House of Glory

The Ultimate Sapphire

Budaya Orang Timur *read : Malaysia*

sebelum apa-apa saya nak buat satu pengakuan. hari ini dah lebih 5 orng tanya saya soalan yg sama.

"hei, amacam P3 tadi"

sebelum hari ni pon dah ramai yg wish

"good luck P3 nanti!!"

Ya.terima kasih kepada kawan-kawan yg sgt concern tentang perkembangan saya selama ini. cuma saya nak buat pengakuan bahawa saya dengan jayanya telah mengambil P3 pada jun 2008 a.k.a tahun lepas atau dalam kata lain saya amik Further Maths.

Ya. saya mengaku saya telah menceburkan diri dalam pelbagai bidang yg sepatutnya pelajar Double maths tidak terlalu menjejakkan kaki seperti

Nasyid IAW 2007
persembahan solo pertama end of sem dinner
persembahan nasyid pembukaan ICAN 2008
Bangsawan 2008 sebagai si hodoh dan menang pelakon pembantu terbaik
Bangsawan 2009 sebagai Dameng dan sekali lagi pelakon pembantu terbaik
Menjuarai Islamic Performance Night (IAW) kali ke tujuh berturut-turut dalam drama "A friend to Remember"
Vokalis Nasyid Sapphire dan menpertahankan kejuaraan selama 6 tahun berturut-turut
Pemain Volleyball Sapphire 3 tahun berturut-turut
top 20 untuk Marathon HAW 07/08
muka yg selalu muncul dlm video Sapphire contoh : Video MCB "28 days later" , Video Nasyid IAW, dan Opening Video Sapphire dan banyak lagi video
Tuk Juara persembahan Dikir Barat Batch Anniversery
Tuk Juara pertandingan dikir barat interhouse
Tukang karang a.k.a leader pertandingan boria interhouse
pernah bermain bola sepak untuk sapphire dan menang 3-2

dan lain-lain lagi. terima kasih.

sayalah yg berjoget, sayalah yg menyanyi, sayalah yg menangis2 ala2 over,sayalah yg bersukan tu.

Muka pentas bak kata orang tapi saya tak kisah.
cuma saya nak bagitau, saya bakal menduduki exam Further Maths isnin ini. doakan saya ya. telah saya aminkan doa-doa kawan saya terhadap paper p3 walaupun saya tak amik tahun ni.

so, kepada sesiapa yg terbaca, mulai sekarang jangan buat muka ala2 terkejut dan kebingungan bila saya kata saya ambik further maths. nanti saya tampar.

ok. off topik.

~~~

selama Malaysia tertubuh selama 52 tahun ini, tak banyak berlaku perselisihan faham antara kaum-kaum yg terkandung di malaysia.ini menunjukkan betapa orng malaysia mampu bertoleransi dengan kaum yg berbeza.

fakta penting : orng melayu sangat menjaga perasaan antara satu sama lain. mereka lebih memilih untuk memendamkan perasaan demi tidak mengaibkan siapa3. ini yg uniknya orng melayu. jika ada perasaan tidak puas hati, mereka jarang berterus terang. mereka lebih terdorong untuk mengumpul pendapat di belakang atau nama elegennya "mengumpat"

fakta penting : orang cina sangat terkenal dgn sifat berterus terang mereka. ada yg tak puas hati ke, apa ke, tak main ah pendam2 mcm orng melayu. kt situ jugak mereka selesaikan. laser tak laser, melertzz tak melertzz janji masalah selesai. sebab itu orng cina ramai yg berjaya sbb depa tak suka guna masa terluang untuk mengumpul gossip-gossip hangat.

fakta penting : orang india memang diakui antara kaum yg bila kita dgr depa cakap, dengan lidah-lidah kita rasa terbelit. kelajuan dan kepantasan mereka dalam berbicara menyebabkan mereka diberi jolokan "dewa auta". *sila rujuk penulis untuk penerangan lebih lanjut*.

dan juga kaum-kaum lain, mereka punya identiti sendiri.

ini cerita betul kenapa orng Malaysia hidup aman sejahtera.


sirah pertama
dlam kelas fizik, saya duduk bersebelahan dgn seorang rakan saya yg boleh dikira hensem la, dia cina. satu hari, kami ada test fizik paper4. disebabkan kami ni pelajar yg rajin belajar dlm kelas jer, so ala2 terpinga-pinga jugak la jawab. saya tengok dia dia tengok saya tengok dia balik, senyum.

"jom, ko buat separuh, aku buat separuh, then kita copy jawapan sama2"
"jom!! bijak lah u.."
ditakdirkan bahagian yg saya buat banyak salah, saya rasa bersalah.
"eh, soory ah bro, aku x habis study gi, sebab tu salah banyak"
"ah, orng melayu memang selalu dengki dgn orng cina"

*fakta orng cina terbukti*
saya tersengih.


sirah dua
hari itu, saya mahu keluar ke tanjung malim dgn kawan saya.
bahagian paling menakutkan bila mahu keluar masa kelas ialah sewaktu ingin meminta kebenaran daripada house master.

muka bengis, misai kumis mata tajam. gerun saya melihatnya.

tapi perkara ajaib terjadi. house master tidak byk songeh pulak hari itu. dia amik kertas saya, tandatangan, dan terus bagi. saya terkedu. mungkin saya bekas pelajar ICT dia kot. atau mungkin dia mood baik kot. haruslah saya minta maaf nanti sebab sebelum minta tandatangan itu, dah banyak andaian yg telah saya buat. dah banyak pendapat saya kumpul bersama teman-teman wanita.
*fakta orng melayu terbukti*


sirah tiga
suatu hari saya terdengar perbualan antara cikgu sukan saya berbangsa india berbicara dgn pmandu kereta kolej. banyak benda yg mereka sembangkan. pasal kolej, pasal perangai isteri, pasal hutang sampailah kepada topik "gunting rambut"
pak cik : u rasa kat tanjung malim ada kedai gunting rambut yg memuaskan hati tak ? *sambil mengusap kulit kepala *read kepala botak*
cikgu : ada, satu kedai dekat dgn maybank itu. murah jer.
pak cik : oh, kedai india tu eh? kemas ke?
cikgu : ish, u jgn pergi itu kedai india la. x kemas. diorang cakap berbelit-belit, pergi itu kedai cina sebelah kedai dia. bagus punya..

*fakta orng india tepat*

nota: cikgu sukan saya berbangsa india.



sirah empat
award day memaksa saya menempah blazzer baru untuk dipakai nanti. lagaknya, Raja muda Raja NAzrin bakal datang. jadi, pakaina formal sangat diwajibkan. saya tempah blazzer di sebuah kedai milik bangsa cina "styler tailor".
sebelum ke kedai itu, saya ada terjumpa kedai tailor "apollo" dan bertanyakan perihal balzzer ini.

muka masam- mulut muncung-mata kuyu-jalan malas-malas. ah, hilang selera saya nak bertanya. sudahlah metekkan harga top blazzer sahaja pada harga rm500!! ko hengat ko chanteq nk letah harga tinggi2? dah la cutting tak lawa, kain murah ala2 tekstur kain baju hujan, jahitan tak kemas. terus saya berlalu dengan kekwatnya sambil melibas selendang ke tepi *tetiba

ah, sewaktu pak cik tu mengambil ukuran seluar saya, dia betanya

"u mau pakai ini seluar atas pusat ka, bawah pusat?"
"bawah pusat la uncle, bagi londeh sikit"
"bagos2, u jgn maa pakai seluar tinggi2 maa, itu orng india punya style. x lawa"
"heheh" *saya tergelak sebab tgk uncle tu tuck in seluar dia paras dada*


begitulah antara bukti-bukti kenapa negara malaysia masih utuh berdiri sampai kini.

hidup demokrasi!!

_saya yg menulis_

Susahnya menjadi Lelaki Kacak

gay.
ya.
kata kunci hari ni ialah gay.

edisi kamus inggeris lama memberi maksud orng yg girang dan periang.
hai, you look so gay today.

edisi kamus terkini membawa maksud mencintai kaum sejenis.
jika anda mempunyai wajah atau paras rupa yg kacak dan berperwatakan seperti jejaka yg menjaga kemaskulinan, anda dianggap tidak normal jika tidak dituduh gay.


situasi satu.
hari itu saya pakai seluar jalur warna biru gelap, tali pinggang kulit hitam gelap, kasut kulit hitam berkilat dan baju pink. ya. merah jambu(jgn cuba bayangkan warna kulit saya). masuk je kelas pengajian ekonomi, saya diserang oleh seseorang
"hei, u look so gay lah with pink shirt"
"so what if i am really a gay?"
"how can you choose that colour. a guy shoudn't wear pink!!"
"who are you to decide which colour is suitable to whom? and you are wearing a black blous, is that nice to a girl, expecially u? black is not feminin"
...
and the conversation kept on going until i decided to keep silent.

tengok? suka hati jer kan main tuduh-tuduh orang gay berdasarkan warna baju. suka hati r nk pakai kaler apa. tak suka tengok tak yah pandang ah. tetiba emo.


situasi dua
belakangan ini saya selalu ubah fesyen rambut. saja-saja ubah. sebab saya fikir orng xkan perasan perubahan itu.
ah, tanggapan saya silap.
"ei, u look so gay lah with long hair"
"so what if i am a gay?"
"i hate la to see that long hair, it makes you look preetier, as in not applicable for a guy.."
*ko hengat rambut ko chanteqq sangat* sumpah saya dalam hati. kasa dawai pon lagi lembut la wei dari rambut ko...

tengok?suka hati jer speku sapa-sapa yg berambut panjang itu gay. habis faizal tahir?jamal abdillah?amy search? jehan miskin? siti nordiana *lagi sekali ketiba-tibaan* ? adakah mereka gay?
tidak! mereka semua itu sudah beranak-pinak cucu cicit ciut miut dah pon.

nak buat macam mana, dah dikurniakan rambut lurus bermaya ikal mayang, simpanlah sebaiknya. lagi-lagi kalau paras rupa yg kacak bergaya, kombinasi ini menyebabkan anda kelihatan sgt tampan. *diskripsi ini bukan berkenaan diri sendiri, ia sekadar ulasan secara umum*


situasi tiga
zaman sekarang, anda dilarang untuk berkawan dengan sapa-sapa secara rapat. jika anda sentiasa dilihat kemana-mana saja bersama
makan bersama
pergi surau bersama
pergi kelas bersama
main sukan bersama
jogging bersama
belajar bersama
bersedialah untuk mendapat bekalan pahala berlipat kali ganda kerana akan ada setan-setan di belakang anda akan mengutuk, mengumpat, mencerca anda sehabis baik. kesian kan kepada setan-setan ini? tak fasal-fasal dapat dosa kering, disebabkan anda jejaka kacak bergaya.


situasi empat
normal jika melihat perempuan-perempuan bila bersalaman, mereka melaga-lagakan pipi mereka.

normalkah jika lelaki bersalam sambil memeluk erat sahabat mereka?
normalkan jika lelaki bersalam sambil memeluk erat sahabat mereka?
pada saya, ia sepatutnya normal.



betul. saya rasa dunia akhir zaman ini melampau. penilaian manusia semakin tidak adil.
ada saja yg tak kena dimata mereka.


itulah bila manusia merasakan dosa yg mereka lakukan itu adalah suatu kebiasaan.
bila manusia menjadikan dosa itu satu permainan.


itulah bahana bila mengumpat itu menjadi kebiasaaan
itulah bencana bila berdiam diri itu menjadi perkara luar biasa.





susahkan menjadi lelaki kacak?

Dear Friends...

Exam A-level dah bermula
Maka di sini saya ingin memohon jutaan kemaafan kepada semua yg mengenali diri saya
manalah tau dalam diam2 atau bising2 saya ada termengumpat anda
mana tau dalam post2 kt blog nie ada yg terasa

oleh yg demikian
dari hujung ubun-ubun rambut tajaan clear hingga ke hujung jari kaki yg siap bermanicured ini *tetiba tiru midi*
saya menyusun jari memohon keampunan
majulah exam untuk semua

disini saya lampirkan sedikit sajak tengah malam gaya tak sedar diri exam dah dekad
ia dituju khas kepada siapa2 yg membacanya
terima kasih

saya mewakili budak-budak sapphire the house of glory
ingin mengucapkan

selamat maju jaya kepada semua
Semoga segala impian kawan-kawan akan tercapai
hmm
semoga segala usaha yg telah kita lakukan mendapat keberkatanNya
amin


Kenapa Hari Rabu Istimewa di KYUEM??

"huh. dah lama saya tidak menulis post baru di blog sapphire. jutaan kemaafan kepada pembaca setia blog ini yg sentiasa menunggu kehadiran post2 yg tak seberapa nie. maklumlah, sekarang kan tgh exam. sampai tak tahu nak tulis apa"

"ah. 5 minit saya duk depan laptop. akhirnya blurr tataw nak tulis apa. x jadi post"

"hmm, dah lama x jenguk blog nie. dah berhabuk barangkali"

"hai pembaca semua (kalau ada la..hehe :p), maaflah banyak2 sebab tak post benda2 baru kt sini. alah, buka korng taw taw kan sekrang sibuk sikit. sampai nk update blog pon x sempat. hehe.. "

...

...

...

ha. macam tu mukaddimah saya hari ni. kepada blogger2 kt luar, anda rasa quote2 kat ats tu familiar?? sesungguhnya ia sangatlah familiar dalam kalangan blogger yg bajet blog depa hot giler! no offense :p

"alah, apa masalah ko nak kutok2, biarlah depa, tu blog depa"

ha. sebab takde masalah la saya kutok. ngeh3. bukan kutok ah. saya nak letak quote of the day hari ini. jgn marah ye kepada blogger2 yg suka guna quote di atas. ketahuilah kalian, ia bukan satu dosa.

~~~

tamat selingan.
tahu satu sebab kenapa saya suka klej ini? sebab hari rabu kt sini sangatlah spesel. hmm. bnda ni jarang jumpa kt kolej2 yg lain.

katanya, sebagai persediaan untuk ke luar negara, pelajar mestilah bersedia bukan saja daripada segi mental dan fizikal mahupun rohani, gaya pemakanan di barat juga mestilah dapat disesuaikan dengan perut orng malaysia ni.

kata orng malaysia tulen, sehari tak makan beras rasa mcm x lengkap hidup ni, yedok?

hari rabu makanan kt Dining hall berbeza dgn hari lain. sebab pagi2 sarapan dia ala2 sarapan orng barat gitu.
Menu sarapan hari Rabu
sosej ayam yg dipanggang atau direbus dua batang
secedok scramble egg yg menjadi kegilaan budak2 kt sini.
sesenduk bake bean with tomado sos atau nama aslinya kacang panggang bersama sos tomato
renjisan black paper
jus oren
side dish toasted bread

ha. menggiurkan kan pembaca setia saya?

kalau tak masakan lah ada 2,3 orng pelajar kt sini akan kemurungan sepanjang hari jika terlepas sarapan hari rabu. bagaikan kehilangan separuh drpada kehidupannya. ha mcm tu exegerasinya. ada yg sanggup korbankan waktu tidur paling best iaitu selepas subuh smeata-mata tak maw terlepas sarapan hari rabu ni.


tapi, lunch dia makan nasik la. bak kata pepatah dimana tumpahnya kuah kalau x ke nasi, diamana tumpahnya nasi kalau tak ke perut. mana mungkin tahan tak makan nasi sehari. makanan ruji beb.

ha. yg ditunggu tunggu jua ialah menu dinner hari rabu!!!
setiap minggu menu akan bergilir-gilir antaranya

chicken chop with black paper sos + french fries +jus oren
double chicken burger with french fries and salad + jus oren

Italian Spaghetti blonggenese with mushroom sup and toatsted bread + jus oren

French Pasta with mushroom sup + toasted bread + jus oren

Lamb Chop with black paper sos + french fries + jus oren

Fried Chicken KYUEM style with coeslow and mash potado + jus oren


ha. meleleh leleh air liur saya menaip menu-menu ni. adeh. sodapnya.

baguskan polisi kolej ini demi menjaga kesihatan perut2 pelajarnya.



apa lagi yg anda rasa istimewa di kolej ini selain menebang pokok-pokok tumbuh merimbun demi memberi kepanasan kepada para pelajarnya. ini salah satu cara kolej menolong menyelesaikan masalah recession pada ekonomi negara sekrang.

Ho : semakin panas kolej semakin tinggi bil elektrik yg perlu dibayar
H1: sebaliknya.


maka, penggunaan air-cond yg begitu berleluasa akibat kepanasan yg melampau akan meningkatkan perbelanjaan ke atas bil elektrik. maka lagi banyak duit digunakan meingkatkan jumlah perbelnjaan keseluruhan negara. tahniah! (kalau anda x faham, abaikan)

Ho: accepted


kesitimewaan kolej ini yg memiliki para guru yang OMG-gila-gila-nak mati- yg bila tengok dalam kelas sangat sopan- tapi bila buat persembahan satu dewan pengsan- sebab dia main gitar- dan buat catwalk-gaya mengalahkan budak-budak- dan pakai spek mata liplapliplap sambil main gitar secara miming- dan berlakon jadi budak-budak tak cukup umur. OMG !!! (permulaan ayat dan pengakhiran ayat yg sempurna dgn penggunaan OMG)

atau anda lebih suka kolej ini yg begitu menitikberatkan (kenapa kita beratkan titik ha?) penglibatan pelajar dalam aktiviti yg melaghakan. haha. melaghakan ya? yg bila time exam week pon ada pelbagai program berlangsung yg secara langsungnya menunjukkan kehebatan budak2 kolej memanipuasikan masa yg ada?

istimewa anda tidak seperti istimewa yg saya rasa.


pada saya, bukan akak cafe yg suka emo tak tentu pasal yg istimewa
bukan mak cik dining hall yg suka jerit2 tak tentu hala yg stimewa

bukan juga dgn bilangan kucing yg begitu banyak seperti byknya tahi mereka yg istimewa
ataupun
bukan juga sebab penebangan pokok yg berleluasa (still x puas hati dgn tindakan menebang pokok ini)

bukan juga sebab pak cik cleaner yg suka hisap rokok kt tepi chalet saya



tapi bagi saya..



sob3..(nanges3)

kawan kawan teman teman rakan rakan taulan taulan sahabat sahabat kenalan kenalan

yg SANGAT istimewa di kolej ni.

tahu tak perasaan ini?
"perasaaan seperti kehadiran anda dalam hidup mereka seperti dihargai dan begitu berharga"

uhuk3.

secara peribadinya, saya mahu mengucapkan terima kasih kepada chlaletmet saya kerana sila baca post ini

tahla. tiada kata lah mampu diucapkan. nanti dituduh jiwang dan over plak. hmm. hanya kat sini sajalah mampu saya mengutuskan ucapan terima kasih kepada semua
kawan kawan
teman teman
rakan rakan
taulan taulan
sahabat sahabat
kenalan kenalan
yg telah membuatkan hari rabu saya bertarikh 13 Mei 2009 paling berharga dlm hidup saya.
Hanya Tuhan yg tahu perasaan ini, dan hanya tuhan yg mampu membalasnya.
sungguh, saya rasa sgtlah bahagia.

kata kawan saya,
"Bila dah nak masuk 20 tahun ni, jgnlah duk fikir nk buat perkara terakhir yg boleh dilakukan sebagai seorang remaja, tetapi fikirlah perkara yg memberi persediaan untuk kita menjengah alam dewasa kelak"

Saya doakan agar persahabatan ini akan berkekalan hingga bila-bila
Doa saya juga semoga kita semua berjaya d
alam exam A-level yg bakal menjengah (dah menjengah dah pon)
jom sama kita berusaha


Ya Allah, berikanlah kami ketenangan hati
lapangkanlah dada kami
Kau kurniakanlah petunjuMu
Ya Allah
S
ekiranya kejayaan itu mendekatkan kami kepadaMU

berikanlah kami kejayaan seperti yg kami impikan

Berikanlah kami kebahagiaan
di dunia dan akhirat


amin



-saya yg merasa-

Surat Chenta untuk Jejaka Jauhari.....




Kisah cinta kali ini bermula dengan sepucuk surat yang terkandungnya seribu satu makna daripada hati seorang gadis jauhari ditujukan kepada jejaka idamannya... (ok i know... eeuwww....bear with me...)


Kisah cinta ini berakhir juga dengan surat chenta yang sama.....bagaimana bermulanya cinta ini? apa kesudahan kisah cinta ini? siapa? mengapa? bagaimana? Mari kita selami hikayat cinta agung tragedi komedi.....


runut bunyi: Di Taman Eman
Artis: Datuk Muhammad Herman Rawi


Ke hadapan saudara her*** yang berada nun jauh di lembah penuh gundah, saya di sini sihat walafiat. Saya berharap abang(eeuww gila nak mati) ***man dan seluruh warga keluarga P-31 juga sihat.

Sebenarnya, saya ingin memberitahu sesuatu...COP! tak best la guna saya...so da formal.... guna 'aku' tak sweet la plak nak jiwang2 nih...urmmm apa kata saya bahaskan guna nama bukan sebenar saya- 'siti' .... oklah tu.... START OVER!

Saudara **rma*, sebenarnya, ada sesuatu yang mustahak yang ingin Siti beritahu awak.('awak' ok kan? tak terdaya nak tulis abang). Setelah dekat dua tahun kita mengenali hati budi masing-masing, hati Siti bagai dirampas...mengapa mau rampas puteri beta? mengapa mau rampas puteri beta? tak ingatla, 2 kali ke 3 kali furqan ulang? ntah....tetibe...

Siti ingin memanjat setinggi2 kesyukuran kerana telah dapat bersama awak. Siti tertarik dengan keunikan yang awak ada... kualiti dan ciri-ciri awaklah yang siti cari selama ini...

Kita mula berjumpa di tutorial...Ya, tutorial...juga di kelas blok satu dan lima. Ingatkah awak pada zaman EWS1 di mana our paths crossed again semasa kita berdua tergolong dalam geng mencapaps aka Publisiti Department... alangkah indahnya mengingatkan kembali saat2 bahagia ketika itu, itulah zaman kegembiraan kita dulu...sebelum kita belajar fasal further mechanics..erk...ya saya ingat hari2 itu bagaikan semalam baru saya dan awak menampal poster2 di jalanan tepi dewan selera...(air mata mula berlinangan)

Tetapi, selepas EWS itu, kita mula drift apart... tiada lagi bersembang bergeybang di new block, tiada lagi bermain handfon berkaler orenmu yang boleh berputar 360 darjah...yang sebijik dengan handfon petsibmu kak yam.....(tapi kini, kedua-dua handfon kembar itu telah kembali ke rahmatullah tetapi tidak mengapa, patah tumbuh hilang berganti) handfon baru awak kelihatan lebih bertenaga sesuai dengan potongan rambut awak yang baru...

