petang tadi dikunjungi segerombolan budak-budak sekolah rendah. mereka datang ke rumah berbasikal konvoi beramai-ramai. tersedar kedatangan mereka bila terdengar riuh-rendah di luar pagar. oh. pintu pagar itu walau baru ditukar, tpi teramatlah berat untuk dibuka.tah apa jadahnya pagar tu kan? roda ok, minyak gris cukup.
gara-gara kpayahan pintu itu, tok cu (igt lagi x) yg umurnya menjangkau 100an yang masih gagah ke hulur ke hilir berjalan kaki, tidak jadi berkunjung ke rumah. ye la. kudratnya tidak cukup untuk menolak pintu pagar itu. maka pulang dgn hampa. kesian. ditanya, kenapa tidak menjerit nama ibu? katanya, vokal da x kuat da.. (smbil mengetap mulut yg tiada gigi itu).
detik pagar dibuka, berderu kanak-kanak ini masuk. di tangan masing-masing terutuh helaian berwarna merah jambu. salah seorang menghulur. oh. kutipan derma sempena jogathon.
masih tersimpankah memori zaman comel-comel dulu konvoi keliling kampung dgn kawan-kawan smbil menyanyi riang membawa helaian berwarna kuning atau merah jambu atau biru awan? menebalkan muka singgah dari rumah ke rumah, ingin memohon sedikit derma.
nampak rumah x berapa besar, reject.x mahu masuk.ha,kecil-kecil lagi sudah pndai belagak kan.pilih rumah-rumah agam saja.pikiran jagung lagi. rumah besar, duit besar, derma dpt byk.
paling hampa bila tuan rumah kuarkan nota berwarna biru (rm1). hati berbunga dapat rm1 dulu-dulu. rupanya kena kongsi dgn 5 orang. hampeh.
ah.kenangan memang manis.
bila da besar, terfikir x, mana perginya duit yg byk2 kita kutip tu? mula la tuduh yg bukan2. haha.
pikiran jagung.
tempat yg strategik penting utk seseorng pengutip derma.(sila bezakan dgn peminta sedekah).selalu kan terjumpa pengutip derma di masjid. ha. antara logik akal yg diterima ialah
-orng pegi masjid, hati bersih
-bila hati bersih, mungkin pemurah
-bila pemurah, dapatlah dihulur singgit dua kan?
-lagi2, dekat rumah Allah, lagi la orng belumba-lumba nak derma.
x caya? cuba letak balang kosong satu hari kt masjid. mesti akan ada duit hatta 1 sen pon.
tapi, kadang-kadang letak kt masjid kurang berkesan. yela, kalu masjid tu x ramai datang? nak harap hari jumaat je. hmm.
tapi, bagi saya, yang ini cara paling efektif tuk kutip derma. sangat efektif.
memohon derma BETOL-BETOL di depan ATM.
ha.
girang mak cik belek-belek duit lepas korek kt ATM, tersentap.
xkan nk kata xde duit kan??
sungguh ironi.
by,
5 years ago
0 comments:
Post a Comment