House of Glory

The Ultimate Sapphire

awkward hari-hari cuti

saya selalu lebih suka makan sorang2. *statement hari ini*

contohnya kalu brekfes, saya prefer bangun pukul 12. masa nie semua orng dah makan. carik nasik kat dapur, letak dlam pinggan, duduk depan tv smbil tengok drama melayu yg memaparkan pelakon wanita yg baru jer bangun tidur tapi mekap still tak nak kalah tebal dia.

aneh kan diorang, asal masuk tv jer nak cantik. mekap kena paling nipis pon sampai parut jerawat tak kelihatan, atau tahi lalat hidup di tepi hidung dapat disembunyikan.



pernah tak merasai hidup sebagai seorang anak gadis?
bangun tidur, kemas katil, mandi, tengok baju kotor dalam bakul, kalu ada kena ambik dan masuk mesin basuh, cuci. pergi keluar cek peti surat klau ada surat ambik. angkat kain yg dah kering kt ampaian. start kereta pergi pasar kena beli lauk-pauk untuk masak tengah hari nanti, dan bila balik rumah emak call tanya nasi dah masak ke belom sambil suruh masak telur masak kicap untuk ayah nak balik petang nanti. pergi pulak supermarket cari barang-barang dapur yg mak dah listkan kt dalam kertas seperti
susu pekat marigold
kangkung 2 ikat
kobis bunga beli separuh
ikan bilis segenggam
lada kering segenggam lebih
ikan masin ambik dua ekor
ayam tak brapa besar potong lapan (jgn lupa suruh dia buang kulit)
milo satu peket
maggi satu bungkus (ikut suka nk beli perisa apa)
sabun basuh maxclean yg 1 kilo (jgn lupa ambik hadiah percuma)
ubat gigi colgate

dan bila dah sampai supermarket, anda baru sedar wallet tertinggal atas meja tepi kertas list yg sedang dipegang.

pitam.

saya harap, bila kahwin nanti saya dapat seorang anak gadis yg baik hati macam bapak dia dan selalu ingat nk bawak wallet ke mana-mana. mesti anak gadis saya cantikkan?


hari tu, kawan saya datang rumah dari teluk anson. jalan-jalan malysia katanya. tiba-tiba bila terpandang wajah ibu saya, kawan saya kata
"aku dah tahu kenapa kau boleh dikategorikan sebagai hensem"
saya tersipu-sipu. tiba-tiba dia ternampak abang saya.
"tapi abang kau lagi macho lah"
saya halau dia balik.


hari tu, saya makan semeja dengan abang dan ayah saya. tahu topik perbualan mereka apa?
Bola sepak
Enjin Kereta
Futsal
Kerja abang saya
dan
kerja abang saya

saya mahu juga menceritakan hal peribadi saya seperti penglibatan saya dalam bangsawan dan memenangi anugerah pelakon pembantu lelaki terbaik untuk dua tahun turut2.

tapi bila fikir bidang matematik yg saya ambik kt kolej, saya rasa baik saya diam.

tiba-tiba ayah saya bertanya
"apa maksud voltage ye? dalam fizik blajar kan? apa beza voltage dgn current?"

mula-mula saya ingat saya tertelan bijik durian bila dgr pertanyaan ayah saya. saya pandang abang saya.

err.agak2, macam mana saya nk jawab?
kalu ikut fizik cakap jer lah
V = IR, where I is current and R is resistence. (dapat 2 markah)
dan
I=Q/t, where Q is charge and t is time. (2 markah lagi)
kalu saya jawab macam tuh, saya pon tercengang.

teruslah kepala saya mengingat balik apa ayat2 huraian dlam buku tentang Voltage dan Current and one more thing,
bercakap bahasa inggeris di kalangan abang dan ayah anda adalah ibarat seperti anda merelakan batu sebesar bukit jatuh ke ats kepala anda.


kesimpulannya, anda tahukan kenapa saya prefer makan sorang2?

0 comments: