sambungan kisah dongengan rakyat..
~maka sugullah hati SH a.k.a pementas pesta bangsawan selepas nukilannya disalah erti oleh para lasykar kerajaan di sana. meski mahu dia luahkan saja damba di hati kepada sekalian umat bahawa sugul hatinya dek kerna tohmahan dan fitnah bertalu-talu dilempar. ah. itu sirah lama. lupakan.
pujuk hatinya sambil meninggalkan daerah maksiat Safa Berahi, membawa diri tanpa arah tuju, mencari destinasi yg belum pasti. *uh, terbelit otak nak susun ayat mcm nie*
takdir Ilahi tiada siapa yg tahu..tatkala hatinya bersedu-sedu menahan Lara SH Nirmala yg menikam di kalbu, terdengar ia sayupan suara merdu dibawa angin sum-sum..indah sungguh suara itu..apakah ini sekadar Gempita Mimpi Syaitan yg cuma menjarakkan hati hiba dri Tuhannya??
maka diturut arah suara merdu itu...
~~~atas nama muafakat~~~
~~~kita bersama satu semangat~~~
~~~mendengar kata juga nasihat~~~
~~~jadi pelita sepanjang hayat~~~
~~~MUAFAKAT~~~
~~~kita bersama satu semangat~~~
~~~mendengar kata juga nasihat~~~
~~~jadi pelita sepanjang hayat~~~
~~~MUAFAKAT~~~
aneh? di belantara begini diam jua dayang-dayang bernyanyi riang?
aneh lagi, rentak syair itu bersama paluan gendang anak lembu?
berdengung jua telinga mendengarnya..
diintip diselinap semak samun, terpana jua dia seketika..
ada pahlawan gagah perkasa sedang bertepuk riang di suatu sudut.
segenap penjuru terlihat gadis-gadis sunti sedang berjerus manja di balik air terjun
aneh?
apa ini semua??apakah ada lagi jelata yg masih menghargai pesta bangsawan??atau sekadar bunian bermain petang??
sedang asyik mengintip tiap inci pergerakan, tiba2, terpijak lah ia satu helaian kumal..
tertulislah ia seperti dibawah...
tahulah SH mengapa...

0 comments:
Post a Comment