House of Glory

The Ultimate Sapphire

Ada Kalanya Kita Harus Berubah

Pernah tak anda rasa sehari tu semua orang memandang anda dgn penuh rasa yg pelbagai?
rasa
pelik
aneh
geli
eeuuw
hensom
oklah
aik!
pehal ko
burok gila
wah
new style eh

dan sebagainya..
(penat giler tukar kaler byk2)

mari mendapatkan tip2 untuk mendapat perhatian lebih drpd orng ataupun nama pendeknya publisiti murahan.

1. aksesori tak berapa menyerlah?
usah risau wahai kalian, jgn anggap tanpa aksesori yg lengkap, kita tak mampu menarik perhatian orang. ada caranya.
pergi ke petaling street atau ke rantau panjang bagi penduduk timur, carilah tas tangan yg berjenama hebat dan anda tahu jika anda betul2 membeli tas tangan Louis Vuitton yg harganya menyamai sebuah kereta kancil malaysia, makanan ruji anda ialah maggi atau lempeng kosong jika keadaan lebih teruk.

maka, angkutlah tas tangan LV itu kemana-mana kerana ramai mata yg akan memerhati gerak geri anda.
"uish, pakai beg LV tuh, mesti petaling street punya"
"LV tohh, bapak kaya gila"
atau yg lebih teruk
"uh, pencipta LV mesti pengsan bila tgk orng pakai beg dia tanpa ada gerak-geri elegen.."

ha? siapa kata anda x mampu?

soalan : teka siapa saya?



2. Terasa baju yg dipakai kusam dan tidak menarik?

ha, apa kata anda tetas2 saja baju2 yg ada, sambungkan kain2 perca itu mnjadi baju baru!!! jangan takut untuk membuat gabungan warna merah jambu dan hijau (uh?) atau biru dan oren terkejut (wahh..)

pasti ramai mamat2 bangla yg terpikat dgn anda.

zaman skarang, fesyen memakai baju kepunyaan adik berumur 5 tahun sudah lapuk. tinggalkan saja.

sebenarnya, anda boleh tampil juga kelas dgn hanya memakai t-shirt dan seluar PJ(pendidikan Jasmani). tapi bagaimana untuk kelihatan lebih formal? sangkut saja anting-anting dan rantai leher yg besar2 dan berselirat. semburkan sebotol minyak wangi Georgio Armani (juga dibeli di petaling street), pasti ramai yg tertawan~

soalan : teka siapa saya?




sudah bosan dgn Fesyen Rambut yg cliche??

ubah serta merta style rambut anda sehingga menyebabkan semua orng terkejut beruk melihat penampilan baru anda.

anda perlu berani melakukannya, tidak kisahlah jika ia menyebabkan muka anda nampak lebih maskulin dan ganaz, yg penting publisiti (murahan) berjaya dirampas. kenapa anda perlu takut pada tomahan dan cacian orang?

sebenarnya mereka cemburu dgn populariti yg anda kecapi. anda pasti akan gembira bila mengetahui ramai yg sedar dgn perubahan anda.


haha. saya tergelak bila teringat kisah hari ini.

terasa bahagia bila ramai yg meluangkan masa walau sekelip untuk memberi komen dan pandangan terhadap perubahan anda.

"eh, rambut baru eh??hehe..cantik2.."

"ko tampak berbeza hari ini, kenapa yer.."

"kacak lah anda"

"eeuuww, burok gila ko buat rmbut mcm tu, mcm orang kampung mana tah" *sambil tidak sedar yg muka dia juga ada elemen2 kekampungan*

"sumpah!! berdarah mata aku tgk muka ko hari ni"

"neard r u buat rmbut mcm tu..tpi sesuai jugak la..nampak baik"

yg paling best bila guru juga turut menegur
"i see something different with your hair today..nice ha"

"ko ada darah kacukan india eh?"

"siapa yg inspire ko tok buat rmbot mcm ni? meh aku bunuh dia!!"

and Quote of the day hari ini ialah
"u look manly.." ahh.. i luv it!!! puas ditunggu, ada jugak yg memahami.. ni la tujuan sebenar, nampak ganaz bro!!! hahahaha~

Bahagia tak? yg bagus2 kita terima, yg tak berapa best kita anggap "macam ko chanteq sgt!!"

penyataan : jgn teka siapa saya.



sekian tips hari ini yg disunting drpd majalah remaja.

ayuh sama-sama kita jerit
"eeeeuuuuwwww, bajet hot giler!!!" nyampah.










oleh,
anakku bukan anakku tapi anakku

Alkisah seorang gadis....

