House of Glory

The Ultimate Sapphire

2010: 7 times champion

akhirnya, tahun 2010 digulungkan dengan 7 kemenangan di tempat pertama oleh sapphire.
events yg dijuarai adalah banner competition, dikir barat, rap competition,girls' swimming gala, ladies' night fashion show, academic week, & basketball.


mari kita imbas kembali setiap event mengikut bulan,
juga kemenangan yg diraih sapphire.


FEBRUARY

1-Bangsawan. memenangi anugerah best supporting actress oleh Kammy.


2- Volleyball tournament. hanya membawa pulang kenangan.


3- KIWEE banner competition. champion


MARCH


1- Dikir Barat & Dance Competition. Overall champion utk dikir barat &
anugerah2 sampingan yg lain. serta best costume bagi dance


APRIL

1- House Trip. ke pulau pangkor


2- Girls' Swimming Gala. Overall champion
3- Academic Week. Overall champion
4- Ladies' Night Fashion Show. champion


MAY

1- Football Match. 3rd place


JUNE


1- Farewell Party


JULY

1- Induction Week. first house meeting & interhouse games


AUGUST

1- Cheer Competition. 3rd place


SEPTEMBER

1- Minggu Citra Budaya. 4th place overall.


OCTOBER

1- Debate Competiton. 1st runner-up
2- Cooking Competiton. 4th place


3-Evening with House. arabian night carnival


4- Health Awareness Week. 4th place


NOVEMBER

1- Basketball Match. champion


2- Video Competition. excellent video but dq.


basketball finals




petang 24 november 2010 bertempat di basketball court, telah berlangsungnya perlawanan akhir basketball. topaz menentang diamond bagi menentukan tempat ke3 & ke4, manakala sapphire menentang garnet bagi menentukan tempat pertama & kedua.


perlawanan sengit seiring semangat waja para pemain juga jeritan cheer para penonton, membuatkan semua orang berdebar menanti keputusan perlawanan. adakah seri? adakah garnet bakal menjadi juara? adakah sapphire berjaya menewaskan garnet?


perlawanan terhenti bagi menghormati azan,
dan disambung semula selama seminit selepas itu.
dan "phritttttt!" wisel dibunyikan.
menandakan...


sapphire berjaya menewaskan
garnet dengan jarak 2 mata!



tahniah kpd kedua-dua pasukan sapphire & garnet.=)

Health Awareness Week 2010


Health Awareness Week 2010 telah bermula dari 18 October hingga 23 October 2010
HAW dirasmikan dengan persembahan video oleh keempat-empat rumah sebagai salah satu interhouse competition, dan kuiz berkaitan 'health' ditampal di board SC sepanjang berlangsungnya HAW.


acara kemuncak HAW, tidak lain tidak bukan, marathon telah berlangsung pada hari sabtu tersebut. agak menyedihkan buat Sapphire, kerana ramai pula yang terpaksa pulang ke rumah atas sebab-sebab tertentu. tetapi, ahli sapphire yg hadir tidak patah semangat, malah lebih berkobar-kobar untuk menamatkan larian.


sebagai hasil semangat jati spidey, empat daripada kami berjaya meraih pingat.
mereka adalah;


Arif Ismail di tempat kedua


Amin Asmui di tempat ketiga


Quraisya di tempat keempat



Rose Asyiqah di tempat kesembilan


the most participative house dimenangi oleh garnet,
video competition juga dimenangi garnet,
manakala juara keseluruhan dimenangi topaz


semoga tahun hadapan, sapphire dapat meraih anugearah 'the most participative house' dan juara keseluruhan. insyaAllah =)

Arabian Night Carnival



20.10.2010. tarikh cantik yang berlangsungnya acara paling menyeronokkan di ky.
tidak lain tidak bukan;


Arabian Night Carnival
selaras dengan Evening With Sapphire


acara yang dilangsungkan di Saad Square KYUEM ini dimulakan pada pukul 9pm dengan berpengacarakan neelam & syamlan. upacara dimulakan dgn pengumuman Mr Ravi yg kini telah bergelar Dr Ravi setelah menamatkan pengajian PHD beliau. kemudian, amin asmui selaku house captain sapphire merasmikan arabian night carnival dengan pengeboman 'party popper'.




saad square yang dihiasi sarang labah-labah berbelon



terdapat 15 booths yang menyediakan games
& aktiviti menarik disediakan buat para pengunjung


pengunjung dikehendaki menukar wang RM ke dinar (RM1=5 Dinar) untuk menyertai booths dengan harga 1 dinar setiap 1 booth. setiap booth menyediakan points tertentu. lima belas orang pengunjung yang mengumpul points tertinggi layak ke peringkat akhir.


antara booths yang disediakan adalah;


Henna Painting
pelbagai design henna yang menarik disediakan



Magic Lamp

pegunjung boleh minta kpd genie utk dilayan sebagai raja selama 3 minit


Bumper Car
pengunjung hanya perlu memegang stereng & kerusi mereka akan ditolak


Balloon & Dart
pecahkan belon untuk hasil art yang menarik


Memory Game
menguji kepantasan dan daya ingatan pemain


Ma Words
pengunjung dikehendaki menambah perkataan 'ma' pada setiap suku kata


Jualan air dan kebab disediakan bagi pengunjung yang dahaga dan lapar.
terdapat meja dan kerusi disusun ala-ala restoren di sebelah kanan saad square


sebelum acara terakhir berlangsung, terdapat persembahan menarik disediakan buat para pengunjung. setelah itu, 15 pengunjung dgn mata tertinggi dijemput ke tengah saad square untuk baling dart secara random ke arah satu belon. di dalam belon tersebut, terdapat sehelai kertas yang menentukan hadiah yg bakal dimenangi.


10 hadiah saguhati dan 5 hadiah utama
telah diagihkan kepada perserta2 terakhir yg bertuah. tidak lupa juga,

anugerah 'prince and princess of the night'
yang dihadiahkan kepada pengunjung yg memakai pakaian paling 'arab'
yang telah dimenangi oleh gadis dan jejaka di gambar di bawah.


terima kasih kepada semua yang menjayakan arabian night carnival

Cooking Competition, Basketball, & Debate Finals


13 Oktober 2010 adalah hari yang hectic bagi sapphire
tiga events sekaligus dilangsungkan pada hari ini iaitu cooking competition dan basketball tournament pada sebelah petang manakala debate finals yg menampilkan sapphire & diamond pada sebelah malam.


cooking competition dilangsungkan berdasarkan tema '1 Malaysia'.
Sapphire diwakili oleh Jannah, Hani, Nael, & Hazeerah.
mereka telah memasak dgn begitu enak sekali,
tetapi saingan dari rumah-rumah lain juga sangat sengit.



keputusan bagi cooking competition akan diumumkan pada minggu seterusnya.


sementara itu, basketball tournament yg berlangsung ptg td adalah sapphire menentang topaz. sapphire telah berjaya meraih kemenangan. syabas diucapkan kpd para pemain =)


manakala debate finals yg bermula pukul 8.35pm berlangsung dgn suasana tegang.
kedua-dua pihak berdebat dgn begitu hebat. keputusannya, kemenangan berpihak kepada Diamond dengan jarak 2 markah di hadapan Sapphire.

tahniah diucapkan kpd syamlan, pashiini, neelam, & amir hamzah

Evening with Sapphire


Arabian Night Carnival
akan menggegarkan Dataran Saad Square pada 20.10.2010!
tarikh bertuah yang bakal meninggalkan pengalaman riang ria buat seluruh warga KYUEM!
Lebih daripada sepuluh games menarik menanti anda! dan hadiah-hadiah menarik menjadi rebutan!


Jadi apa lagi? Hadirlah di Dataran Saad Square pada 20.10.2010 bermula pukul 8:45 pm
untuk memeriahkan Arabian Night Carnival bersama keriangan yang tidak terhingga!!

