House of Glory

The Ultimate Sapphire

Sunnah Yang Dilupakan

rasa sungguh insaf bila membaca post seorang pembuat cupcakes terkenal kyuem ttg Sunnah. maka pada hari ini, saya dgn tanpa rasa riang nk mengepost beberapa keping gambar yg berkaitan dgn sunnah.

ha. sebenarnya, Sempena Hari-hari Sunnah di KYUEM, terselit satu pertandingan Photography.
maka ini serba sedikit gambar hasil usaha juniors Sapphire di bawah kelolaan
Stabilo a.k.a naufal
Haq a.k.a Vice presiden yg sentiasa busy
Afeez as photographer
Maba as the editor ft afeez
eman as honourly invited photographer

Model : Nadiah Al-Hasyir
photo by : Afeez

Model : Aidit Qamil dan Maba
photo by : eman
Model : Aidit Qamil
photo by : eman
Model : Aiman Fikri
Photo by : afeez
Model : Maba dan isteri
photo by : eman
Sunnah Tunggak Kejayaan Ummah
Berprestasi Dalam Redha Allah

Sometimes, Matron judges a book by its cover..

hypothesis
Ho: people usually like to judge a book buy its cover, so do the KYUEM's matron.
H1: otherwise

use Z test at 5 % significant level. huh. merapu.

2, 3 hari ni sakit. batuk2. sema-sema. ketika menaip post ini, skrin laptop penuh dgn titisan-titisan hasil dari bersin yg tidak terkawal. ah.
saya ada perangai pelik. mungkin. saya suka bila sema-sema peringkat awal. peringkat manja. sema-sema peringkat awal menyebabkan suara menjadi seksi dan meletop. serak2 basah akibat hingus + sedikit sengau menyebabkan suara sesuai untuk menyanyikan lagu2 A to Z dan Irwan Shah yg sgt popular dgn kesengauan terlampau.

bila sudah sampai peringkat kronik, saya gusar. hidung akan tersumbat dan susah untuk bernafas. kadang-kadang hidung terasa penuh dgn bijian separa kental.
bila menjamah makanan, selera akan hilang. secara biologinya, hidung penting dlm menambah sedap lagi makanan. maksud saya, deria bau hidung. bukan bijian separa kental itu yg menambah perisa kepada makanan.
selera orang sekeliling juga akan hilang kerana terpaksa menkmati muzik hidung.
tau muzik hidung?
muzik merdu yg terhasil bila lelehan hingus ditarik secara paksa dgn otot hidung dgn niat untuk mengelak ia tertitis keluar. ok. perenggan ini sgt jijik.

selalunya, sema-sema datang berpakej. Pakej bersama batuk2. aneh juga, saya suka batuk2 peringkat manja, kerana ia mampu membuatkan suara mnjadi garau. macho.

berhenti dgn fikiran optomistik. saya sekrang merana. tiada ubat di challet. cadang mau pegi berjumpa matron. tapi, niat dibatalkan bila teringatkan post sorang kenalan tentang kezaliman matron.

sedikit cebisan daripada post beliau.
kes pertama.
"akibatnya, saya menyekip beberapa kelas pada pagi itu. lebih kurang pukul 11 pagi, saya terjaga. masih pening. bekalan paracetamol sudah habis. lalu saya menggagahkan diri utk ke klinik. terhuyung-hayang berjalan. setelah menerima bekalan ubat, saya minta sekali mc utk hari itu, sbb kelas pagi dah saya ponteng. wah, dimarahnya saya kerana lewat!
"kamu patut dtg awal pagi! mintak mc awal pagi! bukan dah tak pergi kelas baru nak mintak!!" jeritnya.
"ampunkan saya makcik, sedangkan berjalan dlm bilik pun saya tak mampu, inikan pula mahu bermusafir sejauh ini utk ke klinik. saya tak larat la." balas saya dlm linangan air mata seorang lelaki.
"ah, itu hanya alasan kamu! larat tak larat, kamu kena dtg jugak!!"