Speaking of potongan rambut, sepanjang empat sem kita bersama, siti ingat semua gaya rambut yang telah awak peragakan di kolej... daripada rambut cacak 90 darjah ke rambut panjang kusut masai tatkala disimpan demi menjiwai watak dameng dengan lebih mendalam hingga rambut yang leper turun ke dahi....

speaking of physical appearance , awak pernah bercerita kepada siti tentang cikgu di sekolah awak pernah cakap yang rupa awak sama seperti anuar zain... mulanya Siti ketawa kecil tanda tidak percaya tetapi

hmmmmm same ke?? tepuk dada tanya selera....

Pencapaian awak di kyuem juga siti amat banggakan... antaranya( haih.... sori penatla nak tulis ayat penuh2 berbunga2 lagi...list down jelah yer):


  • pelakon CP~ tentera portugis... ingat lagi tak? MEHNE! MEHNE!
  • Tukang Karut Dikir Barat yang dapat naib juara
  • Tukang apetah BORIA yang mantap ittew
  • A level Maths grade A
  • Welfare exco rumah BIRU tercinta
  • ahli pasukan Johan Bola Tampar (...... my ball my ball.........)
  • Vokalis kumpulan nasyid terulung IAW07 dan ICAN 08 DAN 09....
  • Pelakon drama menyentuh jiwa IAW 08
  • BEST supporting ACTOR in bangsawan O8 AND 09
  • dan banyak lagi...
  • owh dan juga PENULIS BLOG terunggul di persada kyuem
Walaubagaimanapun, tidak kira apa perubahan fizikal dan pencapaian yang telah awak kecapi, siti dapati hati awak masih sama. hati awak sama saja dengan hati jejaka yang menjerit MEHNE! MEHNE! di atas pentas CP hampir 2 tahun lalu... ini yang menyebabkan siti pasti bahawa walau sejauh manapun awak merantau sama ada ke birm mahupun kemana jua, siti pasti awak tidak akan berubah...jika berubah pun , mungkin ke arah kebaikan...amin...


~Selingan dalam surat chenta ini~

Kami seluruh warga SAPPHIRE ingin mengucapkan ...
13.may.2009
SELAMAT HARI JADI! HAPPY BURRDAY TO HERMAN a.k.a EMAN a.k.a DIVA SAPPHIRE!


Semoga .Panjang Umur. Murah Rezeki . Cepat dapat jodoh . OOPPS bukan bukan . Moga Jodohmu Berkekalan ~tet~. Moga segala impian dan harapan mu tercapai.

All the BEST in your exams and your future undertakings!!!! - pesanan mama foord..

~tamat selingan, sambung kejiwangan~

Akhir sekali, Siti doakan agar awak senantiasa bahagia walau di mana berada, sewaktu bersama mahupun tanpa siti di sisimu... hanya satu sahaja yang siti pinta, siti harap sangat sangat agar jika tiada aral yang melintang, ....agar.... jodoh siti dan abang herman.......agar jodoh kita.... akan....ish apesal pen ni bengong sangat!!! @#sr%mk!!!(habis hilang segala keayuan)... *dakwat pen abis*


nada serius (bayangkan suara udin):

Legend has it, surat chenta ini tidak pernah sampai ke tangan jejaka itu atas sebab2 yang tidak diketahui... sehingga hari ini, tiada seorang pun yang tahu kesudahan hikayat cinta agung ini...




PS (yang ditulis sebelum dakwat pen habis):

Kain buruk warna merah,
Tulisan buruk jangan marah.




Ikhlas dari hati,

~yang mencintaimu dahulu, kini dan selama-lamanya...



