House of Glory

The Ultimate Sapphire

Joke Of The Day

Pada suatu pagi ketika bangun dari tidur, seorang isteri berkata pada suaminya, “Tadi malam
Ayang bermimpi Abang menghadiahkan Ayang set barang kemas berlian di hari Valentine
ini. Apa pendapat Abang mengenai mimpi Ayang?”.

“Ayang pasti akan mengetahuinya malam ini jugak” jawab
suaminya sambil membisik manja.
Malam itu si suami memberikan kepada isterinya sebuah bungkusan hadiah.

Dengan hati berdebar-debar penuh rasa teruja amat si isteri tersebut membuka bungkusan hadiah itu perlahan-lahan dan isi bungkusan hadiah tersebut adalah sebuah buku yang berjudul:


Jenis-jenis Mimpi dan Maksudnya“..


*tahla ..aku rasa lawak sgt!!!*

Sebelum Asar Melabuhkan Tirainya..

Assalamualaikum. (ada x sblom nie?)
pada kita yg sedar atau masih tepinga-pinga, hari ni asar yg terakhir pada tahun 1429 Hijrah.. maka bila asar 1429H meabuhkan tirai, akan menjelmalah Bidaian Maghrib tahun baru 1430 Hijrah..

maka seafdhalnya, kita tutupla tahun 1429H ini dgn sedikit doa memohon keampunan daripda Allah dgn segala dosa hitam yg pernah kita lakukan. Kita insan yg lemah.
























amin. sungguh bermaknakan tafsiran doa ini. subhanallah. ketika jari tgh menaip ini, tinggal 52minit saja lagi untuk asar 1429H berlabuh bersama segala sejarah yg bakal mnjadi kenangan kita bersama.

dgn tibanya 1430H, seafdhalnya juga kita mmbuka tahun baru kita ini dgn memanjatkan doa kehadrat Allah s.w.t.. moga2, tahun baru ni mmbawa sinar bahagia kpd kita semua (wah, kebunyian ayat yg sgt cliche)























amin..
On behalf of the House of Sapphire.
Kepada semua anak-anak kesayangan Rumah Nilam Rumah Kejayaan atau
lebih elegen bunyi Sapphire The House Of Glory

Semoga Allah sentiasa merahmati segala usaha yg bakal kita lakukan
dan semoga kemenangan nanti memberi kebaikan kepada kita semua

semoga perkenalan dan perpisahan kita nanti adalah belandaskan cinta kepada Allah
semoga persahabatan yg kita bina selama ini berkekalan dan diberkati hendaknya.
tidak kiralah kemenangan dlm apa-apapon Yg penting
Sapphire akan sentiasa dirahmati amin...

apa yg penting??
KERJASAMA!!!
*suntingan siri kartun Wondepets*

::saya sayang sapphire::


Saya Mengaku Kalah

henpon da nak hancur. nak terbelah dua. model w550i.
anda tahu. bila mahu guna, dia perlu dipusing.
saya senang melihat gelagat rakan2 ketika mula2 berkenalan dgn henpon yg perlu dipusing ini.










gelagat 1
henpon dicapai, diteliti dalam-dalam. aneh bentuknya, tebal. dan berat.
dipandang dari sisi. dipandang dari bawah.
akhirnya ambil keputusan untuk menolak dari bawah.
buat gaya membuka henpon slide.
gagal. tersenyum.

gelagat 2
merampas henpon. tercari2 angle yg seswai untuk pusing.
barangkali dia tahu henpon ini kena pusing.
setelah lama mengkaji..
"henpon ni xde keypad ke?"
gagal.

gelagat 3
meminta kebenaran untuk tgk henpon. keypad locked ketika henpon diberi.
saya menruskan sembang menyembang dgn rakan2.
henpon dihulur kembali seraya berkata "bosan ah henpon ko..xde paper yg menarik"
lampu x menyala, keypad masih locked.
tersenyum.

w550i sangat lasak. sentiasa dijadikan altenatif untuk dibuat balingan selain pen carera dan pemadam stabilo. sebab dia tebal dan berat, momentum yg dihasilkan memang tinggi.

tu dulu.
kini, ia sudah usang. bergegar gegar. bagai mahu putus dua. skru tercabut, cat terhakis, skrin calar-calar.
perlu berhati-hati ketika membuat pusingan,bimbang tercabut dua. bila mahu buat balingan, hati akan berdebar-debar.

suatu hari, saya berbincang dgn abang. mahu beli henpon baru. sempena tahun baru.
abg saya poyo. sumpah. sarannya, jgn beli henpon yg pelik2. beli yg boleh call, boleh mesej, cukup.
membazir je beli yg ada mp3 la, gigi biru (bluetooth) la, 3g la, berkamera yg mampu MMS lah..bukan gna sumer tu.
kami berkelahi. saya akur.

suatu hari yg lain, kami ke bundle. saja jln2 cari bju murah. tiba2 abg saya terpana dgn sepasang kasut adidas di kedai itu. ditiliknya lama-lama. pda saya, xde la cantik sgt. huh.

lantas, dia menelefon abg saya yg berada di rumah, bertanyakan pendapat.
punyalah bercerita bagai dia spesifikasi kasut itu. tapak dia begini, depan dia begini, coraknya begini. malangnya, abang saya di rumah x berapa boleh imagine kehebatan kasut itu.

diceritakan nya lagi spesifikasi kasut itu. tapak dia begini, depan dia begini, coraknya begini... perbualan tamat.



"henpon kamu boleh htr MMS kan?"

Bukan Salah Gagak yg Hitam

*post ini tidak menggambarkan penulis seorang yg mendiskriminasi hitam kerna diri sndiri pon x brapa putih.*

"tidak ku pinta, lahir ke dunia"
"tidak ku pinta, hitam begini"
lalala..

tetiba teringt lagu nie. lagu apa eh?
mungkin ini la lagu tema untuk seekor buung gagak kan??
walau macam mana sekalipon kita memuji hitam
"hitam itu perilys"
"hitam itu menawan"
"hitam manis"
"hitam itu elegen"
"hitam itu ekslusif"
tapi..
hitam tetap hitam. kan?

ingat poem "the death crow" ?
kematian burung gagak yg sgt tragis, yg terjumpa di dalam longkang itu.
kerana pencemaran atau polution dlm bahasa yg lebih anda arif.

sebenarnya, saya suka burung gagak. darah akan bergelora teruja bila ternampak burung gagak.
dulu, tika bermalam dirumah seorang kawan di shah alam, saya x lepas peluang untuk menikmati keindahan burung gagak ini.

hati rasa girang bila melihat burung gagak.
mata merah rubi.
paruh kuning diraja.
kaki kuning topaz.
cantik kan?
hitam nya berkilat-kilat bila terpanah cahaya mentari. terutama hitam yg diselaput minyak kotor dari selat berhampiran.

khutbah hari ini berkisarkan pencemaran yg berlaku di Kelantan. media utusan melayu dan berita harian melaporkan Kelantan antara negeri paling kotor dgn sampah. maka imam menyeru sempena maal hijrah yg makin hampir ini, bolehlah para jemaah berhijrah ntuk jadi lebih bersih dan menyahut seruan Kelantan Bersih 2010.

banyak menteri yg hdop di kota Kuala Lumpur mengakui dgn penuh yakin Kelantan adalah sgt kotor. kotor dgn sampah sarap. jadi kerajaan kelantan berusaha.

percutian 6 hari 5 malam dirumah rakan di shah alam byk mengajar ttg kehidupan burung kesayangan saya, gagak hitam. tatkala dalam perjalanan ke Mid Velley Kuala Lumpur Bersih ini, perasaan teruja saya bagai terubat kerna mata dapat menyaksikan gagak hitam berterbangan mncari rezki. sangat banyak. sangat menarik.

makanan kegemaran gagak hitam adalah sisa buangan yg byk terdapat di Kuala Lumpur ini. patotla Kota Metropolitan Kuala Lumpur ini bersih. tak hairanlah semua gagak hitam menghuni segenap ruang Kuala Lumpur ini kerana sumber rezki mereka melimpah ruah.

tapi Kuala Lumpur tidak diisytihar utusan melayu dan berita harian sebagai wilayah kotor dgn sampah. sebab Kuala Lumpur banyak gagak hitam.
betul .

gagak hitam bertaburan di Kuala Lumpur memakan sampah sarap yakni rezki mereka yg melimpah ruah di Kuala Lumpur.

saja nak cakap.
saya sayang burung gagak.
di Kelantan, tiada burung gagak.
Kelantan negeri paling kotor.

ironi sehitam gagak hitam.
saya teruja. betul2 teruja.
selepas menonton buletin utama malam td (25 disember), hati saya riang gembira mahu menaip post ini. oh. selamat hari natal sebelom trlupa.

