House of Glory

The Ultimate Sapphire

akedreMerdeka


House of Glory
ingin mengucapkan


The House of Sapphire
dengan bangganya
menyokong


1Malaysia

-eman-












New Baby

well, disebabkan aku 2 3 hari ni aktif skit nk update blog, dgn tanpa segan silunya aku nk update lagi.

korang! lutphi dah ada blog. kepada siapa yg rindu merindu terguris hati makan hati berulam jantung teringat kat abang lutphi (kammy?), bolehlah kini anda bertemu beliau di blog beliau.

http://lutphi89-syabab.blogspot.com

kepada super junior, Lutphi ni bekas Vice House kapitan Sapphire yg digilai ramai. nk kenal dia mana satu?
Dia adalah sultan untuk Bangsawan 08 "Khilaf Naimullah"
Dia pemain volleyball terulung kat KYUEM
Dia penari boria paling excited selepas syazzy omaigod (did i say something wrong?)

Yelah, siapa tak rindu orang pergi jauh ke USA. ok lutphi, cukuplah kan. tak yah nk promot lebih-lebih kan. ko ingat ko Diva aku nk luang masa sehari suntuk nk tulis post untuk kau? cantik ke kau ha?

anyway, selamat belajar di
Sekolah Perlombongan Colorado, USA.


Lara

AMARAN KERAS!!!
post ini mengancam jiwa

lara jiwa tiara tara

tertikam kalbu dek terdengar berita
kecundang musnah harapan
tinggal sisa sisa yang cuba dikutip
oleh jari yang lemah



cinta hatiku dengarlah
bisikan sukma yang lara
pungguk juga tewas melawan penantian
kerna purnama sentiasa datang



lara jiwa tiada tara
bisikku pada jauhari
apakah tiada penawar
untuk luka yg berdarah ini




ada
terimalah dariku
...
***
*tukar channel tv*


hai semua!
bertemu kita lagi dalam rancangan ketuk-ketuk ramadhan.
ha, muntah membaca ayat-ayat jiwang di atas? senget juga kepala menukilkan ayat-ayat bunga-bunga chenta ni.

ok. resepi kita kalinya sangatlah simple. sesuai dimakan untuk mereka-mereka yg rasa jiwanya sedih, terluka, remuk-redam dan terguris. kerna resepi ini dicipta tatkala hati ini menangis mengenang nasib badan.

so, apa yg diperlukan?
Sebekas aiskrim perisa vanilla
beberapa hiris tembikai dipotong dadu dan dibuat jus
anggur yg dihiris
jeruk strawberry yg dihiris

tak perlulah arahan bagai kan.
ambil mangkuk, humbankan saja segala bahan-bahan tu secukup rasa.
maka inilah hasilnya!!!

Vanilla ice cream with grape slices and strawberry pickles in watermelon juice
*tutup mulut tu, jgn ternganga*

atau nama yg lagi glamor dan menepati tema : lara tiada tara

Lara Strawberry Vanilla
(dipetik drpd judul bangsawan Topaz, Lara Cempaka Nirmala)


selamat mencuba!!
haruslah siapa yg tengah puasa berendam air mata baca post ini. kan dah bagi amaran.



chef eman

Tentang Perkara Sunat

ini cerita lama.
saja mengimbau kenangan lama. apa lagi yang boleh saya buat sepanjang menjalani tempoh cuba menggembirakan diri selain menekan f5 pada inbox emel saya. jadi, mari bercerita!

cerita 1

hari itu pergi solat terawikh dgn ayah dan emak. untuk makluman, kami mengamalkan solat 8 rakaat saja. bak kata pepatah (pepatah ker?) kita buat ibadah ni, sikit-sikit takpa, janji berterusan. istiqamah maksudnya. setuju? dan untuk makluman lagi sekali, imam kat masjid kami pergi ni sangatlah disayangi ramai.

dia guna enjin turbo.

