venue:Great Hall KYUEM
theme:hiburan penghujung semester
tema pakaian.smart casual (yg sopan dan tidak disaster)
GILAng gemilang.
perkataan yg sgt seswai untuk acara malam ini.
betul.
berpinar mata bila tgk tentatif acara pada mlm ini dkat kad jemputan.
meriah. pack. menarik.
lagi nak pengsan bila tgk hidangan yg tersedia pada mlm ini.
main meal.
-char kueh teow
-Nasi Lemak kukus berlauk ayam goreng berempah (saiz ayam serama)
-nasi goreng kampung khas itu vegeterian
-keropok lekor (lebih tepung dari ikan)
side dish
-burger malaysia (anda tahu?)
-kueh mueh beraneka warna dan rasa
-Yong tau Fu
-Pasembur (rojak kut)
-roti jala (jan jan jala jan jala itik ayam-tema lagu tadika kemas)
pemanis mulut
-salad buah campuran atau lebih elegen mixed fruits salad
-ABC dan cendul (boleh belah la)
-watermelon jus
-orange jus
-sugar cane jus
-coconut jus (hahaha)
-rojak buah
rasanya ada yg tertinggal.sbb byk sgt. smpi x igt.
haa. mlm tu ala2 Grammy Award. sbb ada KTV award ala2 MTV Award.
hmm. golongan wanita tampil ekslusif mlm itu.
jubah labuh yg anggun.
punjabi yg melayang-layang bila ditiup angin.
gaun malam yg tidak longgar ditatahkan dgn barang kemas tajaan habib jewels and pearl raflesia (mimpi)
blous ropol2 perancis.
gaun ala2 empire cut.
sari-sara.
skirt mini n tube mini.
kebaya nyonya. kebaya singkat. kebaya kedah. kebaya ketat.
hmm.rasa mcm tertinggal satu.
ya, sangat kurang baju kurung.
moden.
saya suka persembahan zapin. walaupun selalu tgk tapi x bosan.
kenapa?
-pergerakan tarian lelaki sgt sopan tpi gagah.
-langkah tari wanita juga sangat sopan.
-pakaian baju melayu dan sampin dan baju kurung. sgt melayu.
-kelakar bila tengok penari yg salah steps tpi buat2 selamba rock sambil catch up balik. (ramai tahu siapa dia)
-formasi yg terbentuk juga menarik.
-tidak over. tpi muziknya sedikit bosan.
layan~
tergamam bila mula tarian cina.
keluar reben2 merah berterbangan. sgt elegen.
saya suka juga.
ketua penari reben sangat hebat mlm itu. lincah dan gemalai pergerakannya. mendapat sorakan gemuruh. (ramai tahu siapa)
bunyi muzik bollywood. arghh.tarian pinggul lagi.
tak boleh describe. tak suka. so x tengok.
tapi dapat teka apa yg berlaku bila hadirin bersorak riang.
terlupa. mlm ini ada rakyat british. pelajar british datang ke Malaysia.
jadi tarian di atas untuk meaikan mereka. persembahan budaya kononnya.
tpi yg bersorak lebih orang timur.
saya tengok orang barat hanya asyik memerhati.
kagum mungkin. entah.
pelajar brtitish buat persembahan. mereka membaca Quote shakespeer. x paham. tpi mcm menarik.
menarik tanpa ada tarian mengghairahkan.
menarik tanpa ada goyangan pinggul yg terover.
menarik tanpa ada muzik menyakitkan kepala.
menarik tanpa ada benda yg tidak menarik untuk dilihat.
saya tertarik.. tahu kenapa?
bila buat perbandingan.
timur lebih barat dalam membuat persembahan.
barat sangat timur dalam membuat persembahan.
mungkin barat segan malam itu. mereka kan tetamu. kena jaga tingkah laku.
so persembahan x boleh over.
OH.
kita x segan. kita kena rai tetamu. kita x pelu jaga tingkah laku.
begitu?
so persembahan kena over sikit.
setuju.
oh.malam ini milik aiman rashad aka tiger.
dia menang byk kategori untuk KTV award.
sebetulnya, hanya TOPAZ dan GARNET yg menang mlm itu.
tahniah.
xpa, kita da menang byk sebelum ini.
acara ditutup dgn upacara memukul, menghentam,menghempok, dan mengambil gambar kenang-kenangan.
anda tahu kesudahannya.
"kepada semua pelajar, sila tinggalkan dewan sekarang juga kerana pekerja mahu siapkan dewan untuk perhimpunan esok" Pn Rog bersuara.
lihat ayat pertama post. sengaja ditaip begitu.
kita kena GILA. baru GILAng gemilang.
sungguh ironi.
by,
5 years ago
5 comments:
zapin: cm busan.slow sgt.buat la aksi lompat2 sket, hunus2 keris ke..
tarian cina; kaw2
tarian bollywud: besh dowh! rugi x tgk.haha
british: nmpk cm xd preparation.jujurnya sgt3 busan
tapi cerita the golden cage - siriyesly bes gile.. sedih ahh..
to haq
hmm.bosan tpi masih terjaga.haha
xdela x tgk langsung..just jeling2 manja jer..
nget3..
hei..siapa kt bawah??=)
to rabiatul adawiyah
tiada bantahan..memang best giler.
saya menangis tok kesekian kalinya..
econslover
setuju...hamba setuju sgt..
kita sependapat tuan hamba..
nmpknya orang barat lebih sopan...
dunia dah terbalik...hmm
to laksamana
takkan melayu hilang di dunia laksamana sunan!!
Post a Comment