tuliskan karangan mengenai program yg berlaku di sekolah anda baru-baru ini. karangan anda mestilah melebihi 350 patah perkataan.
(haha..teringat zaman pmr dulu-dulu)
Majlis: Hiburan
objektif: hiburkan hati yang lara
tema: Rock It Till It Hertz
tarikh: 14 November 2008 bersamaan 16 Zulkaedah
hari: friday
ulasan.
seronok.ini perkataan pertama muncul daripada mulut manis budak2 kolej saya. nak lepas geram drpd exam katanya.
berhibur.
majlis bermula selepas isya. ish bukan. selepas pukul 8.30 p.m. promosi sangat hebat. banyak poster yg tertampal seminggu sebelom majlis. bagus. sepanjang program, satu pelusuk kolej dapat mendengar nyanyian merdu,pukulan dram yg mantap, bass guitar yg hebat dan lontaran vokal yg wahh~ dibawa angin.
betul. kumpulan2 yg membuat persembahan sangat hebat. sporting. antara lelaki dan perempuan lelaki. ukhwah mereka sangat rapat.
walaupun ada yg terlari pitching, terlari tempo dan cuba kejar balik, terlupa lirik (hmm..seseorang) tak tau mana nak masuk, n (tak reti2 nak stop)..hehe..tu semua x penting.
kelihatan juga di antara peserta wanita yg menyanyi. pakaian yg dipakai memang kena dgn majlis. skirt paras lutut dan blous yg tidak berapa longgar. sangat menarik. cuma nyanyian yg kdang2 terlari keys tu sedikit mendarahkan telinga.
yg penting kepuasan dalam berhibur. itu objektif utama. kan baru lepas exam nak lepas geram.
di akhir majlis, sewaktu pemenang diumumkan, suasana dewan sangat meriah dgn jeritan2 penyokong yg terdiri drpada kaum kerabat dan teman rapat masing2. ada yg terlompat2 keriangan bagai kera mendapat bunga (wah, 2 markah untuk peribahasa), ada yg sugul laksana malam tanpa bintang, ada juga yg seperti cacing kepanasan menunggu keputusan pertandingan.
yang paling menarik perhatian adalah kumpulan rock yg terdiri daripada abang2 Dining hall yg popular dgn jualan burgernya. pemenang Rock it Till it Hertz pada tahun ini adalah Isa n The geng. sebelum majlis bersurai, pemenang dijemput sekali lagi untuk menyanyikan lagu kemenangan yg kalu dgr mmg "layak" menang dan "layak" menjadi halwa telinga. kredit untuk mr Brooke and cik castaldo kerana mnjadi juri "adil" pada malam itu.
semasa persembahan Isa, ramai wanita dan lelaki berpusu-pusu ke depan pentas menari-nari keriangan mengikut rentak muzik yg didendangkan. kelihatan mereka sangat riang bergaul mesra terkinja-kinja di hadapan pentas sambil bersorak kemenangan.
kesimpulannya, program pada kali ini sangat meriah dan sangat berguna dalam memartabatkan muzik melayu seantero dunia.
---
Majlis: hiburan
objektif: menghiburkan hati yg juga lara.
tema: Recite It With Your Heart
tarikh: 14 November 2008 bersamaan 16 Zulkaedah
hari: jumaat
ulasan.
tenang. ini perkataan pertama yg keluar dari mulut pelajar kolej.
pada waktu yg sama, berlangsungnya majlis yg tidak kurang gemilangnya di Surau As-Saad KYUEM.
