Nama: Siti Amirah Suhaimi
Nama Timangan: J.Lo
Umur: 19 tahun
Asal: Cheras dekat rumah Siti Nur Diana
Makanan Kegemaran: Laksa Penang
Makanan Paling Dibenci: Sayuran hijau. Carrot die suke.
Bilangan adik-beradik: 3
Suami: Jesse McCartney
Boyfriend/s: Zac Efron (on off) and Lucas Till (terbaru) dan ramai lagi yang tak dapat dikenalpasti
Lokasi: Outward Bound School, Lumut, Perak, Malaysia
Situasi: Keseorangan.Dalam hutan belantara. Dikelilingi flora yang indah , cacing dan pacat bermain-main di jari-jemari kakinya. psstpssst.. bunyi cengkerik dan katak me-webek mungkin sudah lali didengari J.lo setelah 24 hari di kem yang mencabar minda mengacau jiwa.
Unggas berbisik ke telinga J.lo,"Tinggal satu hari sahaja lagi. Satu hari. Bersabarlah J.lo".
Hati J.lo tersenyum tatkala mendengar unggas yang telah menjadi sahabat barunya memberi sinaran harapan," Wah sudah 24 hari ku berada di kem yang telah mengajarku erti persahabatan, erti kasih sayang terhadap alam sekitar, dan juga erti kehidupan. Akan ku tinggalkan kem ini esok dengan semangat baru, meredah kehidupan sebagai seorang wanita berwawasan bervisi misi. Aku berjaya dan akan terus gah pada masa hadapan".
Bulan tak bisa tumbuh di taman
Dan bila mentari datang
Pulanglah segala kenyataan
Malangnya, inilah realitinya. Dalam masa lebih 24 jam, J.Lo akan berangkat ke OBS. Dan barulah perjalanan yang berliku demi mendalami ilmu akan bermula.
Jadi, dengan segala hormatnya, sebagai pembakar segala semangat, kami di House of Sapphire ingin mengucapkan HAPPY BIRTHDAY AMIRAH J.LO! 30.june.1990
and GOOD LUCK JUGA KEPADA SEMUA YANG AKAN KE OBS! Syera,J.Lo,Farah Ain, Liyana,Zaaba,Syuk,Jueks dan semua PNB scholars! ANDA MAMPU MELALUINYA! AJA2! CHAIYOK! You CAN do it!!