kes kedua
"ah, Alhamdulillah kali ini matron ada. selesai urusan, saya minta penjelasan dari beliau mengapa tiada siapa di klinik tadi.
ditengkingnya saya!
"kamu dah datang, tunggu la sekejap! saya pergi makan kat cafe! bukan lama pun!"
terkejut saya.
"ampunkan saya, manalah saya tahu. bagi saya, sebaik bermula waktu pejabat, matron sudah patut berada di sini." jwb saya. tetapi ayt kedua itu hanya dijawab di dlm hati."

mahu baca cerita penuh? klik sini

maka, saya terasa gerun untuk ke klinik. masakan tidak, siapa mahu ditengking2 ketika keadaan tidak sehat. sebagai sorang yg emotional, saya mudah melinangkan air mata. hah.

tapi batuk2 dan sema-sema ini memaksa saya untuk menggagahkan diri bertemu raksasa perubatan itu. telah saya fikir 2 3 langkah berjaga-jaga sekiranya saya ditengking hebat.
1. saya akan bersedia dgn hidung yg penuh dgn cecair separa pejal. jika matron itu membebel, saya akan cuba sedaya upaya untuk memainkan irama muzik hidung agar dapat mengurangkan kelangsingan vokal suaranya menerjah koklea saya.
2. jika boleh, saya mahu bersin sebersin bersinnya ke arah matron itu. biar dia rasa kemanisan cecair separa pejal itu.
3. bila matron mula membuka mulut untuk membebel, saya akan mula batuk2 batuk2 batuk2 tanpa henti. ha, padan muka kau. bebelan kau bakal dibawa angin sahaja.

jantung berdegup kencang ketika pintu klinik dikuak. tercegat lembaga itu di muka pintu biliknya. gayanya seperti tengah sibuk. kotak2 yg nmpak ringan tengah disusun. habislah aku.
ok. mulakan plan A

"asslamualaikum makcik.." sambil batuk2 kering (dgn penuh paksa)
saya..(batuk2)..nak mintak..(batuk2 batuk2) ..ubat..sel..sel... haaaa...CCUUMMM!!!! (yes!)
haa.saya nak minta ubat seperti bunyi2 diatas. boleh"

mata tajamnya bagai menendang muka saya.serius, gerun.
langkah diambil, menuju ke bilik ubat, laci dibuka. sebotol ubat batuk dan sebungkus pil sema-sema dihulur tanpa bicara.

terkedu. aik? makcik ni, tak nak marah saya ka?? aneh3.. saya masih tercegat di situ sambil mulut ternganga, bagai menunggu dia untuk membebel. ah.
harapan musnah. segala langkah berjaga-jaga hancus musnah.

tiba2, dia menuju ke arah saya
"adik makan ubat batuk ni lepas makan ya. 2 kali sehari. lepas minum ubat tu, tunggu 10 minit dulu, baru boleh minum air lain. yg pil itu, penerangan dia ada kt plastik tu..cepat sembuh ya.."

sah. sah. sah. ilmu hitam apa yg aku terpijak ni? sampai matron tu jadi semithali itu??
aneh..aneh.. nak kata saya bela benda, ada. saya bela arnab. tapi apa kaitan?

berjalan pulang, berselisih dgn rakan saya yg pernah dimaki hamun matron itu..
"wah, selamat tak pegi klinik?"
"tak kena marah pon..."
"eh..? mood dia baik kot.."..
"tah, muka aku cukop seposen kot"

moral: buatlah muka se"seposen" yg mungkin tika bertemu matron itu.
5 sen pon ok gak.
lagi murah, lagi dilayan.
ops.

Ho accepted.

Satu Dunia Merasainya..

Bapa tercinta kepada penyanyi terkenal seantero dunia Dato' (datin Sri) Siti Nurhaliza bt Taruddin telah pergi selama-lamanya menyahut seruan Ilahi.