Minggu Citra Budaya 2010

Minggu Citra Budaya yang diadakan dari 24 hingga 26 september
dimulakan dengan pertandingan teng teng dan sepak raga.


malam itu, sapphire telah berentap dengan ketiga-tiga rumah yang lain bagi pesta pantun.
sapphire diwakili oleh nabilah, eju, nadira, & marissa. mereka telah menjalankan practice dengan kerap sejak sebelum cuti raya lagi. namun, mungkin bukan rezeki sapphire utk tidak ke peringkat akhir.


walaubagaimanapun, sapphire sebenarnya telah menang dgn topaz,
tetapi berdasarkan markah sepenuhnya, topaz yg telah melayakkan diri ke final.




MCB diteruskan dengan pertandingan sajak & syair pada pagi sabtu.
saiful (oyeah)-sajak & rose-syair telah menunjukkan persembahan yg cukup hebat
diiringi alunan musik menyentuh jiwa.




pertandingan mereka wau, anyam ketupat, dan batu seremban telah diadakan petang itu,
diwakili oleh nael dan bhai salam utk wau, hani & omar bagi anyam ketupat, serta fairuz bg batu seremban.


seterusnya adalah pertandingan yg ditunggu-tunggu iaitu boria.
kesemua boys juniors mewakili rumah sebagai penari & penyanyi utama, syahir.
serta addin & oyeah sbg pemegang payung manakala amin & chaq sebagai pemegang bunga manggar.
kostum boria sapphire yg direka oleh ashee & intan sbg head of costume mendapat pujian pelbagai pihak. cuma, kostum penyanyi utama mendapat sedikit kritikan oleh juri.


sketch yg mencuit hati


akhirnya keputusan diumumkan,
sapphire telah memenangi;

tempat kedua bagi sepak raga
tempat kedua bagi sajak
tempat pertama bagi syair

dan keseluruhannya,
1: Topaz
2: Garnet
3: Diamond
4: Sapphire



sememangnya tidak dapat dinafikan;
kesemua ahli sapphire telah melakukan yg terbaik bg kesemua acara.
dan menunjukkan komitmen yg sangat tinggi bagi mewakili rumah labah2 ini.
namun, menang dan kalah adat bertanding. bak kata orang tua2,


"awal cerita, hero kena kalah dulu..
dah saat2 akhir nanti baru dia menang"



biasalah, kita semua kan spideys? =)
bak kata amin, "sememangnya kita dah biasa dgn situasi ni"
dan bak kata oyeah.., "jadi... semua ok?"
semua membalas, "okay!"


lalu senyuman spidey yg humble terpancar di bibir masing2 ;)


p/s: bagi acara2 lain yg tiada gambar, jika anda ada gambar dan mahu letak gambar di sini, sila berhubung dgn eju.

YouTube

Sapphire, satu-satunya House di KYUEM yang memiliki blog rasmi sendiri.


Seiring dengan kemajuan teknologi, Sapphire terus mengorak langkah ke hadapan.
Kini, Sapphire boleh didapati di YouTube!



Buat masa ini, hanya 1 video yang telah diupload ke dalam KYUEMSapphire's Channel oleh Mizan.
Semoga lebih banyak video dapat diupload pada masa-masa akan datang,
sebagai kenangan kita semua.


Jika anda mempunyai sebarang video untuk diupload ke dalam channel ini,
bolehlah berhubung dengan House Captains kami ataupun Multimedia Excos.


Akhir kata, majulah Sapphire untuk semua!

Bazaar KYUEM


Pada 19 dan 20 Ogos lepas, MUSCOM telah menganjurkan Bazar Ramadhan.
Sapphire telah menyewa satu tapak untuk mendirikan gerai menjual roti sardin & kebab sapphire special. gerai ini diuruskan oleh group 2 fundraising.


jualan sapphire mendapat sambutan yg agak hangat drpd pembeli.
begitu juga gerai2 lain terutamanya gerai burger abang hafiz.



semoga bazar akan dianjurkan lagi pada ramadhan tahun hadapan =)


Pemenang kerusi House Trip High Comm

semalam, 11 ogos 2010,
meeting telah diadakan bertempat di Newblock,
& pemenang kerusi house trip high committee jatuh kepada..;


Director (male): Safuan Sabri
Director (female): Noramirah Adilah

Co-director (male): Izzanee

Co-Director (female): Rose Asyiqah



tahniah kpd pemenang2 yg mendapat undian tertinggi =)


sementara itu, arini results AS dan A2 keluar..
tahniah kepada semua sapphire xkira apa jua keptusan yg anda peroleh
kerana spideys pasti telah melakukan yg terbaik.