2 hari sebelom majlis recite it with your heart ini berlangsung, pihak penganjur telah memaniskan mata pengunjung dengan tayangan movie Children of Heaven.
mungkin sebagai promosi program.
program ini berlangsung selepas waktu isya.(ini betul2 selepas waktu isya). walaupun kebingitan di Dewan Besar sedikit kedengaran di surau, ia tidak mematahkan semangat para jemaah untuk terus bertahlil, bernasyid memuji nama yang maha Pencipta.
wajah para penyanyi kelihatan tenang sambil mengalunkan bait2 lirik tanpa perlu risau tentang masalah pitching, tempo, muzik dan lontaran vokal kerana lagu yg didendangkan memang terciptanya sedap untuk didengar. gabungan suara harmoni para jemaah mengalunkan zikir-zikir memuji nama Ilahi sayup kedengaran menerobos (2 markah)ke sekitar surau As-Saad.
ditambah lagi dengan pakaian yg menutup aurat, kesenyapan daripada bunyi hilai tawa dan sorakan, majlis ini memang mendamaikan.
pucuk dicita, ulam yg mendatang(lagi 2 markah). selesai sahaja majlis tahlil, jemaah dihidangkan dengan Nasi Ambeng (sebut betul2). memang lazat dan enak.
terasa diberkati bila Nasi ambeng itu dikongsi beramai-ramai. enaknya tak terhingga.
beginilah cerita suatu malam di kolej saya cikgu. x mampu saya nak describe lagi. kerana kedua-duanya sama hebat.
dua-duanya bertemakan hiburan. cuma genre musik yg sedikit(banyaK) berbeda.
cuma satu pengisian jasmani yg kegersangan.
lagi satu pengisian jasmani dan rohani sekaligus.
tidak mahu banyak bicara.
kita sudah dewasa.
pilih yg mana kita mahu.
jangan lupa dasarkan dengan yang SATU.
fikir-fikirkanlah
CHOOSE,
END YOUR SEM WITH A BANG!
OR
END YOUR SEM WITH BARAKAH.
by,
econslover.
econslover.
27 comments:
speechless..
namun ayat ALLAH ini tepat untuk mendescribekan apa yang telah berlaku pada jumaat yang lepas di KYUEM..=(
Firman ALLAH:
"Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh ALLAH,maka dialah yang mendapat petunjuk, barangsiapa yang disesatkan oleh ALLAH, maka dialah orang-orang yang rugi.."
[Al A'raf 7:178]
semoga econslover dan rakan2 sentiasa menjadi 'hati yang terpilih'..ameen~
salam...
hiburan nasi ambeng di musolla as-saad kelmarin memang sangat menenangkan jiwa yg kegersangan merindu nasi ambeng yg dah lama xdpt ni... huhu
lain orang, lain cara untuk berhibur. yang pasti, ikutlah guidance masing2 bagaimana utk berhibur yg sepatutnya. semoge hiburan yg kita pilih itu benar-benar dapat menenangkan jiwa kita dengan ketenangan yg abadi...
semoge sapphire terus maju!! all the best bangsawan!!
to kak akma
sama2lah kita doakan agar kita sentiasa dipayungi rahmah yg maha Esa. ameenn.
alhamdulillah..saya gembira kerna mndapat fidback positif drpd pembaca..
to syudep
nasi ambeng..nasi ambeng..nak lagi!!sonok makan bertalam nie..boleh gurau2 senda..hik3..
terima kaseh atas sokongan..jom ubah(gaya abg pali)
martabatkan bangsawan sapphire!~~yeah.
hmm.
by, econslover
berhibur tiada salahnya,
kerna hiburan itu indah,
namun pabila salah memilihnya.,
mmbuat kita jadi bersalah..
pilih lah hiburan mendidik jiwa!
Syabas diucapkan! 100 markah utk karangan anda!
to sayed
aduhai kakandaku sayed. mengapalah anda senang2 telah membongkar identiti syudep itu.
aduhai..
kalu nk bermain bicara pon, biar kena masanya..
postlah esok-esok komen nie..
nmpak sgtlah siapa syudep sebenarnya..
aduhai..
btw..terima kaseh kerana memberi jawapan.
econslover
Kerana itulah saya tidak suka KYUEM. Fikir-fikirkanlah...
sapphirekyuem
membongkar identiti syudep??
xtau ke syudep tu sape??hehhe..
sy pulak pening dgn komen sapphire ini..mcm xde kaitan aje pembongkaran identiti syudep dgn komen sayed..hahahah~
maaf menyibuk..kui3~
mashaAllah..berbakat besar menulis ni.
huh????
apekah???
econslover silap kot..mmg xde kaitan antara syudep n sayed..aku pasti itu...kerana syudep chaletmate ku...
econslover..jgn salah teka, yer...
syudep tuh, deskmate anda!!!
to abang pali.
kerna mengapa?? saya sukakannya..
saya dapat byk pengalaman..
hehe. hei,
The Road not Taken~
to kak akma
maaf..saya tersalah orng buat kesekian kalinya lagi..
aduhai..
maaf ye syudep n sayed(syuden)
to firdaus rahim
anda firdaus notts??
ribuan terima kaseh kuucapkan..
hmm. teruskan sokongan (wah, ayat skema)
by,
econslover
ehh lupa nk ckp psl post sbnrnya...
sye suke karangan ini...vote for E..vote for econlover...
choose B,
choose to sem wit BARAKAH
salam...
pembetulan... pembetulan... harap tiada lagi berlaku salahfaham lagi selepas ni...utk makluman semua...
SYUDEP dan SAYED sememangnya tiada langsung kaitan dan tiada sedikit pun talian persaudaraan darah daging antara 2 entiti ini.. SYUDEP adalah hakcipta terpelihara seorang insan yang dilahirkan dalam sebuh keluarga yg sederhana di KL..
__harap maklum__
ps: Sayed sila berikan keterangan bagi pihak anda pula. hanya bangsa yang sama sahaja tidak mungkin dapat membenarkan permit anda dikatakan syudep. sekian terima kasih.
apepun... semoge post ini dapat membuka mata semua MUSLIM di kyuem ini.... ingatlah bahawa agama kita punya guidance yg sangat lengkap dan sempurna untuk kita ikuti....
berhiburlah dengan seadanya... berzikir itu hiburan yang sangat menenangkan jiwa... cubalah! =)
kepada econslover, bahasa bunga-berbinga anda itu membuatkan hati saya berasa begitu sukacita sekali..
Bushhhh...
Tersungkur orang2 liberal disitu..
to afeez
wah..sungguh puitis pujian itu..
nget3..
terima kaseh ..
anonimos
moga sungkuran itu menyedarkan mereka dari tdur yg lena..
aduss~
tiada niat.
to katun
go katun!!
saya tahu anda suka Mr B..
*tiba~
katun ... mr b?? erk.... apakah kaitannya??? hurmmm.. musykil3.... adakah kerana ingin membodek masa lebih di great hall ;mr b mnjadi favourite teacher katun? ehehe..
namun apa salahnya... kerana kita memang dituntut untuk bermahabbah... mengasihi antara satu sama lain... tidak bermusuhan...
haisy econslover,.
bukankah sudah ku katakan malam td..
diri ini bukan Syudep,.
ku mmberi komen itu pun slps di mesej oleh anda brtanyakan ttg syudep,
lalu ku pun melawat blog ini lantas mmberi komen skali..
ternyata anda tidak mpercayai saya..huhu.
okeh, ditegaskan skali lagi,.wlupun mmpunyai prsamaan semangat jowo yg mmbara dlm diri, SYUDEP N SAYED adalah dua identiti yg berbeza okey?
harap jelas dan tak timbul salah faham.
yg tak sabar nak balik rumah,
-Sayed-
Rinduku pada desaku yg permai.,
kampung halaman yg damai..
suasana pagi yg indah dan nyaman..
umpama daun yg berguguran di musim luruh
yg menantikan musim bunga.,
agar cinta ini mekar kembali..(^.^)
(maaf,pabila mode berpuitis dan homesick bcampur, inilah hasilnya, okies, bye~) (^,^)Y
sayed.
sudah la.
saya sudah mengerti. jgn sedihkan saya lagi.
nget3.
penilaian saya salah.
kerna mungkin terlalu obses.
kui3..
btw, pnjng komen anda bagaikan boleh dibuat post baru.
blog la.apa lagi.
selamat berhujung minggu.
hehe.
econslover
salam.
ya3.. betul3.. saya sokong sayed. terima kasih atas pernyataan anda itu.. insyaAllah semua pun sudah mengerti..
ps: saya sangat sukakan house saya! inche kapitan sangat bertanggungjawap sebagai housecapt sapphire! tabik hormat kepada inche housecapt~~
"kepada boys, please stop lepak dekat pathway girls occay"
**pesanan inche housecapt semasa meeting sapphire tadi**
thank you mr. housecapt
salam wbt..
Alhamdulillah, pnulisan anda sangat menyentuh hati.. insyaAllah, mudahan anda akan trus istiqamah dan sentiasa dikurniakan ilham daripada-NYA ntuk terus berdakwah melalui penulisan...
mudahan DIA akan mendetikkan hati kita smua dengan keinsafan.. ameen.. +)
salam
baru 1st time visit (terbuang saja)
tahniah buat penulis. olahan anda kreatif (tanpa rasa assobiah pada garnet)
moga Allah rahmati KYUEM tercinta!
keadaan masih belum berubah. inilah cabaran yang pelu kita sahut, oleh semua pihak. syukur, masih ramai yang mahukan haq dalam kancah kebatilan. teruskan usaha kalian. kami yang ada sedia membantu semampu mungkin
NB; kak akma ni, kat mana2 saja dia ada. ish2.
voted by me as best post of the month.
coolnessnye buat recite with ur heart tu! (nmpak sgt xmngikuti perkembangan kolej. sori :D)
to kak dayang
trima kasih atas pujian yg turut tersentuh hati saya.
bersyukur kerana diberi Ilham sebegitu.
tanpa ada bias kan??
mudah-mudahan.
to ensyirahakim
apa maksud tanap assobiyah terhadap garnet??
btw, tatarima kakashi atas sokongan anda.
to aliaaa
ahaha..
pujian itu terlalu tinggi.
tapi terima kasih.
hehe..
bukan x ikut,,cuma x brapa nk follw..kui3..
by,
econslover
assalamualaikum...
salam ziarah, eh, knape la ade kat web nih tibe2
waaa, macam best je...
hehehe, nak gi Rock concert tu la gak camni....tp cam ade bnde x elok je program tu, hurmm
"...dalam situasi dua KEMUNGKARAN, pilihlah yg lebih sedikit MUDARATNYA..."
aritu terbace ni dalam fiqh alawiyat karangan dr yusuf al-qaradawi...
wahai adik2 yg disayangi,
rjin2la bagi idea2 kt kwn2 yg mncari ketenangan ini supaya anjurkn sesuatu yg kurang mnjejaskn keimanan mulims student,
try discuss with them alot, give ideas based in this theory probbly..
and practice Islam in ur friendship,
u could probbly spread the beauty within islam,...:-)
"berLUMBA-LUMBAlah kamu (mengerjakan amal-amal Yang baik)
untuk mendapat keAMPUNAN dari Tuhan kamu,
dan mendapat syurga Yang bidangnya
SEGALA LANGIT DAN BUMI,
Yang disediakan bagi orang-orang Yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya;
Yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa Yang dikehendakiNya;
dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia Yang besar.
-surah al-hadid ayat 21-
wallahua'lam
ps: eh, ape type nih, sorry dah kul 1.07 pagi, blur2, tibe2 je nak bagi peringatan aka tazkirah...
yg rindukan adik2,
ibn muhamad
ex-P37C
to saya mengantuk
pegi la tidur.
wah anda.
buar post barukah?
sgt pnjng dan bermaklumat sekali..
insyaAllah..saya akan postkan tazkirah ini.
hehe..
semoga kita sntiasa dirahmati.
aminnn..
by,
econslover
sorry terlambatt plak comment.. baru bace kat alumni muscom..ermm.. anda hadir pada kedua-dua majlis ke? sangat hebat.. tapi ape2 pun saya suke ke"sejuk"an (coolness alia dah gune kan) penulisan anda.. sayed bagi 100.. saya bagi 101! x nak kalah.. masalah kolej ni dari dulu memang x de penyelesaian eh.. dinch betul!
Post a Comment