House of Glory

The Ultimate Sapphire

Ada Kalanya Kita Harus Berubah

Pernah tak anda rasa sehari tu semua orang memandang anda dgn penuh rasa yg pelbagai?
rasa
pelik
aneh
geli
eeuuw
hensom
oklah
aik!
pehal ko
burok gila
wah
new style eh

dan sebagainya..
(penat giler tukar kaler byk2)

mari mendapatkan tip2 untuk mendapat perhatian lebih drpd orng ataupun nama pendeknya publisiti murahan.

1. aksesori tak berapa menyerlah?
usah risau wahai kalian, jgn anggap tanpa aksesori yg lengkap, kita tak mampu menarik perhatian orang. ada caranya.
pergi ke petaling street atau ke rantau panjang bagi penduduk timur, carilah tas tangan yg berjenama hebat dan anda tahu jika anda betul2 membeli tas tangan Louis Vuitton yg harganya menyamai sebuah kereta kancil malaysia, makanan ruji anda ialah maggi atau lempeng kosong jika keadaan lebih teruk.

maka, angkutlah tas tangan LV itu kemana-mana kerana ramai mata yg akan memerhati gerak geri anda.
"uish, pakai beg LV tuh, mesti petaling street punya"
"LV tohh, bapak kaya gila"
atau yg lebih teruk
"uh, pencipta LV mesti pengsan bila tgk orng pakai beg dia tanpa ada gerak-geri elegen.."

ha? siapa kata anda x mampu?

soalan : teka siapa saya?



2. Terasa baju yg dipakai kusam dan tidak menarik?

ha, apa kata anda tetas2 saja baju2 yg ada, sambungkan kain2 perca itu mnjadi baju baru!!! jangan takut untuk membuat gabungan warna merah jambu dan hijau (uh?) atau biru dan oren terkejut (wahh..)

pasti ramai mamat2 bangla yg terpikat dgn anda.

zaman skarang, fesyen memakai baju kepunyaan adik berumur 5 tahun sudah lapuk. tinggalkan saja.

sebenarnya, anda boleh tampil juga kelas dgn hanya memakai t-shirt dan seluar PJ(pendidikan Jasmani). tapi bagaimana untuk kelihatan lebih formal? sangkut saja anting-anting dan rantai leher yg besar2 dan berselirat. semburkan sebotol minyak wangi Georgio Armani (juga dibeli di petaling street), pasti ramai yg tertawan~

soalan : teka siapa saya?




sudah bosan dgn Fesyen Rambut yg cliche??

ubah serta merta style rambut anda sehingga menyebabkan semua orng terkejut beruk melihat penampilan baru anda.

anda perlu berani melakukannya, tidak kisahlah jika ia menyebabkan muka anda nampak lebih maskulin dan ganaz, yg penting publisiti (murahan) berjaya dirampas. kenapa anda perlu takut pada tomahan dan cacian orang?

sebenarnya mereka cemburu dgn populariti yg anda kecapi. anda pasti akan gembira bila mengetahui ramai yg sedar dgn perubahan anda.


haha. saya tergelak bila teringat kisah hari ini.

terasa bahagia bila ramai yg meluangkan masa walau sekelip untuk memberi komen dan pandangan terhadap perubahan anda.

"eh, rambut baru eh??hehe..cantik2.."

"ko tampak berbeza hari ini, kenapa yer.."

"kacak lah anda"

"eeuuww, burok gila ko buat rmbut mcm tu, mcm orang kampung mana tah" *sambil tidak sedar yg muka dia juga ada elemen2 kekampungan*

"sumpah!! berdarah mata aku tgk muka ko hari ni"

"neard r u buat rmbut mcm tu..tpi sesuai jugak la..nampak baik"

yg paling best bila guru juga turut menegur
"i see something different with your hair today..nice ha"

"ko ada darah kacukan india eh?"

"siapa yg inspire ko tok buat rmbot mcm ni? meh aku bunuh dia!!"

and Quote of the day hari ini ialah
"u look manly.." ahh.. i luv it!!! puas ditunggu, ada jugak yg memahami.. ni la tujuan sebenar, nampak ganaz bro!!! hahahaha~

Bahagia tak? yg bagus2 kita terima, yg tak berapa best kita anggap "macam ko chanteq sgt!!"

penyataan : jgn teka siapa saya.



sekian tips hari ini yg disunting drpd majalah remaja.

ayuh sama-sama kita jerit
"eeeeuuuuwwww, bajet hot giler!!!" nyampah.










oleh,
anakku bukan anakku tapi anakku

Alkisah seorang gadis....

*ini mungkin post saya yang paling panjang di blog sapphire...kita tunggu dan lihat...

Izinkan saya memulakan post kali ini dengan serangkap pantun 4 kerat...


Sudah lama unggun tidak menyala,

Lama lagi suara tidak kedengaran,

Hari ini hari jadi kawan yang gila,

Burfday Shahidah Deen menjadi paparan.


