House of Glory

The Ultimate Sapphire

Platform untuk semangat

kolej baru habis menari dan berdikir. semua baru habis naik gila hayun-hayun kepala. 

sapphire kalah, kenyataan perlu ditelan.

ada mulut orang house lain kata, "Sorry to say, but dimanakah kehebatan Sapphire yg selalu digeruni oleh house2 lain kalau dalam aktiviti kebudayaan nie?? MCB haritue kan sapphire dapat "Rumah Budaya"!!! Dah hilang sengat ka???

kadang-kadang mulut jahat pun perlu diakui walaupun jahat, bukan?

beberapa senior kata, sapphire batch dulu pun begini, macam hero tamil kalah awal-awal. ayuh junior, padayappa!

sudah isu lenggok dan hayun.

sebagai meraikan perletakan jawatan mereka, ini kisah bekas-bekas kapten (setiap kali saya mahu menaip 'kapitan', saya rasa lain macam)  (dan saya selalu tersalah eja 'captain' sebagai 'captian'). 

bekas naib kapten kita, ada orang panggil 'jam randik'. tanyalah dia sendiri kenapa, saya tak mahu cakap. hari itu, saya berbincang hal interhouse volleyball dengannya.

"nak masukkan team staff ke taknak dalam interhouse ni?" saya tanya sambil letak punggung atas katilnya yang berbau arnab.
"kalau masukkan team staff,nanti  jadi panjang sangat event." dia jawab.
"tapi ada team staff seronok kot. staff pun suka."
"tu la.."
"habis macam mana?"
"cuba ko jangan tanya aku. ko kena blaja buat keputusan sendiri." 

saya diam. fikir.

"ok, takyah masuk team staff." senang saya menjawab.

buat kiraan 2 saat...

"eh, aku tak setuju!"

***

bekas kapten ini pula, orang kata apa-apa benda dalam bilik dia, dia seorang saja yang boleh sentuh. orang lain boleh tengok saja. orang kata lah, bukan saya kata.

sebab hari itu saya ramas-ramas patung zebra dia atas katil, dia tak marah sangat pun.

suatu masa dulu, pernah dia bercakap mengenai penasihat house kami. katanya penasihat itu okey la..

"kau tahu, aku rasa Mr Ravi tu tak tahu pun aku ni kapten house."

kami para pendengar diam. bekas kapten masih bercerita perihal penasihat house, dengan mimik muka nonel. tahu mimik muka nonel?

"kau tahu apa Mr Ravi save nama aku dalam handphone dia?" 

kami diam sekejap, "apa?"

"sapphire." dia jawab, dengan mimik muka nonel.


0 comments: