House of Glory

The Ultimate Sapphire

carita anak buangan

dekat btn hari tu, kami ada bincang tentang keturunan melayu di tanah melayu. sama ada melayu itu pendatang atau penduduk tetap tanah melayu. anda rasa anda pendatang?

ok. kumpulan saya ada sepuluh orang. 9 daripada sepuluh ahli kumpulan adalah berdarah campuran. ada darah jawa, bugis, cina, siam, mamak, india, arab, pakistan dan bermacam-macam lagi darah-darah campuran yg wujud. wah, saya rasa sangat bangga kerna menjadi satu-satunya peserta yang berdarah melayu tulen. ah~ ah~

patutlah kawan saya kata saya berwajah lelaki melayu terakhir.

apa-apa pun, fakta mengatakan kita bukanlah pendatang sebab kebanyakan daripada kita datangnya dari kepulauan melayu. anda tahu kepulauan melayu? nak tahu? gunalah kehebatan google dan wikipedia.

suatu hari masa saya berumur belasan tahun, saya sekeluarga pergilah melawat rumah mak saudara (nota : mak saudara). sampai2 saja, kami bersalaman dgn sanak saudara sambil senyum2 ketat sebab dah lama tak jumpa. tiba-tiba saya terdengar mak saudara saya bertanya

"eh, Wi (panggilan utk ayah) bawak anak siapa ni? anak saudara Wi ke?" sambil menuding jari ke arah saya.
"oh, tak lah, ni anak saya yang kelima, kenapa? dah tak cam ke?" masa ni saya rasa nak bunuh diri je.
"a'ah. sangat tak cam. kenapa lain sangat muka dia dgn adik beradik dia ya?"


pernah dua tiga masa dulu saya tertanya-tanya adakah wajah saya ni takde nak iras-iras mak saya ke, ayah saya ke,abang-abang ke. sikit pun jadilah. apa yang lainnya ya?

abang-abang saya semua rambut kerinting-kerinting macam aleycat. badan gempal-gempal dan hidung standard orang melayu lah. tak mancung, tak kemik. kepala bulat dan sentiasa botak. dan saya punyai ciri-ciri yang berlawanan dengan yang disebut di atas.

lainkah saya?

kawan-kawan pun turut membuat dajal terhadap saya. pernah suatu hari kawan saya bertanya
"kau anak angkat ke?"
syaitan kan mulut dia? kalu anda menjadi saya, anda hanya ada 2 pilihan.

1. ambil mesin pengisar lada yang ada di dapur, kisar semua jenis cili yang wujud di dunia ni seperti cili burung, cili giling, cili kering, cili padi, cili cengik, cili kampung, cili pendek, cili putik, serbuk cili dan campurkan garam secukup rasa. campuran yang sebati tadi ditonyoh-tonyoh di mata kawan saya yang bertanya
atau pilihan kedua
2. saya halau dia daripada rumah saya sebab tak sedar diri datang menginap rumah orang tapi cuba menyimbah minyak tanah ke dalam api yang membara. peribahasa yang takde kaitan tapi berbunyi sungguh dramatik.

hari itu, saya bertemu mata dengan dua orang jemaah bangladesh di masjid berdekatan rumah saya. waktu zuhor belum masuk lagi. oh, saya bukannya ke masjid tetapi dalam perjalanan pulang drpd membeli belah di pasar. mereka menyapa saya dengan berkata

"hello, apa khabar? nama siapa?" saya dapat melihat giginya yang kekuningan
"assalmualaikum,khabar baik, nama saya Herman. dari manakah?" uh, bulu kening yang lebat memberi saya jawapan terlebih dahulu.
"Waalaikumsalam *dgn nada terkejut* oh, saudara Herman muslim ya?" masa tu nak je saya langgar 2 orang makhluk berjubah putih tu bia melambung jauh-jauh sikit. ada ke dia tanya saya muslim? hello~
saya tahulah masa tu saya tengah pasang radio Hot.fm bukannya IKIM.fm, so what??