Tanggal 26 April 1989, seorang bayi yang diassume tidak menangis kerana mmg sejak azali dijangka akan menjadi seorang yang innocent dan lumpy, keluar dari womb seorang wanita...

Cuba bayangkan apa yang bermain di fikiran bayi itu tatkala keluar dari womb...

Kepala otak bayi: ape nih...? siapa nih? Kenapa banyak darah ni...? nak masuk balik, nak masuk balik... jauhkan diri kau dari aku...nyah kau dari sini...nak masuk balik!!!!!

uwekkk...uwekkk....nangis juga bayi itu akhirnya setelah tali pusatnya dipotong oleh seorang doctor di sebuah hospital di bandar yang dikenali sebagai Kuching..nun jauh di seberang laut Cina Selatan...

Dua puluh tahun kemudian, (oh my god sha! U dah 20??!! Gila tua... haha)...seorang gadis berenang meredah laut cina selatan, mendaki banjaran titiwangsa, stop sekejap di R n R sungai buloh sehingga sampai ke kyuem di bawah tajaan SC dengan harapan ingin menjadi seorang ahli kewangan yang berjaya( kors finance..so mestilah jadi ahli kewangan kan kan?? )...tetapi ternyata demi mengecapi impian, manakan boleh gadis berambut panjang ikal mayang ini lari daripada cabaran dan dugaannya (wo...wo...) yang menanti di kyuem...

Gadis itu sudah mula memahami erti dugaan (wo...wo...) pada hari pertama lagi:

Gadis tinggi kurang kurus : Hi... i’m A****...

Gadis Sarawak: hello..I’m Shahidah... you dari mana?

Gadis tinggi kurang kurus : Subang Jaya...you?

Gadis Sarawak: Sarawak...

GTKK: wow jauhnye....hukhukhuk....(biaselah, gelak tak ikhlas...standard ar 1st time jumpe, kene bwat small talk yang banyak ketawa yang sebenarnya tidak perlu untuk megisi awkward2 silence dalam conversation)

Anda tidak mengerti? Ape dugaan pertama Sha?

Semuanya telah tertulis.... Shahidah deen terpaksa menghadapi cabaran yang paling besar(mmg besarlah) iaitu melayan kerenah GTKK itu sepanjang dua tahun ...

Walaubagaimanapun, GTKK di sini ingin mengumumkan setelah 1 tahun 9 bulan lebih, Shahidah Deen telah berjaya survive di kyuem dengan sihat dan selamat setakat ini....tahniah!!

CONGRATZ N HAPPY 2OTH BURFDAY MISS SHAHIDAH DEEN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Mari kita menyelami suka duka hidup gadis ini.................

  • Sha is single and available(????) hehe ;)

  • Recently, sha telah memenangi the Most Eligible Bachelorette award di kyuem... hot stuff babe... tidak kurang hot juga the Most Eligible Bachelor itu yang digilai ramai gadis di kyuem sekarang ini macam tomok...tetibe...

  • Sha merupakan bekas bendahari wanita Rumah Sapphire...

  • Sha seorang yang sangat AKTIF... die SUKA SANGAT jogging.... sekarang pun SANGAT SUKA jogging... ;)

  • Sha seorang yang mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat ....

Biliknya penuh dengan:

roti senantiasa wholemeal.... cume sekarang dia gilakan butterscotch (adeke orang yang x suke butterscotch?)

biskut Jacob dan Iko, cereal wheatbrain yang rasanya tidak sesedap koko krunch ataupun honeystars yang biasa dimakan GTKK....

low fat milk...iye, milk biasa tu ,bukan yang ada perisa macam strawberry milk yang digemari GTKK....

salah satu ayat yang sudah biasa kedengaran oleh GTKK di chalet adalah:

B******, omg i ate so much....” , dengan muka bersalah macam telah melakukan dosa yang amat besar .....

  • Sha sangat friendly.... dia innocent.... saya rasalah kalau seluruh warga sapphire ini stranded on an island dan hanya ada satu sampan yang boleh memuatkan satu orang sahaja untuk menyelamatkan diri, sudah pasti kami sebulat suara suruh Sha diselamatkan kerana tak sanggup melihat si gadis innocent ini terseksa... (iyeke?...ntah ntah dia innocent sgt bagi semua naik sampan die ditinggalkan seorang diri atas island...gtkk pun naik sampan...abislah mmg tak lamalah sampan itu hidup)
  • Akhir sekali, sha seorang yang LUMPY.... aka blurrrr.... memang banyaklah inciden2 di mana kelumpyannya terserlah.... tetapi ada satu kejadian yang masih tidak boleh saya lupakan yang pernah suatu ketika dahulu pernah menjadi sekapur sireh blog ini...

Pada suatu perlawanan bola sepak antara team Belangkas Kota dengan urmmm lupe la lagi satu Ole ole ek? Ke onde onde? Ntah x hengat....

Seorang mamat ini berkata: eeeee lumpy la u ni....

Sha dengan muke blurrr n innocent: lumpy tu ape?

Hahahahahahaha



Whatever it is...whether it’s your lumpyness or your kindness or even your ugghhh i makan banyak gila tadi” attitude, we all love you SHA!!! Luv ya to death..............mmuaaahhhh....xoxoxo....

Again...sElamat hari jadi shahidah deen!!!! Hope you will get all the joy in the world and a tall hot guy... ;)




Ikhlas dari hati,

~wan nur tomok...

Ada Kalanya, Kita Harus Kecewa...

soundtrack : Melawan Kesepian , Dato' Siti Nurhaliza Tarudin *wajib pasang*

Mentari hari ini sinarnya kelam sahaja kelihatan jauh di ufuk timur. semilir juga memuput lesu dedaun nan kering musim sejuk ini. kicauan unggas yg dulunya riang kini sepi, tidak seperti kala dulu.

benar. alam bagaikan memahami duka nestapa yg berbungkam di hati nan lara ini. ah Cempaka, laramu tidak mampu menandingi lempaian di kalbu ini. mana mungkin kamu mahu samakan derhaka anakmu dgn luka yg berparut ini.

ah, dungu. tiada siapa mahu pedulikan aku.
alam, biarlah rahsia yg terpendam ini hanya kita yg memahami.

Tuhan itu aturannya amat sirat. sirat yg hanya akal sesirat yg mampu menguraikannya. tapi manusia yg bertopengkan syaitan ini, apa yg mereka tahu???

Cipta-Musnah-Sesal-Cipta semula

Dungu.

semua benda manusia nak musnahkan tapi nak cipta satu biji benih, satu jer pon, sampai sekarang, mana mampu?

klon? ah, tu bukan seratus peratus ciptaan manusia. apa ko hengat bumi nie bapak ko yg punya??

ops. tertukar siaran pulak. kembali ke mode jiwang.

bahang mentari semakin hari semakin membakar. petang kini tak sedamai dulu. hangat, berpeluh-peluh, rimas.

dulu, seronok tatkala melihat itik-itik terkedek-kedek pulang petang. beratur bersusun panjang sambil menyanyi lagu riang. kini, itik pon sudah tidak segan berbogel di tengah2 kolam menandakan tanda protes pada bahang suria.

kenapa harus ia ditogelkan? kenapa?

tahukah mereka bahawa prinsip pembelauan gelombang sangat memberi manfaat pada penyebaran internet tanpa wayar? kalau tidak, mana mungkin cyberjaya itu ditanam pohon2 hijau walaupun konsepnya bandarnya bertemakan futuristik?

kalau dulu kadar muat turun movie sangatlah laju, ada kalanya mencecah 300 Mb/sec. semenjak penebangan hutan yg berleluasa ni, bulu betis yg dicukur pon boleh tumbuh balik kerana menanti muka Yahoo tersembul keluar di skrin laptop.

mungkin dulu saya angkuh kerana tidak pernah putus drpd mndapat khidmat wireless ini tapi itu bukan salah saya. ini semua kerana jasa baik pokok2 yg tumbuh melata itu. kalau tidak kerana pembelauan gelombang, mana mungkin saya boleh update blog sapphire saban hari??

tapi, penggondolan pokok2 ini telah memberi manfaatlah pada pelajar yg lain sebab skrang mereka mula mendapat talian tanpa wayar ini.

oklah, saya mengaku kalah. saya rela berkorban jiwa dan raga demi kemaslahatan pelajar yg lain.

kalian, bergembiralah seadanya di saat kegemilangan ini kerana anda akan mersai zaman kejatuhan ini.

itulah, ada kalanya kita harus kecewa..







komen : ini post paling tah hape-hape penah aku tulis. gasaklah ko nak benci ke ape, yg penting, aku puas hati.

p/s : wei yatz n piqah, cepat ah edit gmbar..


ekhlas,
Sanusi Habiburrahman *nickname yg bakal diguna kerana bercita-cita ingin jadi penulis novel jiwang karat*

Keperwiraan Tanpa Batasan

telah saya tafsir gaya-gaya terkini mengepost blog, dan salah satunya ialah
"Lets the pictures speak!"

maka, ayuh, silakan gambar2 indah ini berbicara *tak tau nk tulis apa ah..*





ah, post sebelom ini ada miss information sket. maaf kepada yg terasa ye.. eceli sapphire baru menang 2 tahun turut-turut, bkn empat, hish verangan sunggoh..

and, this year is the third!!! yeah..

dulu
"who say they are unbeatable??"
" NO one said!!!"

sekarang
"who say the are unbeatable??"
"you said!!!!"

cukuplah dugaan kami bila seminggu sebelum championship, pemain harapan tiba2 injured terseliuh kaki..adeih.. kan dah x boleh jalan seminggu..

tambah pula lagi sorang spiker terulung tgh syok2 prektis, dia plak nk terseliuh kan..adeih~

sekalung penghargaan untuk pemain wanita yg sentiasa bersemangat untuk mengajak jurulatih terkenal melatih mereka.
tak sia-sia kot belatih sambil kena marah2, pukul2, sepak2, kena lari keliling court 5 kali, pumping..haaa..
masuk final tuh...~~ hebat2..

kalau rasa x puas hati tgk gmbr2 kecil kt blog nie, ha singgah2 la kt board The House of Glory Sapphire itu!!!

cantik sungguh!!

sekalung lagi penghargaan untuk yatz, afiqaah dan kuncu-kuncu yg terlibat. sumpah lawa!!!

nota : sila rujuk ayat pertama post ;p






ekhlas,

volleyballover

Grand Finale

Memandangkan saya masih menunggu gambar-gambar housetrip yg baannnyyyaakkk!!! gila untuk ditapis oleh sebab kesensoran gmbr2 terbabit, maka ingin juga saya mengepost seswatu untuk diambil perhatian jua.

kalian!
esok, yakni rabu, ialah final Interhouse Volleyball Championship *saya baru sedar nama ini selepas melihat poster hitam putih yg tertampal*

Rumah gemilang Sapphire dgn bangganya mewakilkan 2 pasukan untuk berentap esok bagi merebut gelaran juara yg sebelum ini utuh dipegang rumah gemilang Sapphire juga. Tidak silap, sudah 4 tahun turut2 kot. *ish, byk betol record kita kan?* go sapphire!!!

sebagai salah seorang desinger terkemuka seantero cakerawala(lantaklah ko nak cakap aku riak ke apa, bukan ko yg buatkan???!!!), saya sekali lagi ditugaskan*dipaksa secara rela* menyediakan poster yg tak seberapa. oleh sebab kekangan masa, maka poster yg ala2 cliche siap.

selamat berjaya Sapphire~~~

S

A

PPHI

R

E

GOOOOOOO

SAPPHIRE!!!!

-the designer-

Demam House Trip

Get well soon kepada yang demam2 after house trip!! Terutama kepada budak p-31!







~Anonymous~

!!!A Cheerful Escape!!!


Here yee~~ here yee~~

!!!Jom raikan kemenangan kita ke finale interouse volleyball!!!
!!!Jom raikan kemerdekaan sementara selepas trial A-level!!!

!!!Jom manjakan diri di bawah sinaran mentari!!!
!!!Jom sama-sama eratkan lagi hubungan yg terjalin!!!

!!!jom..emm..jom..emm..!!!
!!!jom serang cherating!!!



Ya Allah,
selamatkanlah perjalanan kami ini,
berkatilah perjalanan kami ini,
permudahkanlah perjalanan kami ini.
amin.

!!!SELAMAT BERCUTI SEMUA!!!


*blog will be off in 3 days, a sincere appology to sincere readers
(macam tu claim ramai pembaca)*

Demi Kebaikan Kita Semua *edited*

yay!
saya memanjatkan rasa syukur yg teramat sgt kerana akhirnya pokok2 besar bagai yg tertanam berkurun lamanya tergondol jua hari ini. mula2, penebangan berjaya ini dilakukan di challet perempuan. ingat saya, pihak kolej tidak mahu membuat penebangan di challet lelaki. puas saya berdoa, bertahajjud, termakbul jua doa saya. terima kasih kolej.

kenapa saya gembira?
pada pengamatan saya, pokok2 itu memberi banyak masalah yg mengganggu kehidupan saya seharian.
betul. disini, ingin saya senaraikan beberapa masalah yang saya hadapi:
1. pokok2 yg hidup subur rendang itu menyebabkan kawasan challet terutamanya bilik saya sentiasa redup dan teduh. situasi ini menyebabkan saya sentiasa mengantuk dan tidak dapat study. rupa-rupanya, pihak kolej memahami luahan hati saya dan berhasrat mahu menggondolkan pokok itu demi memanaskan sedikit kawasan challet. terima kasih kolej.

2. terlalu banyak kerengga yg menginap di pokok2 itu. walaupun saya tidak pernah pun terkena gigitan kerengga itu. saya terganggu dgn gerak geri mereka. dgn tiadanya pokok itu lagi, kerengga tersebut terpaksalah mencari tempat baru untuk menginap. sehai dua ini, banyak saya lihat kerengga berkeliaran di atas katil, di dalam cawan, di dalam bilik air, hatta kadang-kadang digigit ketika menyarungkan baju. mengikut kajian saintifik, gigitan serengga boleh dijadikan terapi yg baik untuk mereka yg mengidap penyakit susah bangun subuh. mungkin itulah yg difikirkan pihak kolej. terima kasih kolej.

