhenti di suatu kawasan yg hanya ada kedai makan, surau dan tandas 30 sen. disebabkan ia tengah2 hutan dan saya rasa saya tidak boleh bertahan untuk 5 jam lagi bagi mendapatkan khidmat tandas percuma, saya redha.

saya meluru ke tandas dan ternampak papan tanda "buang air 30sen", ah, kacau mood betul. saya cek dompet, hanya ada 3 keping nota 50 ringgit. tiada syiling walau sekeping.

mati.

haruskah saya hulurkan nota 50 ringgit kepada mak cik muka garang gila(!) yg jaga tandas dan rela disumpah seranah tu atau buat muka 30 sen yg selalunya kurang berhasil? maka saya batalkan niat, takpa 5 jam x lama. saya pernah kot tahan selama 3 jam dalam dewan exam sewaktu menjawab further maths kertas 2 yg last2 dapat C jugak.

bila dah sampai shah alam, saya rasa saya bodoh gila. kenapalah saya tak pergi tukar duit kat restoran tuh. bangang. saya salahkan tandas tu.

hari itu, saya pergi ke maybank untuk bertemu mesin atm yg dibenci. mahu keluarkan modal nak kahwin. oh, sebelum masuk ke tempat atm tu, saya berselisih dgn 2 orng pemuda belasan tahun duduk bersembang. sejurus saya melepasi mereka saya terdengar "bang, bagi derma bang, kami xde mak ayah.." pada saya mereka bijak pilih tempat untuk mintak derma.

ya ka?

bila fikir balik, saya rasa mereka kurang bijak. mesin atm tu boleh keluarkan nota 50 ringgit saja. jarang kot saya nampak orng pemurah gila hulurkan nota 50 ringgit. yg lagi kejam ada yg minta baki 49 ringgit, boleh?

saya tekan 1000.00. kad keluar. duit 1000 ringgit keluar. rambang mata. resit keluar. saya ambik duit tu dan lipat dua. dengan ketiba-tibaan yg tak disangka-sangka, duit 1000 ringgit terlepas drpd genggaman tangan saya dan jatuh berterabur. saya tergamam. terkejut kot. 1000 ringgit atas lantai dan semua mata memerhati saya. ah, rasa bagaikan artis pula.

menggeletar tangan mengutip duit yg bertaburan bagai kaca yg dihempas ke batu (ah, lama tidak berperibahasa!) oh, tika itu saya rasa bagaikan pengemis jalanan yg mengutip duit yg dibaling orang. sudahlah berkain pelikat, sangat miskin kan rupa saya?

tiba-tiba ada suara kakak menegur
"kenapa buang duit tu dik? kalau xnak, akak nak.."
ada yg menyampuk dari belakang
"banyak sangat duit dia tu.."

saya bangun dan bagi senyum sekambing-kambingnya dekat 2 orng tuh. padan muka. apa, ingat aku nk hulur duit 1000 ringgit tu?

saat itu, saya bersyukur sebab bank negara wartakan wang kertas 50 ringgit. anda boleh bayang kalau 1000 ringgit tu semuanya adalah helaian 1 ringgit?

turunnya membawa panduan



Hari ini pada malam tadi (17 ramadhan) telah berlaku peristiwa yang menjadi sejarah ke atas Nabi Muhamad SAW. Peristiwa tersebut dikenali Nuzul Quran dimana turunnya wahyu secara berperingkat sehingga menjadi sebuah mukjizat yang lengkap pada masa kini iaitu al-quran.

Sempena hari baik, bulan baik. Luangkan masa dekatkan diri dengan al-quran, senjata orang islam. Semoga kita mendapat hidayah dan pedoman demi masa ketinggian darjat islam dan sahsiah diri.

Ingat al-quran adalah mukjizat besar dalam agama kita, islam.

Sedikit renungan, apa yang kita lihat sekarang adalah kerana kita sudah jauh terpesong dari nur islam. Sedangkan di dalam al-quran telah termaktub segala kisah-kisah untuk dijadikan teladan dan pengajaran.

Tapi dunia sekarang seperti mempermainkannya pula. Setiap kisah ada pengajarannya, Setiap kejadian ada sebab musababnya.

Kita tidak dijadikan dengan kesempurnaan tetapi jika kita tatapi pengajaran dan ajaran yang diturunkan Allah kepada pesuruhnya yakni Rasulullah maka kita bakal hampiri kesempurnaan… insya allah.


house of glory

*updated!* SAPPHIRE HOUSE TRIP 2010 - Candidates and Voting Regs.

Ladies and Gents, welcome to official site for the Sapphire House Trip Committee Elections for 2010. = D

(*edited 7/9/09, due to unforeseen technical errors. Special Apologies to Farid & Magician, sometimes Blogger doesn't work like it's supposed to.)

Our election system this year is as follows :

1. Candidates volunteer for the job of Director/Co-Director during Taklim, and a 'mini-manifesto' given by each candidate. (3/9/2009)

2. Final List of Candidates published on Sapphire Board/Official Site (4/9/2009)

3. Voting takes place in front of Sapphire Board (voters place special voting papers in the Voting Box there) (8th & 9th Sept)

4. The Sapphire HouseTrip High Committee 2010, consisting of two Directors (male & female) and two Co-Directors (male & female) will be announced during a very special Ceremony in Sapphire's traditional official events venue, the New Block. (10th Sept)

So the following is the official list of the candidates (in alphabetical order).

Male Candidates.

Amir Harris bin Zawawi
Mohd Arif bin Ismail
Muhammad Amin b Asmui
Muhammad Farid Farhan Sahimie
Syed Hafiz b Syed Abdull Aziz Jailani

Female Candidates

Chong Mei Ching
Nurarishah Mohd Nazeri
Nurul Jannah bt Mohd Amin
Syakirah bt Kharal Anuar
Quraisyia bt Talib
Wan Nur Anati bt Wan Muhamad Puzi



Voting Guidelines.

1. Vote for only one (1) candidate for each post, Director(M), Director(F), Co-Director(M), Co-Director(F).
2. Votes for the same person for 2 different posts will not be counted (e.g. if you vote 'Bobo' for BOTH Director & Co-Director, your vote will be deemed null and void)
3. Voting opens 8.15 am on Tuesday (8/9/2009), and closes 4.15 pm (9/9/2009), Malaysian time.
4. Writing must be legible, and please write the FULL NAME of your candidate on the paper.
5. Please ask Aiman, Yatz, Haq or Kammy if you have any questions about the voting procedure.


As a final note ( from the Captain's desk =P )-

No matter who's elected as what, the fact is, Sapphire is a HOUSE, is OUR house, and we work together. Bak kata Amin, kerja dengan ketua, bukan untuk ketua. = ) Whatever happens, all Sapphireans will get to have a say in how our HouseTrip is run, the Directors are just there to make sure all the planning goes smoothly and to elect the Full Committee for the HT. Therefore Directors, what I hope to see in you guys is what Sapphireans are noted for; leadership, democracy, professionalism, dignity and, yes, the ability to cut loose and have FUN.

May our HT 2010 be as awesome as it was the last time.

Onwards, House of Glory.

Gives Me Hope (a.k.a. Post Yg Agak Jiwang)

Saje nak share with you guys a site that caught my eye while I was supposed to be doing my Computing practical project.

The site, givesmehope.com, accepts contributions from all kinds of people who want to tell others about a recent event that has 'given them hope'.

Susah nak explain mcm nie. Click here and read a few. Then you'll know what I mean.

Whenever exam stress is bringing you down, or you feel like you can't take the pressure etc, visit this site and you'll know that kindness, love, decency and honesty still exists somewhere.

As a final note.

Sapphireans are a caring bunch. Mostly anyway. So all of us, let's try to commit at least one RANDOM ACT OF KINDNESS every day of our lives. Carry a teacher's books, compliment a friend, smile. You know what I'm talking about. It does make a difference.

Onwards, House of Glory.

-aimanarif-

tangan memberi lebih anggun dan mulus drpd tangan yg menerima

Sebagai tanda sokongan House of Sapphire, kami ingin membuat promo untuk membantu mereka-mereka yang memerlukan.

mengikut kajian, proses membuat visa itu kejamnya amatlah sangat. anda perlu bayar RM849 untuk mendapat satu visa dan anda mungkin direject dgn sewenang-wenangnya dan duit anda tadi hangus hitam.

tah pape kan? dia ingat nk bayar tuh guna kertas ke? *bank draft kertas kot* u get what i mean eit? sedap-sedap oren jer nk reject2. menangis tersedu-sedulah mangsa yg terlibat.

oh. TUV ni KHAS untuk pemegang biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia shaja. scholars KPM jer yg layak mendapatkannya, tapi semua orng layak untuk menderma. ha, bagus sgtlah kan bulan-bulan puasa ni, ganjaran pahala berganda-ganda gitu.

maka, sesiapa yg berhajat mahu mendapat syurga Allah, bolehlah berbuat demikian berdasarkan maklumat di bawah ini:

To do so, you can either bank-in into one of these account no and sms the value that you deposit. InsyaAllah. We'll try to protect ur identity.
...
CIMB Berhad
12180103584527
Naufal Jailani
Contact no : 013-9147 257(celcom)
...
Maybank Berhad
104022996113
Lili Tai binti Iskandar Tai
Contact No : 013-6422198(celcom) @ 016-6337922(digi)

untuk penjelasan lebih lanjut, sila layari blog cik lili tai

***

bersama-samalah kita membantu sekupang dua. Semoga apa yg kita buat ni InsyaAllah mendapat tempat yg tertinggi di sisi Allah. Rebutlah peluang di bulan Ramadhan yg mulia ini!

Seperti kata cikgu mathematics yg saya sayangi
"do help others, InsyaAllah, Allah will help you"

Sesungguhnya Allah itu maha hebat perhitungannya. Drama yg Dia cipta bukan calang-calang hebatnya dan kitalah pelakon yg membintangi drama ini.

sekian, selamat menderma dan selamat menjalani ibadah puasa~




Berprestasi Dalam Redha Allah





Resepi 1Malaysia

memandangkan saya ialah penyokong tegar 1Malaysia, saya dengan penuh anggunnya ingin berkongsi 1rasa, 1cita, 1 resepi bersempena hari kemerdekaan ke52 ini.

resepi ini ringkas dan tidak akan memakan masa yg lama untuk disediakan. seperti dato khatijah ibrahim juga, menggunakan tagline beliau
"jadikan masakan pengikat kasih sayang"

maka, resepi kali ini memang dicipta khas untuk melambangkan keharmonian dan perpaduan yg diamalkan rakyat Malaysia yg berbilang bangsa. anda akan lihat simbolik di sebalik resepi pada kali ini. *ok saya tak perlu membebel, kan? *

bahan-bahan yg diperlukan
buah-buahan tempatan dan antarabangsa
sos salad buah-buahan
kerajinan dan ketekunan memotong buah-buahan yg kecil
maka, buah yg terpilih untuk resepi kali ini ialah

oren sunkist = melambangkan orng melayu (jgn tanya kenapa)

tembikai (atau di kelantan dpanggil timun cina kerana dipercayai dtg dri negara cina) = melambangkan orang cina

anggur merah = melambangkan orang india (anda tahu kenapa, dan anggur bukan berasal dr india!)

epal hijau = melambangkan kaum-kaum lain di Malaysia. (haha, mengarut tul)


seterusnya,
buahan tersebut dipotong dadu-dadu dan pada tugasan ini ketekunan dan kesabaran yg tinggi diperlukan. habis semua dibelasah cukup-cukup, humbankan mereka ini kedalam satu bekas yg besar yg dapat memuatkan semua.

bekas = melambangkan tanah air , so maksudnya Malaysia

*kantoi ibu yg gaulkan*

so, berdasarkan rajah di atas, masukkan 4 senduk sos salad buah-buahan. sebenarnya lagi banyak sos lagi sedap tapi disebabkan saya kedekut (sos mahal kot!), saya catukan kuantiti sos.

sos salad = melambangkan cabaran dan halangan dlm menyatupadukan kaum-kaum

gaul gaul gaul gaul gaul gaul gaul gaul *ulang 10 kali*
dah nampak sebati, rasa sikit.. ha, kantoi tak puasa. oh disinggah bulan, xpa2.
dah puas hati mengayang buah-buahan ini, masukkan dlm peti ais untuk lebih rasa sensasi!

ha, nak sebatikan sos ini bukan senang. ini simbolik menunjukkan betapa sukarnya nk memupuk perpaduan antara kaum sebenarnya. apabila dah sebati cantik, sedap rasanya. samalah kita, bila perpaduan dah dicapai, aman damailah hidup kita!!


maka, inilah hasilnya!!

Salad 1Malaysia
*bunyi nama resepi ni teruk dan x elegen tapi terpaksalah*

selamat mencuba!!!

p/s = buah naga pon boleh campur jugak tau =p



chef eman dengan bangganya menyokong 1Malaysia


akedreMerdeka


House of Glory
ingin mengucapkan


The House of Sapphire
dengan bangganya
menyokong


1Malaysia

-eman-












New Baby

well, disebabkan aku 2 3 hari ni aktif skit nk update blog, dgn tanpa segan silunya aku nk update lagi.

korang! lutphi dah ada blog. kepada siapa yg rindu merindu terguris hati makan hati berulam jantung teringat kat abang lutphi (kammy?), bolehlah kini anda bertemu beliau di blog beliau.

http://lutphi89-syabab.blogspot.com

kepada super junior, Lutphi ni bekas Vice House kapitan Sapphire yg digilai ramai. nk kenal dia mana satu?
Dia adalah sultan untuk Bangsawan 08 "Khilaf Naimullah"
Dia pemain volleyball terulung kat KYUEM
Dia penari boria paling excited selepas syazzy omaigod (did i say something wrong?)

Yelah, siapa tak rindu orang pergi jauh ke USA. ok lutphi, cukuplah kan. tak yah nk promot lebih-lebih kan. ko ingat ko Diva aku nk luang masa sehari suntuk nk tulis post untuk kau? cantik ke kau ha?

anyway, selamat belajar di
Sekolah Perlombongan Colorado, USA.


Lara

AMARAN KERAS!!!
post ini mengancam jiwa

lara jiwa tiara tara

tertikam kalbu dek terdengar berita
kecundang musnah harapan
tinggal sisa sisa yang cuba dikutip
oleh jari yang lemah



cinta hatiku dengarlah
bisikan sukma yang lara
pungguk juga tewas melawan penantian
kerna purnama sentiasa datang



lara jiwa tiada tara
bisikku pada jauhari
apakah tiada penawar
untuk luka yg berdarah ini




ada
terimalah dariku
...
***
*tukar channel tv*


hai semua!
bertemu kita lagi dalam rancangan ketuk-ketuk ramadhan.
ha, muntah membaca ayat-ayat jiwang di atas? senget juga kepala menukilkan ayat-ayat bunga-bunga chenta ni.

ok. resepi kita kalinya sangatlah simple. sesuai dimakan untuk mereka-mereka yg rasa jiwanya sedih, terluka, remuk-redam dan terguris. kerna resepi ini dicipta tatkala hati ini menangis mengenang nasib badan.

so, apa yg diperlukan?
Sebekas aiskrim perisa vanilla
beberapa hiris tembikai dipotong dadu dan dibuat jus
anggur yg dihiris
jeruk strawberry yg dihiris

tak perlulah arahan bagai kan.
ambil mangkuk, humbankan saja segala bahan-bahan tu secukup rasa.
maka inilah hasilnya!!!

Vanilla ice cream with grape slices and strawberry pickles in watermelon juice
*tutup mulut tu, jgn ternganga*

atau nama yg lagi glamor dan menepati tema : lara tiada tara

Lara Strawberry Vanilla
(dipetik drpd judul bangsawan Topaz, Lara Cempaka Nirmala)


selamat mencuba!!
haruslah siapa yg tengah puasa berendam air mata baca post ini. kan dah bagi amaran.



chef eman

Tentang Perkara Sunat

ini cerita lama.
saja mengimbau kenangan lama. apa lagi yang boleh saya buat sepanjang menjalani tempoh cuba menggembirakan diri selain menekan f5 pada inbox emel saya. jadi, mari bercerita!