Lautan biru x habis2 hentam Rembulan Mengambang kan??dgn satu-satunye isu yg menyebabkan sumer umat Islam yg x brapa nak ikut Islam boleh nak duduk diam bagaikan cacing kepanasan (wah, 2markah) nak menjerat.
HUDUD.

saya bkn nk jelaskan HUDUD ni patot ke x, releven ke tak, cuma nak dedahkan apa yg lebih menarik drpd isu yg asyik dijadikan jerat percintaan puak2 biru ini. sebenarnya, ada peristiwa yg lagi hebat berlaku masa perltikaman lidah secara baik ini, yg sengaja x disiarkan buletin utama yg dibayar itu. huh. terlepas juga cakap bnda ini. uhuk. maap2.

Bahagian 3

bagian 3 nie dipanggil sesi Q&A atau anda tanya, panel jawab. penonton boleh je nk tnya kat mana2 panel tpi yg pnting sila jaga tatasusila dan kesopanan seperti yg termaktub dlm rukun negara.
sebaik saja pengerusi bagi peluang, tros berdiri sorang pakcik berserban putih berjubah lawa rakus menuju ke mikrofon. gaya bagai penyokong Rembulan mengambang. 1st imppression la.
sebelom pakcik ni bertanya, dia bagi sikit ceramah la kan..sekadar mengulas..

dituju soklan ini, KJ..soklan berbunyi begini la..
"kita sedia maklum yg kita perlukan transformasi politik dan sekarang kita perlu berusaha ntok terima konsep dosa dan pahala dalam pemerintahan. secara jelas kita tgk Lautan biru x terima konsep ini berdasarkan contoh, dulu kementerian belia dan sukan menganjurkan sukan berenang, dimana perempuan pakai seluar dalam dan coli, yg laki pakai seluar dlam. maka betullah jika kita asingkan politik dan agama, kita boleh buat bnda begini. "...
soklan ni mndapat sorakan satu dewan


soklan seterusnya dituju kpd KJ..eceli malam itu KJ memang diraikan dgn begitu hebat, ramai yg tak lepas peluang mahu bertanya soklan2 jerat kpd KJ. rasanya satu soklah ntok HM yg agak ringan dan 1 soklan ntok Prof yg mengundang kebencian ramai.

saya kagum dgn perempuan ni. dia berani. tau apa dia tnya?
"kita sering mengatakan perlunya kerjasama antra kita, hormat sesama kita tpi malam ini kelihatan sungguh ironi. penyokong yg bersorak riang bagai mahu mengejek tetamu undangan, kelihatannya tak EDUCATED.
ha. sentap la warga2 jejaka yg bersorak.maka pakcik2 tak berapa respon sebab x phm perkataan itu gamaknya. ada soklan yg bunyi sedikit aneh
"kenapa perlunya persengketaan antara parti lautan biru dan rembulan mengambang?sedangkan Islam mengajar kita lain..mengapa tidak rembulan dan lautan bergabung sahaja membentuk kerajaan yg mantap??"
ada sesiapa nk jawab?? uhuk.

kemuncak mlm ini adalah soklan2 pedas dari Presiden Kelab Penyokong Rembulan Mengambang. buat perhatian, dia adalah CINA. saya ulang dgn warna lain ya, CINA.
5 soalan panas lagi berempah semua dituju ntok KJ terchenta~ sgt bermakna.
sebelom bertanya, pakcik cina ni ada ckp sikit..bunyinya begini
"ada persamaan antara kedua2 parti yakni keahliannya dibuka kepada semua yg beragama Islam, dan ada perbezaan juga yakni Rembulan memperjuangkan nilai-nilai murni Islam tpi Lautan biru ntok kepentingan orang melayu. ha.."

1. Lautan Biru mengatakan sekolah kebangsaan yg ditubuhkan mampu menyatupadukan kaum di negara ini. tpi mengapa sampai hari ni, perkara itu masih lagi blom terlaksana??lihat sajalah berapa byk parti yg muncul?? (saya x brapa setuju soklan ni ditanya..uhuk.)
2. pihak anda pernah menyatakan golongan cina di pulau pinang sekadar penumpang saja. kami berasa terhina. sedangkan saya percaya, dalam Islam, orng cina, orng melayu dan orang India dan semua manusia adalah makhluk ciptaan Allah S.W.T.. (maka bersoraklah satu dewan bila pakcik cina ini menyebut nama Allah dgn pelat tpi bersungguh-sungguh)..(cina pon pehe isle wei!!!..jejaka sebelah saya mnjerit)
3. apa KJ setuju ISLAM itu diatas segala-galanya?? jadi kenapa hnya parti Rembulan mengambang saja yg menegakkan Islam sebagai dasar parti, sedangkan Lautan biru x habis2 dgn bnda2 lain?
lagi 2 soklan saya udah lupa..uhuk.. maap2..

mahu tahu lebih lnjut ttg sokln pakcik nie. klik sini.

maka bertubi-tubi lagilah soklan diberikan kpd YB KJ ini. yela, bkn senang nk soh dia dtg kan.

dan berakhirlah ulasan ringkas saya terhadap majlis pertikaman lidah secara baik ini. niat saya tidaklah menghasut sesiapa. sekadar memberi kebenaran sebagai penonton di tempat kejadian.

HM- "minda rakyat telah diset dgn minda Utusan Melayu"
KJ- "terima kasih tak terhingga dgn soklan2 bagus drpd penonton"
Prof- "seperti dulu jua, saya tidak berat sebelah, cuma saya sukakan kebenaran"

Politik Tikus-tikus ini sungguh membosankan. maap kepada yg bosan yer. saya sekadar teruja.

apa yg ironi tidak berwarna'warni.

Bila Tempayan Pekasam Pecah

mood: politik tikus-tikus
media player: Malaysiaku Gemilang
---
sambungan ulasan Pertikaman lidah secara baik. secara jujur, apakah anda rasa penulisan sebelum ini berbaur menghasut?? sila jawab dgn jujur. tima kasih.
---
Bahagian 2
selepas sejam percakaran hujah berlaku di atas pentas, maka pengerusi beralalih ke bahagian 2, yakni bertanyakan soalan2 panas kepada panel. panel2 boleh mncelah jika terasa jawpan itu tidak sedap didengar.

Soalan kepada HM berbunyi lebih kuang begini la..x hengat sgt. sbb ia politik.saya benci politik tikus-tikus.
-Pada Pilihan raya ke-12 yg lepas, YB ada menyatakan untk melaksanakan hukum hudud jika berjaya menduduki tapuk kepimpinan. sehingga sekrang, walaupon Rembulan Mengambang sudah menguasai beberapa negeri, isu hukum hudud ini senyap ajoo.lapuk kah??..apa pandangan YB??
dewan yg bising gamat tiba2 sunyi sepi. jejaka di tepi saya pon senyap, bagaikan fokus dgn jawapan yg bakal diutarakan.
Hm dgn yakinnya menyatakan isu hukum hudud ni masih dbincangkan. pandangan beliau bahawa hudud ini tidak perlu mnjadi satu isu yg perlu digembar-gemburkan kerana hudud ini bukan ciptaan Rembulan Mengambang, sebaliknya ia hukum Allah. tidak kira siapa yg beragama ISLAM terutamanya, perlu pikul tanggungjawab tok melaksanakannya, bkn terletak pada sesetengah orang ajo..jnji engkau orang ISLAM..idak ye??
luruh jantong saya seketika bila jejaka dibelakang berteriak "TAKBIR!!!" dan disahut oleh satu dewan tnda bersetuju dgn jawapan HM.
kelihatan KJ sperti mahu mncelah tp dipotong pantas oleh HM.tercengang dia seketika.
byk juga ulasan bernas yg diutarakan serta celahan drpd KJ yg sedikit menjentik. tpi ,apa boleh saya buat, sbb ini kubu kebal yg pling berkuasa, maka saguhati demi saguhati diberikan kpd KJ.
"Orang ckp pasal Islam la"..begitu bunyi jeritan jejaka ditepi saya.

saya terfikir juga la kan..apa Islam x ajar ke cara nak hormat tetamu jemputan?biarla dia musuh kita ke, bnci sgt kt dia ke,da kita undang dia, jaga la adab sopan tatasusila itu *uhuk,smbil duduk bersimpuh*. saya cuma terfikir ajo..