Bila Aku Sudah Tiada

pemain muzik : Bila Aku Sudah Tiada, Hujan
mood : sedih gembira

minggu lepas, hari jumaat, petang lepas asar

yorke : eman(ini kali pertama saya tulis nama sendiri kt post sendiri, rasanya la), arnab aku mati, Pe'on.
eman : wut the F C U K??? mati?? kenapa mati? bila mati" mengapa mati? siapa mati? siapa yg bunuh Pe'on?? ha?? ha ??? jawab!!!! Masyaallah,, ko biar betul..weiii~~~ sedihnya..
yorke : tadi, lepas solat asar, budak pompuan call aku. dia ada dlm bilik lutfi sekarang..
eman : PE'ONNNNNNNNNNNN!!!!! waaaaaa~~

~~~

Pe'on adalah salah seekor arnab yg wujud di kolej, kepunyaan Lutfi dan yorke. dia adalah seekor arnab jantan yg sangat comel!! bayangkan bulu dia sangatlah lebat ala2 kacukan kucing parsi. kalu tengok dari jauh, nmpak mcm bola kapas. sangat comel. dia punya isteri yg putih melepak, namanya Peah.



Kali pertama saya melihat Pe'on, wajahnya sangatlah mirip coet (sob3). sungguh, pe'on mengingatkan saya tentang coet. daripada 4 kaki pe'on, salah satunya berwarna putih, cute kan?? oleh sebab dia bukanlah kepunyaan saya, tidak mampulah saya memberi penerengan yg lebih mendalam.

*terasa bagai karangan fakta tingkatan 3 tak?? kan, kan? bosan aih. ok, tukar gaya*



hujung tahun lepas, kawan2 menghadiahkan saya seekor arnab baru, demi memujuk hati nan lara kerna kehilangan coet yg dicintai. hairan kan, saya tidak pernah pula bercerita tentang arnab baru saya itu.biarlah.

semalam, jumaat genap seminggu pemergian Pe'on menyahut seruan Ilahi. setiap kali melihat ke arah pusara Pe'on pasti saya teringat akan kelincahannya dulu. terasa bagai dia masih hidup dan berlari-lari bersama awok. dan saya dapat lihat pada hari kematian Pe'on, awok sangatlah merasa kehilangannya. pada awok, pe'on sudah seperti abang sendiri. awok sempat hidup bersama pe'on selama 1 minggu.

Bila mengungit kembali saat2 terakhir nafas Pe'on, saya rasa sangat terharu. bayangkan kerna terlalu sayangkan Peah (isteri pe'on) dia sanggup bergadai nyawa demi menyelamatkan isterinya yg tercinta.

hari itu, cuaca sangat panas. budak perempuan yg menjaga mereka lepaskan mereka supaya bermain-main di luar. sungguh, matahari memancar terik hari itu. bagai memberi petanda awal. disebabkan bulunya yg berwarna kelabu dan lebat itu, banyaklah haba terperangkap. maka pe'on mungkin tidak dapat menahan kepanasan itu. disyaki, pe'on mati kerna strok panas atau heat strok. bunyinya kelakar, tapi itu kenyataannya. sob3..


waktu dia sudah nyawa-nyawa ikan (erk, nyawa-nyawa arnab boleh?), waktu itulah dia sedang gigih menindih peah demi menghalang cahya mentari terkena isterinya yg tercinta. hasilnya, dia mati kerna pengorbanannya melindungi isteri yg tercinta. aduhai, mulia sunnguh hatimu pe'on, engkaulah suami yg mithali. moga rohmu dicucuri Ilahi.



Tau tak apa yg paling menyanyatkan hati?
3 hari selepas pemergian Pe'on, "nyet", arnab kepunyaan syahir telah selamat melahirkan seekor arnab yg sangat cute, berwarna hitam dan ia disyaki anak Pe'on!

1, saya sedih sebab Pe'on tak sempat nak tgk anaknya. saya dapat rasa perasaan pe'on sebagai seorang ayah yg bakal mempunyai anak-anak seramai 4 orang. (eh? )
2, saya sedih sebab anak yg tidak berdosa itu lahir kedunia tanpa merasa kasih sayang seorang ayah. dan saya ragu-ragu takut ia bakal didera oleh syahir. ngee~ oleh kerana bila ia dilahirkan, rupanya seakan-akan badak sumbu, syahir menamakan dia ippo. comel kan??



kalian!!!! hari ini, isterinya Pe'on, iaitu peah telahpun selamat melahirkan 3 ekor anak pagi tadi. jadi datuklah aku. tetiba. saya dan yorke tengah berperang kerna masing-masing nak mengaku arnab itu adalah hasil dari arnab masing2. haha.

inilah perasaan menjadi datuk, tahu?

rasa sangat bersyukur sebab zuriat terus bersambungan. tidak kesahlah dia anak peon ke, awok ke, tah2 anak ippy kan?? ngeh3.. yg penting depa selamat. oh, seekor telahpun mati selepas semat dilahirkan.



post ini adalah khas untuk arwah Pe'on yg dichentai.

(tukar mood sedih)

biasalah,
tiada yg kekal di dunia ini

semua yg lahir akan pergi

semua yg hidup akan mati

yg patah kan tumbuh kembali

yang hilang akan berganti


setiap pada kelahiran
pasti akan ada kematian



maka kita yg masih hidup ini ambillah pengajaran
jgn kita leka dan alpa

kerna maut boleh berkunjung
tanpa khabar tanpa berita



Ya Allah,
kau tempatkanlah Pe'on itu di syurgamu nan abadi

Limpahkan berkat dan rahmatmu pada Yorke dan Luthfi

sesungguhnya mereka sangat menyayangi Pe'on
aminnn..




yg sedih,
-awok :(-

ape crite swimming gala sapphire??

swimming gala bagi perenang2 wanita telah dilangsungkan pada 29 april 2009, rabu...pada pukul 4.30..(lebih kurang mcm tu la..)...bagi perenang lelaki pula ialah semalam iaitu hari selasa, 5 mei 2009...

sapphire sungguh bertuah kerana mempunyai ramai atlet2 yang mampu menimbulkan diri di dalam air serta aktif dalam aktiviti air....pada hari tersebut mmg sah ramai yang kelihatan seksi...yelah,,nama pun berenang..kalau pakai tebal2,ade harapan untuk takkan timbul...so,camne nk menang??jadi,,kalau nk menang haruslah kelihatan seksi untuk beraksi.......(amaran : hanya keseksian di swimming pool...jgn salah tafsiran..harap maklum..)

antara acara yang dipertandingkan ialah:

1. breast stroke
2. free style
3. relay (4 x 50m)
4. dress the dummy
5. gladiator


bagi wanita dulu ye..bak kata pepatah omputih,,,..."ladies first.."

untuk acara breast stroke, sapphire telah menghantar perenang NAB dan telah berjaya menggondol tempat KETIGA..walaupun pada mulanya agak cuak dengan pihak lawan yang tidak kurang hebatnya,tetapi berkat sokongan daripada sapphireans yang hadir telah memberikan NAB semangat untuk menamatkan acara beliau dengan jayanya....

seterusnya, bagi acara free style pula....sapphire dengan bangganya mempersembahkan 2 org perenang lagi iaitu LISA dan AINAA' KAMILA.......walaupun tidak mendapat tempat tetapi tetap membanggakan...

acara relay pulak..sapphire telah menghantar 4 orang perenang wanita yang tersohor dalam sapphire iaitu:

1. AINAA' KAMILA
2. LISA AMANI
3. SYAHIDAH DEEN
4. NAB

mereka sungguh gagah sekali dan telah berjaya memberikan saingan sehat kepada house lain...
usaha mereka tidak sia2 dan telah membuatkan semua sapphireans bangga dengan mereka2 ini...

acara dress the dummy pula sapphire telah menghantar perenang2 yang cukup tangkas..antaranya ialah

1. AMEERAH ANIS
2. J-LO
3. RABIATUL ADAWIYAH
4. YATZ
5. KAMMY

disebabkan sapphire memilih KAMMY sebagai DUMMY pada tahun ini,secara rasminya acara tersebut bertukar menjadi DRESS THE KAMMY!!!tapi untuk sapphire je lah...house laen tetap mendresskan dummy mereka....
mereka2 ini telah berusaha bersungguh sehingga basah berpeluh2 dan akhirnya berjaya mendapat tempat ke 3....

last but not least...
acara GLADIATOR...bunyinye macam nk lawan perang je..tapi sebenarnya acara ini sangatlah sopan sekiranya anda mahu kalah..tetapi kerana terlalu taksub untuk menang, pasangan ATTIYAA dan ASYIQIN telah bertungkus lumus menumpaskan pihak lawan sehingga ke titisan peluh yang terakhir dan berjaya mendapat tempat PERTAMA!!!!
untuk makluman semua..pasangan yang ke dua juga tidak kurang hebatnya iaitu KAK BANDUNG dan UYA(batch 11.5)..mereka telah berjaya pada peringkat pertama tetapi sayangnya ditumpaskan di saat2 akhir...

