Kisah cinta kali ini bermula dengan sepucuk surat yang terkandungnya seribu satu makna daripada hati seorang gadis jauhari ditujukan kepada jejaka idamannya... (ok i know... eeuwww....bear with me...)
Kisah cinta ini berakhir juga dengan surat chenta yang sama.....bagaimana bermulanya cinta ini? apa kesudahan kisah cinta ini? siapa? mengapa? bagaimana? Mari kita selami hikayat cinta agung tragedi komedi.....
runut bunyi: Di Taman Eman
Artis: Datuk Muhammad Herman Rawi
Ke hadapan saudara her*** yang berada nun jauh di lembah penuh gundah, saya di sini sihat walafiat. Saya berharap abang(eeuww gila nak mati) ***man dan seluruh warga keluarga P-31 juga sihat.
Sebenarnya, saya ingin memberitahu sesuatu...COP! tak best la guna saya...so da formal.... guna 'aku' tak sweet la plak nak jiwang2 nih...urmmm apa kata saya bahaskan guna nama bukan sebenar saya- 'siti' .... oklah tu.... START OVER!
Saudara **rma*, sebenarnya, ada sesuatu yang mustahak yang ingin Siti beritahu awak.('awak' ok kan? tak terdaya nak tulis abang). Setelah dekat dua tahun kita mengenali hati budi masing-masing, hati Siti bagai dirampas...mengapa mau rampas puteri beta? mengapa mau rampas puteri beta? tak ingatla, 2 kali ke 3 kali furqan ulang? ntah....tetibe...
Siti ingin memanjat setinggi2 kesyukuran kerana telah dapat bersama awak. Siti tertarik dengan keunikan yang awak ada... kualiti dan ciri-ciri awaklah yang siti cari selama ini...
Kita mula berjumpa di tutorial...Ya, tutorial...juga di kelas blok satu dan lima. Ingatkah awak pada zaman EWS1 di mana our paths crossed again semasa kita berdua tergolong dalam geng mencapaps aka Publisiti Department... alangkah indahnya mengingatkan kembali saat2 bahagia ketika itu, itulah zaman kegembiraan kita dulu...sebelum kita belajar fasal further mechanics..erk...ya saya ingat hari2 itu bagaikan semalam baru saya dan awak menampal poster2 di jalanan tepi dewan selera...(air mata mula berlinangan)
Tetapi, selepas EWS itu, kita mula drift apart... tiada lagi bersembang bergeybang di new block, tiada lagi bermain handfon berkaler orenmu yang boleh berputar 360 darjah...yang sebijik dengan handfon petsibmu kak yam.....(tapi kini, kedua-dua handfon kembar itu telah kembali ke rahmatullah tetapi tidak mengapa, patah tumbuh hilang berganti) handfon baru awak kelihatan lebih bertenaga sesuai dengan potongan rambut awak yang baru...
Speaking of potongan rambut, sepanjang empat sem kita bersama, siti ingat semua gaya rambut yang telah awak peragakan di kolej... daripada rambut cacak 90 darjah ke rambut panjang kusut masai tatkala disimpan demi menjiwai watak dameng dengan lebih mendalam hingga rambut yang leper turun ke dahi....
speaking of physical appearance , awak pernah bercerita kepada siti tentang cikgu di sekolah awak pernah cakap yang rupa awak sama seperti anuar zain... mulanya Siti ketawa kecil tanda tidak percaya tetapi
hmmmmm same ke?? tepuk dada tanya selera....
- pelakon CP~ tentera portugis... ingat lagi tak? MEHNE! MEHNE!
- Tukang Karut Dikir Barat yang dapat naib juara
- Tukang apetah BORIA yang mantap ittew
- A level Maths grade A
- Welfare exco rumah BIRU tercinta
- ahli pasukan Johan Bola Tampar (...... my ball my ball.........)
- Vokalis kumpulan nasyid terulung IAW07 dan ICAN 08 DAN 09....
- Pelakon drama menyentuh jiwa IAW 08
- BEST supporting ACTOR in bangsawan O8 AND 09
- dan banyak lagi...
- owh dan juga PENULIS BLOG terunggul di persada kyuem
~Selingan dalam surat chenta ini~
Kami seluruh warga SAPPHIRE ingin mengucapkan ...
13.may.2009
SELAMAT HARI JADI! HAPPY BURRDAY TO HERMAN a.k.a EMAN a.k.a DIVA SAPPHIRE!
Semoga .Panjang Umur. Murah Rezeki . Cepat dapat jodoh . OOPPS bukan bukan . Moga Jodohmu Berkekalan ~tet~. Moga segala impian dan harapan mu tercapai.
All the BEST in your exams and your future undertakings!!!! - pesanan mama foord..
~tamat selingan, sambung kejiwangan~
Akhir sekali, Siti doakan agar awak senantiasa bahagia walau di mana berada, sewaktu bersama mahupun tanpa siti di sisimu... hanya satu sahaja yang siti pinta, siti harap sangat sangat agar jika tiada aral yang melintang, ....agar.... jodoh siti dan abang herman.......agar jodoh kita.... akan....ish apesal pen ni bengong sangat!!! @#sr%mk!!!(habis hilang segala keayuan)... *dakwat pen abis*
nada serius (bayangkan suara udin):
Legend has it, surat chenta ini tidak pernah sampai ke tangan jejaka itu atas sebab2 yang tidak diketahui... sehingga hari ini, tiada seorang pun yang tahu kesudahan hikayat cinta agung ini...
PS (yang ditulis sebelum dakwat pen habis):
Kain buruk warna merah,
Tulisan buruk jangan marah.
Ikhlas dari hati,
~yang mencintaimu dahulu, kini dan selama-lamanya...
4 comments:
Herman~
Semaoga ALLAH menyelamatkan kamu,
akhirat dan di dunia...
barulah saya faham perasaan sewaktu membaca kisah sendiri yg ditulis di blog awam. rasa sangat jangkal dan pelik dan aneh dan suka dan ketawa sorang-sorang ...
weh siti, u know wut, saya memang baca surat cinta itu berlatarkan belakang (ke berlatarbelakangkan) runut bunyi yg disediakan. terasa bagai ditulis oleh penyanyi lagu itu pulak.
huhu. siti yg dichentai, andai surat cinta ini ditakdirkan sampai jualah ke tangan jejaka itu, nescaya tiadalah jejaka itu bersugul hatinya melihat betapa gadisnya benar-benar mengingatinya..
hei!! motif diva KYUEM??
pandai ah cari post yg seakan-akan anuar zain zaman muda2 yg berambut pendek. keh3..
siti!! terima kasih tak terhingga. seronok rupanya baca bnda2 alah nie. ingatkan seronok tolong tulis jer..
oleh,
tidak lekang daripada mencintaimu~
Ahhhh post yg best n menarik...saya sangat ingin berkenalan ngan Siti...Kalau eman x marah lah..tapi saya rase saya suda mengenali anda???...ok xyah berkenalan la~
kepada tidak lekang drpd mencintaimu,
sama2 kaseh.... once a diva, always a diva :P
kepada nuruddin suara latar jemputan,
haha...siti pun bukan setakat kenal kamu tapi sampai sudah jemu melihatmu...huahuahua
Post a Comment