Sebagai salah seorng drpd jutaan peminat fanatik Dato' (datin Sri) Siti Nurhaliza bt Taruddin, saya berkabung.

jgn risau. salah seorang penulis saja yg berkabung. seminggu.

mood: biarlah rahsia

Bila Aura Kiasu mula melanda

jika ditanya sebab utama peningkatan masalah sosial remaja di KYUEM, antara jawapan yg pasti ialah..
1. kedudukan kolej yg terceruk menyebabkan gian remaja tidak dapat dilepaskan kepada saluran yg betul.. anda setuju? saya, tidak.
jawapan yg tepat ialah
2. pembelajaran topik vektor spaces dalam matapelajaran matematik lanjutan atau nama ayunya further maths meyebabkan otak kebanyakan pelajar bermitosis melampau ataupun lebih dikenali sebagai mutasi.

betul. mereng terasa kepala ini. bayangkan tiap-tiap hari mengadap benda yg dianggap tak berapa wujud di alam yg nyata ini. ah. tension. lagi tension bila tengok dewi further michelle dapat menjawab dgn penuh comel sambil pose2 x faham. sudahla ko michelle.

bayangkan satu soalan bernilai 1 markah terpaksa dibincang selama satu period 40 minit. xka gila? macam-macam tafsiran dibuat dan saya yg duduk di tengah2 terpaksa pose2 faham sambil angguk bersetuju dgn segala idea-idea melampaui batasan fikiran manusia normal. ah.
akhir kata, sir pon lantas menyimpulkan

"anyway, it's just one mark, u still can get 99 out of 100"
"but i'm a cambridge candidate, i have to know everything, one mark is important for me"

haa.macam tu berlagaknya jawapan itu. eceli itu monolog dalaman saya untuk dewi further kami. huh. sudah.

bala. Sir mahu buat test bab matrix n vector spaces. habislah gila meracau kami nanti.
"dun worry, it is just an easy paper. 4 questions only."
ya. 4 soalan saja.
pernahkah anda memperuntukkan masa untuk membuat 4 soalan mudah matematik moden selama 1 jam 20 minit?
tidak.
ok. sila ambil subjek matematik lanjutan dan anda akan memdapat keriangannya!
---
suatu hari, saya ke matematik department untuk mengambil markah ujian hasil perih jerih keringat menjawab 4 soalan gila. tiba-tiba saya terdengar perbualan antara sir dan seorang pelajar paling blur di kolej ini..

"i know u have done ur best, but still, u have to work harder than anything.."
dgn nada sedih pelajar blur itu menjawab..
"yes, i know i'm still not good enough sir, i will spend more time to study.."
huh. meremang bulu roma saya mendengar sir berkata begitu. seram sejuk rasanya.
"u are the worst in ur class..ur mark is too bad.." sentap hati ini, habislah aku pasni dapat ceramah free drpd sir.
sedang pelajar blur itu, sir sanggup berkata begitu, diriku?? *wah, tetiba dirasuk arwah dameng*

sedih melihat muka pelajar blur itu. berselisih dgn dia, leher saya panjangkan untuk mengintip berapakah markah dia.

dari jauh dapatku saksikan ada 2 angka kosong dan satu palang.huh, kalu dasar pelajar blur, memang patutla ko dapat banyak tu je. padan muka ko.

100

"sir, before u say anything, i wanna apologise bcoz i know how bad my result is gonna be.."
huh. markah ku sgtla teruk. tapi alhamdulillah jua. seperti yg dijangka.
padan muka aku. teringat kata2 hikmah sorang kawan sundal dlu2..
"ko tu, tiap2 sem aku tengok aktif ko berjoget, melalak, over acting atas pentas..bila ko nak study..ko tu dahla ambik further.." ha..sentap kan kalian??

maka bermulah sesi ceramah percuma. saya memang suka mndengar ceramah percuma daripada sir. sebab setiap kali dia memberi nasihat, saya terasa sangat bersemangat. rasa bagai mahu study bersungguh-sungguh. it's so motivated. Ya, aku berjanji pada diri, akan belajar bersungguh-sungguh.

"wei, jom tengok movie malam nie"
"jom"

saya namakan ia sebagai "hangat-hangat tahi arnab"

tgh syok mendengar motivasi, datang 2 orng gadis sunti mengadap sembah meja sir. ah. tidak. kacau saja sesi peribadi. mereka gayanya seperti datang untuk mengutip hasil susah payah 4 soklan gila itu juga.

tiba-tiba, dgn suara lantang sir berkata..

"99% is not good enough herman, i want u to get more than that.."
"work harder.."

:: ini kapitan dan naib kapitan kami ::

::huh, mesti ramai yg ckp, "x-kapitan ni mmg xreti2 bahase kan??....da kene guling pon, still nak menyibuk menge-post dlm blog sapphire nih"...argh,saye x kesah!...::

::hrni, saye ingin berbicara sikit ttg successors saye...saye ckp yg laki2 jela....kapitan dan pembantu kapitan wanita, saye bagi cik x-cupcakes bt..tu pon kalau die rajin...::

::okayh, spt yg anda sume tau, kapitan baru Sapphire ialah AIMAN ARIF CAEZAR!!!!...haa,unik kan name die?..se-unik perangai die...mungkin rata2 pelajar kyuem ni hanye knal die ni dgn tragedi wang kertas...byk tohmahan tlah dilemparkan gara2 tindakan luar biasa beliau tersebut..namun, jgn biarkan tragedi tersebut mengaburi pandangan anda semua ttg die..mungkin perbuatan die melampau..tp, harus dimaafkan bukan??...pnat die sebarkan open-letter merata-rata, gigih memohon kemaafan dari warga kyuem..jadi, jika tragedi blog boleh dimaafkan, xkan tragedi duit yg da lame gle lepas ni xley dimaafkan kan??..kan??...::

::umm, kapitan baru ni mmg rajin...kalau tym bt props mase bangsawan tuh, die mmg sentiasa ada...rajin gle ah wa cakap sama lu...kalau suro buat itu ini, die trus buat..xbyk alasan..xde reply2 spt "kjap lagi bole?", "alaa,org laen xdtg pon", "xbole suro org laen ke?".."nak kene buat skrg gak ke?", "err,suro org laen bole?".....sungguh la bagus die ni...kalau disuruh buat sesuatu, jwpn2 yg akan diberikan adalah spt "ok!", "sure!", "no problem!", "i'll do it now ok?!"...haa, x ke bagus die ni?..saling x tumpah macam x-kapitan kan?....(weee!!...ha3,ter-promote diri sindri lak..XD..)..::


::banyak gak sumbangan kapitan baru ni kat sapphire..mule2 ngan boria..sanggup bersengkang mate sampai pukul 3-4 pagi semata-mata utk berlatih boria dan memantapkan koreografi!..pastu, byk gak pertandingan laen yg dia wakili sapphire..spt, j-rock..die ni mmg hebat bermain alat muzik sebenarnya...ow, die gak was one of the pembesars mase bangsawan aritu..mmg smangat die berlakon evntho xde line..ha3..XD..die ni gak suke maen golf ptg2 ble free..(huh??.mesti ramai yg sedang menggaru-garu kpale yg xbrape gatal kan?..)..haa,mmg die ade bwk golf club blk kolej...waah,kecik2 da main game ahli2 korporat..da bsr ni,mmg konfem jadik org berjaya...::


::skrg,kite beralih kpd pengganti incik luttphi a.k.a si jam randik lak...sape lagi kalau bukan saudara ABDUL HAQ!!!!...a prominent blogger, n a man with brilliant words...bile berkate-kata, byk falsafah2 baru yg akan terpacul kluar dari mulut die ni..sungguh bijaksana...uhh, ade yg kate die ni pendiam..tp pade sape2 yg knal die, errr,mungkin x pendiam sgt kot...Haq ni ade gak sumbangan2 die terhadap sapphire..boria, berkompang utk bangsawan, n plg besar, sbg penulis skrip utk produksi bangsawan sapphire!!..haaa,hebat sungguh die ni..nampak je pendiam,tp otak bergeliga.!!..::


::haq ni suke maen volley gak...saye mmg xbrani nak lawan die..bukan sbb die hebat, sbb die tinggi!!..mmg konfem saye xkn dpt bola la kan??...adoii,knape la sume hicom baru ni tinggi2 je...ayyy....::


::jadi, itula serba sedikit ttg hicom baru yg di-elect smlm..walaupun diselubungi kontroversi, saye yakin, barisan hadapan Sapphire ini mampu membawa Sapphire ke puncak yang lebih tinggi!..harapan saya, semoga semua ahli sapphire yg lain akan memberi sokongan yg padu kpd kapitan dan naib kapitan yg baru ni...tanpa sokongan anda, percayalah, sapphire akan lumpuh...bak kate haq, sapphire is an idea..n for me, each n everyone of u is the idealist behind this idea.....kpd kapitan dan pembantu kapitan pula, semoga anda berdua dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dgn penuh berdedikasi..ahli2 sapphire yg laen tlah menaruh kepercayaan yg tinggi kepada anda berdua utk mengepalai mereka..jadi, tunjukkan kepada mereka yang anda sememangnya layak utk memegang jawatan2 tersebut..tunjukkan sape boss!!..he3...XD..::