3. selesai masalah kerengga, saya juga turut menyampah dgn semut2 hitam yg hidup menumpang di pokok2 itu. 2,3 hari ini, air milo yg tidak kehabisan sentiasa menjadi habuan semut2 hitam ini. sehinggakan gula2 yg tertutup pon menjadi mangsa. akhirnya, kami terpaksa meminum air masak sahaja. wah, sungguh mendalam pemikiran pihak kolej yg menginginkan pelajarnya sentiasa sihat dan cergas. terima kasih kolej.


itulah masalah yg sering dihadapi ketika wujudnya pokok2 itu. dan kini, masalah lama sudah selesai. terima kasih kolej.

saya kira disamping memberi kesenangan yg berlipat kali ganda kepada pelajar, pemotongan pokok ini dilihat sungguh berseni. Kalau dulu, pihak Telekom Malaysia yg begitu bangga kerana dapat mencipta pencawang-pencawang telefon yg menyerupai pohon, pihak kolej tidak kurang kretif jua.

saya begitu tertarik dgn gaya pemotongan yg dilakukan ke atas pohon ini.
cantikkan? kadang-kadang saya terkeliru samada ia tiang lampu atau pokok. hebat2.

kata mereka, penebangan pokok2 ini bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap kecekapan internet tanpa wayar atau wireless.

saya sangatlah bersetuju dgn pendapat ini. secara hukum fiziknya, gelombang akan terbelau bila pergerakannya dihalang oleh seswatu. belauan gelombang menyebabkan frekuensi asalnya tidak berubah dan panjang gelombangnya juga tidak berubah. yang berubah hanyalah muka gelombang.
ok.
bila baca balik, saya mula tidak bersetuju. hello~ teknologi wireless ini bukan teknologi sampah ok. kalau nak kata pokok tu menjadi penghalang, habis dinding challet itu bukan menghalang? kenapa tidak robohkan saja dinding-dinding itu?

sila bandingkan situasi ini. saya pengguna laptop dell, kawan saya pengguna laptop asus. di bilik saya, pada waktu yg sama. laptop saya dgn penuh elegennya tengah laju mendonlod 4 movie dan 5 video siti nurhaliza secara serentak, tetapi kawan saya di sebelah masih gigih cuba menyambung talian*edited* laptopnya dgn wireless yg sama saya sedang gunakan. akhirnya dia give up dan bunuh diri.

so, apa kes ko nak potong pokok2 bagai ha? catcher wireless laptop itu sendiri memainkan peranan yg sgt penting. kesian pokok disalah erti kewujudannya.

saya tergelak selama 2 saat dan berkata "bodoh bangang" apabila mendapat tahu sebab yg lebih kukuh penebangan pokok itu.

burung banyak hinggap dipohon itu dan membawa penyakit juga mencemarkan alam sekitar dgn tahi yg dibuang secara berleluasa.


bodoh.
no further comment sambil mata melihat peningkatan populasi tahi kucing yg berbau macam sial yg mendadak.






P/s: kepada "aku(nama samaran di chatbox)" , cuba anda ajak kawan2 anda tubuh satu blog house sendiri, dan anda sebagai salah seorang penulisnya. mesti anda dapat rasa apa yg saya rasa. kutuk kt chatbox jer tak menjadi ah~*

Guys!!! Girls!!! We are totally awesome~

Laporan permainan lelaki
Sabtu lalu, pusingan kedua liga interrumah bola tampar yg menyaksikan rumah safira bertempur sengit dgn rumah merah garnet. tidak dinafikan persembahan yg ditunjukkan oleh pihak lawan sedikit menggugat pemain2 handal rumah safira sehingga hampir diheret untuk meneruskan set ke-3.

tapi tuah masih menyebelahi kami kerana masih mampu mengejar hingga ke titisan peluh yg terakhir. antara bukti-bukti kukuh persaingan sengit terjadi ialah
1. pemain yg memakai baju bertemakan merah dan biru (dan berkasut coklat, eeuuuwww~ disaster gila ko..:p) seringkali tertipu dgn helah pemain berbadan gempal garnet yg disyaki bernama jakim. dia seolah-olah tidak mengerti bahawa ia sedang ditipu walaupun itu adalah kali yg kelima ia ditipu.

2. seluar salah seorang pemain yg dirahsiakan identitinya terkoyak luas gila nk mati kerana melompat taktentu hala sangat ketika bermain. tapi ia bernasib baik kerana koyakan itu berjaya disembunyikan daripada pengetahuan orng awam yg berada disekitar gelanggang. pengajaran untuk ko, pakailah seluar yg bersaiz anda.

3. dua pemain garnet menghadapi masalah kasut kerana terpaksa melawan redasan bola laju dari pemain safira senhingga menyebabkan tapak kasut mereka tercabut. ish3, kesian. disebabkan tiada pemain ganti (kerana kebanyakan mereka adalah ahli aktif persatuan pulang ke rumah), maka terpaksalah encik niki berkaki ayam buat semtara waktu. manakala encik iman pula terpaksa menerima kebesaran kasut yg dipinjam dri rakannya itu.