Dah habis saya mendengar ceramah ringkas dlm bahasa melayu yang saya kurang paham tapi buat2 sangat paham dengan mengangguk dengan penuh kencang drpd mereka, mereka berlalu pergi.

mak saya masuk kereta. enjin kereta dihidupkan. diam sebentar.




"mak, eman anak mak kan?"

semoga dalam kesihatan merah jambu

belakangan ini kecoh diperkatakan kolej ceruk di lembah beringin dilanda wabak demam. wah, tidak saya sangka lembah yg dipercayai tidak terlalu diketahui orang turut menerima lawatan tak berjemput oleh sebuah penyakit yg menyerupai wabak H1N1 ini.

bicara tentang H1N1 ni kan, satu saya nak persoal kenapalah nama penyakit ni sangatlah tak menakutkan. gaya namanya macam nama robot cybog takpun macam nama alatan elektronik. lainlah kalau macam taun ke, malaria ke, denggi ke, bunyi macam seram sikit. ah, apapun, seram tak seram dah ramai yang "kiookk" sebab virus alah ni.

statistik terkini melaporkan
KOlej Yayasan UEM telah rasminya ditutup (isnin, 27 julai) sehingga minggu hadapan (isnin, 3 ogos)
seramai 200 pelajar dilaporkan dijangkiti demam, batuk-batuk, selsema dan sebagainya. siapa-siapa yang masih survive tu, berjaga-jagalah ya, tak lama lagi tu.
yang lagi menggemparkan, Pn. Rogayah juga dilaporkan antara pesakit terawal yg dijangkiti virus ini, maka cutilah seminggu kolej ini ya. tahniah2.



"Zombi Lembah Beringin"

teringat balik video mantap karya cik attyaa zuraimi bertajuk
28 Days later
zombi-zombi yang berbadan panas sambil hidung meleleh-leleh dengan hingus-hingus kuning hijau kelihatan merayau-rayau tanpa hala tuju sambil memegang helaian tisu premier.
terhuyung-hayang bagai, mencari mangsa yang seterusnya

masing-masing menunggu ketibaan 5 Pahlawan Unggul

Pendekar Sulong
Jaguh Capal
Pahlawan Congkak
Puteri Gemalai Sakti
Penghunus Maut
"Takkan Melayu Hilang di Dunia"
"akankah sema-sema babi hilang daripada dunia?"


Adik-adik Sapphire yg dikasihi sekalian

bersabarlah dengan dugaan yang menimpa
sakit memang kita saja yang merasa
tapi kesedihan itu boleh dikongsi bersama
Kerna Ukhwah Terjalin sampai bila-bila

Sakit itu ujian daripada-Nya
Sebagai peningkat tahap kesabaran kita
juga sebagai penghapus dosa dan noda
dan ingatlah
jika setiap saat kesakitan itu diisi dengan kesabaran
nescaya pahalalah ganjarannya

doa kami X-seniors
semoga kalian cepat sembuh ya
bolehlah kembali berjuang untuk MCB yg tertangguh itu
hehe
get well soon

tulus mulus drpd sanubari
-katak yang menantikan hujan-





interhouse during induction

ALLOOOHAAAA~~~~

sudah 6 hari Induction bermula..
sapphire the house of glory telah menerima seramai 40 orang adik2 di dalam bumi sapphire yang gemilang ini...iaitu 20 orang adik2 lelaki yang comel2 dan 20 orang adik2 perempuan yang lasak2...

ini telah terbukti melalui kejayaan house sapphire dalam interhouse yang dijalankan baru2 ini...

BASKETBALL (GIRLS)

SAPPHIRE VS GARNET
(14 - 4)

BASKETBALL (BOYS)

SAPPHIRE VS TOPAZ
(8-4)


FOOTBALL

SAPPHIRE VS GARNET
(2-0)

NETBALL

SAPPHIRE VS GARNET
(6-2)

wo000www!!!hebatkan SAPPHIRE!!!
MENANG SUME INTERHOUSE TU.......
adik2 sapphire sume harus merasa bangga kerana berjaya mendapat tempat di rumah sapphire yang gemilang dan hebat ini...adik2 sapphire pun nampak gaya nya sangat hebat dan diharapkan mereka akan berusaha lebih gigih lagi bersama2 kakak2 & abang2 sapphire dalam mengekalkan kegemilangan SAPPHIRE...!!!


Y E A 4 S A P P H I R E !!!!!

SAYA BANGGA MENJADI WARGA SAPPHIRE!!!!!

HIDUP SAPPHIRE!!!!


Alam Tahyul, percaya?

rancangan Pemburu Hantu di astro ria sangat membosankan. saya mungkin akan tertarik kalau judulnya Ghost Hunter. bunyi sedikit meyeramkan berbanding memburu hantu. tah. bunyi macam kelakar.

tahu apa mereka buat?

letak banyak-banyak CCTV di tempat yg disyaki ada hantu dan menunggu selama berjam-jam dengan harapan hantu muncul sambil membuat
"chak!!"

tahu "chak!!"? alah.aksi menutup muka dgn dua telapak tangan dan membukanya dengan pantas sambil berkata "chak!" kebanyakan bayi akan ketawa sinis jika ibu bapa berbuat demikian.

maka, adakah anda mahu ketawa bila hantu yg muncul di CCTV membuat demikian?seram.

dulu rancangan "Seekers". bunyinya seram tetapi slack sebab pengacaranya Saiful Apek. apa yang anda harapkan daripada Pelakon Komedi Lelaki Popular 3 Tahun berturut-turut Anugerah Bintang Popular Berita Harian? sekadar membuat lawak bodoh yg dipaksa. ah. bosan.

dan,

krew-krew yg terlibat akan teruja bila dapat melihat lintasan kelibat putih dalam rakaman mereka. kadang-kadang akan lebih mengujakan bila ada lintasan cahaya yg terbang di hadapan kamera. mereka akan mengulang-ngulang menyiar benda itu di kaca Tv sambil berkata

"anda tidak mahu percaya? terpulang.." gaya suara pengacara jejak rasul.


dua tiga hari ni kecoh di Arau,Perlis kejadian histeria yg berlaku di sekolah-sekolah berdekatan. budak perempuan menjerit-jerit seperit baru nampak hantu. bila ditanya, apa yg mereka nampak, kebanyakan berkata

"saya nampak kelibat perempuan yg berwajah hodoh terbang tanpa kepala..."

"saya nampak kelibat wanita muda yg cuba menggantungkan diri..."

dua di atas saya masih terima. tapi yg ini

"saya nampak kelibat wanita yang mati dirogol dan dibunuh secara kejam"

ok.
satu. ko pernah nampak ke rupa pompuan mati kena rogol?
dua. dah la tu, dibunuh dgn kejam. aku tak boleh bayang mcm mana rupa kelibat tu. mungkin hantu tu terbang-terbang sambil memegang board yg bertulis
"saya dirogol sampai mati dan dibunuh"

tiga. kenapa mesti perempuan? kalau laki-laki jadi hantu, x seram eh?
tiba-tiba saya teringat cerita hantu "sick Nurses" (haha)

klik sini untuk info lebih menarik.


suatu hari, adik saya telefon dari mrsm beseri ke rumah.
"ayah, sekolah adik cuti 4 hari nanti. cikgu suruh balik"
"kenapa, cuti apa?"
"kt sekolah ada hantu. budak-budak histeria. diorang nmpak hantu perempuan"
"oh" ayah saya memandang saya sambil tersengih.


"anda tidak mahu percaya? terpulang.." gaya suara pengacara jejak rasul.

Hari Ini Penting

14 Julai 2009

tempat : Lembah Beringin
Peristiwa baru :

kemasukan pelajar baru ke Kolej Yayasan UEM. bermulalah delegasi baru puak2 yang pelbagai aliran budaya dan kefahaman bersatu di ceruk lembah ini.

ucapan saya,
kepada senior baru : terutama senior2 sapphire, jadilah seperti kami *tetiba
sayangilah junior anda seperti mana kami menyayangi anda. aww~

kepada junior baru : selamat menempuh pancaroba dunia paling dashyat selama 2 tahun. jangan cepat bunuh diri.


tempat : Manek Urai
Peristiwa baru :

ayat manis
"Pas menang dengan majoriti 65 undi mengatasi Barisan Nasional"

ayat sentap
"Taukeh ikan kalahkan bekas Pengurus Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) berwajah mesra rakyat"


Terima Kaseh orang-orang manek urai.
nampaknya kalian masih memilih Agama Islam (tanpa syarat) berbanding hadiah Perdana Menteri (yg bersyarat itu)


*pengumuman di atas tiada kena mengena dgn parti haluan pilihan penulis*

Jakun itu Menyeronokkan

hati rasa senang bila akhirnya berpeluang menonton Transformers 2 walaupun sekadar pada skrin laptop. saya yakin, jika saya melihatnya di pawagam, saya akan menutup mata rapat-rapat bila tiba sceens megan fox berlari-lari. juga, baru saya tahu, robot juga punya alat sulit tersendiri? dua ketul bola yg satunya mempunyai cangkuk dan satu lagi tajam-tajam. ah. seronok.

8/10 untuk transformers 2.

seminggu tidak berada di rumah, baru saya sedar mengqasarkan solat empat rakaat itu seronok. bayangkan tiap-tiap hari selama 7 hari anda sekadar solat petang 4 rakaat, malam 5 rakaat, dan pagi tentulah 2 rakaat. sekarang, bila di rumah, saya teringin nak tawaf rumah saya sejauh 2 marhalah.

bayangkan kalau dapat qasar solat subuh.

aktiviti mengeluarkan peluh melencun-lencun dengan duduk terperuk didalam bilik bersuhu 65 darjah celcius dengan hanya memakai seluar pendek menuntut keazaman dan kesabaran jiwa yg tinggi. akhirnya saya ketemu jawapan kenapa orang kaya-kaya memilih untuk teperuk di dalam bilik sauna atau bilik wap. peluh yg keluar ibarat anda jogging tanpa henti.

kata kawan saya yang punyai diameter perut menyamai seekor anak gajah, dia rela tidur sepanjang malam di dalam sauna dan bangun dengan ceria keesokan harinya dan mendapati ukur lilit perut berkurangan 1 inci.

terima kasih bank negara. akhirnya jakun saya terubat untuk merasa percutian bagaikan spa di bali.

di negeri sembilan, saya menyedari bahawa wajib untuk setiap rumah di sana memilik sekurang-kurangnya semangkuk kicap pedas masakan sendiri sebagai penambah selera, kalau ikut logiknya, sebagai penambah pedas kepada masakan yg pedas. selepas menggelupar kera terhirup kuah udang masak lemak, saya mahu wartakan peribahasa baharu.

Jangan disangka kuah masak lemak yg kuning, tiada cili padi.

percaya atau tidak, pertama kali saya berjaya membuka (atau mengopek) durian adalah ketika saya berumur 20 tahun iaitu hari ini. sebelum ini, saya tidak pernah tahu tugas membuka kulit durian sangatlah senang. hati akan bertambah riang bila melihat isi durian yg kekuningan dan keemasan. juga, ada teknik tersendiri untuk membuka kulit buah manggis.

nota penting. bau sendawa selepas memakan durian sangat menakutkan.


walau apapun peristiwa yg berlaku, saya masih sedar yg blog ini masih bukan blog saya.
ada masalah?

Cuti-Cuti Bank Negara

Tema 1 : Paku-paku
Tema 2 : Duit-duit

Tema 3 : Gila Kamera
Tema 4 : Bunga-bunga
Tema 5 : Malam-malam
Tema 6 : Riang-riang
Tema 7 : model laris

by,
nikon coolpix s220