sekarang pula masa untuk mengumumkan kemenangan guys sapphire yang gagah2 belaka perenangnya.....

untuk acara breast stroke, sapphire telah menghantar perenang CHAKOI.......!!!!!!!!
beliau telah berjaya membuktikan kehebatan beliau dengan mendapat tempat PERTAMA!!!!

acara free style pula,,saudara JUSTIN telah mengharumkan nama sapphire dengan kejayaan mendapat tempat ke 2........!!!

acara relay pula tidak kurang hebatnya..sapphire telah berjaya mendapat tempat ke 2!!!!
memang hebat!!!!antara mereka2 yang terlibat dalam acara relay ialah:

1. CHAKOI
2. MUZAFFAR @ BOBO
3. IQMAL
4. JUSTIN


acara dress the dummy pula...oleh kerana dummynye bukan kammy,so guys sapphire tetap bertanding untuk acara dress the dummy instead of dress the kammy............
antara mereka2 yang berjasa ialah...

1. AIMAN THE HOUSE CAPTAIN OF SAPPHIRE
2. JIJUL
3. MISHAN
4. HAIRUL
5. LUQMAN


untuk pengetahuan semua..sapphire teah mendapat tempat ke 2 dalam acara ini...
lastly..untuk acara gladiator...walaupun kita tidak memenangi acara ini..tapi jangan risau..anda tetap merupakan gladiator di hati sapphireans!!!!next year boleh try lagi..dun give up!!
antara gladiator2 sapphire adalah :

1. AIMAN & HAQ
2. HAIRUL & LUQMAN

kesimpulan yang dapat dibuat ialah...

sapphire memang hebat!!!!
tak dapat dinafikan...
sapphire mempunyai banyak bintang2 yang berbakat dan bersinar2....

tahniah kepada semua yang terlibat dan terima kasih!!!!
akhir kata..majulah sukan untuk SAPPHIRE!!!!!!!!!!!

birthday siapakah hari ini????

haaa....
persoalan yang sangat bagus...
hari ini, bersamaan 5 mei 2009 merupakan ulang tahun 3 org sahabat kita dalam HOUSE OF GLORY!!!

siapakah mereka2 yang dah tua ini??

  1. kamilia aishah @ kammy @mak lenggang
  2. mustakim
  3. ili hakima

fuh..!!ramai sungguh yang berkongsi ulang tahun hari ni..tapi terlalu banyak yang mempromosikan birthday jelitawan kammy kita...yela kan..kammy mmg suka di famouskan..
gmbar2 die merata-rata di seluruh kolej..sampai nk boring ditatap saban hari..bermacam-macam style..pelik2 pulak tu..nasib baik la sehari je..kalau lebih dari sehari, boleh juling mata students kyuem ni..hahaha..(sori kammy....!!)

kammy..sape x kenal kammy kat kolej ni...mula induction smpai sekarang x berubah2..sama je..
masa induction, mengaku GORGEOUS...lepas bangsawan 09 jadi mak LENGGANG...
tapi sekarang.......hemm,,ssh nk labelkan....fav. kaler die oren..hobi bercakap tanpa henti..cita2 pelakon terkemuka...(bangsawan punya pasal...)

orangnya sangat lah rajin..banyak keje yang die wat..
tak larat nk senaraikan..
yang penting semua kerja yang diberikan akan dilaksanakan dengan tekun, jujur dan amanah..(jujur tu kurang pasti...)
kammy = our vice house capt. yang merupakan fopd exco tak jadik..
nasib baek gagal dalam usaha menjadi food exco, kalau x, sapphire xkan dapat vice macam kammy...(bersyukur lah kalian....)sayangilah kammy selagi mampu...huhu...

selain itu..(erm..bagus,penggunaan kata sendi yang bersesuaian...tahniah..!!)...kammy juga merupakan pencipta OPEN TWISTO2 yang pada mulanya hanya dia seorang je yang mampu melakukan dengan laju dan lancar tanpa sebarang kesesakan lalu lintas...(tersekat2)...
orang len buat sume macam2 fesyen jadiknye..
ade yang jadik macam tiang@tunggul..ade yang buat macam burung patah sayap..macam2 lah..
tapi kammy mmg hebat...teror la katekan dalam melakukan OPEN TWISTO2...thanx a lot kammy!!we love you!!!!!

tambahan pula...(kata sendi lagi..bagus..)...beliau juga sangat la power dalam bermain volleyball..
kalau dah smpai turn die serve..bapak r..jauh giler r..sampai kitorg yang team die ni pun jadi gerun stiap kali sampai turn kammy....
taun depan lagi k kammy!!!!

akhir kata...(jari dah penat..).....

HAPPY BIRTHDAY KAMMY!!!!!
SWEET 19!!!!
WE LOVE YOU!!!


sori xder hadiah..hehe...hanya kata2 yang dapat diberikan buatmu yang hari ini dah tua dari biasa...jangan risau dengan segala kedutan di wajah...ada banyak produk bersesuaian di pasaran..

tidak dilupakan...mustakim dari batch 11..yang menyambut hari lahirnya yang ke 19 hari ini.....meskipun tidak banyak yang diceritakan tentang dirimu..tetapi..percayalah...birthday mu tidak dilupakan....

HAPPY BIRTHDAY MUSTAKIM..!!


kepada seorang lagi ahli sapphire yang turut menyambut hari kelahirannya yang ke 18 hari ini...ILI HAKIMA!!!tahniah!!!anda antara yang bertuah pada hari ini...tahniah sekali lagi...!!

ili merupakan salah seorang batch 11.5....berasal dari kelantan dan disponsor oleh BNM....
seorang gadis yang berkulit sawo matang dan tidak tinggi dan tidak juga rendah...dalam erti kata lain,normal la ketinggiannye....orang nye pown normal jugak...(harap2 kekal normal di hari yang berbahagia ini....)

seorang yang sangat rajin...ini terbukti kerana masa house trip pun study math..mmg kiasu la...
igt kan org sapphire ni ade yang kiasu econs je..kiasu math pun ade jugak....(kalau ade yang terasa harap maaf.. :) ..

sempena hari yang bahagia ini...marilah kita menyanyikan lagu yang lunak untuk ILI...

ALLAH SELAMATKAN KAMU......
ALLAH SELAMATKAN KAMU.....
ALLAH SELAMATKAN ILI HAKIMA....
ALLAH SELAMATKAN KAMU....

SELAMAT HARI JADI ILI HAKIMA!!!!
JGN SEDIH KERANA SUDAH TUA......
SENYUM SELALU DENGAN HARAPAN KE'TUA'AN ITU TIDAK BEGITU KETARA....



apelah nasib....internet terlalu jeles dengan mereka2 yang birthday ni...nk upload gmbar pun terpaksa menanti berkurun2...harap maaf atas segala kesulitan yang dialami.....

Kisah Lama Yang Dah Berhabuk

Petang esok ada swimming gala
ramai sapphire bersorak-sorai

assalamualaikum pembuka bicara

sebelum saya bermulut murai

ah. ini satu cabaran. cerita tentang housetrip dah laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaama berlalu, dah byk blog dah yg post pasal housetrip. ish x suka la perkataan housetrip ni. hmm..apa kata jalan-jalan Cherating?

Ha, jalan-jalan cherating ni dah nk dekat sebulan dah berlalu, tpi penulis blog ni tetap berdegil untuk tulis. tahu kenapa?

pokok hijau daunnya lebat
tapi kini tinggalah dahan

wireless connection sangatlah lambat

nak update gambar berjanggut penantian


sekarang, hambik fether duster, lap habuk2 tuh.

17 April 2009

rumah sapphire rumah gemilang
warna biru berkibar kibar

Destinasi Cherating menjadi pilihan

dara dan teruna tak sabar-sabar

selepas berperang dengan trial exams hari tu, keluarlah segala jin-jin setan-setan dan makhluk2 lain meninggalkan kyuem tercinta. sepilah kolej itu melainkan tinggalnya budak2 diamond yang katanya bertolak pada esoknya. ish2, kesian depa.

bertolaknya pukol 3 petang kalu x silap, kan? haa, buat kebanyakan orang inilah kali pertama mereka naik bas selama lebih kuwang 8 jam tambah tolak. ha, berdarah punggong kan duduk lama-lama atas kerusi? selang masa 8 jam tu diisilah dgn perkara-perkara bermanfaat
melayan mp3 sambil nyanyi2 tanpa menghiraukan pitching lagu
meroyan bersama kamera baru
gossip2 panas yang terkumpul semasa berada di kolej
main kad
buat group dan buka cerita-cerita seram kat sekolah lama ..adeih~
baca buku econs *OMG!!!! bayangkan sorang budak yg teramatlah kiasu ini telah meluangkan masanya dgn menelaah subjek econs!!! malangnya, dia tidak tercalon sebagai Mr. Kiasu. hehehek..
khusyuk mendengar cerita seram

tak perlulah la kan nak describe mcm mana bas tu gerak, lalu jln apa, berhenti brapa kali, makan apa kt R&R, berhenti kencing brapa kali, menguap berapa kali, gelak berapa kali sebb tgk citer senario.. kan..kan..kan?? bosan ah..

