rancangan Pemburu Hantu di astro ria sangat membosankan. saya mungkin akan tertarik kalau judulnya Ghost Hunter. bunyi sedikit meyeramkan berbanding memburu hantu. tah. bunyi macam kelakar.
tahu apa mereka buat?
letak banyak-banyak CCTV di tempat yg disyaki ada hantu dan menunggu selama berjam-jam dengan harapan hantu muncul sambil membuat
"chak!!"
tahu "chak!!"? alah.aksi menutup muka dgn dua telapak tangan dan membukanya dengan pantas sambil berkata "chak!" kebanyakan bayi akan ketawa sinis jika ibu bapa berbuat demikian.
maka, adakah anda mahu ketawa bila hantu yg muncul di CCTV membuat demikian?seram.
dulu rancangan "Seekers". bunyinya seram tetapi slack sebab pengacaranya Saiful Apek. apa yang anda harapkan daripada Pelakon Komedi Lelaki Popular 3 Tahun berturut-turut Anugerah Bintang Popular Berita Harian? sekadar membuat lawak bodoh yg dipaksa. ah. bosan.
dan,
krew-krew yg terlibat akan teruja bila dapat melihat lintasan kelibat putih dalam rakaman mereka. kadang-kadang akan lebih mengujakan bila ada lintasan cahaya yg terbang di hadapan kamera. mereka akan mengulang-ngulang menyiar benda itu di kaca Tv sambil berkata
"anda tidak mahu percaya? terpulang.." gaya suara pengacara jejak rasul.
dua tiga hari ni kecoh di Arau,Perlis kejadian histeria yg berlaku di sekolah-sekolah berdekatan. budak perempuan menjerit-jerit seperit baru nampak hantu. bila ditanya, apa yg mereka nampak, kebanyakan berkata
"saya nampak kelibat perempuan yg berwajah hodoh terbang tanpa kepala..."
"saya nampak kelibat wanita muda yg cuba menggantungkan diri..."
dua di atas saya masih terima. tapi yg ini
"saya nampak kelibat wanita yang mati dirogol dan dibunuh secara kejam"
ok.
satu. ko pernah nampak ke rupa pompuan mati kena rogol?
dua. dah la tu, dibunuh dgn kejam. aku tak boleh bayang mcm mana rupa kelibat tu. mungkin hantu tu terbang-terbang sambil memegang board yg bertulis
"saya dirogol sampai mati dan dibunuh"
tiga. kenapa mesti perempuan? kalau laki-laki jadi hantu, x seram eh?
tiba-tiba saya teringat cerita hantu "sick Nurses" (haha)
klik sini untuk info lebih menarik.
suatu hari, adik saya telefon dari mrsm beseri ke rumah.
"ayah, sekolah adik cuti 4 hari nanti. cikgu suruh balik"
"kenapa, cuti apa?"
"kt sekolah ada hantu. budak-budak histeria. diorang nmpak hantu perempuan"
"oh" ayah saya memandang saya sambil tersengih.
"anda tidak mahu percaya? terpulang.." gaya suara pengacara jejak rasul.
5 years ago
1 comments:
Rasa takut kepada urusan ghaib seperti ini adalah syirik besar yang boleh meenyebabkan seseorang Islam terkeluar dari lingkaran Islam menjadi murtad. Namun sebahagian besar umat Islam kini memandang sepi kejadian yang demikian.
Firman Allah: Surah Az-Zumar ayat 36
أَلَيْسَ اللهُ بِكَافٍ عَبْدَهُ وَيُخَوِّفُوْنَكَ بِالَّذِيْنَ مِنْ دُوْنِهِ
Bukankah Allah cukup untuk melindungi hamba hamba-Nya. Dan mereka mempertakuti kamu dengan (sembahan-sembahan) yang selain Allah?
sekadar berkongsi :)
Post a Comment