4. pada mata terakhir kemenangan rumah safira, pemain kacak yg disyaki kacukan Vietnam dan Portugis telah menyebabkan bola yg disepait oleh pemain handal lutfi melambun keluar pagar. kesian mereka. tetapi itu tidak mematahkan semangat mereka untuk bermain hingga ke mata akhir.

pemain paling bergaya safira ketika ditemui berkata "prestasi saya masih ditampuk lama lagi, insyaAllah perlawanan seterusnya saya akan menjadi spiker menggantikan kepten yg tidak berapa menjadi hari ini" katanya dengan penuh bangga sambil dipanah petir.

sebagai rekapitulasi, safira masih memegang rekod tanpa kalah. Alhamdulillah.

Sapphire VS Garnet
25-18
25-18


Diamond VS Topaz
23-25
25-23
25-13


Laporan permainan Wanita

selepas berhabis suara berteriak menyokong para lelaki bermain, pemain wanita safira muncul dgn penuh semangat waja menetang pemain wanita garnet. kelihatan 2, 3 orang wajah-wajah baru dalam kumpulan wanita safira.

seperti biasa, pemain wanita yg terkenal dgn permainan ko serve-bola naik-jerit-pihak lawan tahan bola-bola melambung-jerit-ramai2 berharap bola melambung lepas net-jerit jerit-bola lepas-sorak ramai ramai-dapat satu point dan proses ini berterusan sampai point ke 25.

disebabkan proses rumit ini, pemain safira begitu gigih menentang pasukan wanita garnet yg menurut sumber yg dipercayai tidak mewakilkan pemain-pemain handalan mereka kerana sebab2 tertentu yg masih disiasat. permainan berkesudahan dgn markah yg mengejutkan.

Sapphire VS Garnet
25-3
25-3

Diamond VS Topaz
0-1


*markah sengaja dibesarkan untuk memberi semangat kepada pemain-pemain untuk game seterusnya*




Shhh..Jangan Tegur

sudah lama jugak saya tidak update blog sapphire yg best ini.
ah, sudah lama saya tidak menulis kisah peribadi saya di blog awam ni.. (budak tajaan MAS, ko diam)
rindu pulak rasanya.

tahu tak kenapa nenek zaman dulu tak bagi tunjuk pelangi dengan jari telunjuk? secara kurafatnya takut nnti jari kudung, tapi kini saya dah ketemu jawapan sebenarnya. sangat logik dan diterima akal.

petang semalam, hari jumaat dewi statistik datin sri sheila mendapat kunjungan hormat drpd duli yg maha mulia 3 putera dari kerajaan lembah sangap, putera mahkota kerajaan kilatan saji, ampuan antah kerajaan Negeri perpatih dan permaisuri agung kesaktian poh fong. maka dari kayangan mereka turun bersama pari-pari mencemar duli berkunjung ke rumah agam dewi itu.

wah, first impression kami, rumah itu macam spa tau. spa ala-ala bali yg sangat mendamaikan. memang patutlah dewi itu menjadi penasihat kelab pencinta alam di lembah sangap itu.

mahu saya bertanya pendapat pembaca, apakah maksud kepada ayat di bawah, sila teliti baik-baik
"Puan, puan pergi lah bersiap-siap dulu *sebab tgk puan pegang byk barang*, smentara itu biar kami teroka sekeliling kawasan rumah puan ini"

ok, adakah ayat ini bermaksud
A. saya meminta puan masuk rumah dan siap-siap nak tukar baju ke, nak smayang ker, nak mandi ker, ye la puan baru je kot balik dri kolej.
B. saya meminta puan masuk rumah dan pergi dapur dan buat air milo panas satu jag dan letak sikit biskut kering dlm piring dan bawak keluar sebab kitorang nak makan.

jawapan anda?

oleh sebab kenyataan itu putera mahkota dimarahi oleh dua permaisuri kerana dituduh tidak tahu malu dan tidak menjaga tatasusila sebagai putera negeri kayangan. menjunjung sumpah derhaka saya tidak bermaksud seperti jawapan B.

mari kita tinjau2 rumah puan.
puas sudah kami menceroboh, hari pon nak labuhkan tirai. kami pon mintalah izin puan nk berangkat. dengan izin Allah yg maha kuasa, puan kluar pintu dgn menatang air milo yg penuh. ha, manalah kami tahu kan. melantaklah kami petang itu. fuh, walaupon hanya berulamkan biskut kering je, nikmatnya tak terasa beb. best wow duk umah puan ni. jauh kami berbicara dgn puan. puan sheila ni kalu bab2 bercakap, banyak jer topik dia ha..uhuk. x terlayan kami.
saya namakan kunjungan ke rumah puan ini sebagai
:kunjungan tak tahu malu

saya namakan peristiwa seterusnya sebagai
:Jangan tunjuk pelangi dgn jari telunjuk

apakah yg akan anda lakukan bila anda melihat seswatu yg unik bergantungan indah dari atap bumbung yg tinggi.