dipendekkan cerita, kami sampai dalam pukul 9.00 mlm kot..tah.lupa dah. hik2.

tempat menginap dia sumpah best wow. Namanya Residence Inn. masyuk giler ah. Yang paling tak leh blah ialah kami (penghuni bilik 17) ambik masa 30saat berfikir mcm mana cara untuk buka pintu bilik. yela, slalunya ada tempat untuk sumbat kad tu. duk tilik lama2 kad tu, xde plak arahannya.

kitorang jerit "open sesame". x jadi gak.
tendang2 pintu, kukuh gila.
tah2 kena guna loghat pahang tah.. "hei, bukoklah!!!"
haha. memang tahap cipan ah jakunnya sebab sebenarnya kad tu just perlu disentuh je pada pintu tu. otomatik, pintu ter "unlocked". cis. touch n go ke.. kata 4 bintang kan...

perghh..dinner kat kedai pak abu memang 1st class ah. terasa bagai balik ke kampung halaman plak. ada ikan bakar, lauk-pauk best, ulam-ulam segar dan buah-buah. yg paling mantap ialah budu dia, memang citarasa malaysia! Mr. Alderson pon tak ketinggalan merasa pati ikan bilis itu. layan ah pak abu!
cawangan pak abu di Cherating
mlm tu ada yg terus terjun ke dalam kolam. tah hape2 kan, walaupon kt kolej ada kolam ,kami tetap teruja untuk berendam didalam kolam tuh.
rasa air xdelah berubah pon, xdelah rasa air milo ke, sirap ke, bandung ker, klorin jugak rasanya. pastu main suka-suka hati jer buat bising tengah2 mlm buta kan?

dah. penat main air. tidur.

makan nasi berulam timun
dicicah pula budu diraja

residence Inn sangatlah anggun

hinggakan kami tak tidur lena

xoxo
econslover

18 April 2009

hari ini ada amazing race. tahu kt mana??kat tengah2 pantai yg panas terik gila tuh! pemilik-pemilik kulit cantik dan gebu mulalah risau akan kebakaran kulit yg bakal mereka alami nanti, tetapi tidak pula pada mereka yg memiliki skin colour "dark brown and beautiful". apa nak kesah, xde bezanya pon. keh3..

saya rasa sgt rajin untuk analisa keenam-enam clue cek point itu. segala cemuhan, kritikan, ejekan, terjahan, dan segala yg berkaitan harap diampunkan.

clue pertama
"sebuah batu besar di tengah2 gelanggang bola keranjang"
jenuh juga kami berpikir sebab tak nampak pulak kelibat gelanggang bola keranjang kt tepi pantai tuh. tilik punya tilik punya tilik, salah sorang member grup terpikir
"eh, depa kata clue tu berkenaan orang yg jaga cek point..bukan pasal tempat ke..apa ke.."
ha teruslah kami terfikir pelakon terbaik bangsawan yg menjadi batu iaitu saudara azizul. depa plak satu, napalah duk tempat paling hujung dunia..jauh tau tak..jauh.. sampai2 je, nmpak kelibat jijul ngn maba. tahulah kami gelanggang bola keranjang tu sapa...

game kt sini ialah pass gelang getah guna straw. agak menarik sebab ada yg hampir2 tercium mulut. haha. buat pengetahuan semua, saya assume straw yg digunakan adalah straw yg telah digunakan oleh group lain. maka, eeeeuuuuwww~~~ lah jawapan yg tepat.

clue kedua
"captain jack loves his treasure"
clue ni antara yg straight to the point sebab sapa lagi kapitan kan?? berlari-lari anaklah kami mencari aiman ariff dan jelitawan izzi.
aku paling x suka game "spongebob bla bla bla" ni. sebab bayangkan anda dikehendaki menyelam dalam besen yg penuh dgn air untuk mengambil gula-gula mentos menggunakan mulut. ok, part ni ok lagi. yg tak ok ialah air di dlm besen itu telah bercampur sebati dgn air liur dan peluh2 group member yg lain..aahhhhhhhhh!!!! tapi apakan daya, kena buat jugak.

oh. terlupa nk gitau, objektif game ni adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara member2 sapphire. cliche kan? dan hadiah yg bakal menanti para pemenang akan diberitahu nnti.

clue ketiga
"tinggi golek, adalah lutut"
haa..saya suka clue ni sebab ia sgtlah bodoh dan bangang. berpeluh ketiak duk perah otak pikir makna clue ini. apa yg tinggi dan bergolek dan menyerupai lutut??

rupa-rupanya ia
tinggi golek = high role = hairul
adalah lutut = is knee = izni
adoooii~~ pecah medula oblongata mcm ni. this clue is even harder than spynx's question. *tetiba

kat sini kami dikehendaki berpelukan sesama jantina untuk memecahkan belon menggunakan kekuatan perut. disebabkan ahli kumpulan kami semua sihat2, tiada yg memiliki perut yg terlebih, belon itu sukar utk dipecahkan. akhirnya, kami terpaksa menipu dgn cara mencubit belon itu ketika sedang riang berpelukan. *sounds a bit like ...*


clue keempat
"co-pilot"
simple dan padat. short n sweet.ah. senang gila ah. tak taw nk describe cmne. sebab jawapan dia terang lagi bersuluh lagi berkanta pembesar.
disebabkan penjaga cek point ini ialah dayang nur kemelia aishah puteri lenggang inderawati, kami dipaksa menarikan tarian open twisto dgn sekata bersama-sama. jenuh jugaklah nk melatih open twisto ini. terlompat2, terpusing-pusing. adeih. akhirnya dgn belas kasihan saudara haq mohaidin, kami diberi clue kelima. eceli kitorng dapat buat, tpi depa jeles sebab perfect sgt. haha.
gigih membuat open twisto

clue kelima
"Dayang bersanggul yg membawa dulang"
menguap-nguap kami membaca clue yg senang gila nie. hek2. riak2. Demam bangsawan yg belum reda lagi menyebabkan kami pantas mentafsir pembayang tersebut. mereka juga adalah pelakon berbakat dlm drama Bicara Takdir Berbisa yg ditugaskan membawa dulang hantaran.

kami berubah menjadi kanak-kanak rebina kerana terpaksa mncari bnda2 yg mempunyai warna pelangi. mulalah keluar teori yg pelbagai untuk mengingat warna pelangi ini

teori satu:
cara sebutan :Roy Gi Biv
stand for Red Oren Yellow Green Blue Indigo and Violet

teori dua :
cara sebutan : Michael Jackson Kena Hambat Balik India Utara
stand for Merah Jingga Kuning Hijau Biru Indigo Ungu

clue terakhir
Lupalah clue terakhir yg merepek-repek ni. tapi disebabkan ia clue terakhir, maka kami terus menuju ke Furqan, Suman dan Lisa Amani. disini kami ditugaskan mereka rumah untuk bola tersayang dari ribut taufan dan angin kencang yg melanda. masa ni, penat gila tau tak!!! dah xde semangat dah. dah melecur-lecur dah kulit nie. tapi kami tetap bersemangat untuk habiskan sebab salah sorang group member dah tak tahan nk pegi buang air besar..ahaha..apa da lu.

diari hari ini ditulis dgn begitu laju, segala salah ejaan pandai2 lah baca.

di tepi pantai sgtlah berbahang
game amazing race memang memenatkan

sungguhpun kami tidak menang

persahabatan yg terjalin itu yg dikenang


xoxo
econslover

TRANSFORMASI T.O.M.O.K

*post ini telah diapproved oleh admin blog ini...jadi, segala cemuhan, kritikan dan perasaan tak puas hati, sila simpan dalam hati... :)*



DENGAN SEGALA HORMATNYA, THE HOUSE OF SAPPHIRE INGIN MENGUCAPKAN JUTAAN TAHNIAH KEPADA..........



You Are Truly One in a MILLION



ALHAMDULILLAH............................


dan juga RIBUAN TERIMA KASIH kepada SEMUA AHLI SAPPHIRE(saya, syera, j.lo, bihah n abyan (from house lain~house of tomok),dan lain2 yg telah dipaksa) yang telah GIGIH MENGUNDI TOMOK.............

moga TOMOK sukses selalu!!!!



current mood: :) happy giler!!!!! rm28.50 dah abis...tapi mmg berbaloi.... tadi kat stadium malawati, rasa mcm tgh cheer for sapphire masa bangsawan+ICAN+IAW+all the kolej events put 2gether..the atmosphere was amazing....so thats why this deserves to be in this blog!!! YATTA!!!



OPEN
TWISTO
TWISTO
OPEN
EVERYBODY
GO
TOMOK!!!!!









cinta dan rindu yg takkan terhenti,
~wan nur .....


Arakian Sirah Wanita Jauhari