mikrofon beralih arah kpd KJ pula. soalan cepumas diberi kepada KJ. malang sekali saya sudah lupa, tau knapa?? soklannya sgt politik tikus-tikus.jap, nak perah otak,,nak hengat balik..
hmm.
ha..ingat2.
"pada pendapat KJlah kan, kenapa agaknya anda berpendapat kekalahan Lautan biru pada plihan raya lepas bukanlah satu kekalahan mutlak kerana kata anda ia sekadar tnda protes rakyat terhadap Lautan biru?? knapa anda tidak setuju jika dikatakan rakyat telah beralih arah??
agak bijak juga soklan ini. anda tahu apa jadi?? sorakan demi sorakan diberi. gamat dewan.aduh. nyesalnya aku duk kt sini.
KJ lulusan Oxford ini sorang yg pndai berkata-kata.sungguh, saya kagum dgn keyakinannya, bahkan suaranya agak macho. uhuk ok.
kata KJ, kekalahan itu merupakan satu amaran drpd rakyat kpd kerajaan kerana byk antara janji-janji ketika manifesto blom tertunai lagi. 5 tahun yg diberi sebenarnya tidak mencukupi ntok kerajaan memenuhi jnji2 manis tersebut. amaran itu adalah peringatan plaing hebat drpd rakyat, dan saya sgt yakin yg 5 tahun lagi, kemenangan melebihi 2/3 berpihak pd Lautan Biru.. wooo..bersorak para penyokong lautan biru..
tiba2 HM mncelah "tidakkah YB rasa yg kekalahan itu berpunca drpd kebencian rakyat terhadap masalah dalaman kepimpinan parti YB?? ye la,hari2 baca pasal sipolan dpt rasuah, sifulan gila kuasa, sisifu makan duit rakyat, masalah politik wang dan sbgainya.." bertepuk gamatla penyokong bulan mengambang.saya sekadar senyum simpol. batang hidung seseorang telah terpukul.uhuk.
pantas KJ mnjawab. prinsip kami sentiasa telus dlm bbertugas. bersalah kami dakwa..kami tubuhkan Lembaga Disiplin ntok banteras masalah dalamn inie..rakyat nmpak apa yg kami buat, maka ia bukan sbb ntok rakyat beralih arah..
KJ trot menyentuh perihal 16september dan menggambarkan kerakusan kuasa penasihat parti yg ingin merampas kuasa sbagai perdana mnteri. KJ menyifat arrogance of power ini bkn hnya pada Lautan Biru, tpi juga pada parti2 lain..katanya, penyakit gila kuasa ini telah berjangkit kepada parti2 lain..begitulah hujahnya puas.

tiba2, HM mencelah "anda kata berjangkit ya??kiranya betullah Lautan biru ni memang berpenyakit gila kuasa??dan penyakit ni berjangkit kt orng lain. x gitu??" tersentap. maka terpaksalah KJ mengiayakannya. uhuk.

banyak jugaklah terjadi pertandingan siapa paling pandai bersinis dan memperli dgn kata2 bijak. secara jujurnya, bahagian kedua ini sangat panas dan sgt bising. duhh~ siapa xnak bersorak kan?? sesekali terdengar pekikan berbaur benci. aduh. xpa2.depa2 ni jagoh gadoh mulut je, tpi tetap aman..xde tumbok2 lagi stakat nie..

bagian 2 habis dgn ketiga-tiga panel tidak sedap punggung jadinya. oh lupa, Prof tetap dgn prinsip tidak BERAT SEBELAH nya. adeh.

pnjng jugak ulasan kali nie. bahagian 3 yg lebih panas bakal menyusul. nantikan peristiwa yg pling kemuncak untuk sesi pertikaman lidah secara baik bahagian 3.

HM- "Islam itu untuk semua, bukan untuk P*S sahaja"
KJ- "saya yakin, next election, kami menang besar"
Prof- "saya tidak berat sebelah"

ber---sam---bung---
sungguh ironi.

Bila Lautan Biru Menjengah Rembulan Mengambang

saya x suka politik. sebab saya x phm politik.
politik tikus-tikus belaka. sebab tu wujud istilah politikus.
oh. 2 3 hari lepas saya berkunjung ke satu perbahasan, berdekatan dgn rumah. berkisarkan politik.huh.saya pon x sngka saya ke situ.

maka ini serba sedikit cebis-cebis hujah yg saya ingat. teruja sgt ingin menulis walaupun saya x suka politikus. xpa, saya anggap saja ia satu persembahan pertikaman lidah secara baik.maka saya ada mood.

tempat: Balai Islam Darulnaim, Kelantan
masa: 9.00 malam
tajuk perbahasan: Transformasi Politik di Malaysia
tetamu jemputan:
1. YB Husam Musa dri parti Rembulan mengambang. saya wakilkan dia sbgai HM
2. YB Khairi Jamaludin dri parti Lautan Biru, saya wakilkan dia sebagai KJ
3. YB Profesor Aziz (saya lupa nama dia), maka saya wakilkan dia sebagai Prof

saya tiba sedikit lewat ke perbahasan itu kerna kawan saya berkata walaupon diberitahu bermula pukul 9.00 mlm, InsyaAllah akan mula setengah jam lebih lewat. janji melayu.
meleset. ketika tiba, HM tgh berucap,maka saya terlepas ucapan awal HM. saya x kesah. politik je.
fuh.ramai pengunjung malam tu.penyokong dri pelbagai parti dtg. kelihatan mereka berkumpul secara berasingan. Ini dikenalpasti berdasarkan kekuatan sorakan dri pengunjung. Pertikaman lidah secara baik ini dibahagikan kpd 3 bahagian.

Bahagian Pertama

Ucapan pendahuluan HM
-mengetengahkan 5P. beliau hanya sempat mengulas 2P shj yakni Prinsip dan Politik. saya tidaklah berapa paham dgn ulasan beliau ini kerana bahasanya tersgtlah politik.huh.
-turut mengetengahkan isu-isu panas seperti rasuah dlm parti Lautan Biru, politik wang, kerakusan kuasa, dan ketidakadilan dalam pemilikan wang antara menteri-menteri dan rakyat jelata
-setiap kali nama parti Lautan Biru disebut, maka akan disahut dengan sorakan dari parti Rembulan Mengambang. kadang2, ada juga jeritan takbir bila isu-isu berkaitan agama Islam disebut. jejaka di sebelah saya ini sgt bersemangat. terjerit-jerit bila KJ dihentam secara sinis oleh HM. pak cik yg berdekatan juga terlolong-lolong tanda sokongan.
oh lupa. tempat duduk saya dlm kelompok penyokong Rembulan Mengambang. jgn silap paham. saya masih neutral, sekadar memenuhi kerusi kosong.heh.mahu duduk punya pasal. nasib saya baik kerna memakai baju belang2 hijau putih. maka dibenarkan.

Ucapan pendahuluan KJ
-sebaik saja KJ membuka bicara, seluruh dewan gamat dgn sorakan orang tanda sokongan (sinis) kepada KJ. tau kenapa? ini patah bicara permulaan KJ
dimulakan dgn selawat2 dan disambung
"Firman Allah S.W.T dlm kitab Al-Quran...bla..bla..bla..". anda pasti paham maksud saya. KJ tlah mmbaca terjemahan yg ada kaitan dgn kepimpinan yg jujur dan amanah. maka sekali lagi beliau mndapat sorakan dewan. tahniah.
-tafisran beliau tentang transformasi politik sgt bagus. diulas satu persatu. saya tertarik dgn frasa ini,
katanya telah belaku perubahan dlm parti Rembulan Mengambang kerana walaupun kelantan adlh kubu kuat Rembulan Mengambang, beliau berbesar hati untuk memenuhi jemputan untuk bertikam lidah secara baik.
-beliau juga menyifatkan cara rembulan mengambang bergabung dgn parti lain dn mmbntuk pari perikatan juga satu bntuk transformasi yg baik.
-byk juga yg direpekkan oleh beliau ttg perlembagaan dan bnda2 politik. sekali-sekala disertai jeritan dri penyokong dan sorakan dri pembangkang. jejaka di sebelah saya sudah menguap-nguap kebosanan. mungkin tersa pnjgn hujahan musuh diahadapan. barangkali.

Ucapan pendahuluan Prof
-bicaranya dibuka dgn mengatakan bahawa dia tidak akan berat sebelah sebagai penganalisis politik. byk yg beliau ulaskan tntng transformasi kedua-kedua parti dan sangatlah kelihatan Prof overweight kat sebelah sisi. huhu. namapun asalnya kelantan.
-sorakan demi sorakan berdendang di dewan itu tatkala Prof membuat kenyataan menyokong parti Rembulan Mengambang dan menindas parti Lautan Biru. hah Prof. anda sgt adil!

untuk bahagian pertama, dewan agak-agak suam2 kuku. api membara baru hendak menyala. rumusan bahagian pertama
HM- "U*N* sudah menjengah ke umur senja. nnti *M*O akan mati juga"
KJ- "P*S hanya retak menanti belah"
Prof- "saya tidak akan berat sebelah"

to be continued..
sungguh ironi.

