House of Glory

The Ultimate Sapphire

Bicara Takdir Berbisa the Sekuel

watak utama : mamee perisa tom yam koon
watak sampingan : Dameng dan ibu kandungnya


macam biasa, hari ni saya bangun seawal jam 12 tengah hari. selalunya terlajak sampai zohor, tapi hari ni saya lebih bersemangat kerana setengah jam lagi rancangan Melodi bakal ke udara. saya pun tak tahu kenapa saya kisah sangat dengan kisah kak pah cucuk gaduh2 dgn S.atan, kisah si cantik Rossa bercerai lagi, kisah barah payudara Azean Irdawati dan kisah perang-perang mulut artis. padahal mereka tiada kaitan pun dgn kehidupan saya sehari-hari.

kejap. ada. kalau yg dipaparkan kisah Dato' Siti Nurhaliza, memang sangat kena mengena dgn hidup saya.

biarkan mereka.

biasa pagi-pagi, kalau saya buka tudung saji akan ada nasi bungkus yg dah sejuk dan bengkak tinggalan utk saya. hari ini tiada. saya tanya ibu, dia kata hari ni x pegi beli, tiada motor. lagipun kamu bangun awal sangat. ibu ingat sempatlah nk masak untuk tengahhari nanti. wah, pagi-pagi *i mean tengah hari* dah kena penumbuk drpd mak saya.

maka saya decide untuk masak mamee tomyam koon seperti yg tertera di packaging nya. saya pon keliru apa bezanya dgn tomyam biasa. seusai masak, macam biasa dibawa mengadap yg dipertua TV panasonic. sujud sembah dan makan!

ah, terbantut selera saya bila televisyen memaparkan iklan kotex
" awak, betul ke kita tidak boleh makan nenas bila datang bulan?"
"betul, nenas kan tajam.."

iklan di televisyen sekarang semakin mendedah. setuju? kalau dulu ,bila ke supermarket saya segan untuk lalu bahagian yg tersusunnya tuala-tuala wanita. rasa sangat janggal. sekarang tidak dan saya salahkan iklan di televisyen.

kuah tomyam itu sedikit manis. saya ngomel pada ibu. ibu cakap kuah kurang tu. saya menafikan bila saya tidak menjumpai bihun di dalam mangkuk. tapi saya teruskan makan juga bila keluar iklan mee sedap. menyesal tak beli.

tiba-tiba ibu bangun dan menyambar mangkuk mamee saya . *menyambar disini sekadar untuk menambahkan dramatik dalam cerita. ibu saya sopan, tgk saja anaknya bagaimana*. dia hirup kuah itu dgn penuh nikmat. tahu bagaimana? mata tertutup rapat, kuah dihirup sambil mengeluarkan bunyi "slllrrrpppp" dan telan. ibu mengakui yg kuah itu manis. saya tersenyum.

ibu ke dapur.


AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA~~~!!!!
kedengaran jeritan ibu dari dapur.

saya terdiam.

"mak puasa la hari ni!!!"

0 comments: