House of Glory

The Ultimate Sapphire

Tuhan Manusia

tajuk post adalah suntingan tajuk novel meletop Faisal Tehrani.

bontot rasa sakit tatkala kereta melalui jalan kampung ini. berlubang sana, bertampung sini, berbonggol sana, berlopak sini. haih.
selesai menghantar kawan ibu, kereta direverse. kawan ibu tidak dapat pulang berjalan kaki kerana air banjir belom lagi surut. gear 1 dimasuk, clach dilepas sikit-sikit. kereta mula meluncur..
brek!

ibu: berhenti sat..tu macam tok cu. ha. eloklah, pegi jumpa dia sat, nak beraya.
tok cu adalah seorang nenek yg berumor dlm lingkungan 80-100 tahun yg masih teguh berjalan kaki, ke sana ke mari. apa rahsianya?entahla. walaupon gigi sudah tiada, tpi butir bicaranya masih difahami.
tok cu: oh.kamu ke..meh la singgah rumah. xcam tadi.(sila baca dgn membayangkan mulut tanpa gigi)
ibu: takpe la tok cu, da nak maghrib nie. saja benti tdi, nak beraya.

maka mereka bersalaman dan bermaaf-maafanterperasan lirik mata tok cu bagai memandang pemandu yg berada dlm kereta. perasaan mula gusar.
tok cu: tu anak ke?ish..da x cam da. (sambil berjalan menuju ke arah anak itu)
tidak disangkal, kaki tok cu masih gagah.
tok cu: duk dalam kereta je, xnak beraya ngn tok cu ke?(maksud beraya disini adalah bersalam-salaman ambil mengucapkan 'selamat hari raya'. simple)
anak itu mula rasa gelabah. sekadar senyum2 kerbau. ah. mcm mana nie? tangan tok cu yg berkedut seribu dihulur.
aaaa...
tok cu: ala xpenye nye..tok cu da tua da.
maka tangan tok cu disambut dgn hujung jari sahaja.
"selamat hari raya tok cu"
ibu tersenyum. saya?
---
petang dingin.kelihatan Diana Zafira riang bermain berkejaran dgn pak sunye, dilaman rumahnya. Diana Zafira, anak kecil yg berumur 8 tahun hidup bersama ibunya. sahaja. kesempatan diambil tuk berbicara dgn budak kecil ini. lagaknya riang, dia comel dgn rambut keperangan asli beralun-alun dilambung semilir kelihatan dibawah tudung kecilnya..
saya: fira darjah berapa skng? (walaupon sudah tau)..sekolah kt mana?
diana zafira: tahun depan darjah 2. sekolah kt sini jer..(sambil memuncung mulut membetulkan tudung..perempuan tahu bagaimana...)
saya: fira pakai tudung kt sekolah? (saja menduga)
diana zafira: pakai. cikgu suruh pakai. cikgu kata aurat.
saya: oh.tahun depan fira pindah sekolah kt KL kan?
diana zafira: a'ah. pindah sekolah yg sama ngn sepupu fira.
saya: oh.
fira: mama kata kt KL nanti, xpayah pakai tudung. (dgn nada keliru). kenapa ek?
saya: tah. fira x tanya mama ke kenapa?
fira: mama kata, kat kelantan je kene pakai tudung, kt KL xpe.
tersentap.
oh. Tuhan kat Kelantan dan KL lain-lain eh?
ish. syirik macam tu. Allah hanya satu.

itulah. TUHAN MANUSIA.

sungguh ironi.
by,

3 comments:

hey.. diana zafira is my name!
omg.
susah nak cari org yg sama nama ngn diana zafira taw. what makes u think of that name?
anyway, saya jumpe ur blog bile sy type diana zafira kat google.haha. x sangka plak.

 

yo misz diana xafira. setuju.
nama indah yg sukar dicari.

perasan lah u..
standard la, nama vovel2 melayu katakan~~

 

nama indah? ye ke? hehe. thanks u!

anyway, tak ada org tau nama diana zafira. nama tu direka oleh ibunda tercinta. wahh.

nama novel? tak penah dgr pon kat novel memane. hehe. add la i kat facebook. ada facebook? kalau ada, type je ka search tu 'diana zafira'. nnt kuar la ok? :)