House of Glory

The Ultimate Sapphire

Mari Belajar Lampu Isyarat

sebagai pemilik lesen memandu P yg bakal tamat bulan tujuh nanti, saya sangat peka dengan penggunaan warna-warna sebagai isyarat.

paling jelas ialah lampu isyarat la kan.
merah tanda berhenti
kuning tanda "kalau sempat pecut, kalau tak nak mati berhenti"
hijau tanda pecut selaju mungkin

kalau kita tengok pada papan tanda pon, apa-apa yg berwarna merah bermaksud larangan. yg kuning bermaksud berhati hati dan hijau bermksud bendera pas.


saya punyai sindrom-sindrom gemuruh yg pelik.
bila saya rasa gemuruh dan berdebar-debar, perut saya mula meracau. walaupun 10 minit sebelum itu saya sudah membuang bingkisan kecil, saya masih rasa mahu membuang lagi selepas itu.

ia juga boleh diaplikasi untuk pembuangan bingkisan besar.
senang cakap, perut saya sangat mengada-ngada untuk melawat tandas bila hati saya gemuruh. gemuruh disini tidak applicable untuk
gemuruh bila tengok perempuan cantik dan saya minat, sebab jenuhlah saya nak ke tandas selalu sebab saya minat ramai perempuan. titik.


hari itu, saya ada exams econs petang, kertas satu. jam tangan BUM pemberian seorang rakan pada hari jadi dulu menunjukkan pukul 1.25 pm. lagi 35 minit sebelum exams bermula.
saya gemuruh dan mahu mencari tandas.

saya ke tandas surau berdekatan.
hampa. sebab tandas penuh. pintu tertutup rapat dan di tombol pintu menujukkan warna "merah" bermaksud in used. kedua-dua tandas in used.

1 minit menunggu, muncul seorang junior, mahu membuang bingkisan kecil.
kami menunggu tercongok di atas sinki sambil berbual kosong.
saya tanya dia kenapa nama dia berbunyi seperti sebiji buah import. kata dia dulu dia ada senior yg bernama anggur, pada kesinambungan buah-buah import, dia dipanggil epal.

kami gelak kuat-kuat walaupun benda tu tak lawak sebagai petanda kepada pengguna tandas di dlm supaya cepat sikit. sakit jugak hati bila tunggu lama-lama dia.

seorang lagi junior masuk ke tandas, mahu buang bungkisan besar. tunggu punya tunggu, akhirnya satu pintu terbuka.

muka yg sangat puas kelihatan terpancar di muka saudara itu. saya menyuruh junior itu masuk dulu sebab saya lebih selesa menggunakan tandas canggung drpd duduk. hatta di chalet pon saya mencanggung. apa saya kisah.
ok. jangan bayangkan situasi itu.

huh. dah nak masuk 10 minit lebih saya menunggu. tak nak keluar ke saudara ooi. ko tidur ke apa dlm tandas tu. dah la tidak mengeluarkan sebarang bunyi selama mana kami menunggu.
saya agak, saudara itu pengsan.


lagi seorang pengunjung tetap tandas masuk, turut kecewa bila melihat muka dua orang makhluk tengah berkerut-kerut menunggu saat pembuangan. anda tahu bukan riak muka itu?

kerana perasaan tidak puas hati yg membuak-buak, epal cuba menolak pintu itu.
saya kata kepadanya tak usah ler, pintu tu kan bertanda merah. maknanya ada orng lah tuh. takde kerjanya.


dengan tidak semena-mena pintu itu terbuka. sangkaan saya, epal akan disimbah air oleh sesiapa saja yg ada dalam itu. mana dia tak terkejut kan, tengah syok2 bertenggek, tetiba pintu terbuka. haruslah saya menjerit.

epal!!!

kosong.
ya tandas itu kosong.


kami semua pose2 malu2 sebab buang masa selama 15 minit duk tunggu makhluk ghaib keluar daripada tandas itu. adeih~





petanda warna dipintu itu telah dipasang terbalik.
nasib baik lampu isyarat tak tersalah pasang.

lahanat kan?

6 comments:

mengapa sejak belakangan ini, perihal atau cara hidup budak kyuem di tandas menjadi topik hangat di blog2?(ok mayb i baru bace post ni n haq punyer tempoh minggu) but still Ada apa dengan tandas ?

 

banban: dalam tandas ada najis. tu pon tak tahu ker. jakun giler.
banban, u pon boleh try gak klu nk wt entri pasal jamban kt celet u. sronok..~

 

kt chalet?
ape barang...
org kt rumah la beb...
haha!
tp skrg dh balik kolej...
huhu cptla abes awards day...

 

syaa : ah kamu!! benci saya. takpa, nanti saya balik rumah jua~

 

ko patut test tolak pintu tuh dulu...
tader ar membazir masa ko gn epal...
oh n btw...anggur tuh faris kan...???

 

bihah: aku patuh pada arahan bihah.
analogi :
kau penah test2 untuk maju kehadapan ke bila ko kat trafik light dan lampu isyarat kaler merah?
takkan?
samaada ko langgar kereta orng atau ko kena langgar.

ha. puas hati??
wutevar, aku dah nk dapat lesen besar. *wink*