"bagai mendapat durian runtuh"
entah.
pada saya. durian itu memang akan runtuh saja bila tiba masanya. maka sesiapa saja yg punyai kebun durian, maka ia akan mendapat runtuhan durian.
tapi hari ini, saya rasa nenek zaman dulu sangat genius.
Saya punyai minat yg sangat mendalam dalam idang photography. namun tiada wang yg cukup untuk mendapatkannya. hasilnya, hanya kamera handphone 2.0 megapixel.
sungguhpun begitu, saya tetap gigih dalam meneroka bakat saya. hafiz, junior saya pernah berkata
"hei, ko sangat berbakat la ambik gambar. ko kena dapatkan satu kamera yg berkualiti"
katanya, imaginasi saya tak terbatas. tak ramai yg mempunyai mata seperti saya. oh, saya pernah menjadi invited photographer untuk pertandingan photgraphy anjuran muscom, dan menang top 5.
still, saya tidak punya kamera sendiri. sedihkan?
hari tu, photgraphy club anjurkan pertandingan. terbuka untuk semua yg suka bercamhoring. ia terbahagi kepada 4 kategori
Black and White
Nature and Creature
Movement
Architecture
tahun lepas, saya sangat geram. kami junior, tidak mengetahui yg hadiah pertandingan ini boleh sampai mendapat sebuah kamera digital. aduhai.
disebabkan itu, saya menyemaikan hasrat untuk hantar seberapa byk gmbr pelbagai kategori, moga2 tinggi la probability untuk dipilih. *crossed finger*
ini. ini memang rezki daripada langit.
rezki Allah, gambar saya dlm kategori architecture terpilih sebagai pemenang.
Ya.
pemenang bakal mendpat sebuah kamera digital.
boleh tak bayangkan perasaan saya tika melihat nama saya tersenarai sebagai salah sorang pemenang. jantung saya entah berdegup-entah tidak.
apapun, saya sangat bersyukur. dipendekkan, inilah hasilnya.
Nikon CoolpiX
S220
10 megapixel
special feature : smiley mode
mempunyai saiz sebesar kad kredit a.k.a kad ATM
ringan dan kecil
RM XXX
S220
10 megapixel
special feature : smiley mode
mempunyai saiz sebesar kad kredit a.k.a kad ATM
ringan dan kecil
RM XXX
0 comments:
Post a Comment