House of Glory

The Ultimate Sapphire

Bila Lelaki Bosan.

Hujung minggu begini memang bosan. Long weekend. Hari sabtu cuti. Ahad pun cuti.
Bosan. Ramai penduduk kolej ni menjadi ahli PBSM.
Persatuan Balik Setiap Minggu. Ramai yg tahu.
Budak sapphire pon ramai ahli PBSM.

Tapi minggu ni berbeda. Minggu ni ada event.
Ramai x balik. Ramai ternanti-nantikan event tu.
Ada 2 event yg penting.

Rock It Till It Hertz
Tukar huruf ‘z’ tu dengan huruf ‘a’ dan anjakkan huruf ‘a’ ke sebelah ‘e’.
Recite It With Your Heart.
Penjelasan events ni nanti akan lebih terprinci pada post seterusnya.
---
Bosan.
Lepas solat jumaat, ramai bercadang untuk menghambakan diri pada katil empuk masing-masing.
Penat.
Katanya penat berjuang untuk paper Malaysian Studies and Islamic Studies jua Moral Studies.
Haha. Bagaikan menjawab persoalan falsafah-falsafah.
Memang hentamable.
---
“pukul 3 ptg nnti, turun main voli ye!”
“apa? Voli? 3 petang?”

Hei orang gilak!
Apa yg ko buat di tengah panas terik mentari segalah tingginya di kepala ini, orang gilak!
Habislah kulit muka.
Berubahlah kepada 2 tona lebih gelap. Garnier lite akan jadi rebutan.


muka girang bermain di tengah panas.

---
Habis main. Masih terasa bosan. Betul.
Awan komulunimbus mula menampakkan rupa. Ah. Hujan lagi. Hitam awan itu. Bagai membawa bergeleng air untuk dicurahkan di tanah gersang ini.
*midi! X perlu siram pokok lagi* perbualan suatu hari bersama presiden greenthumb.
---
Kadang-kadang. Mitosis genetik dalam badan lelaki boleh jadi sangat ektrem.
Mereka boleh berevolusi secara ektrem.
Betul.

Lihat gambar ini.

sebelum evolusi.




"biasalah, bilik lelaki bujang"
"xde isteri untuk tolong kemas"

ini jawapan standart untuk gambar di atas.

selepas evolusi.




"aku bosan la, tak tau nak buat apa"
"tup tup katil aku tiba-tiba kemas"
"ni bahana bosan la nie"


lihat gambar ini.

sebelum mitosis songsang.



"huh, bersepahnya ruang tamu chelet p.3... ni.(sila isi tempat kosong)"
"bosan la"




selepas mitosis songsang.




hmm. pemilik chelet ini sangat tersusun dan sistematik.
nampak kemas sedikit.
puas hati.


ini gambar terakhir.
sebelum mutasi ekstrim.



gersang. sunyi. sepi.
tiada angin yg bertiup.


selepas mutasi ekstrim.



"wah, dua baldi terus"
"tah, aku bosan sangat"

sejuk hati memandang jujukan baju bersidaian itu.
puas hati.

bertuahlah siapa-siapa yg menikahi lelaki-lelaki mutasi ini. mereka bila bermutasi, mereka boleh jadi pengemas yg ekstrim.
jadi.
mahu chelet sentiasa kemas? bosankan hari minggu anda.

kejap.
apa jadi pada lelaki-lelaki ini?



tepat.
mereka akhirnya tersadai jua di tilam empuk kesayangan.

aduhai. sungguh ironi.

by,
econslover.

5 comments:

lelaki jenis mcm tu memang sesuai jadi bibik kat rumah aku. hubungi aku ok?


main voly kol 3 itu tande2 lelaki desperate

 

to haq mohaidin.

mmm.
dobi sehelai rm 10.
kemas katil sejam rm 50.
laratkah ko nak bayar?

ini demand bayaran lelaki desperate.

hei, kerana desperate mereka menang.
haha.

 

lelaki-lelaki?!!
mungkin sume gmbr di atas adalah milik seorg lelaki sahaja...

mmg bertuah sape dpt kawen ngn lelaki bermutasi ini...hahahaah

 

wah nak maen volley jugak!!
sangat best entri ini..thumbs up!!

mutasilah lagi..promot diri ke??kui3~

 

to afiqah
haha.mana ada. 2 gmbr 2,3 orng laki la.hehe.
apa nie.
pecah rahsia. kui3.

to kak akma
maukah anda bermain tika mentari segalah di kepala?
haha. sgt hitam nanti.
eit, ada baju nk dbasuh??
sediakan duit dulu. mahal.

by, econslover