cerita 1

hari itu pergi solat terawikh dgn ayah dan emak. untuk makluman, kami mengamalkan solat 8 rakaat saja. bak kata pepatah (pepatah ker?) kita buat ibadah ni, sikit-sikit takpa, janji berterusan. istiqamah maksudnya. setuju? dan untuk makluman lagi sekali, imam kat masjid kami pergi ni sangatlah disayangi ramai.

dia guna enjin turbo.

iyalah kan, kita kena pertimbangkan jemaah-jemaah yg hadir. bukannya semua gagah perkasa semuanya. lagi-lagi yg memenuhi saf hadapan. nak bangun pun 5 minit ambil masa. tak gitu tok imam?

habis solat, ayah kata
"laju sungguh imam kita ni, macam bacaan antara 2 sujud pun x sempat baca"
ibu balas
"dia buat yg wajib je. baca tu sunat, tak gitu?"

saya diam saja.


cerita 2

cikgu di sekolah sekarang dah x macam cikgu di sekolah masa saya kecil-kecil dulu. terutamanya ustazah. kalau ajar bab-bab fiqah, hampir semua benda uztazah nak ajar. dari yang wajib, kepada yang sunat, kepada yang harus sampailah kepada yang makruh. terpinga-pinga kita.

hari itu, saya terserempak dgn seorang budak dan ayahnya kat tempat wuduk.

"ayah ayah, wuduk start dgn apa dulu? muka ke tangan?"
budak ini gayanya baru darjah 1
"tangan la dulu, lepas tu kumur-kumur, baru muka. tapi xnak basuh tangan pun xpa, tu sunat je"

"hmm, lepas muka apa ayah?"
"lengan"

"hmm, lepas tu apa ek? ha, rambut-rambut.."
sambil membasuh rambut
"hmm, akhir sekali kaki"
sambil berkata dgn riang.

"eh, telinga nya mana?"
"cikgu tak ajar pun ayah. cikgu kata xde"

saya tersenyum saja.


cerita 3

anda pernah pergi ke rumah kawan anda yg begitu hebat mengamalkan sunnah Rasulullah? ha. keluarga kawan saya ni hebat. mereka selain hebat melakukan perkara wajib ibadah, mereka sangat menitikberatkan soal sunnah Rasulullah. hebat2.

sambil sembang-sembang kosong dgn kawan saya, ibunya ajak makan. maka makanlah kami dengan penuh nikmatnya. beehun goreng dgn keropok keping. aduh, nikmatnya.

saya hampir tertelan saja garpu yg berada di dalam mulut bila terdengar ayahnya berkata

"makan tu, jangan kenyang-kenyang sangat. sunnah nabi kita, berhenti sebelum kenyang"

saya tengok kawan saya angkat pinggan nak tambah letak balik. dia buat-buat sendawa kenyang.

saya tersedak sikit-sikit.


cerita 4

saya keluar dgn kawan saya ke shopping mall. masa tu baru masuk zuhur. kami mahu jalan-jalan dan beli barang. 2 tahun dulu saya sangat suka melihat mesin atm terdampar dimana-mana. sebab bila mahu duit saya boleh cucuk saja. dulu saya kaya raya. pernah suatu ketika saya tergelak bila tengok baki RM 3000 kat dalam akaun saya. saya pun x pasti sama ada saya boleh habiskan duit itu.

kini, saya segan dgn mesin atm. sebab bila cek baki saya dapat rasa mesin atm gelakkan saya bila melihat baki
RM 15.90

bila dah shopping sakan, saya terlupa tentang solat zuhur. astaghfirullah. bergegaslah saya mencari surau memandangkan waktu zuhur tinggal beberapa saat saja lagi. berdosa saya.

kawan saya tegur saya
"kenapa ko tergopoh-gapah sangat. rilek la. jamak je la zuhur ko tu"
"jamak apa nye, aku bukan musafir"

"jamak TakDan"

apa patut saya buat dgn kawan saya?





menunggu itu sakitnya seperti jarum yang dicucuk di punggung ketika masih bayi

ia sakit tapi tidak boleh buat apa-apa
kecuali menangis.

netball interhouse 09...







sebelum segala bermula......coach Abdul Haq memberikan beberapa teguran untuk meningkatkan prestai dan mutu permainan...disertai dengan ahli sapphireans yg lain, zazzy, ada, aiman, ananth & ramai lagi yg....



tarikh : 19 ogos 09
masa : 5.15 p.m - 7.00 p.m
tempat : netball court (tapi wat kat MPH sebab hujan)



berdoa sebelum perlawanan menentang garnet..




rasa gumbira selepas tamat perlawwanan....bergambar dulu!!!



yea!!!in!!!!


setelah berjaya menewaskan DIAMOND ( 4 -2 ), tetapi tewas di tangan GARNET(3 -2),SAPPHIRE tetap terus bersemangat meneruskan perlawanan menentang TOPAZ dan telah berjaya menewaskan TOPAZ( 6 - 4) dan seterusnya layak ke final bertemu semula dengan GARNET...(walaupun dah boring lawan GARNET, tapi men je la..huhu...)...disebabkan GARNET mempunyai GS yg sangatla power..sapphire telah tewas tipis iaitu 7-5..(agak tipis la tu ka....)

SAPPHIRE!!CONGRATES!!!!TO ALL PLAYERS & SUPPORTERS, THANKS A LOT...!!!KORANG MEMANG HEBAT,,!!!!





YATZ (GS / GK)
MIKA (GA)
ANATI (GS)
ILLYA (GD)
ASHI (GK)
INTAN (C)

SYAKIRA (C)
MANIRAH (WA)
ZETOT (WD)
ILYANI (PENYOKONG SETIA)
SAPPHIREANS (PENYOKONG SETIA)



CONGRATEZ SAPPHIRE!!!!!

MCB 2009 kembali lagi!!

seperti yg telah digembar-gemburkan, majlis penutupan MCB telah selamat dijalankan pada 15 ogos 09 pada pukul 9.15 minit malam...

acara yg sgt2 dinanti2kan telah pun tiba...
BORIA!!!!!
tahun lepas kita juara...adakah tahun ini kita juara lagi??ramai yg bertanyakan soalan itu...
insyaallah...itulah jawapan yg mampu diberikan...
alhamdulillah,berkat usaha dan hasil kerjasama masing2, sapphire telah berjaya mempersembahkan boria yg dikoreografikan oleh jijul dan disertai oleh juniors & seniors...
walaupun terdapat sedikit masalah teknikal ketika persembahan, dan membuat persembahan untuk kali kedua, semangat itu tetap ada...

akhirnya, jawapan bagi soalan ädakah sapphire akan menang lagi boria tahun ini??"telah terjawab...
walaupun tidak memenangi pertandingan boria untuk tahun ini, sapphireans telah memberikan sepenuh tenaga dan usaha untuk menjayakan pertandingan tersebut...
terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada peserta, pembuat costume, bunga manggar dan macam2 lagi...terima kasih..jutaan terima kasih!!!
anda lah aset yg amat berharga di dalam HOUSE OF GLORY ini...

kepada adik2 dan sahabat2 sapphireans, jgn putus asa ataupun sedih, ini adalah pendornong untuk kita maju ke hadapan...menang itu bukan kepentingan dalam sappire tapi semangat itu yg penting...(petikan kata2 lisa...thanks lisa..)

walaupun kita tidak memenangi boria. kita tetap memenangi beberapa acara yg dianjurkan oleh MCB...

PERTANDINGAN CONGKAK :
TEMPAT PERTAMA - NABILAH
TEMPAT KEDUA - MAISARAH

KUIZ MCB:
TEMPAT PERTAMA - INTAN SYAMIMI
TEMPAT KEDUA - ASYRAF ROSLAN

TAHNIAH!!!!!
PASTIKAN KEJAYAAN INI MEMBERIKAN LEBIH SEMANGAT KEPADA SEMUA AHLI SAPPHIRE!!!!

rabu ini merupakan hari penting di mana netball interhouse antara sapphire akan berentap dengan topaz untuk layak ke final...
marilah datang beramai2 untuk menyokong SAPPHIRE!!!!