GOOD JOB! BIG CLAP SAPPHIRE! =D

alumni weekend


alumni weekend telah berlangsung pada sepanjang 7 ogos 2010,
kelihatan para alumni datang membanjiri ky (x la membanjiri sgt ekceli)
dan telah berlangsungnya sesi bonding dgn alumni juga cheer competition di GH


para alumni sapphire yg dtg meningkatkan semangat kami dgn kisah kegemilangan sapphire semasa zaman mereka. & insyaAllah, kegemilangan itu akan diulangi tahun ini. yiha! =D


selepas itu, cheer competition pon dimulakan. bermula dgn garnet, diikuti diamond, topaz, dan akhir sekali sapphire. keempat-empat rumah menunjukkan saingan yg amat sengit. tetapi keputusan harus dibuat. lalu, result nya;


1st- Topaz
2nd- Diamond

3rd- Sapphire

4th- Garnet



bak kata amin,
"takpe. 3 lebih banyak dari 1"
betul tu! yg penting semua dapat hamper =D


sementara itu, sapphire Group 1 Fundraising telah memulakan jualannya.
dan syukur, jualan mendapat sambutan hangat. semoga jualan2 fundraising seterusnya akan berjalan dgn lancar & byk profit! yiha!

the candidates' mini-manifesto

Pada 4 Ogos 2010, 4.15pm, sebuah meeting telah dilangsungkan di LT2
kelihatan spidey males & females majoritinya berbaju biru seperti yg telah ditetapkan;

rabu adalah hari berbaju biru :)



Sesi mini-manifesto dilangsungkan sebaik selepas bacaan doa dan sedikit explanation mengenai house trip daripada Amir Harris dan Ashee, directors house trip 2010 ke Pangkor semester lepas. berikut adalah sedikit petikan daripada the candidates' mini-manifesto.


Male candidates

Syamlam Ali: "I'll make sure it'll be a fun weekend"
Alif Fitri: "It'll be a good trip this year"
Tg Mohamed Asyraf: "We'll be able to bond and work together"
Ahmad Izzanee: "Trip ini akan berjalan seperti yang dikehendaki oleh anda"
Omar: "I'm unbiased. You can give all your ideas"
Mohd Nazrin: "I will try my best to make it work"
Amir Hamzah: "I hope I'll make the best out of it"
Safuan Sabri: "mak bapak saya keje kat kementerian kesihatan,
ada link dgn kementerian pelancongan. boleh kurangkan kos"


Female candidates

Hazeerah: "InsyaAllah, dari cooperation from all of u, I will do my best"
Haniesha Eliza: "I like to cooperate with people and I'm good at communicating"
Noramirah Adilah: "InsyaAllah, I'll do my best"
Pashiini: "I'll do my best, maybe better than Batch 12"
Rose: "I'm gonna make the process fun"




gambar dipilih dan disusun secara random tanpa unsur berat sebelah.
kebanyakan gambar yg ditangkap blur sbb camera salah settings.
oleh itu, maaf kepada gambar2 candidates yg tidak tersiar.


Voting Papers akan diedarkan
kepada semua spideys



diharap anda dapat membuat keputusan bijak dalam masa seminggu ni.
kalau nak solat istikharah, boleh jugak. nanti akan ada box biru diletakkan dihadapan board sapphire starting from 8.15am, 9 Ogos 2010 sehingga 4.15pm, 10 Ogos 2010.


keputusan akan diumumkan
semasa house meeting di LT2

pada 11 Ogos 2010