iyalah kan, kita kena pertimbangkan jemaah-jemaah yg hadir. bukannya semua gagah perkasa semuanya. lagi-lagi yg memenuhi saf hadapan. nak bangun pun 5 minit ambil masa. tak gitu tok imam?

habis solat, ayah kata
"laju sungguh imam kita ni, macam bacaan antara 2 sujud pun x sempat baca"
ibu balas
"dia buat yg wajib je. baca tu sunat, tak gitu?"

saya diam saja.


cerita 2

cikgu di sekolah sekarang dah x macam cikgu di sekolah masa saya kecil-kecil dulu. terutamanya ustazah. kalau ajar bab-bab fiqah, hampir semua benda uztazah nak ajar. dari yang wajib, kepada yang sunat, kepada yang harus sampailah kepada yang makruh. terpinga-pinga kita.

hari itu, saya terserempak dgn seorang budak dan ayahnya kat tempat wuduk.

"ayah ayah, wuduk start dgn apa dulu? muka ke tangan?"
budak ini gayanya baru darjah 1
"tangan la dulu, lepas tu kumur-kumur, baru muka. tapi xnak basuh tangan pun xpa, tu sunat je"

"hmm, lepas muka apa ayah?"
"lengan"

"hmm, lepas tu apa ek? ha, rambut-rambut.."
sambil membasuh rambut
"hmm, akhir sekali kaki"
sambil berkata dgn riang.

"eh, telinga nya mana?"
"cikgu tak ajar pun ayah. cikgu kata xde"

saya tersenyum saja.


cerita 3

anda pernah pergi ke rumah kawan anda yg begitu hebat mengamalkan sunnah Rasulullah? ha. keluarga kawan saya ni hebat. mereka selain hebat melakukan perkara wajib ibadah, mereka sangat menitikberatkan soal sunnah Rasulullah. hebat2.

sambil sembang-sembang kosong dgn kawan saya, ibunya ajak makan. maka makanlah kami dengan penuh nikmatnya. beehun goreng dgn keropok keping. aduh, nikmatnya.

saya hampir tertelan saja garpu yg berada di dalam mulut bila terdengar ayahnya berkata

"makan tu, jangan kenyang-kenyang sangat. sunnah nabi kita, berhenti sebelum kenyang"

saya tengok kawan saya angkat pinggan nak tambah letak balik. dia buat-buat sendawa kenyang.

saya tersedak sikit-sikit.


cerita 4

saya keluar dgn kawan saya ke shopping mall. masa tu baru masuk zuhur. kami mahu jalan-jalan dan beli barang. 2 tahun dulu saya sangat suka melihat mesin atm terdampar dimana-mana. sebab bila mahu duit saya boleh cucuk saja. dulu saya kaya raya. pernah suatu ketika saya tergelak bila tengok baki RM 3000 kat dalam akaun saya. saya pun x pasti sama ada saya boleh habiskan duit itu.

kini, saya segan dgn mesin atm. sebab bila cek baki saya dapat rasa mesin atm gelakkan saya bila melihat baki
RM 15.90

bila dah shopping sakan, saya terlupa tentang solat zuhur. astaghfirullah. bergegaslah saya mencari surau memandangkan waktu zuhur tinggal beberapa saat saja lagi. berdosa saya.

kawan saya tegur saya
"kenapa ko tergopoh-gapah sangat. rilek la. jamak je la zuhur ko tu"
"jamak apa nye, aku bukan musafir"

"jamak TakDan"

apa patut saya buat dgn kawan saya?





menunggu itu sakitnya seperti jarum yang dicucuk di punggung ketika masih bayi

ia sakit tapi tidak boleh buat apa-apa
kecuali menangis.

netball interhouse 09...







sebelum segala bermula......coach Abdul Haq memberikan beberapa teguran untuk meningkatkan prestai dan mutu permainan...disertai dengan ahli sapphireans yg lain, zazzy, ada, aiman, ananth & ramai lagi yg....



tarikh : 19 ogos 09
masa : 5.15 p.m - 7.00 p.m
tempat : netball court (tapi wat kat MPH sebab hujan)



berdoa sebelum perlawanan menentang garnet..