*ini mungkin post saya yang paling panjang di blog sapphire...kita tunggu dan lihat...

Izinkan saya memulakan post kali ini dengan serangkap pantun 4 kerat...


Sudah lama unggun tidak menyala,

Lama lagi suara tidak kedengaran,

Hari ini hari jadi kawan yang gila,

Burfday Shahidah Deen menjadi paparan.


Tanggal 26 April 1989, seorang bayi yang diassume tidak menangis kerana mmg sejak azali dijangka akan menjadi seorang yang innocent dan lumpy, keluar dari womb seorang wanita...

Cuba bayangkan apa yang bermain di fikiran bayi itu tatkala keluar dari womb...

Kepala otak bayi: ape nih...? siapa nih? Kenapa banyak darah ni...? nak masuk balik, nak masuk balik... jauhkan diri kau dari aku...nyah kau dari sini...nak masuk balik!!!!!

uwekkk...uwekkk....nangis juga bayi itu akhirnya setelah tali pusatnya dipotong oleh seorang doctor di sebuah hospital di bandar yang dikenali sebagai Kuching..nun jauh di seberang laut Cina Selatan...

Dua puluh tahun kemudian, (oh my god sha! U dah 20??!! Gila tua... haha)...seorang gadis berenang meredah laut cina selatan, mendaki banjaran titiwangsa, stop sekejap di R n R sungai buloh sehingga sampai ke kyuem di bawah tajaan SC dengan harapan ingin menjadi seorang ahli kewangan yang berjaya( kors finance..so mestilah jadi ahli kewangan kan kan?? )...tetapi ternyata demi mengecapi impian, manakan boleh gadis berambut panjang ikal mayang ini lari daripada cabaran dan dugaannya (wo...wo...) yang menanti di kyuem...

Gadis itu sudah mula memahami erti dugaan (wo...wo...) pada hari pertama lagi:

Gadis tinggi kurang kurus : Hi... i’m A****...

Gadis Sarawak: hello..I’m Shahidah... you dari mana?

Gadis tinggi kurang kurus : Subang Jaya...you?

Gadis Sarawak: Sarawak...

GTKK: wow jauhnye....hukhukhuk....(biaselah, gelak tak ikhlas...standard ar 1st time jumpe, kene bwat small talk yang banyak ketawa yang sebenarnya tidak perlu untuk megisi awkward2 silence dalam conversation)

Anda tidak mengerti? Ape dugaan pertama Sha?

Semuanya telah tertulis.... Shahidah deen terpaksa menghadapi cabaran yang paling besar(mmg besarlah) iaitu melayan kerenah GTKK itu sepanjang dua tahun ...

Walaubagaimanapun, GTKK di sini ingin mengumumkan setelah 1 tahun 9 bulan lebih, Shahidah Deen telah berjaya survive di kyuem dengan sihat dan selamat setakat ini....tahniah!!

CONGRATZ N HAPPY 2OTH BURFDAY MISS SHAHIDAH DEEN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Mari kita menyelami suka duka hidup gadis ini.................

  • Sha is single and available(????) hehe ;)

  • Recently, sha telah memenangi the Most Eligible Bachelorette award di kyuem... hot stuff babe... tidak kurang hot juga the Most Eligible Bachelor itu yang digilai ramai gadis di kyuem sekarang ini macam tomok...tetibe...

  • Sha merupakan bekas bendahari wanita Rumah Sapphire...

  • Sha seorang yang sangat AKTIF... die SUKA SANGAT jogging.... sekarang pun SANGAT SUKA jogging... ;)

  • Sha seorang yang mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat ....

Biliknya penuh dengan:

roti senantiasa wholemeal.... cume sekarang dia gilakan butterscotch (adeke orang yang x suke butterscotch?)

biskut Jacob dan Iko, cereal wheatbrain yang rasanya tidak sesedap koko krunch ataupun honeystars yang biasa dimakan GTKK....

low fat milk...iye, milk biasa tu ,bukan yang ada perisa macam strawberry milk yang digemari GTKK....

salah satu ayat yang sudah biasa kedengaran oleh GTKK di chalet adalah:

B******, omg i ate so much....” , dengan muka bersalah macam telah melakukan dosa yang amat besar .....

  • Sha sangat friendly.... dia innocent.... saya rasalah kalau seluruh warga sapphire ini stranded on an island dan hanya ada satu sampan yang boleh memuatkan satu orang sahaja untuk menyelamatkan diri, sudah pasti kami sebulat suara suruh Sha diselamatkan kerana tak sanggup melihat si gadis innocent ini terseksa... (iyeke?...ntah ntah dia innocent sgt bagi semua naik sampan die ditinggalkan seorang diri atas island...gtkk pun naik sampan...abislah mmg tak lamalah sampan itu hidup)
  • Akhir sekali, sha seorang yang LUMPY.... aka blurrrr.... memang banyaklah inciden2 di mana kelumpyannya terserlah.... tetapi ada satu kejadian yang masih tidak boleh saya lupakan yang pernah suatu ketika dahulu pernah menjadi sekapur sireh blog ini...

Pada suatu perlawanan bola sepak antara team Belangkas Kota dengan urmmm lupe la lagi satu Ole ole ek? Ke onde onde? Ntah x hengat....

Seorang mamat ini berkata: eeeee lumpy la u ni....

Sha dengan muke blurrr n innocent: lumpy tu ape?

Hahahahahahaha



Whatever it is...whether it’s your lumpyness or your kindness or even your ugghhh i makan banyak gila tadi” attitude, we all love you SHA!!! Luv ya to death..............mmuaaahhhh....xoxoxo....

Again...sElamat hari jadi shahidah deen!!!! Hope you will get all the joy in the world and a tall hot guy... ;)




Ikhlas dari hati,

~wan nur tomok...

Ada Kalanya, Kita Harus Kecewa...

soundtrack : Melawan Kesepian , Dato' Siti Nurhaliza Tarudin *wajib pasang*

Mentari hari ini sinarnya kelam sahaja kelihatan jauh di ufuk timur. semilir juga memuput lesu dedaun nan kering musim sejuk ini. kicauan unggas yg dulunya riang kini sepi, tidak seperti kala dulu.

benar. alam bagaikan memahami duka nestapa yg berbungkam di hati nan lara ini. ah Cempaka, laramu tidak mampu menandingi lempaian di kalbu ini. mana mungkin kamu mahu samakan derhaka anakmu dgn luka yg berparut ini.

ah, dungu. tiada siapa mahu pedulikan aku.
alam, biarlah rahsia yg terpendam ini hanya kita yg memahami.

Tuhan itu aturannya amat sirat. sirat yg hanya akal sesirat yg mampu menguraikannya. tapi manusia yg bertopengkan syaitan ini, apa yg mereka tahu???

Cipta-Musnah-Sesal-Cipta semula

Dungu.

semua benda manusia nak musnahkan tapi nak cipta satu biji benih, satu jer pon, sampai sekarang, mana mampu?

klon? ah, tu bukan seratus peratus ciptaan manusia. apa ko hengat bumi nie bapak ko yg punya??

ops. tertukar siaran pulak. kembali ke mode jiwang.

bahang mentari semakin hari semakin membakar. petang kini tak sedamai dulu. hangat, berpeluh-peluh, rimas.

dulu, seronok tatkala melihat itik-itik terkedek-kedek pulang petang. beratur bersusun panjang sambil menyanyi lagu riang. kini, itik pon sudah tidak segan berbogel di tengah2 kolam menandakan tanda protes pada bahang suria.

kenapa harus ia ditogelkan? kenapa?

tahukah mereka bahawa prinsip pembelauan gelombang sangat memberi manfaat pada penyebaran internet tanpa wayar? kalau tidak, mana mungkin cyberjaya itu ditanam pohon2 hijau walaupun konsepnya bandarnya bertemakan futuristik?

kalau dulu kadar muat turun movie sangatlah laju, ada kalanya mencecah 300 Mb/sec. semenjak penebangan hutan yg berleluasa ni, bulu betis yg dicukur pon boleh tumbuh balik kerana menanti muka Yahoo tersembul keluar di skrin laptop.

mungkin dulu saya angkuh kerana tidak pernah putus drpd mndapat khidmat wireless ini tapi itu bukan salah saya. ini semua kerana jasa baik pokok2 yg tumbuh melata itu. kalau tidak kerana pembelauan gelombang, mana mungkin saya boleh update blog sapphire saban hari??

tapi, penggondolan pokok2 ini telah memberi manfaatlah pada pelajar yg lain sebab skrang mereka mula mendapat talian tanpa wayar ini.