tarzan.

mungkin ini lah yg difikirkan oleh ampuan antah kerajaan Negeri pepatih ini tatkala melihat "rain chain" atau rantai hujan. lihat gmbar.
pengajaran kepada ampuan antah
: interval weight untuk jadi tarzan ialah bawah 60kg

pengajaran kepada puan
: letak papan tanda "bukan tempat untuk bergayut"

puan, jujur kami katakan pujian menggunung kami kepada rumah puan bukan sebab nk ambik hati puan lepas putuskan rantai puan itu, tapi ia memang cantik. cuma kami cuba hiperbolakan kecantikan itu untuk menyedapkan hati puan. :p

sebetulnya keriangan kami bertiga terjejas dek kerna basikal yg dipinjam *ops, kantoi turun dari kayangan dgn basikal* perlu dihantar sebelum pukul 7 malam, dan skng muka jam menunjukkan 6.58 petang.

maka memecutlah kami lagak dirasuk semangat usain bolt bila terbayangkan wajah Mr Seri dan Abang sarip. habislah kami. sedang enak-enak memecut itu, si permaisuri poh fong pulak buat hal kan.

motif rantai basikal ko nk rosak saat2 genting innew??ko pulak motif nak jaga kebersihan jari2 manicured ko tanak sentuh rantai basikal yg berminyak hitam itteww? maka terpaksalah putera mahkota mencemar jari-jemari mulus membetulkan rantai yg tersekat itu. aduh, sepuloh minit buang masa kt situ.

korang jgn sewa basikal nombor 4.

pecutan diteruskan menuruni bukit yg curam. ha ni lagi satu. memang malanglah kami hari ni.

tengah elok2 kayuh basikal smbil melayan usapan angin di pipi mulus ini terdengar ampuan antah menjerit mencarut pada sebuah van yg bru saja melintasi kami.
kelihatan ia basah kuyup.

bodoh *teet*
ba*bi *teet*
bangang *teeeet*

dia baru saja disimbah air selepas van yg meluncur laju masuk ke dalam lopak dan dia pulak tepat2 kat tepi van kan. memang strategik kan tmpat. sya dari belakang hanya ketawa insaf.

ok. kami memang cuak. da pukul 7.15. muka2 pak guard dan mak guard garang menerobos dalam minda kami .habislah kami.

alhamdulillah kami selamat melepasi halangan pertama, pondok pengawal.
senang jer, ko buat muka termengah-mengah sambil cakap basikal rosak, muka biar murah sikit, 10 sen ker.. komfem lepas.

tiba halangan yg kemuncak, Mr Seri.
why are you guys so......

kami terus memotong dan berkata,
"Talk to my hand.."

Interhouse Volleyball Kembali lagi!!!!

Dalam sibuk2 senior duk menggayang paper trial As dan A2, sempat juga mereka meluangkan masa untuk aktiviti fizikal ini.

benar.
kehidupan di KYUEM ni memang x pernah bagi peluang untuk budak-budak duduk dlm ketenangan.

macam baru je lepas duk berjenuh jawab paper4 ekonomi dan paper4 fizik, bolehlah segala ketensenan dan ketidakpuasan hati pada soklan paper4 fizik terutamanya disalurkan pada jalan yg benar ini.

"petang ni, aku nak 'sepaik' habis2.." kata sorang mamat yg ala2 hensem tpi macho anak kelahiran kelantan itu dan disokong baik oleh abangnya dalam bangsawan Bicara Takdir Berbisa itu,
"betol, kita 'sepaik' je muka sapa2 yg ala2 minta menyepak tuh."

maka, Ayuhlah kamu semua warga Sapphire memeriahkan lagi acara sukan ini!!!
Siapa kata kalau tutup aurat tak boleh bersukan, ha??
orang kiasu kata, "ya".. :p


(female)
Sapphire VS Topaz
0-1

Diamond VS Garnet
0-1
~~~

(male)
Sapphire VS Topaz
1-0

Diamond VS Garnet
1-0

Bukan mahu meriakkan diri, tapi yakinlah kalian bahawasanya kita memiliki pemain volleyball yg sangat mantop~~~~
pemain kita bukan jalang-jalang orangnya, eh..bukan calang-calang orangnya..
jom kita meriuhkan lagi court volleyball itu!!!

Open Twister
Twister Open
Gooooo
SAPPHIRE!!
go Kammy! go Kammy!
*tiba*



Sabtu ini
Sapphire VS Garnet





cheer untuk garnet
Go Garnet!
Go Garnet!
*peminat dalaman garnet*




Semoga kita boleh mengekalkan kejuaraan kita yg Gemilang itu!!
yeah~



-pemain volleyball yg girang-

Kumpulan Penyokong

Seriyes saya tak tahan dengan kecomelan budak ini, maka saya Mahu post jugak. tak kira.
*dicuri drpd blog muscom*
~~~
ha, bersempena dengan penyokongan (ada tak perktaaan ni?) dgn kempen terbaru muscom