rasa gumbira selepas tamat perlawwanan....bergambar dulu!!!



yea!!!in!!!!


setelah berjaya menewaskan DIAMOND ( 4 -2 ), tetapi tewas di tangan GARNET(3 -2),SAPPHIRE tetap terus bersemangat meneruskan perlawanan menentang TOPAZ dan telah berjaya menewaskan TOPAZ( 6 - 4) dan seterusnya layak ke final bertemu semula dengan GARNET...(walaupun dah boring lawan GARNET, tapi men je la..huhu...)...disebabkan GARNET mempunyai GS yg sangatla power..sapphire telah tewas tipis iaitu 7-5..(agak tipis la tu ka....)

SAPPHIRE!!CONGRATES!!!!TO ALL PLAYERS & SUPPORTERS, THANKS A LOT...!!!KORANG MEMANG HEBAT,,!!!!





YATZ (GS / GK)
MIKA (GA)
ANATI (GS)
ILLYA (GD)
ASHI (GK)
INTAN (C)

SYAKIRA (C)
MANIRAH (WA)
ZETOT (WD)
ILYANI (PENYOKONG SETIA)
SAPPHIREANS (PENYOKONG SETIA)



CONGRATEZ SAPPHIRE!!!!!

MCB 2009 kembali lagi!!

seperti yg telah digembar-gemburkan, majlis penutupan MCB telah selamat dijalankan pada 15 ogos 09 pada pukul 9.15 minit malam...

acara yg sgt2 dinanti2kan telah pun tiba...
BORIA!!!!!
tahun lepas kita juara...adakah tahun ini kita juara lagi??ramai yg bertanyakan soalan itu...
insyaallah...itulah jawapan yg mampu diberikan...
alhamdulillah,berkat usaha dan hasil kerjasama masing2, sapphire telah berjaya mempersembahkan boria yg dikoreografikan oleh jijul dan disertai oleh juniors & seniors...
walaupun terdapat sedikit masalah teknikal ketika persembahan, dan membuat persembahan untuk kali kedua, semangat itu tetap ada...

akhirnya, jawapan bagi soalan ädakah sapphire akan menang lagi boria tahun ini??"telah terjawab...
walaupun tidak memenangi pertandingan boria untuk tahun ini, sapphireans telah memberikan sepenuh tenaga dan usaha untuk menjayakan pertandingan tersebut...
terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada peserta, pembuat costume, bunga manggar dan macam2 lagi...terima kasih..jutaan terima kasih!!!
anda lah aset yg amat berharga di dalam HOUSE OF GLORY ini...

kepada adik2 dan sahabat2 sapphireans, jgn putus asa ataupun sedih, ini adalah pendornong untuk kita maju ke hadapan...menang itu bukan kepentingan dalam sappire tapi semangat itu yg penting...(petikan kata2 lisa...thanks lisa..)

walaupun kita tidak memenangi boria. kita tetap memenangi beberapa acara yg dianjurkan oleh MCB...

PERTANDINGAN CONGKAK :
TEMPAT PERTAMA - NABILAH
TEMPAT KEDUA - MAISARAH

KUIZ MCB:
TEMPAT PERTAMA - INTAN SYAMIMI
TEMPAT KEDUA - ASYRAF ROSLAN

TAHNIAH!!!!!
PASTIKAN KEJAYAAN INI MEMBERIKAN LEBIH SEMANGAT KEPADA SEMUA AHLI SAPPHIRE!!!!

rabu ini merupakan hari penting di mana netball interhouse antara sapphire akan berentap dengan topaz untuk layak ke final...
marilah datang beramai2 untuk menyokong SAPPHIRE!!!!
lagu : melawan kesepian (sila cari dan hayati)

apapun yang terjadi

berjalanlah tanpa henti

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Air mata tertahan
Waktu untuk dijatuhkan

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang bererti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Semoga kepergianmu
Tak akan
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti




::saat ini getir::

::TAHNIAH KEPADA YANG BERJAYA::

::bersabarlah kepada yg tidak berjaya::

::doakan kesejahteraan sahabat kita azwan ariff::

::Allah itu maha hebat rancanganNya::

Demam Makin Melarat

Banyak perkara di dunia ini yang boleh menyebabkan kita jatuh pengsan bila melihatnya. kadang-kadang ia perkara yg kita boleh jangka dan kadang-kadang tidak.

contohnya seorang artis yang berpakaian macam taknak pakai baju je gayanya sambil rambut gayanya macam bulu eko kuda berwarna warni cukup 7 spektrum kaler muncul di kaca TV dan berkata
" tidak terlintas di hati saya untuk menyakiti hati sesiapa, sungguh. setiap malam saya bangun solat malam dan berdoa agar saya dijauhkan drpd melakukan maksiat dan sentiasa memaafkan kesalahan orang lain"

dunia sekarang, kita tidak boleh memandang manusia dari segi luaran semata-mata.

memetik kata-kata "ustazah" rosnah
"kita hidup jgn hipokrit. walaupun akak sebelum pegi umrah pakaian akak seksi, lepas balik umrah pon akak tetap dgn cara akak. akak tak tiru orng lain yg kalu balik umrah jer berjubah kemain, ini diri akak yg sebenar"

lihat. yg berpakaian seksi terdedah-dedah itu sudah pegi umrah. anda?
pengsan.



cuma, ada juga perkara yg bila saya lihat saya jatuh koma.
sebelum tu saya nak bertanya

perlukah saya rasa terhormat?

atau,

perlukah saya bunuh diri sebab sindiran yg sangat sentap itu?

kisah sapphire yg terkini...

wah..ni mesti dah ramai yg rindu nk bace pasal sapphire kn...
kerana keadaan yg haru BIRU dan sibuk sekarang ini menyebabkan cerita tentang sapphire yg tercinta lame tidak dikhabarkan kepada umum....

baru2 ni kes H1N1 pulak melanda...
punyela risau warga kyuem...tapi ade jugak yg bahagia kerana dapat cuti extra seminggu....
adik2 juniors yg baru masuk la yg paling kesian..baru je jejak kaki kat KY ni, mengharapkan lepas induction bolehla beramah mesra sesama sendiri, mengenali para seniors dengan lebih mendalam melalui surat pet family...mcm2 plan dorg,tapi semuanya terpaksa ditunda...
kesian....

tetapi..ada jugak golongan yg tidak bernasib baik....
kebetulan MCB telah berlangsung ketika ramai warga KY diserang penyakit demam,maka ramai yang tidak sihat..termasuklah house capt sapphire...kesian....dalam keadaan yg tidak mampu untuk ke bgn apatah lagi nak pergi ke kelas,sempat lagi menguruskan soal MCB yg lepas...oleh kerana terpaksa balik ke ruamh dengan mengejut, masalah telah menimpa sapphire di mana house capt telah terlupa untuk memberikan beberapa dokumen penting tentang aktiviti sepanjang ujung minggu kepada mereka2 yg berkenaan dan akibatnya berlakulah suasana yg tidak menyenangkan..

alhamdulillah,sapphire mempunyai commitee yg bagus dan cekap,mereka berjaya menyelesaikan masalah tersebut walaupun dalam keadaan kelam kabut dan haru BIRU...
terima kasih kepada mereka yg terlibat...

kepada MUSTAKIm yg paling byk melibatkan diri dalam mcm2 pertandingan(bidan terjun sebenarnya,,,...)terima kasih sangat2 atas jasa baik mu...walaupun dah agak lewat post pasal ni, but still,THANKS A LOT MUSTAKIM!!!

bersyukurlah kerana pada saat ramai ahli sapphire yg sepatutnye mewakili sapphire telah kecundang (demam@tidak sihat@sakit tekak & macam2 lagi..) HERO mustakim datang membantu,,sehinggakan pihak MCB turut sedar akan kelibatnya di semua event MCB...at least ada penyelamat la kan....