oklah, saya mengaku kalah. saya rela berkorban jiwa dan raga demi kemaslahatan pelajar yg lain.

kalian, bergembiralah seadanya di saat kegemilangan ini kerana anda akan mersai zaman kejatuhan ini.

itulah, ada kalanya kita harus kecewa..







komen : ini post paling tah hape-hape penah aku tulis. gasaklah ko nak benci ke ape, yg penting, aku puas hati.

p/s : wei yatz n piqah, cepat ah edit gmbar..


ekhlas,
Sanusi Habiburrahman *nickname yg bakal diguna kerana bercita-cita ingin jadi penulis novel jiwang karat*

Keperwiraan Tanpa Batasan

telah saya tafsir gaya-gaya terkini mengepost blog, dan salah satunya ialah
"Lets the pictures speak!"

maka, ayuh, silakan gambar2 indah ini berbicara *tak tau nk tulis apa ah..*





ah, post sebelom ini ada miss information sket. maaf kepada yg terasa ye.. eceli sapphire baru menang 2 tahun turut-turut, bkn empat, hish verangan sunggoh..

and, this year is the third!!! yeah..

dulu
"who say they are unbeatable??"
" NO one said!!!"

sekarang
"who say the are unbeatable??"
"you said!!!!"

cukuplah dugaan kami bila seminggu sebelum championship, pemain harapan tiba2 injured terseliuh kaki..adeih.. kan dah x boleh jalan seminggu..

tambah pula lagi sorang spiker terulung tgh syok2 prektis, dia plak nk terseliuh kan..adeih~

sekalung penghargaan untuk pemain wanita yg sentiasa bersemangat untuk mengajak jurulatih terkenal melatih mereka.
tak sia-sia kot belatih sambil kena marah2, pukul2, sepak2, kena lari keliling court 5 kali, pumping..haaa..
masuk final tuh...~~ hebat2..

kalau rasa x puas hati tgk gmbr2 kecil kt blog nie, ha singgah2 la kt board The House of Glory Sapphire itu!!!

cantik sungguh!!

sekalung lagi penghargaan untuk yatz, afiqaah dan kuncu-kuncu yg terlibat. sumpah lawa!!!

nota : sila rujuk ayat pertama post ;p






ekhlas,

volleyballover

Grand Finale

Memandangkan saya masih menunggu gambar-gambar housetrip yg baannnyyyaakkk!!! gila untuk ditapis oleh sebab kesensoran gmbr2 terbabit, maka ingin juga saya mengepost seswatu untuk diambil perhatian jua.

kalian!
esok, yakni rabu, ialah final Interhouse Volleyball Championship *saya baru sedar nama ini selepas melihat poster hitam putih yg tertampal*

Rumah gemilang Sapphire dgn bangganya mewakilkan 2 pasukan untuk berentap esok bagi merebut gelaran juara yg sebelum ini utuh dipegang rumah gemilang Sapphire juga. Tidak silap, sudah 4 tahun turut2 kot. *ish, byk betol record kita kan?* go sapphire!!!

sebagai salah seorang desinger terkemuka seantero cakerawala(lantaklah ko nak cakap aku riak ke apa, bukan ko yg buatkan???!!!), saya sekali lagi ditugaskan*dipaksa secara rela* menyediakan poster yg tak seberapa. oleh sebab kekangan masa, maka poster yg ala2 cliche siap.

selamat berjaya Sapphire~~~

S

A

PPHI

R

E

GOOOOOOO

SAPPHIRE!!!!

-the designer-

Demam House Trip

Get well soon kepada yang demam2 after house trip!! Terutama kepada budak p-31!







~Anonymous~

!!!A Cheerful Escape!!!


Here yee~~ here yee~~

!!!Jom raikan kemenangan kita ke finale interouse volleyball!!!
!!!Jom raikan kemerdekaan sementara selepas trial A-level!!!

!!!Jom manjakan diri di bawah sinaran mentari!!!
!!!Jom sama-sama eratkan lagi hubungan yg terjalin!!!

!!!jom..emm..jom..emm..!!!
!!!jom serang cherating!!!



Ya Allah,
selamatkanlah perjalanan kami ini,
berkatilah perjalanan kami ini,
permudahkanlah perjalanan kami ini.
amin.

!!!SELAMAT BERCUTI SEMUA!!!


*blog will be off in 3 days, a sincere appology to sincere readers
(macam tu claim ramai pembaca)*