Mek Rempit

Sekadat nasihat pada bakal dokter. *smbil jeling jahat pd budak medic*

Sebagai seorang doktor yang tugasnya menyelamatkan nyawa manusia,tentulah saya merasa bangga dengan profesion saya ini. Sememangnya inilah cita-cita sebenar saya selama ini. Etika dan sikap profesionalisme sering saya amalkan. Apatah lagi saya juga seorang pensyarah di Pusat Pengajian Perubatan di salah sebuah universiti terkemuka. Saya sering menanamkan dan menekankan aspek insaniah dalam diri bakal-bakal doctor yang merupakan pelajar saya.

Suatu hari yang ditakdirkan Allah, saya di ajar tentang suatu nilai yang saya terlupa oleh seorang mat rempit.

Saya menoleh jam loceng saya. "Ah….baru 3am dan saya baru terlena hanya 2jam sahaja." Tapi,apakan daya kerana tugas,saya terus mencuci muka dan terus menggapai kunci kereta saya. Inilah rutin seorang doltor yang kita kenali sebagai `on call`.

Setelah memecut kenderaan saya,akhirnya saya tiba di bilik kecemasan. Ada satu kes kemalangan. Seorang penunggang cedera parah dan pemboncengnya meninggal dunia di tempat kejadian.

"Tolong doktor..Tolong selamatkan kawan saya," rayu seorang lelaki muda berseluar jean yang koyak dibahagian lututnya. Inilah trend pakaian mat rempit. Setelah 4 jam dibilik pembedahan,mangsa berjaya diselamatkan dan kaki kanannya terpaksa dipotong. Entah mengapa hari itu,terlintas bisikan syaitan dalam hati saya yang menyatakan`you deserve to get it`. Astaghfirualallahal azim, sebagai seorang doktor,saya tidak harus meletakkan prejudis saya sebagai prioriti dalam merawat pesakit. Melihat pesakit saya dari sudut siapa dia sebenarnya adalah salah. Hal ini kerana, dalam merawat dan meyelamatkan pesakit,nyawa setiap manusia begitu bernilai walaupun pada pandangan kita atau sesiapa,dia bukanlah apa-apa.

Keesokan harinya,saya pulang dari hospital agak lewat malam. Kepenatan benar-benar menyebabkan saya tidak sabar untuk tiba di rumah.

"Ah….lampu merah pula!!" Maka saya terus menekan pedal brek dan menunggu giliran sambil mata saya tertumpu pada suatu peristiwa yang menarik. Saya melihat seorang lelaki yang koyak jeannya dilutut menunggang dengan laju melanggar lampu merah tanpa rasa bersalah. Dalam hati saya berdetik "sah mat rempit lagi. Tak ada kerja lain ke selain menyusahkan orang lain." Tiba-tiba saya melihat pemuda itu berhenti,menongkat motornya dan berjalan kedepan.

Saya benar-benar malu pada diri saya sendiri melihat pemuda itu mengambil bangkai kucing yang saya kira baru saja dilanggar petang tadi,mengalihkannya ke tepi jalan agar tidak dipijak hina oleh kenderaan lain.

"Allahuakbar."

Saya benar-benar tersedak dengan bisikan hati kecil sendiri. Saya rasakan diri ini sangant mulia apabila menyelamatkan nyawa manusia,tapi tidak terlintas dan tidak sanggup membela bangkai binatang itu padahal ia juga suatu nyawa yang harus dihargai dan dimuliakan. Sedangkan dia seorang mat rempit yang mungkin tidak menghargai nyawanya sendiri boleh meletakkan nilai harga nyawa seekor binatang pada aras yang tinggi. Sesungguhnya Tuhan sedang mengajar saya sesuatu.

Sesungguhnya saya telah belajar sesuatu dari seorang mat rempit. Kemuliaan seseorang itu bukan terletak pada berapa besar dan tingginya jasa dan sumbangan pada sesuatu tetapi dinilai dari berapa besar seseorang itu mengerti makna kewujudan sesuatu dan menghargai.

Ini bukan kisah yang memberi pengajaran bahawa kita juga boleh menjadi mulia walaupun seorang mat rempit,lantas menanam cita-cita untuk menjadi kaki rempit. Namun cerita ini membawa pengajaran bahawa kita tidak boleh terlalu berbangga dengan diri sendiri dan membiarkan prejudis membezakan diri kita dengan golongan lain. Sikap prejudis akan mengurangkan etika dan meruntuhkan sikap profesinalisme yang ada dalam diri kita..
petikan- iluvislam

Berprestasi Dalam Redha Allah.

kejam?bukan, BIJAK~

petang tadi dikunjungi segerombolan budak-budak sekolah rendah. mereka datang ke rumah berbasikal konvoi beramai-ramai. tersedar kedatangan mereka bila terdengar riuh-rendah di luar pagar. oh. pintu pagar itu walau baru ditukar, tpi teramatlah berat untuk dibuka.tah apa jadahnya pagar tu kan? roda ok, minyak gris cukup.

gara-gara kpayahan pintu itu, tok cu (igt lagi x) yg umurnya menjangkau 100an yang masih gagah ke hulur ke hilir berjalan kaki, tidak jadi berkunjung ke rumah. ye la. kudratnya tidak cukup untuk menolak pintu pagar itu. maka pulang dgn hampa. kesian. ditanya, kenapa tidak menjerit nama ibu? katanya, vokal da x kuat da.. (smbil mengetap mulut yg tiada gigi itu).

detik pagar dibuka, berderu kanak-kanak ini masuk. di tangan masing-masing terutuh helaian berwarna merah jambu. salah seorang menghulur. oh. kutipan derma sempena jogathon.

masih tersimpankah memori zaman comel-comel dulu konvoi keliling kampung dgn kawan-kawan smbil menyanyi riang membawa helaian berwarna kuning atau merah jambu atau biru awan? menebalkan muka singgah dari rumah ke rumah, ingin memohon sedikit derma.

nampak rumah x berapa besar, reject.x mahu masuk.ha,kecil-kecil lagi sudah pndai belagak kan.pilih rumah-rumah agam saja.pikiran jagung lagi. rumah besar, duit besar, derma dpt byk.
paling hampa bila tuan rumah kuarkan nota berwarna biru (rm1). hati berbunga dapat rm1 dulu-dulu. rupanya kena kongsi dgn 5 orang. hampeh.

ah.kenangan memang manis.

bila da besar, terfikir x, mana perginya duit yg byk2 kita kutip tu? mula la tuduh yg bukan2. haha.
pikiran jagung.

tempat yg strategik penting utk seseorng pengutip derma.(sila bezakan dgn peminta sedekah).selalu kan terjumpa pengutip derma di masjid. ha. antara logik akal yg diterima ialah
-orng pegi masjid, hati bersih
-bila hati bersih, mungkin pemurah
-bila pemurah, dapatlah dihulur singgit dua kan?
-lagi2, dekat rumah Allah, lagi la orng belumba-lumba nak derma.

x caya? cuba letak balang kosong satu hari kt masjid. mesti akan ada duit hatta 1 sen pon.

tapi, kadang-kadang letak kt masjid kurang berkesan. yela, kalu masjid tu x ramai datang? nak harap hari jumaat je. hmm.

tapi, bagi saya, yang ini cara paling efektif tuk kutip derma. sangat efektif.



















memohon derma BETOL-BETOL di depan ATM.
ha.
girang mak cik belek-belek duit lepas korek kt ATM, tersentap.
xkan nk kata xde duit kan??

sungguh ironi.
by,

Bila Lelaki Lapar

jam tangan jenama Gucci memaparkan masa yg sudh malam.kedua-dua jarum jam saling bertindihan.
"eeuurrrkkkk~" begitu agaknya bunyi perut yg lapar. mata belom mahu lelap. jari masih ligat memetik papankekunci.

zappp~.
lesap terhenjut-henjut ke dapor. diangkatnya saji. hampa. hanya tinggal pinggang budu gersang, dan beberapa cebis helai daun kobis.
dibuka kabinet. mata liar tercari-cari plastik kuning bertulisan merah. hampa. stok maggi kari tiada.

terpandang cerek air panas. terasa bagai dipanggil2 cerek itu "datangla kepadaku"
lantas air dijirus masuk.
ktang~ api dinyalakan. jeram.

cengkerik malam ligat berdondang sayang dgn jejaka puru dan kodok.

mata ligat mncari tin biskut. penutup dikupil dgn sudu besi.
senyum.

"fuwiiiittttttttttttt~~~~~~". cerek menjerit bingit.
naseb baik x terlepas pinggan kaca buatan itali dipegang.
operasi bermula. operasi mencipta resipi.

Kepingan biskut diaatur rapi di dalam pinggan kaca buatan itali. air mendidih dicurah ke dlm pinggan.
asap mega menyelubungi segenap dapur. tutup.
getus hati "biar biskut itu kembang seketika"
ok. 3 minit tamat. lebihan air dibuang. biskut yg sebelumnya berbentuk disket kini hilang seginya.
Pengembangan maksima. cantekk lah.

susu pekat dutch lady disiram ke atas biskut disket yg sudah kembang.
hmm. aroma memikat.

bismillah. yum.yum.
ini hasilnya.

Tajuk resipi: Manisan Idaman Kalbu (terbitan Saji)


















selamat mencuba!!
by,

Joke of The Day

Maka tersebut lah kisah seorang Tok Batin nie yang banyak membantu Kerajaan Malaysia dalam mempromosikan barangan buatan tangan dikalangan masyarakat orang-orang asli di Malaysia semasa promosi Tahun Melawat Malaysia pada Sukan Komanwel satu masa lalu. Maka Tok Batin nie dapat ler anugerah serta wang tunai RM500.

Maka dipendekkan cerita, suatu hari Tok Batin nie yang tak pernah keluar dari kampung lamannya sejak kecil lagi ingin pergi ke pekan berjalan-jalan dengan berbelanja disebabkan dapat duit RM500 tu la....... Maka pada suatu pagi bersiap-siap ler Tok Batin nie dengan kemasnya... lalu diambilnya selipar jepunnya yang disimpan dalam almari tu sejak dulu lagi (memang tak pernah pakai.... biasa berkaki ayam je..)

Lalu berjalan ler Tok batin keluar dari hutan bila sampai je kat hentian bas..... Tok Batin cuba kontrol macho.... lalu bertanya pada seorang pemuda yang sama-sama tunggu bas kat situ, "Bas perghi pekan dah syampai.....?" Konon-konon macam dah biasa ler naik bas tu....

"Sekejap lagi sampai ler tu.....", sahut pemuda tu selamba.

Apabila bas sampai Tok Batin menyuruh semua orang naik dulu,sebab dia kelam kabut sikit... maklum ler first time naik bas. Last sekali dia naik terus duduk depan kat sebelah konduktor.

"Tok Batin nak gi maner....?", mat konduktor sure kenal tu mesti org asli dari cara dia berpakaian.

" Aaaa..... nak perghi pekan ler.... nak tenghok citer Hindustan..", jawabTok selamba.... lepas membayar tambang Tok Batin tak bergerak-gerak lagi disebabkan rasa ngeri naik bas dah ler first time, laju pulak tu.

Apabila sampai aje di pekan... konduktor memberi tahu penumpang, "OK dah sampai turun pelan-pelan.....!"

Maka Tok Batin yang dari tadi dah terbeliak matanya naik bas laju... terus bangun.. dan tetiba je kat tangga bas tu dia tak jadi turun mukanya cemas... Bila konduktor tu nampak Tok Batin tak turun-turun lalu dia bertanya, "Hah. Tok.... apasal pulak tu........?"

Dengan nada marah Tok Batin tu jawab, "Mana shelipar aku..... tadi aku naik aku taruk kat bawah tangga nie....... sapha kebassshh sheliparr aku.........!!"



Jaguh Capal Dapat Anugerah. yeay~

Libyan group gives shoe-throwing reporter award


TRIPOLI (Reuters) - The Iraqi journalist who threw his shoes at U.S. President George W. Bush was given a bravery award on Monday by a Libyan charity group chaired by leader Muammar Gaddafi's daughter.

The charity group Wa Attassimou also urged the Iraqi government to release television reporter Muntazer al-Zaidi after he was detained on Sunday for hurling footwear at Bush and calling the president a "dog" -- both severe insults in the Middle East.





"Waatassimou group has taken the decision to give Muntazer al-Zaidi the courage award ... because what he did represents a victory for human rights across the world," the group, headed by Aicha Gaddafi, said in a statement.

The group said the Iraqi authorities should honour the journalist for his actions.

Zaidi, accused by the Iraqi government of a "barbaric and ignominious act" will be tried on charges of insulting the Iraqi state, said the Iraqi prime minister's media advisor, Yasin Majeed.

Arab and Iran TV stations have gleefully replayed the footage of the incident, which for many in the region was seen as a fittingly furious comment on what they view as Bush's calamitous Middle East legacy.

--------

tiba2 teringt video MCB sapphire.anda igt?

part jaguh capal yg tgh kumpul kuasa yg tiba2 disergah penjahat.

kalaulah hujan selipar itu jatuh pada Bush..saya rasa satu dunia bgi award kt wartawan tu!!!

lain kali pakej dgn stokin yg sebulan 4 hari x basuh. baru kaw~

haha.

dunia penuh ironi.

Saguhati Terakhir Seorang Pemimpin

terbaru..terbaru..
lawatan sambil belajar bush ke Iraq.

!!!BUSH dibaling kasut oleh wartawan Iraq!!!

mau lihat?tekan sini.

tpi setua-tua Bush, sempat juga mengelak. cekap!
2 kali cubaan, tpi x berjaya.uhuk.
anda ragui kecekapannya?
tgk saja apa yg berlaku pada dunia.

saya rasa, objektif lawatan bush tercapai. belajar.

gembira.
*terfikir-kalu kene muka dia, apa jadi pd Iraq eh?*

semulajadi terhebat (supernatural)

Bukan Ini Yg Ku Pinta.
ah.
mungkin sekadar mahu mengambil roti expired atau susu pekat manis yg kemik tinnya.
atau sekadar ais krim pong yg boleh dipatah duakan.
kepada yg mula berjinak-jinak dlm industri MENcari-Cari-Uang-dibawah-almaRI atau nama pendek 'mencuri'
hayati kisah ini.

The Star

Saturday December 13, 2008

Burglar who picked the ‘wrong’ house
(terjemahan bahasa melayu- fikir dulu sebelum pilih rumah~)

KEMANAN: A burglar entered a house-turned-grocery shop, thinking he was in for a killing. He nearly got himself killed instead.

The owner, who

was away to celebrate Hari Raya Haji returned home yesterday morning to find the burglar trapped in the house for 72 hours without food and water.

The intruder was fatigued and dehydrated when the owner and his wife returned to the shop in Kampung Binjai from their hometown in Kota Baru.

The couple, in their early 50s, found the burglar lying in a room, clasping his hands in an apologetic gesture for his wrongdoing.

The owner, inste

ad of calling the police, decided to call an ambulance to rush the burglar to the nearest hospital.

When interrogated later, the 36-year-old burglar told investigating officers that he had sneaked into the house after realising the owner was out.

The burglar, who entered via the back door, claimed that he was blinded once he was inside and felt like he was in a cave.

“Each time I wan

ted to flee, I felt a ‘supernatural figure’ shoving me to the ground,’’ he told police.

He claimed this was his first time experiencing such trauma during a break-in.

The burglar had no choice but to stay put in the room for three days as his shouts for help were in vain.

Kemaman Deputy police chief Deputy Supt Abdul Marlik Hakim Johar said the couple lodged a police report on th

e same day.

He said the burglar was warded at the Kemaman Hospital and his condition is stable.


this is what we called

pure IRONY

by,

Joke of The Day

Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah kurang tepat dan kebanyakannya sgtla cliche..haa.mcm tu.
terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak le korang boring sangat kalu jadi operator).

1. Soalan: haloo, may i speak to bedah please?
Jawapan: maap.sini bukan balai polis.
(agak lame)

2. Soalan: haloo, siapa disana?
Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..

3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.

4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.

5. Soalan: haloo, mak ade rumah?
Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

6. Soalan: haloo timah, buat ape tu?
Jawapan: kan ke saya tengah bercakap ngan awak kat tepon ni..
(any idea??)

7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan
perkhidmatannye… time kacih.

8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap

9. Soalan: halloo……
Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?

10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya…
Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.

11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le
tu.

12. Soalan: assalammualaikum…
Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite
wajib jawab)

hiburan hari sabtu.
ngee.

by,

Bisikan Nurani (ah,jiwang~)

kejernihan wajahmu
sempurna pada pandanganku,
kau kirana
keturunan terpilih
disanjung serta dihormati,
kau permata
kesederhanaanmu
mengecap kekayaan dunia,
kau mestika
ketakwaan dirimu
itu yang merantai jiwaku

bukan aku memuji
apa lagi memuja
salahkah ku kagumi
perhiasan duniawi

Bisikan Nurani

suka lirik lagu Bisikan Nurani. soalan SPM dulu ada bertanya
senaraikan 4 ciri-ciri wanita yg disebut dalam sabda Rasulullah untuk dipilih menjadi jodoh.
tidak runsing lagi. lagu Bisikan Nurani popular tika itu. nasib baik da hafal lagu ni.
ha. senang dijawab.
Kecantikannya
Keturunannya
Kekayaannya
Agamanya

Khatib menjelaskan perkara ini dalam khutbah jumaat hari ini. oh. khutbah mula awal, kerana Sultan tidak solat jumaat hari ini.
oh. bukan tidak solat. ish.
Sultan out-station.

tertarik bila khatib menyebut
"betapa agungnya kekuasaan Allah kerana Dia telah menciptakan makhlukNya berpasang-pasangan"
tahu apa yg difikir tika ini?
kalaulah manusia dicipta x berpasangan, maka akan lahirla generasi kacukan yg sangat menarik

manusia kahwin dgn katak. agaknya, bagaimana rupanya ye?mesti pandai berenang dan pandai menyanyi.
manusia kahwin dengan ular. hmm, x payah guna botox, salin kulit. senang.
manusia kahwin arnab. wah..comelnya. comelke?

ah.terlalai. betul juga ya kata khatib tu. Subhanallah.

para lelaki pasti selalu dgr ayat ini
"penuhkan saf, betulkan saf, rapatkan saf"
antara aksi yg berlaku
ada yg buat-buat tak dgr. mana boleh. kipas kt sebelah,klu lari, melepaslah kipas.
ada yg buka kangkang luas-luas.malas nak gerak.
ada yg tolak-tolak kawan kt tepi.
ada yg dungu.
ada je yg penuhkan saf.
tapi, saya suka ayat pak imam ini
"rapatkan saf, siapa solat sorang-sorang, dia solat dgn setan"
maka berpusu-pusu la umat manusia ni merapatkan saf.
cantekk r pak imam.

bau sup tulang harum menusuk rongga hidung. ah. makan tengah hari.

wasalam.

Berprestasi Dalam Redha Allah


Joke of The Day

Bil Telefon

Bil telefon sebuah keluarga naik melambung. Suami telah memanggil semua ahli keluarga untuk berbincang;

Suami : Ini dah melampau. Gunakan telefon sesuka hati. Ayah tak gunakan telefon rumah, ayah gunakan telefon tempat ayah bekerja.

Isteri : Saya pun sama juga, gunakan telefon tempat saya bekerja.

Anak : Oh sori..saya gunakan SMS sahaja. Untuk panggilan saya gunakan telefon tempat saya bekerja juga.

Maid @ Bibik : Jadi apa masalahnya? Semua orang gunakan telefon tempat bekerja. Sama juga dengan saya!!!…

by,


Tuhan Manusia

tajuk post adalah suntingan tajuk novel meletop Faisal Tehrani.

bontot rasa sakit tatkala kereta melalui jalan kampung ini. berlubang sana, bertampung sini, berbonggol sana, berlopak sini. haih.
selesai menghantar kawan ibu, kereta direverse. kawan ibu tidak dapat pulang berjalan kaki kerana air banjir belom lagi surut. gear 1 dimasuk, clach dilepas sikit-sikit. kereta mula meluncur..
brek!

ibu: berhenti sat..tu macam tok cu. ha. eloklah, pegi jumpa dia sat, nak beraya.
tok cu adalah seorang nenek yg berumor dlm lingkungan 80-100 tahun yg masih teguh berjalan kaki, ke sana ke mari. apa rahsianya?entahla. walaupon gigi sudah tiada, tpi butir bicaranya masih difahami.
tok cu: oh.kamu ke..meh la singgah rumah. xcam tadi.(sila baca dgn membayangkan mulut tanpa gigi)
ibu: takpe la tok cu, da nak maghrib nie. saja benti tdi, nak beraya.

maka mereka bersalaman dan bermaaf-maafanterperasan lirik mata tok cu bagai memandang pemandu yg berada dlm kereta. perasaan mula gusar.
tok cu: tu anak ke?ish..da x cam da. (sambil berjalan menuju ke arah anak itu)
tidak disangkal, kaki tok cu masih gagah.
tok cu: duk dalam kereta je, xnak beraya ngn tok cu ke?(maksud beraya disini adalah bersalam-salaman ambil mengucapkan 'selamat hari raya'. simple)
anak itu mula rasa gelabah. sekadar senyum2 kerbau. ah. mcm mana nie? tangan tok cu yg berkedut seribu dihulur.
aaaa...
tok cu: ala xpenye nye..tok cu da tua da.
maka tangan tok cu disambut dgn hujung jari sahaja.
"selamat hari raya tok cu"
ibu tersenyum. saya?
---
petang dingin.kelihatan Diana Zafira riang bermain berkejaran dgn pak sunye, dilaman rumahnya. Diana Zafira, anak kecil yg berumur 8 tahun hidup bersama ibunya. sahaja. kesempatan diambil tuk berbicara dgn budak kecil ini. lagaknya riang, dia comel dgn rambut keperangan asli beralun-alun dilambung semilir kelihatan dibawah tudung kecilnya..
saya: fira darjah berapa skng? (walaupon sudah tau)..sekolah kt mana?
diana zafira: tahun depan darjah 2. sekolah kt sini jer..(sambil memuncung mulut membetulkan tudung..perempuan tahu bagaimana...)
saya: fira pakai tudung kt sekolah? (saja menduga)
diana zafira: pakai. cikgu suruh pakai. cikgu kata aurat.
saya: oh.tahun depan fira pindah sekolah kt KL kan?
diana zafira: a'ah. pindah sekolah yg sama ngn sepupu fira.
saya: oh.
fira: mama kata kt KL nanti, xpayah pakai tudung. (dgn nada keliru). kenapa ek?
saya: tah. fira x tanya mama ke kenapa?
fira: mama kata, kat kelantan je kene pakai tudung, kt KL xpe.
tersentap.
oh. Tuhan kat Kelantan dan KL lain-lain eh?
ish. syirik macam tu. Allah hanya satu.

itulah. TUHAN MANUSIA.

sungguh ironi.
by,

Tangisan Seorang Aku

Lahirnya aku ke dunia tanpa ku pinta
Hidupnya aku kerana belas kasihNya
dan aku yakin
Matiku jua kembali kepadaNya

ah
rupaku hodoh
hidungku mancung terlajak
leherku jinjang
mataku tidak bundar
pipiku cekung
telingaku sehasta panjangnya

makan yg ku jamah sekadar ihsan dari yg lain
air yg ku minum bukannya dari telaga kauthsar
sekadar air curahan langit
makanku sekadar mengisi perut
yg berkeroncong sayang

teratak burukku hamparan papan reput
pelepah pisang usang tempatku beradu
berbantalkan dagu
berselimut sayu

hidupku tidak lama
terasa mati tiba saban tahun
aku tahu
ramai yg gembira dgn kematianku
ramai yg bertakbir dgn pemergianku

cebis saat ini
maaf aku pohon
ampun aku runtun
andai khilafku sepanjang hidup
menyiat duri kehidupan kalian

cuma tahun ini
yakin aku maut bakal menjemput
aku tahu hari esok masih ghaib
tapi aku pasrah
untuk tidak menatap mentari esok hari
kerana esok
Hari Raya Haji

with love,
lembu hitam pak hassan

Manusia Itu Buah

mencabar hukum Darwinkah??
tidak.
sekadar rencana ringan.

Jangan suka mendedah tubuh

Jadilah seperti jagung, jangan seperti gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang cuma satu.


Setia terhadap pasangan
Jadilah seperti pohon pisang.
Pohon pisang kalau berbuah hanya sekali seumur hidupnya.


Kecantikan dalaman

Jadilah seperti durian, jangan seperti kedondong.
Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam, tetapi di dalamnya lembut dan manis.
Berbeza dengan kedondong, di luarnya mulus dan berkilat, tetapi di dalamnya ada biji yang
berduri.

Jaga kesucian dalam bergaul

Jadilah seperti sengkuang, walaupun hidup dalam tanah dan selut, tetapi umbinya tetap putih bersih.


Selalu bertindak adil

Jadilah seperti tandan petai, bukan tandan rambutan.
Tandan petai membahagi makanan sama rata ke biji2nya, semua seimbang, tidak seperti rambutan, ada yang kecil ada yang besar.


Semakin tua semakin bijaksana

Jadilah seperti cili. Semakin tua,semakin pedas.


Jangan bermu
ka-muka
Jadilah seperti buah manggis.
Buah manggis bisa diteka isinya dari bahagian bawah buahnya.



