House of Glory

The Ultimate Sapphire

Bangsawan 2011



Pada 30 Julai 2011, Bangsawan ke-12 Kolej Yayasan UEM telah diadakan. Kumpulan Produksi Spider Biru telah diketuai oleh
Pengarah, Nadia Elena Nor Azlan,
Pembantu Pengarah, Safuan Sabri (Ketua Teknikal) dan Puteri Marissa Athirah (Ketua Lakonan).
Seterusnya dikukuhkan lagi dengan sokongan hebat Nora (Ketua Backdrop), Nadira Shuhaimi (Ketua Kostum) dan Azim Weng (Prop Master).
safuan

tech team

Sesungguhnya Sapphire telah bertungkus lumus dalam menjadikan produksi ini sesuatu yang membanggakan setiap ahli Sapphire. Anak buah bahagian prop, kostum, backdrop dan technical telah bersengkang mata bertukang, menjahit, mengecat, membuat video dan sebagainya. Kesungguhan setiap Spidey amat membanggakan dan telah berjaya merapatkan hubungan kami semua.







Semangat Sapphire ditambah lagi dengan sokongan Super Senior Spideys yang telah meringankan kaki melawat kami di tapak produksi serta memberi kritikan-kritikan membina. nyata sekali, semangat Sapphire tidak luput meski telah tamat pengajian di KY. *bagusbagusbagus*

Malam itu, majoriti ahli Sapphire telah mengorbankan peluang menonton Bangsawan KYUEM buat pertama kali bagi membantu persediaan-persedian terakhir di LT1. Sapphire yang terakhir sekali memberi persembahan, tetapi dengan jalan cerita yang agak berbeza, telah dapat menarik minat penonton yang memberi respon yang menggalakkan sepanjang persembahan.
Yang terbaik dari setiap pihak telah dilakukan. Masa menunggu keputusan mendebarkan kami semua. Keputusannya;

Best Actor : Ahmad Izzanee Ibrahim

Best Actress : Rose Asyiqah Mohd Hamdan

Best Supporting Actor : Izzat Sazali
Best Supporting Actress : Nur Izzatie Ali Sabri
Best Villain : Nik Nor Zafirah

Best Costume : House of Glory, Sapphire!

Best Props : Diamond
Best Technical Team : Diamond
Best Choreography : Topaz
Best Script : Diamond
Best Director : Yasmin Zamani

Overall,
Topaz,
Diamond,
Garnet,
Sapphire.

Meskipun tidak mencapai tempat pertama,
Kemenangan TIGA anugerah itu cukup menggembirakan ahli Sapphire. Setiap anugerah telah melambangkan kerjasama setiap Spidey. Banyak yang boleh diperbaiki. Namun demikian, silaturrahim yang erat telah terbina dan Bangsawan 2011 ini hanyalah permulaan.

Sapphire akan terus bangkit! InsyaAllah, the GLORY shall return!
Tahniah diucapkan kepada setiap SPIDEY atas usaha 200% yang diberikan sepanjang tempoh persediaan. Semoga kita terus berusaha untuk event akan datang, demi membangkitkan semangat labah-labah biru dan mengembalikan zaman kegemilangan.

GOOD JOB, BIG CLAP, SAPPHIRE.









-we are proud sapphireans-

0 comments: