Situasi Satu
acara : Majlis Penyerahan Kuasa Kumpulan Lapan Kaki
tarikh : 29 Februari 2009 atau 1 mac 2009
Kisah Dongengan Rakyat Jelata.
situasi yg menggegarkan dewan oscar apabila seorang rakyat telah tidak dapat mengenali seseorang yg khabar anginnya mengatakan dia popular di kalangan rakyat disitu. tetapi, peritiwa semalam telah melakarkan sejarah pahit kepadanya kerana akhirnya tahulah dia bahawa Siti Nurhaliza bukan tandingannya lagi.. haha.. padan muka ko!!
hapuskanlah riak engkau di muka bumi ini wahai pelakon tambahan!!
maka dibawa hati nan sayu pilu penuh derita ke tempat terpencil. berdoalah dia semoga Allah mengampunkan dosanya yg lalu, Dosa kerana mencuri selendang Allah.
taubat.
namun, hati manusia itu lekas berubah.
situasi dua
acara : Kelas Perdagangan
tarikh : 2 Mac 2009
berbunga riang hati si pelantun lagu Perpisahan hari ini. penuh pantas kilat ia menceritakan peristiwa yg kiranya akan mengukir kembali senyuman di wajahnya selepas hatinya terguris semalam.
seorang rakyat jelata yg kiranya baru saja menetap di sini telah menegurnya selepas sebulan disimpan niatnya barangkali.. saban sepurnama sudah Pesta Golongan Bangsawan berlalu, namun kerna terlalu ingin meluahkan hasrat di hatinya, peluang emas tidak disia-siakan..
*perbualan dalam bahasa Inggeris telah ditukar demi membungakan lagi bahasa*
Jas : tuan hambakah salah seorang pembawa watak dalam pesta golongan bangsawan itu?
SH : kiranya begitulah..
Jas : oh,sudah lama dipendam kata ini. hamba terpikat benar dgn pembawaan tuan hamba tempoh malam. firasat hamba, tuan hambalah bakal dinobatkan sebagai pementas terbaik..tapi sayang..
SH : kasih jua hamba krimkan atas pujian melangit itu..
Jas : tapi pada hamba, hakikat tetap hakikat..tuan hamba sangat gemilang..
SH : kasih jua hamba krimkan...
Jas itu adalah guru dalam bidang perdagangan..ikhlas sungguh mulus bibirnya meluahkan rasa..kerna itu, hatinya kembali tersenyum..
begitulah alkisah dongeng orang dulu-dulu..
5 years ago
0 comments:
Post a Comment