sudah lama tidak post sesuatu pasal sapphire. maka pada hari ni saya teringin untuk post sesuatu pasal sapphire. tapi sebelum saya post sesuatu pasal sapphire, ingin saya bercerita tentang sesuatu yg bukan pasal sapphire, setuju?
Apakah Perkara yg Membuatkan anda benci pada diri anda?
sila jgn utarakan jawapan-jawapan yg kliche sperti
1. Saya benci pada diri saya kerana saya masih tidak mampu untuk mengenali diri sendiri
2. saya benci diri saya sebab saya tidak mampu buang perasaan malas dlm diri saya
3. saya benci diri saya sebab saya tak guna masa yg diberi dgn begitu baik
4. saya benci diri saya sebab tak tumpu perhatian dalam kelas semasa belajar
*menguap*
5. saya benci diri saya kerana saya tidak mampu balas jasa dan pengorbanan ibu saya
*tersengguk-sengguk*
6. saya benci diri saya sebab snetiasa bagi jawapan yg cliche pada soalan diaatas.
tengok? anda sudah mula mengantuk dan fikir mahu close blog ini dan sambung buat latihan P3 bila saya utarakan 6 jawapan cliche ini.
pada hari ini, saya rasa sgt berdosa.
bayangkan jika anda melihat sesuatu di hadapan mata di mana nyawa seseorang itu bergantung pada tindakan pantas anda untuk menyelamatkannya. bayangkan kerana 0.001 milisaat lewatnya tindakan anda, dia mati dgn penuh tragis lagi ngeri di hadapan mata kepala anda sendiri.
bayangkan kemalangan dimana trailer yg panjang bertayar sampai ke belakang yg bila nak buat U-turn punya la susah dan kadang-kadnag samapai jem jalan melenyek dan menggilis kepala mangsa di hadapan mata anda. tragis bukan?
saya hanya perlu cakap "hei izzat, sippppppppppppp...... " prap!! hancur kene pijak. ah.
siput itu tidak berdosa. izzat juga tidak berdosa. saya yg patut dipersalahkan. sedihnya anak-anak siput itu bila tahu ibunya mati digilis selipar asadi tatkala riang membawa pulang makanan kepada mereka..sob3.
mungkin keterlaluan kerana menyamakan penggilisan trailer, tapi, siput itu. siput.
oh. terlari tajuk pula. saya mahu post sesuatu pasal sapphire.
anda sudah terbiasa membuat konsert amal ketika mandi bukan?
pernahkah anda mengalami situasi dimana setiap kali anda masuk bilik air dan mahu mandi, anda akan lupa bagaimana permulaan lagu Hanya Engkau Yang Mampu?
betul. hari ini kali ke 3 saya lupa bagaimana permulaan lagu itu, dan ia membantutkan konset amal saya.
dan saya bertekad utk kembali ke bilik dan dengar lagu itu di telefon bimbit.
ha. sudah ingat!
DJ~~ music pliiizz~
oh. pasal sapphire tu, nanti saya cerita selepas habis cerita berikutnya.
pernahkaha anda didatangi seseorang yg takla famous sangat tapi mulutnya boleh kurang famous, yg tiba2 datang menghamburkan kata-kata kesat kepada anda?
"hei, ko ni, x habis2 duk cerita pasal bende yg xde kaitan dgn sapphire dekat blog sapphire. lagi-lagi cerita pasal diri sendiri lak tuh, buat blog sendiri ah beb.."
"erk..., anda pengunjung blog sapphire ke?"
"ye la, tiap2 hari kot aku lawat. naik jemu la aku baca cerita ko yg cde kaitan dgn sapphire tuh, tu blog awam.."
apa yg bagus ttg budak ni?
1. dia bagus sebab walaupun dia sudah jemu membaca post yg xde kaitan dgn sapphire, tapi dia tetap baca dan baca dan baca, sebab tu dia jemu.
2. dah la jemu duk baca, tappi tiap2 hari jugak bukak sebab nak baca benda yg ada kaitan dgn sapphire, tapi harapan punah dan terpaksa baca carita yg tah hape-hape.
3. dia sgt concern dgn perkembangan sapphire.
apa yg bangang tentang dia?
1. hei brader, yg ko duk harap bnde pasal sapphire tengah2 bulan exam ni pehalll!!! ko ada tgk pertandingan dikir barat ke, borea ke, nasyid ke 2-3 hari kebelakangan ni???
2. dia bukan budak sapphire.
...
...
...
kesimpulan.
eksperimen berjaya. walaupun saya x post pasal sapphire, anda still baca smpai habis juga~
tahniah!
tahniah jugak kepada budak yg berharap aku post pasal sapphire sebab masih x jemu-jemu dengan jemu dia.
*jgn tanya saya siapa budak itu*
5 years ago
0 comments:
Post a Comment