Subjek : Bahasa Melayu Kertas : 2 (penulisan) masa : 1 jam 30 minit

soalan: Tuliskan karangan yang berkisarkan seorang sahabat yang anda kenali sewaktu di bangku sekolah dahulu. Huraikan pengalaman atau detik manis atau detik pahit yang anda lalui bersama sahabat anda. Anda dikehendaki menerangkan dengan penuh teliti dan kalau boleh sedalam-dalam yang mungkin. Panjang karangan anda hendaklah melebihi panjang karangan "Alkisah Seorang Gadis".



Semua orang di dunia ini pasti memiliki sahabat yang sangat rapat, begitu juga dengan saya. Saya berasa cukup bertuah kerana dipertemukan dengan seorang kawan yang akan saya terangkan perwatakannya selepas ini. "Pemeriksa, bolehkah saya sertakan sekali gambar-gambar kawan saya bersama dengan karangan saya ini? harap-harap permintaan saya dipertimbangkan.'

Telah tuhan takdirkan saya akan bertemu dengan dia sewaktu melanjutkan pelajaran ke peringkat A-level di sebuah kolej swasta. Saat perkenalan kami saya kira sangat mengejutkan kerana saya tidak pernah terlintas untuk berkenalan dengan mana-mana gadis memandangkan saya ini seorang yang sangat pemalu. ibu bapa telah mendidik saya untuk menundukkan pandangan setiap kali berselisih dengan wanita-wanita terutamanya yang bertudung labuh. oleh kerana saat itu kali pertama saya melihat seorang wanita yang cantik, hati saya terus terpikat. untuk berkenalan.

bersama-sama dalam kumpulan tutorial menyebabkan saya semakin mahu mengenali dia. Masih saya ingat saat dia memperkenalkan diri, raut wajahnya yang mulus dan halus menyebabkan saya terpana dengan kata-katanya.
"Nama saya Wan Nur XXXXX, berketurunan kelantan tapi tak pandai pon cakap kelantan, saya rasa saya comel, dan kawan-kawan kat sekolah panggil saya BANDUNG. saya adalah bekas pelajar MRSM langkawi. sebab masalah cinta dan jiwa, saya ambil keputusan untuk pindah sekolah harian...bla2..bla2.."
pada saya, dia gadis yang berterus terang. bila ditanya kenapa dipanggil bandung, tersipu-sipu dia menjawab
"saya suka warna merah jambu atau pink"
"saya pernah melancong ke Bandung"
"saya suka air sirap bandung"

ketiga-tiga diatas sebenarnya bukanlah jawapannya. haha, pemeriksa kena tipu. ops.

hari demi hari, hubungan kami menjadi semakin rapat. boleh dikatakan tiap-tipa hari saya akan bersua muka dengan bandung. Saya kira kami memang dijodohkan bersama kerana daripada 6 blok, 2 blok kami bersama, iaitu IELTS dan applied mathematics. buat pengetahuan pemeriksa, bandung sangatlah gila pada warna pink (sekarang tengah menggilai tomok newboyz). boleh dikatakan semua perkakasnya kepunyaannya berwarna pink.

telefon bimbit samsungnya yg arwah ketika melancong ke teluk batik berwarna pink (ke merah?) (pink asal drpd merah)
manakala telefon baru sony ericssonnya yang selalu "hang" juga berwana pink.
dia memilik 4,5 helai baju kurung berwarna pink
dan berhelai-helai t-shirt berwarna pink
kulitnya juga putik ke"pink"an
memiliki selipar jepun nipis berwarna pink terkejut (shocked pink)
beg galas tepi yang berjalur pink
laptop sony vaio (yang berat giler!!!) pink disertai casenye yang berwarna pink
pencil case juga pink
kasut tumit tinggi juga mempunyai elemen pink.

maskara, bedak asas, perfume, gincu, lipbam rasa-rasanya warna pink kot
tapi yang saya sedikit aneh ialah, dia juga mempunyai blog tetapi malangnya tidaklah berwarna pink. saya kira mungkin dia tidak menjumpai latar yang berwarna pink. barangkali.
kesimpulan awal, warna pink itu ibarat keperluan asas kepada bandung bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya (harap-harap mendapat 2 markah)

bandung juga pernah mengalami saat getir dalam hidup di mana pada tahun 2008 dia telah terlibat dalam kemalangan yang amat dashyat. nahas ini walaupun tidak meragut nyawa siapa-siapa tetapi cukup untuk memberi pengajaran kepada beliau agar belajarlah membawa kereta manual. bak kata orang tua-tua sudah jatuh ditimpa tangga. (2 markah?)

satu perkara yang menyebabkan saya sungguh menghormati bandung ialah walaupun berasal daripada keluarga yang kaya raya sikapnya sedikitpun tidak meggambarkan kekayaan yang dimilikinya. Dia boleh berkawan dengan semua orang dan buktinya dia juga adalah kawan saya menadangkan saya merupakan golongan kelas bawahan sahaja. Dia mempunyai 2 tas tangan berjenama Dolce & Gabana serta menggunakan alat solek berjenama chanel. saya tidak sempat pula menghafal jenama-jenama kasut tumit tinggi dia tapi disyaki Vincci+ dan mungkin D&G juga. pernah suatu hari dia berkata "saya tidak mementingkan jenama, tetai yang penting keselesaan" "apakah jenama kegemaran bandung?" saya bertanya "LV". erk.
model memperagakan beg D&G milik bandung
Sepanjang perkenalan kami, tidak pernah sekalipun bandung meninggikan suara atau marah-marah pada saya. Ini menunjukkan perwatakannya yang disenangi rakan-rakan yang lain. mungkin kerana wajahnya nan ayu itu, kelumit amarah sukar untuk ditunjukkan olehnya itu dan ini.

Sebelum saya terlupa, bandung adalah pelajar tajaan MARA yang bakal menyambung pelajarannya dalam bidang aktuari sains. Disamping pandai dalam matapelajaran Furthermaths, chemistry dan Maths (econs terkecuali sebab dah drop) dia juga sangatlah hebat dalam bidang masak-memasak ni. boleh dikatakan dapurnya akan sentiasa berasap (mungkin sebab hangus memasak telur goreng) kerana minatnya yang mendalam dalam bidang ini. Sebelum kedatangan Azri (junior garnet), borwnies buatannya sentiasa mendapat tempat dihati pelajar KYUEM namun dia jatuh rufi semenjak dua menjak ini. Namun itu tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan minat barunya iaitu membuat kek cawan comel bak kata pujangga belakang parang kalau diasah tajam juga (2 markah, please...).

2,3 bulan yang lalu, bandung telah menjadi penulis blog yang terkenal seantero dunia selepas ketagih untuk menulis kisah hidupnya sendiri. sebagai sahabat yang rapat dengannya saya sangatlah yakin bahawa dia akan menjadi penulis yang berbakat suatu hari nanti.

Tuntasnya, saya merasa tersangat bertuah kerana dapat mengenali gadis sunti ini dan berdoa agar dia sentiasa berjaya mengecapi segala impian yang diharapkan. Pemeriksa, tolong doakan agar ...

"ok students, time up!! put your pen down!!!" sergah Mr. B.

alamak tak sempat habis buat penutup ni!!!

alamak, tak sempat habis!! ok sambung sikit

..agar jodoh antara saya dan dia akan ...

"hei you there!!! what the hell are you doing??? i said put your pen down!!!" sambil merampas kertas dan mengoyaknya..

tidakkkkkkkkkk!!!!!!!

~~~~


disebabkan penulis karangan diatas telah tertangkap oleh Mr. B kerana menulis bila disuruh berhenti, kertas penulisannya telah dibatalkan. Maka tertangguhlah kisah cinta mereka menjadi persoalan tanpa jawapan...

~~~~~

ucapan penulis blog :
RIBUAN TAHNIAH KEPADA MEREKA YANG BERJAYA MEMBACA POST PANJANG INI SAMPAI HABIS TANPA SKIP2.

~~~~

Kami ahli keluarga Sapphire ingin mengucapkan~~~


!!!Bandung!!!
!!!Happy 20th birthday!!!
!!!hope all your dreams come true!!!
!!!dah tua nanti jangan cucuk botox!!!
!!!yakinlah pada kejelitaan semulajadi!!!

!!!kawen cepat2!!!
!!!cari boyfren yang hensem!!!
!!!nanti dapat anak yang comel2!!!

!!!hei!!!
!!!TAHNIAH!!!
!!!kemenangan TOMOK di OIAM adalah hadiah yang sangat berharga dan berbaloi dengan keobsesan anda terhadap tomok!!!

!!!hidup wan nur tomok!!!
!!!hidup ban2!!!





nukilan,
yang pernah mencintai