"ayuh melantak buah-buahan tempatan"

by,


akak xde cermin ke kak??

warnakan rambut??xnak la. x natural.
---
"mak, nak duit. nak beli syampoo clear. syampu ginvera yg ada kt rumah x best la..kusut mahligaiku"
"ha..nti jgn lupa beli kobis. kalu besar beli separuh, klu kecik beli seketul"
"ni, susu cair beli yg cap dutch lady..tau kan?? yg ada gmbar pompuan junjung bakul kt atas pala. ha, beli 3 tin"
"ish, rasa nk makan ikan bakar plak. hmm. beli la 4,5,6 ekor ikan kembung ye. beli yg kecik2 je"
"ni, cili tu, pilih satu2. takut2 ada yg buruk. belilah dalam singgit gitu..."
"lagi..."
"mak, sume ada dlm listkan?? "

kelakarkan. ibu memang tetap ibu selamanya. saya syg ibu saya. dia syang kita. sebab tu dia sanggup xplen hmpir semua bnde, nk soh kita betol2 paham.
ibu siapa yg x penah xplen bila suruh anda pergi membeli di kedai?? sila senyum.
ah. anda x berapa bertuah.
---
2 3 hari ni..kepala rasa x selesa. kerna mahligaiku sudah terbiasa dgn syampoo clear.maka terasa janggal bila disalut syampoo berjenama lain. saya tertarik dgn iklannya
'panas lah..xdelah..panas lah..mana ada....'
saya suka.

pasaraya Bilal berhampiran saja dgn rumah. cashier di situ sudah kenal saya. bekas pekerja katankan. mak cik bahagian sayur pon selalu tegor.
"kalulah mak cik ada anak mcm kamu..bahgianya"
"kenapa mak cik?" tanya saya meneruskan perbualan.
"hmm.nak harap anak laki pegi pasar beli sayur, ikan,kobis (selepas melihat troli saya) susah" nada mengeluh
tersenyum. bertuah Pn. Robiah. ngee.
---
syampoo clear sudah kelihatan tersusun dirak. memacu laju troli menuju ke rak dan terus menyambar syampoo clear active-cool. puas.hajat tercapai.

"adik, xnak try syampoo XXX baru nie?"
ah. durjana punya promoter
"xpa la kak. saya suka syampoo clear"
"tu syampoo murah dik. x berkesan sgt. tgk rambut adik.." sambil merujuk kepada rambut ikalku ini..
"nampak x bersinar, suram. kalu adik guna syampoo XXX baru nie, rambut adik akan lebih licin dan lembut". sambil membuat gaya iklan syampu Sunsilk yakni mengusap rambutnya dgn jari-jemari halus.

khali.

"rambut akak cantik sangat,akak guna syampoo apa??oh. guna syampoo XXX baru tu ke?" juga membuat gaya iklan syampu sunsilk itu.
tersenyum dan berlalu meninggalkan akak itu terkial-kial.
anda tau apa yg trjadi?
ini.
jari promoter itu tersekat di pertengahan jalan sewaktu mengusap rambutnya.
malu bukan?

gatalnya hati nak tanya
"akak selalu pergi saloon mahal ke akak??"

at lis, promoter to confiden tika melakukan aksi itu. cuma nasibnya x baik hari ini. ah.taktik lama.

sungguh ironi.
by,

pemikiran anggur dan cempedak

perbualan ini dalam dielek pantai timur.

abang 1: kalu dulu, ayah akan siap mandi dulu kan tuk pergi solat jumaat? tpi hari ni, ayah siap lewat.
abang 2: huh. tu dulu.skng x tunggu orang suruh da. x suka bila orang suruh. tu siap awal tu.(dgn konfidennye)
ibu: ya ke.. tapi...

dgn pantas abg 2 mencelah

abang 2: kecuali subuh r..huhu. subuh kene nnti soh.hehe.
abang 1: haha.subuh je yg kena org kejot. klu x lewat la.

ayah keluar dari bilik dan..

ayah: penyokong parti hijau kene bgn awal subuh. mana boleh bgn lewat (dgn nada sinis)
terasa tercabar lantas

abang1: ah, penyokong parti biru brapa kerat je yg bgn subuh pon. (nada x mau kalah)
ayah: xyah kira orng. biarla kita jadi contoh. umur dah 4 tahun jagung, tpi still kene orng kejut subuh gak..apa nie..?(sinis, tajam tpi dlm nada bergurau)

khali.
abang 2: haha. naseb baik x cukop umor lagi. tnggu pangkah dulu la..
ayah: zaman dulu, ketua komunis kan..wlopon dia bkn Islam, tpi dia tetap bgn awal.. ha. nak jadi ketua kene tunjuk teladan yg baik..
abang 1: sama mcm sahabat2 nabi la..depa selalu bgn awal.. (mengalah mungkin)
ayah: ha. kalu mcm tu, contohi la mereka.

abang 2: sebenarnya, bukan x boleh bgn awal. da bgn da. saja buat2 tidur.
abang 1: betul2. boleh je nak bgn awal sebenarnya (nada sedikit berlagak)..malas je.. ayah xyah kejut pon xpa..

ibu: ok.kita tgk esok.. ayah, kita xyah kejot mereka.. (nada mengajak yg bergurau)
ayah: alamatnya, x bgn subuh ler..

abang 2: jgn terkejut kalu tgk, pkol 5.30 pg da xde kt umah..tgk2 ada kt masjid da..
ibu: eleh..

disertai hilai tawa. maka keluarga itu pergilah ke masjid untuk menunaikan kewajipan.
---
sekadar selingan. raya haji lagi 2 hari. maka khutbah jumaat berkisarkan pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan siti hajar. saban tahun, bila dekat2 raya haji, mesti khatib akan cerita pasal sejarah lampau nie kan? yg anehnya, kita x penah jemu kan??(mungkin ada)

tertarik dgn kata-kata khatib tadi

"pemimpin berkorban dgn kepimpinan"
"ulama berkorban dgn keilmuan"
"ibu bapa berkorban dgn kasih sayang"
"masyarakat berkorban dengan akhlak terpuji"
"yg kaya berkorban dgn harta"
"yg miskin berkorban dgn kesyukuran"
"yg tua berkorban dgn pengalaman"
"yg muda berkorban dgn keringat"

menarik kan??
x perlu lagi ada komen bila guru yg dihantar mengajar ke ceruk hutan manapun.
x perlu lagi ada komen bila gaji diberi x setimpal dgn keringat yg dicurah.
x perlu lagi ada komen bila tanggungjawab yg diberi memerlukan pengorbanan yg tinggi.

kerana apa? kerana setiap pengorbanan yg dicurah itu,
walau sebesar zarah pon, malah sebesar (sekecik) nukleus atom sekalipon,
Dia akan nilai.


*sekadar pengganti nur-jumaat*









"Berprestasi Dalam Redha Allah"

botox? lupakan.

*sekadar rencana ringan untuk dibaca dan sedikit bosan*
sang suria
bersinar ceria drpd pagi. tiada awan tebal berani meronggeng dihadapan sang suria. sekadar awan-awan nipis berkejaran ke sana ke sini. ibu sibuk menyidai baju yg bertimbun terkumpul seminggu. huh. pengamalan mengulang pakai baju yg sama sgt sinonim pd musim sejuk. ramalan kaji cuaca mengesahkan petang jumaat ini, air rahmah bakal turun lagi.

ayah pula berpeluh menebas pokok hutan yg bersepah mengelilingi rumah. rumput pnjng baru saja dicantas. tiada lagi kemuncup menggatal. kawasan rumah bersih dengan pertolongan abang dan adik. mereka rajin (selepas disuruh)

semangat greenthumb di rumah















mengumpul kayu apikah??















jgn tanya saya buat apa. siapa lagi yg hamek gambar kan? sekadar mengelilingi kawasan rumah. banyak tanaman herba hidup memagari rumah. haa baru sedar.

oh. baru habis menonton movie di Astro Kirana "200 pound beauty". berkisarkan kecantikan semulajadi wanita yg semakin kurang akibat terciptanya pembedahan plastik. ceritanya sedih. hampir menangis, tpi dikawal kerana menonton bersama famili. x macho r. uhuk. kalu tgk songsorang, menyala mata menangis.

ah. bedah plastik mahal. skg, syabas kepada abg yg menemui kaedah suntikan botox untuk kekal muda. (siapa kata norynn aziz cucuk?suka hati je). betul la. botox sgt berkesan. tgk saja model2 produk kecantikan Elisa, Sendayu Tinggi, Felisa Kosmetic.. muka mereka sgt tegang. kalu terhirs pisau pun, boleh terkoyak(ouch!).
ah. mereka kata kekal muda la, kulit hilang kedut la bila pakai produk mereka. anda percaya? saya percaya.

oh.terlajak merepek. sebenarnya ingin cerita pasal ulam-ulaman yg ada sekeliling rumah nie. ibu yg tanam. banyak. senang. nak makan cuma petik saja. cicah budu. uuuu.. menjilat pinggan nanti.

Ulam Daun Duri Tujuh Bilah















aneh namanya seaneh rasanya. ubat mujarab untuk kanser. kanser usus, kanser hidung dan kanser2 yg ditakuti lagi. juga baik untuk darah tinggi dan kencing manis. ah. tidak kisah semua itu. asal ada atas meja, kami bantai je.
tau kenapa dipanggil tujuh bilah?















bilangan duri yg tumbuh adalah dlm gandaan 7 pada setiap tempat. ada 7, 14, dan 21. subhanallah. persis kan ciptaan Dia. durinya tajam. hati2.