walaupun sapphire tidak banyak mendapat johan(selalu dengar kat sukaneka mase kecik2 dulu..dah lame x dgt perkataan ni diguna pakai sekarang..)...sekurang2nya, sapphire masih mampu berjuang....

juniors jugak tidak kurang hebatnya..sangat rugi kepada sesiapa yg tidak melihat aksi2 mereka dalam acara BALING SELIPAR dan SEPAK RAGA dan BATU SEREMBAN dan CONGKAK dan.....ada banyak lagi acara yg dipertandingkan & sapphire tetap hebat...

semangat sapphireans yg berkobar2 nk mng ttp menyala2...(walaupun tak johan..:)..sekurang2nya ada usaha dan keinginan untuk menang,....semangat itulah yg kita mahukan....)


O P E N

T W I S T O

T W I S T O

O P E N

E V E R Y B O D Y

S A P P H I R E !!!!!!

YEA FOR SAPPHIRE!!!

Bahasa Malaysia Hari Ini




hari itu saya bosan amat. selalunya setiap hari, saya akan ambil masa 1 hingga 2 jam untuk habiskan baca surat khabar berita harian yang punyai banyak gila sisipan. kalau tak buka semua rasa rugi seringgit lima puluh sen. sekadar belek-belek untuk cukupkan syarat.
tah apa-apa kan, satu set surat khabar rm 1.50. tapi bila dah jadi surat khabar lama, sepuloh kilo pon tak sampai 5 hengget. ambil untung betul apek yg cari surat khabar lama.

"surat khabar lama~~ surat khabar lama~" suara apek terkepit-kepit

oh. kebetulan hari ini ada masa lapang yang sangat lapang. saya ambil peluang untuk menganalisa ketepatan bahasa dalam surat khabar. membaca kan jambatan ilmu.

"disamping saya membaca untuk menambah ilmu pengetahuan, saya boleh menambah baik lagi kosa kata saya dan tatabahasa saya. antara yang menjadi kegemaran
saya ialah seperti majalah mangga, Hai, URTV, metro kerana penggunaan kosa kata yang sangat luas dan mudah difahami seperti
gosip letop
melertzz panas
kepoh mak dara
yang boleh saya gunakan dalam karangan dan penulisan formal saya"

jom tinjau-tinjau~

kosa kata baru hari ni.
Tebraik.
oklah, saya maafkan. penulis nak cepat siapkan laporan ini. tak sengaja tersalah taip.

kosa kata seterusnya.
Bintang.
apa yg salah dgn Bintang? benda yang berkelip-kelip di waktu malam? memang la x salah.
cuma penggunaan yang kurang tepat dalam ayat di atas. sila teliti.

ha. yang ni siyes saya takleh terima!
satu sebab salah taip perkataan itu.
dua sebab, hello~ font tu saiz empat ratus sebesar gedabak macam mak gajah mengandung sembilan bulan pun tak perasan ke cik editor oi~~
punyalah jelas tak perlu suluh-suluh lagi perkataan itu, boleh depa tak perasan. nasib baik berita ni terpapar kat bahagian "wilayah". maksudnya tak berapa dibaca umum lah. tapi itu bukan alasan. huh. rugi rm1.50 aku. boleh?

menakjubkan? ya. saya pun tergamam dengan perkataan 15Malaysia. huh.
harus jatuh pengsan takpon kena serang strok bila Dato' Sri Najib Tun Razak terbaca benda ni. haruslah beliau menangis teresak-esak bila ada yang melawan konsep 1Malaysia nya. sob3.

oh, jgn salah sangka, 15Malaysia memang wujud sebenarnya. ia adalah kumpulan filem2 hebat drpd 15 pengarah tersohor di tanah air. sebab itu ada gambar Allahyarham(mah) Yasmin Ahmad kat sebelah.

sebelum terlupa, sama-sama kita sedekahkan al-fatihah kepada Yasmin Ahmad. semoga rohnya dicucuri rahmat dan diterima Allah sebagai hambanya yang beriman. amin.