House of Glory

The Ultimate Sapphire

Erti Sebuah Perjalanan : part terakhir

*selepas merajuk dan terasa hati dgn post wan nur sahaja, penulis telah decide bahawa ini adalah post terakhir penulis. Ya. selepas ini tiada lagi cerita opah glamor *opah pon merajuk gak*, tiada lagi cerita-cerita yg tiada kaitan dgn Sapphire. tiada.

melongolah pembaca sekalian untuk menunggu post2 terbaru di blog ini. nganga luas2...
*



~~~
"selamat datang kepada para penumpang Keretapi Tanah Melayu. sebentar lagi, keretapi akan berlepas dan dijangka akan sampai ke destinasi pada pkul 10.35 pagi esok"


muka jam yg pecah menunjukkan pukul 8.35 malam.

"semoga anda semua menimati perjalanan bersama KTM berhad, Keselesaan anda adalah kepentingan kami, selamat jalan!"

persetan. apa aku nak buat dalam kereta lipan selama 14jam perjalanan ini? habis. habis.
tiba-tiba menyesal sebab tak beli sit katil
sit katil rm51
sit kerusi rm38 (eh, sit = kerusi kan)
jauh beza tuh..memandangkan elaun bank pun makin menysut nilainya, maka merasalah aku untuk panas punggong atas tren nnti. uhuk.

"kalu ko bosan sgt udin, ko kene igt keretapi ni panjang tau. ada 20 gerabak. satu gerabak panjangnya lebey kuang 10 meter. 20 gerabak bersamaan 200 meter. ha..."
"so, apa kaitannya? macam aku boleh main bola jer kan dlm gerabak yg sempit ini"
"ah, apa susah.. ko rasa bosan, ko SA'IE la dari kepala gerabak ke hujung gerabak, 7 kali ulangalik..sambil ko sa'ie, ko zikir2 rr..skit..dapat pahala..mantop kan idea aku?"
"kejadahnya ya.."

htr mesej kat kawan2..tup2..xde lain. huh. menyumpah2 saya pada perkhidmatan maxis sebab dulu bukan main lagi iklan.

dah habis sumer video saya mainkan dalam henpon baru sony ericsson w660i ini.
Video nasyid Sapphire
Video Boria Sappphire
Video Dikir Sapphire
Video Siti Nurhaliza lagu Hati
Video Asmaradana
Video Crush
Video Nasyid Mirwana
Video Ketulusan Hati
Video Boria Sapphire
diulang-ulang-ulang-ulang-tidur

tengok citer sepet arahan Yasmin ahmad. tercengang bila tengok part2 yg x brapa bertapis. fuh, berani sungguh yasmin ahmad ini. tengah syok2 tgk..bateri laptop udin habis..adoi..
baru jam 11 malam.



jom kita saie.



ok. bosan gila jalan2 kat gerabak. pemerhatian yg boleh dibuat, setiap gerabak memiliki aroma dan bau yg belainan. mana bestnya jalan2 bila sumer orng tenung ko macam nak telan jer..xbest..x best.



masuk tandas. terbaca arahan di sinki, saya tersenyum.
"dilarang membuang air ketika tren berhenti"





selepas solat sunat istikharah, saya pilih untuk terus menulis di sini.
hahahahaha~

2 comments:

Dapat pahala kot saie dlm train tu coz jarak dari Bukit Safa ke Bukit Marwah tu lebih kurang gitulah...

Lain kali balik naik kapal terbang ajo~~Air Asia (eh...jatuh standard) takpun naik British Airline ke, Qatar Airline ke...Emirates ke...

Tu la...pindah dok Ipoh ajo...dokat pon dokat...takpun pi pindah dok kat Sepang...boleh tolong MB Selangor jaga babi2 mega dia tuh...

 

eh??gila jauh ah kena saie..
harus prektis..ihik~
abang, saya dapat naik kapal terbang cap ayam pon xpa abang..sebab tangga kapal terbang pom x penah jejak~