::akhir kata, majulah aiman arif dan haq utk sapphire!!!!...::



kapitan baru kami!!..

ini naib kapitan lak!..




p.s : blog ini akan terus, kekal, selama-lamanya menjadi hak milik penulis2 asal..walaupun kami tlah digulingkan, kami sememangnya tak segan silu utk trus bertapak di blog ini..jadi jangan ingat P-31 telah kecundang!!!...





~ x-kapitan

:: tonight is THE NIGHT!! ::

::ok,as all of u know, tonight we're gonna have our election for the new house committee..we've nominated a few potential candidates yesterday, n tonight, we'll decide..below is the list of the nominees::


Male Category

:Abdul Haq:
:Aiman Ariff:
:Azizul Fitri:
:Hairul Azim:


Female Category

:nik idzni:
:izzie:
:yat:
:kammy:


::jadi, malam ni adalah malam penentuan..dan anda semua akan menentukan siapakah yang layak untuk memegang 4 jawatan tertinggi dalam House of Glory..namely:

:Male House Captain:
:Female House Captain:
:Male Vice-House Captain:
:Female Vice-House Captain:

::INGAT!!..undian anda adalah penentu masa depan Sapphire..so, cast ur vote wisely as we'll be electing the new forefront of Sapphire!!...::





::ow,we'll also have the world premier screening of Bicara Takdir Berbisa right after the election..so those who wanna join the fun, laughters, n etc, do stay back!!..::







~kapitan yg akan digulingkan

rumah siap, paku x cukup, tukul patah, pahat tumpul

*a friendly reminder: post ini bukan membangga diri. Ia sekadar nukilan pandangan orng luar*

saya tidak bosan untuk berbicara tentang bangsawan. kerana ia tak lapuk dihujan jua tak lekang dek panas.(2 markah untuk simpulan bahasa)
Bangsawan baru je berlalu 3 hari, maka isu ini masih panas untuk diperkatakan.
wah, terasa bagai semalam aku duk timang2 pisang salai..tiba*

wah.
rasa sangat bangga apabila menatap board hari ini. Banner yg cukup sederhana tapi bermakna.
terima kasih untuk si pembuat banner. anda rajin.

bukan pasal lakonan yg saya nak nukilkan.
bukan ketidakpuasan hati yg hendak saya gembar gemburkan
juga
bukan ketidakhappyan terhadap keputusan yg hendak dingomelkan
ada peristiwa penting yg perlu kita tahu.

saya sememangnya tidak sabar untuk ke kelas hari ni.
mahu dengar komen jujur ikhlas terutama daripada foreigner tentang bangsawan kali ini.
target saya ialah
Mr. Michael Alderson
Mrs Foord
Mr Jamal
Pn Jue

berikut adalah perbualan yg terjadi

*ignore grammatical error*

Sir: herman, congratulation! u were really great last night!! awesome~
"thank you very much sir.." *tersipu-sipu*
(penting. sir menghulurkan tangan dan menepuk bahu saya sambil berjabat tangan)

sir: i though u were going to be the best actor..Honestly, u did a great performance. with..who was the other girl?? Mak.. Lengang?? (sambil berfikir)
"Mak LeNGGang sir "*sambil stress kan perkataan Lenggang sebab sir sebut "Lengan"..ngeh3..

sir: but really, Dameng were much real on the stage, with the emotion, anger, love.. Sapphire's storyline is so good. I like it.. Compared to the Best actor..Putera Iskandar, wasn't he? from Topaz? why ha??

"simply because he was the prince, royal family. Bangsawan is mainly for the royal status..King, Queen, Prince n Princess.. I've done my best. Surprisingly, u remember the names, sir!! Thanks again"

sir: of course i remember!! who wouldn't if the acting was sooo good, herman.. And, your mother, Daruma..right?? I thought she gonna win the best actress..hmm..may be becoz of the status reason right? but, Honestly i say, I really enjoy the performance..n i think this was the best i have ever seen.. Especially the Sapphire's performance..!!! hahaha..

"thank you again sir. i appreciated your support. still, we were very happy.. bye sir.."

-haa, terkehel lidah aku nak speaking ngn foreigner ni..-

~~~
block 4, economics. masuk je kelas, Mr Jamal terbuang tabiat. tiba2..
"don't kill me Dameng!!"
wah..saya tersenyum puas mndengar Mr Jamal berkata begitu.

Mr Jamal: seriusly la man..i though u were going to be the Best actor that night..why ha??

"simply becoz of the royal status that i dun have..Mr Jamal.."
Mr Jamal: oh. but, i still award u as the best actor of the night. A few of My Friends said so..

"hehe..thank you Mr Jamal.. *tersipu-sipu lagi
igtkan smpi situ je,,habis je kelas..disambung nye lagi bersembang pasal bangsawan tu.

Mr Jamal: For me la, you were the only actor that succesfully reach out the emotion to the audiences.. i was stunned when u cry after the fighting scene.. u know, it was alive.. hidup. I think u were stronger than the best actor of the night.. i can see the acted, but u..macam betul je..

"thank youooooooooooooooooooooooooooooooooo sangat2..terharu saya.., biasa2 je la.."

ha. macam tu skali seorang guru ekonomi memberi kritikan dan pujian yg luhur dari hatinya..tidak saya sangka, Mr Jamal ni, berseni orangnya.. betul. hari ni hati saya sebak sentiasa..ahaha..
tpi, macho r..x mo nanges2..

kelas yg ditunggu-tunggu tiba.
IELTS class.
Mrs Foord. Beliau adalh antara penyokong kuat apa2 aktiviti yg dianjurkan di kolej ini.

Mrs : While waiting for the rest to finish up the stuff, i want to congratulate all of u for the Tremendous Night of Bangsawan!! That was the best Bangsawan, I would say. it was different..
and you HERMAN, CONGRATULATION again for being awarded as the best supporting actor...this is the second time, right??"

anda boleh teka tak, apa soalan sterusnya..?

"herman, i though u play the main role in the storyline..am i right? seriusly, i though u gonna win the best actor..do you have opinion about that??"

"yes, i was the main actor, i would say. but, simply because of the royal status that concerned. Bangsawan in the first place in mainly for King, queen..bla..bla..bla.. and bla..bla,..bla.. *penat kan ulang point nie??*

Mrs: oh really?? if so, why don't you put yourself as the royal family??.. hahaha*smbil tepuk2 tangan, riang dgn idea bernasnya.."

"surely, i'm not the script writer..heheh"

Mrs: but honestly, i really love the performance..as a foreigner, i woould say that i really enjoy the play..with the nice props and backdrops,, the glittering costumes.. the acting od course *smbil memandang ke arah saya*
kata kata mans itu berterusan sampai habis kelas.
tipu je.
~~~
friendly reminder : haa..jgn duk mengata dlm hati yg penulis nak berbangga diri.

alkisahlah riwayat hari pertama saya selepas bangsawan.
apa yg saya kagum dgn foreigner ni, mereka sangat menyukai teater bangsawan kita. komen yg diberi juga jujur dan ikhlas.
sedap telinga mendengar.. ngeh3..

saya tiada komen khusus terhadap apa yg hadirin perkatakan..kerana itu pendapat mereka.
yg pasti....
We did Our best, right..
SAFIRA!!!!!

Kesimpulannya: wahai bakal penulis skrip bangsawan tahun depan..ayuhlah kita sama2 memastikan watak2 dlm pementasan kita mempunyai darah diraja..walau secalit pon xpa..hahaha.. buatlah twisted ending..haha.. macam tu nada kiasu nak menang..ish3..
x baik x baik..

bukan kemenangan yg kita cari,
tapi Keredhaan yg pasti.
ada rezki,adalah, xde rezki cuba lagi..
betol??

*pastikan kesimpulan di atas disebut waktu post mortem nanti..hehe.penting bangat!!~

ngeh3..

Majulah Sapphire untuk Bangsawan
*tiba~

luhur hati
Dameng