House of Glory

The Ultimate Sapphire

Bukan Salah Gagak yg Hitam

*post ini tidak menggambarkan penulis seorang yg mendiskriminasi hitam kerna diri sndiri pon x brapa putih.*

"tidak ku pinta, lahir ke dunia"
"tidak ku pinta, hitam begini"
lalala..

tetiba teringt lagu nie. lagu apa eh?
mungkin ini la lagu tema untuk seekor buung gagak kan??
walau macam mana sekalipon kita memuji hitam
"hitam itu perilys"
"hitam itu menawan"
"hitam manis"
"hitam itu elegen"
"hitam itu ekslusif"
tapi..
hitam tetap hitam. kan?

ingat poem "the death crow" ?
kematian burung gagak yg sgt tragis, yg terjumpa di dalam longkang itu.
kerana pencemaran atau polution dlm bahasa yg lebih anda arif.

sebenarnya, saya suka burung gagak. darah akan bergelora teruja bila ternampak burung gagak.
dulu, tika bermalam dirumah seorang kawan di shah alam, saya x lepas peluang untuk menikmati keindahan burung gagak ini.

hati rasa girang bila melihat burung gagak.
mata merah rubi.
paruh kuning diraja.
kaki kuning topaz.
cantik kan?
hitam nya berkilat-kilat bila terpanah cahaya mentari. terutama hitam yg diselaput minyak kotor dari selat berhampiran.

khutbah hari ini berkisarkan pencemaran yg berlaku di Kelantan. media utusan melayu dan berita harian melaporkan Kelantan antara negeri paling kotor dgn sampah. maka imam menyeru sempena maal hijrah yg makin hampir ini, bolehlah para jemaah berhijrah ntuk jadi lebih bersih dan menyahut seruan Kelantan Bersih 2010.

banyak menteri yg hdop di kota Kuala Lumpur mengakui dgn penuh yakin Kelantan adalah sgt kotor. kotor dgn sampah sarap. jadi kerajaan kelantan berusaha.

percutian 6 hari 5 malam dirumah rakan di shah alam byk mengajar ttg kehidupan burung kesayangan saya, gagak hitam. tatkala dalam perjalanan ke Mid Velley Kuala Lumpur Bersih ini, perasaan teruja saya bagai terubat kerna mata dapat menyaksikan gagak hitam berterbangan mncari rezki. sangat banyak. sangat menarik.

makanan kegemaran gagak hitam adalah sisa buangan yg byk terdapat di Kuala Lumpur ini. patotla Kota Metropolitan Kuala Lumpur ini bersih. tak hairanlah semua gagak hitam menghuni segenap ruang Kuala Lumpur ini kerana sumber rezki mereka melimpah ruah.

tapi Kuala Lumpur tidak diisytihar utusan melayu dan berita harian sebagai wilayah kotor dgn sampah. sebab Kuala Lumpur banyak gagak hitam.
betul .

gagak hitam bertaburan di Kuala Lumpur memakan sampah sarap yakni rezki mereka yg melimpah ruah di Kuala Lumpur.

saja nak cakap.
saya sayang burung gagak.
di Kelantan, tiada burung gagak.
Kelantan negeri paling kotor.

ironi sehitam gagak hitam.

7 comments:

hitam itu ELEGEN...
xhbs2 ngn perkataan ELEGEN itu...
ble tgk ELEGEN...
ingat eman, ble ingt eman, ingat kakak eman, KAK SITI ELEGEN...
hahahaahahaha..

 

Ini post menentang kerajaan ni....hehehe...

 

to fiqah
hahahahahahahahaha
sumpah aku gelak!

to Muhammad Fazdhly b. Abdul Muttalib
haha.
ada juga orng paham yg tersirat nyee..

 

ni kalo orang btn baca ni boleh failed kamu btn nanti! haha

 

to ad
asal?..depa orng btn sumer kulip hitam ka??
haha

 

DAP for All.

Takkan surut walau selangkah
Takkan henti walau sejenak
Cita kami hidup mulia
Atau Syahid mendapat syurga

 

kata tok guru
Islam di atas segala-galanya.
titik.
haha.