Ulam Raja















kenapa ulam raja? bukan sebab raja suka makan. ah. Raja, layankah ulam? sebab ia raja ulam.tpi, makcik dulu2, kempunan x dapat kawin anak raja, so bagi nama ulam je yg mampu. ah. mengarut.
daun ini mujarab dalam melancarkan peredaran darah dan membersihkan darah. ia bagai agen yg mencuci darah anda. selain itu, kalsium yg tinggi dapat menguatkan tulang. ha. anda x perlu anlene sebenarnya. betul. nenek saya, x penah minum anlene. sihat dgn izin Allah. gpon,daun ini wangi dan sedap rasanya.bunganya cantik tpi sayang tidak boleh dimakan.

pokok bismillah















tidak tahu kenapa namanya bismillah. ada idea? mungkin makcik sudah ketandusan idea. mendapat idea ketika mahu makan daun itu mungkin. membaca bismillah dan makan daun itu. maka dgn izin Allah jua, penyakit kencing manisnya sembuh. maka, pokok itu mendapat nama. baik juga untuk sakit jantung, sekadar mengurangkan sakit jantung. pokoknya tumbuh tinggi dan mempunyai batang yg panjang yg berkhasiat jika diminum air rebusannya.

---
sebenarnya, nak awet muda senang ajo. amalkan pemakanan nasi bersama ulam-ulaman segar. anda x perlukan lagi Loreal paris atau Olay total white atau 'jawapannya, neutrigina' atau seangkatan dengan mereka.

maksud awet muda disini bukanlah kulit tidak berkedut wlopon menjengah umor 89 tahun. cuma anda masih mampu berlari pada umur senja.(Mrs Foord..hmm). kelapa pon berkedot bila tua. tapi anita sarawak tidak!
ah anda. anita sarawak tu semulajadi. anugerah tuhan.

sekadar penutup
Pokok Pukul Lima














tau kenapa namanya pukul lima?? sebab bunganya hanya akan mekar pada pukol 5 petang. dan kuncup pada pukul 5 pagi.
ajaib kan?
"kun fayakun"

'Makanlah barangan buatan alam'

oleh,
bencibotox

::cerita binatang::alkisah si katak puru.

haq, impian ko tercapai.
---
musim sejuk sudah tiba!!

tengkujuh yg melanda pantai timur tahun ini sangat berbeda berbanding taun2 lepas. pelbagai kejadian yg tak pernah terjadi, terjadi pada tahun ini. (huh,ayat apakah ini?) tengkujuh 2008 mengganas. mungkin berdemonstrasi menyatakan ketidaksukaan mereka kerana hujung tahun ini ditutup dengan Wedding of the Year, hah, anda tau siapa.

kejadian pertama.
kampung saya dilanda banjir!Ya, sudah lama tidak dilanda banjir. sejak pemasangan parit sebesar2 alam disekitar kampung. apakah sebabnya?

anda igt lagu kanak-kanak yg popular itu?
"bangau oh bangau, kenapa engkau kurus?"
"macam mana aku x kurus, ikan tak mau timbol"
"ikan oh ikan kenapa tak mau timbul?"
"macam mana aku nk timbol, rumput pnjgn sgt"
... sila smbung sendiri. tidak akan saya menulis complete lagu ini. pnjng la post saya,
tak tahu sambunganya?
tanya abang yg lahir tahun 1985-1989.

tpi, lirik akhirnya berbunyi
"katak oh katak, kenapa ko panggil hujan?"
"macam mana aku x panggil, ular nak makan aku"
ha.

saya kira, katak tahun ini membiak secara luar biasa. mereka mungkin berusaha menghasilkan anak-anak yg ramai. maka mereka boleh berkoir secara luar biasa dan besar besaran memanggil hujan. komposer seprti ajai, adnan abu hassan dan melly goeslow pasti laris tika tengkujuh ini.

betol. tak pernah melihat kejadian luar biasa ini. banyak sangat anak-anak si kedut ini. da la banyak, melompat sana-sini. eeewww~
asal masuk tandas je, nmpak tompok2 hitam kecoklatan melompat-lompat girang di penjuru dinding. mungkin tgh prektis koir. maklumla, Juara lagu makin hampir.
haih~

ong..ong..ong..ong..
ah.tidur mlm pasti lena diulit lagu2 merdu nyanyian encik2 kedut yg suka melompat-lompat. agak2, kalu katak puru dan kodok ni dicucuk botox, berkesan x?
merasalah ko rosnah mat aris bersaing sapa paling cantik.
anita sarawak. anda juara bertahan.

hei. bilaangan mereka sgt luar biasa, betol.
asal mak masuk tandas je, mesti terjerit2 comel sambil melarikan diri drpd diterjah encik puru ini.
ha. adik juga diserang ketika mandi.

ini bukti paling kukuh mereka sangat berleluasa.
janji, jgn menjerit.

kerana mak telah menjerit sebelom gambar ini diambil.
kejadian kedua.


















perlukah disental dan disamak laptop ini?



















aa.jgn intai saya!


peribahasa baru, mungkin boleh digazetkan nanti.

"seperti katak yg membiak(secara luar biasa) memanggil hujan"
untuk menggantikan
"seperti cendawan tumbuh selepas hujan"
setuju?

huhu.
sungguh ironi.
by,

::cerita manusia::ada apa dengan warna?

siapa tidak tahu warna asas? atau lebih dikenali sebagai warna premier.
merah.
biru .
kuning.
tahniah pada yg tahu.anda patut bangga pada diri sendiri. pada yg tak tahu,ok anda belajar seswatu yg baru hari ini. ok. simpan dlm CPU kepala.

siapa tidak tahu warna sekunder?
biru+kuning=hijau
biru+merah=ungu
merah+kuning=oren
hah. gabungan warna yg menarik. ini warna sekunder.

siapa tidak tahu warna tertier?
sudah. beli buncho poster colour. bancuh secukup rasa warna premier dan sekunder.
anda akan dapat warna baru.
dapat penemuan baru? letak nama warna itu bersempena nama anda.
---
7 hari berkabung, pergi membawa jiwa yg sedih ke ceruk pantai timur.
terengganu.
tahun melawat terengganu 2008. wah. menyambut seruan kerajaan untuk melancong di dalam negara. siapa kata Malaysia x cantik? buktikan.
kalu tidak kerana Malaysia, Shah Rukh Khan x dapat pangkat datuk.oh silap. Dato'

hujan lebat tidak berhenti menyimbah sepanjang perjalanan. pernah berada dlm situasi begini?
hujan lebat.air cond kereta rosak. tiada pengudaraan. suhu dlm kereta akan naik. kerana mematuhi hukum fizik, wap air terkondensasi pada cermin hadapan-sisi-belakang kereta. maka penglihatan akan menjadi kabur.
Ya. seronok melihar gelagat pemandu mengelap-ngelap cermin kereta smbil berharap hujan bakal berhenti.
kesian mereka. sebagai penumpang, lena diulit mimpi.

sudah melebihi 2 marhalah. maka berhenti untuk solat. Masjid di daerah kertih,kalu tidak silap.
hujan lebat. maka perlukan payung untuk keluar.
terima kasih Hotlink kerana menaja payung.















payung percuma atas pembelian nombor maxis.

oh. hotlink menaja bapa dan ibu. saya ditaja oleh payung sebuah syarikat lain.
Jemaah kelihatan baru selesai solat zohor.ah. kami ada kelebihan. jama Qasar.
masjid ini milik sebuah syarikat terkemuka dunia. cantik benar. kubah besar bermozek hijau tampak bersinar dilimpahi air hujan.

hujan masih lebat. masih menggunakan payung tajaan.heh.
berlagak ditaja.
sewaktu berjalan memasuki masjid,perasaan sedikt aneh. ramai mata yg memerhati. curiga mungkin.
tapi curiga kenapa? berseluar panjang menutup aurat. ayah kelihatan berkopiah kemas.
ah. abaikan mereka. maka kami berjemaah solat.
---
selesai.kami mahu berangkat.
perasaan aneh bertukar pelik. kenapa jemaah ni pandang pelik kearah kami.apa salah kami bersolat disini? ush. aneh benar.
ah.abaikan mereka. kami mahu cepat pulang, tidak tahan dengan suasana di sini.
betul.setiap mata bagai merenung,mcm nk terkam jer.

hujan masih lebat. berjalan kearah kereta menggunakan payung. tiba2, terperasan sebuah bangunan berdekatan kereta di parking. seperti sebuah bilik mesyuarat.
tersenyum.
patutla.

maka kereta menyusur laju meninggalkan masjid yg Indah tersergam bersama kubah besar bermozek hijau.
---



Bilik gerakan Utama
PARTI ISLAM MALAYSIA (PAS)
Daerah Kertih
---

ini payung tajaan saya.















hadiah kerana menghadiri satu mesyuarat rasmi
.

sungguh ironi.

by,