Dengan kerjasama
House of Sapphire
*tetiba*

Kami sentiasa menyokong sebarang aktiviti dakwah yg membawa kita ke arah kebenaran.
Ini tanda sokongan penuh kami
membuat poster walaupun tahu esok ada paper 5 fizik
saya tidak kisah
keberkatan Ilahi lagi penting daripada segala-galanya

Ayuhlah semua rakan dan taulan
bersama-sama kita memeriahkan minggu hijab ini

macam mana nak meriahkannya?
ha, bersama-sama kita tutup aurat secara beramai-ramai
biar kucing-kucing merasa pelik dgn perubahan ini


tunjukkan tanda sokongan anda kepada
wanita-wanita

bahawa
kita sangat menghargai kecantikan mereka
kita sama-sama mahu maruah dan peribadi mereka terjaga
kita sama-sama mahu menuju jalan ke Firdausi

tapi jangan buat-buat lupa
kita kaum lelaki pun ada batasan aurah yg perlu dijaga
ayuh hapuskan pencemaran lutut-lutut terdedah
sama-sama kita mengikut sunnah Rasul junjungan kita semua

bersamalah kita
Berprestasi Dalam Redha Allah

-the designer-







10 0o0 tahun yg dulu... *lame*


Merapu Boleh Pada Perkara Yg Dashyat

Perkara kedua paling dashyat pernah saya alami selepas perkara pertama iaitu mengetahui najib jadi perdana menteri ke 6 Malaysia ialah soalan trials ekonomi.

ulasan awal : soalan bengong.

saya kira saya agak penat menelaah pelajaran ekonomi dan merasa sangat tidak berbaloi dgn segala usaha saya menyiapkan past paper kerana satu habuk tahik hidung(teet*bunyi sensored*) pon tak masuk dlm soalan tadi.

saya kisah kalau berita nk siarkan penderitaan rakyat palestin yg kena bom saban hari tapi saya hangin bila soalan tanya "a person who lived to be in the sea lived in a boat. the person has a/an ________ price elasticity of demand on the boats". apakah PED dia?

ok, pertama padan muka saya sebab tak berjaya nak relatekan pengetahuan ekonomi tehadap soklan ini, tapi yg ko sebuk2 duk tanya PED dia tehadap kapal tuh kenapa?? dah xde PED lain yg lagi releven ke nk pikir ha?? apa ko kesah dia nak demand ke idok pada boats sebab dia hidup tengah2 laut.. ikan jerung mana nak jual boat kat dia ha??? oh, ikan bawal eh...

betul, inilah soalan ekonomi paling aneh pernah saya jawab.

mula-mula jawab soalan satu mahu je saya angkat tangan dan cakap "Mr, B, i think u have given me a wrong question booklet, i didn't take thinking skill subject sir..." tapi bila pikir balik apa yg Mr. B buat kt saya dulu, saya tak berani.

mungkin saya memang bengap ekonomi sikit tapi ini pertama kalinya saya jumpa soalan ekonomi yg punya gaya jawapan yg cukup2 aneh.
A. the University is a free market economy
B. the University is a cetral-planned economy
C. A private university is a free market economy while a public university is a central-planned economy
D. can not be determined because there are not enough information given.

saya boleh terima kalu dia nak bagi jawapan2 yg sedikit mengelirukan, tapi saya pening-pening lalat hijau bila 4 hingga 5 soalan ada jawapan yg macam jawapan "D". ah. gila. motif ko tanya soalan berjeda-jeda panjangnya dan tiba2 pilihan jawapan tulis "can not be measured because there are not enough information given". sumpah hanj tau.

ok lagi satu perkara yg saya nak meraban di sini. bagi orang yg hambek economy paham la situasi ni.

exam yg kita hambek ini adalah CIE paper, which is international punye exam paper kan. dan kebanyakan nama2 syarikat yg digunakan dalam soalan bunyinya sgtlah out of blue kan. ala2 elegen la nama syarikat tuh.

saya tergelak bila baca soalan no 29 bila terbaca nama "Naufal" dan "Azeem". OTK!! that's sound so not international!!! ah, motif sgtkan tetiba letak nama persona dlm soklan economy yg international punya. it's awkward u know... bila baca jer, terus sya terfikir, ni mesti anak murid cikgu yg buat soklan nie..

uh. it was so the tingkatan 1 tingkatan 2 soalan kemahiran hidup taw~ adeih.

disebabkan soklan yg ntah apa-apa tu, saya give up awal2. siap dlm masa setengah jam dan tidur lagi setengah jam. malaslah saya nak semak jawapan sebab saya tahu nanti saya fikir bukan-bukan lagi.

ulasan akhir : bengang

persediaan untuk real exam AS econs?
"afiqah aziz, pinjam buku thinking skill.."