House of Glory

The Ultimate Sapphire

JUBLI INTAN

Isnin
3 November 2008

detik itu,
ia bermula

ya,
ia masih mentah

masih kosong

saat itu,
ia mula bertatih
jatuh,
bangun,
jatuh
bangun semula
dia tidak menangis
jerih perih teman setianya

banyak yg dilaluinya
banyak yg dipelajarinya

dari situ ia mula membina empayar
menjajah setiap minda yg gersang
paksi dunia tiada henti berputar
bintang bulan tidak jemu memandang

pengaruhnya mula tersebar

tanah takluknya berkembang
memiliki liputan yg meluas sepantas kijang emas

dan ini bukan bukti kekuasaan
ini satu cabaran!


kadang kala ia tersasar daripada landasannya
bukan tidak berpendirian

tapi
pencarian identiti dan entiti
tersendiri
ah. tahun baru Islam menjengah
tahun baru Masihi membuka tirai
serasa sekelip amat jam berdetik
perubahan
tidak drastik, ia satu evolusi
lihat saja pertukaran kepala yg tidak pernah tonjol rasa puas
bukan tidak berpendirian
tapi identiti

dunia bergegar lagi
perit Palestin ia kongsi

tanda sokongan tanpa berbagi
kerana itu juga identiti

dan kini tapak asasnya sudah utuh
paksi yg dibina kian teguh
ya
masakan arus sungai usai berubah
inikan pula pucuk pimpin
hari ini
saat ini
dunia menjadi saksi


Sempena Meraikan Perutusan ke 100

~~~
sesi cliche

alhamdulillah syukur dipanjatkan pada Yang Maha Esa kerana barakahNya jua
laman Sapphire ini masih utuh membina empayarnya dan pada hari ini
mungkin diaanggap melampau kepada sesetengah umat mungkin tiada pentingnya meraikan post yg ke 100 ini tapi kami
kami yg merasai penderitaannya kami yg merasai sakitnya
kami yg merasai pedihnya ditikam disula difitnah
dimaki dihamun diboikot
(*ok, perengan ini sgt over*)

maka pada hari ini blog
Sapphire The House of Glory

"berazam untuk memberikan input-input yg berguna kepada peminat2 setia
terutamanya ahli-ahli Sapphire sendiri
dan kepada semua penyokong dan pembangkang yg sentiasa
setia meluang masa
memberi kritikan pedas, pandangan bernas, ulasan panas, hatta pujian emas
kami sangat menghargainya"

sob3..
~~~
tamat sesi cliche~

saya mengisytiharkan tarikh 4 mac 2009 sebagai hari sayang labah-labah sedunia
*tiba*

SELAMAT MENYAMBUT JUBLI INTAN
ikhlas


2 comments:

tahniah kerana mnjadi pendokong pertama post ini..
dah sratus empat da syuk ooii~