House of Glory

The Ultimate Sapphire

Arakian Sirah Wanita Jauhari

Subjek : Bahasa Melayu Kertas : 2 (penulisan) masa : 1 jam 30 minit

soalan: Tuliskan karangan yang berkisarkan seorang sahabat yang anda kenali sewaktu di bangku sekolah dahulu. Huraikan pengalaman atau detik manis atau detik pahit yang anda lalui bersama sahabat anda. Anda dikehendaki menerangkan dengan penuh teliti dan kalau boleh sedalam-dalam yang mungkin. Panjang karangan anda hendaklah melebihi panjang karangan "Alkisah Seorang Gadis".



Semua orang di dunia ini pasti memiliki sahabat yang sangat rapat, begitu juga dengan saya. Saya berasa cukup bertuah kerana dipertemukan dengan seorang kawan yang akan saya terangkan perwatakannya selepas ini. "Pemeriksa, bolehkah saya sertakan sekali gambar-gambar kawan saya bersama dengan karangan saya ini? harap-harap permintaan saya dipertimbangkan.'

Telah tuhan takdirkan saya akan bertemu dengan dia sewaktu melanjutkan pelajaran ke peringkat A-level di sebuah kolej swasta. Saat perkenalan kami saya kira sangat mengejutkan kerana saya tidak pernah terlintas untuk berkenalan dengan mana-mana gadis memandangkan saya ini seorang yang sangat pemalu. ibu bapa telah mendidik saya untuk menundukkan pandangan setiap kali berselisih dengan wanita-wanita terutamanya yang bertudung labuh. oleh kerana saat itu kali pertama saya melihat seorang wanita yang cantik, hati saya terus terpikat. untuk berkenalan.

bersama-sama dalam kumpulan tutorial menyebabkan saya semakin mahu mengenali dia. Masih saya ingat saat dia memperkenalkan diri, raut wajahnya yang mulus dan halus menyebabkan saya terpana dengan kata-katanya.
"Nama saya Wan Nur XXXXX, berketurunan kelantan tapi tak pandai pon cakap kelantan, saya rasa saya comel, dan kawan-kawan kat sekolah panggil saya BANDUNG. saya adalah bekas pelajar MRSM langkawi. sebab masalah cinta dan jiwa, saya ambil keputusan untuk pindah sekolah harian...bla2..bla2.."
pada saya, dia gadis yang berterus terang. bila ditanya kenapa dipanggil bandung, tersipu-sipu dia menjawab
"saya suka warna merah jambu atau pink"
"saya pernah melancong ke Bandung"
"saya suka air sirap bandung"

ketiga-tiga diatas sebenarnya bukanlah jawapannya. haha, pemeriksa kena tipu. ops.

hari demi hari, hubungan kami menjadi semakin rapat. boleh dikatakan tiap-tipa hari saya akan bersua muka dengan bandung. Saya kira kami memang dijodohkan bersama kerana daripada 6 blok, 2 blok kami bersama, iaitu IELTS dan applied mathematics. buat pengetahuan pemeriksa, bandung sangatlah gila pada warna pink (sekarang tengah menggilai tomok newboyz). boleh dikatakan semua perkakasnya kepunyaannya berwarna pink.

telefon bimbit samsungnya yg arwah ketika melancong ke teluk batik berwarna pink (ke merah?) (pink asal drpd merah)
manakala telefon baru sony ericssonnya yang selalu "hang" juga berwana pink.
dia memilik 4,5 helai baju kurung berwarna pink
dan berhelai-helai t-shirt berwarna pink
kulitnya juga putik ke"pink"an
memiliki selipar jepun nipis berwarna pink terkejut (shocked pink)
beg galas tepi yang berjalur pink
laptop sony vaio (yang berat giler!!!) pink disertai casenye yang berwarna pink
pencil case juga pink
kasut tumit tinggi juga mempunyai elemen pink.

maskara, bedak asas, perfume, gincu, lipbam rasa-rasanya warna pink kot
tapi yang saya sedikit aneh ialah, dia juga mempunyai blog tetapi malangnya tidaklah berwarna pink. saya kira mungkin dia tidak menjumpai latar yang berwarna pink. barangkali.
kesimpulan awal, warna pink itu ibarat keperluan asas kepada bandung bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya (harap-harap mendapat 2 markah)

bandung juga pernah mengalami saat getir dalam hidup di mana pada tahun 2008 dia telah terlibat dalam kemalangan yang amat dashyat. nahas ini walaupun tidak meragut nyawa siapa-siapa tetapi cukup untuk memberi pengajaran kepada beliau agar belajarlah membawa kereta manual. bak kata orang tua-tua sudah jatuh ditimpa tangga. (2 markah?)

satu perkara yang menyebabkan saya sungguh menghormati bandung ialah walaupun berasal daripada keluarga yang kaya raya sikapnya sedikitpun tidak meggambarkan kekayaan yang dimilikinya. Dia boleh berkawan dengan semua orang dan buktinya dia juga adalah kawan saya menadangkan saya merupakan golongan kelas bawahan sahaja. Dia mempunyai 2 tas tangan berjenama Dolce & Gabana serta menggunakan alat solek berjenama chanel. saya tidak sempat pula menghafal jenama-jenama kasut tumit tinggi dia tapi disyaki Vincci+ dan mungkin D&G juga. pernah suatu hari dia berkata "saya tidak mementingkan jenama, tetai yang penting keselesaan" "apakah jenama kegemaran bandung?" saya bertanya "LV". erk.
model memperagakan beg D&G milik bandung
Sepanjang perkenalan kami, tidak pernah sekalipun bandung meninggikan suara atau marah-marah pada saya. Ini menunjukkan perwatakannya yang disenangi rakan-rakan yang lain. mungkin kerana wajahnya nan ayu itu, kelumit amarah sukar untuk ditunjukkan olehnya itu dan ini.

Sebelum saya terlupa, bandung adalah pelajar tajaan MARA yang bakal menyambung pelajarannya dalam bidang aktuari sains. Disamping pandai dalam matapelajaran Furthermaths, chemistry dan Maths (econs terkecuali sebab dah drop) dia juga sangatlah hebat dalam bidang masak-memasak ni. boleh dikatakan dapurnya akan sentiasa berasap (mungkin sebab hangus memasak telur goreng) kerana minatnya yang mendalam dalam bidang ini. Sebelum kedatangan Azri (junior garnet), borwnies buatannya sentiasa mendapat tempat dihati pelajar KYUEM namun dia jatuh rufi semenjak dua menjak ini. Namun itu tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan minat barunya iaitu membuat kek cawan comel bak kata pujangga belakang parang kalau diasah tajam juga (2 markah, please...).

2,3 bulan yang lalu, bandung telah menjadi penulis blog yang terkenal seantero dunia selepas ketagih untuk menulis kisah hidupnya sendiri. sebagai sahabat yang rapat dengannya saya sangatlah yakin bahawa dia akan menjadi penulis yang berbakat suatu hari nanti.

Tuntasnya, saya merasa tersangat bertuah kerana dapat mengenali gadis sunti ini dan berdoa agar dia sentiasa berjaya mengecapi segala impian yang diharapkan. Pemeriksa, tolong doakan agar ...

"ok students, time up!! put your pen down!!!" sergah Mr. B.

alamak tak sempat habis buat penutup ni!!!

alamak, tak sempat habis!! ok sambung sikit

..agar jodoh antara saya dan dia akan ...

"hei you there!!! what the hell are you doing??? i said put your pen down!!!" sambil merampas kertas dan mengoyaknya..

tidakkkkkkkkkk!!!!!!!

~~~~


disebabkan penulis karangan diatas telah tertangkap oleh Mr. B kerana menulis bila disuruh berhenti, kertas penulisannya telah dibatalkan. Maka tertangguhlah kisah cinta mereka menjadi persoalan tanpa jawapan...

~~~~~

ucapan penulis blog :
RIBUAN TAHNIAH KEPADA MEREKA YANG BERJAYA MEMBACA POST PANJANG INI SAMPAI HABIS TANPA SKIP2.

~~~~

Kami ahli keluarga Sapphire ingin mengucapkan~~~


!!!Bandung!!!
!!!Happy 20th birthday!!!
!!!hope all your dreams come true!!!
!!!dah tua nanti jangan cucuk botox!!!
!!!yakinlah pada kejelitaan semulajadi!!!

!!!kawen cepat2!!!
!!!cari boyfren yang hensem!!!
!!!nanti dapat anak yang comel2!!!

!!!hei!!!
!!!TAHNIAH!!!
!!!kemenangan TOMOK di OIAM adalah hadiah yang sangat berharga dan berbaloi dengan keobsesan anda terhadap tomok!!!

!!!hidup wan nur tomok!!!
!!!hidup ban2!!!





nukilan,
yang pernah mencintai

3 comments:

bday kak bandung??
HEPI BDAY! (klu bandung ada membaca blog ini)

 

wah trima kasih tomok(if only boleh berkata2 ngan tomok, alangkah indahnya dunia ini) eyh salah...
eman.... terharu lah baca post ini walaupun 50% isi kandungan karangan ini adalah rekaan atau imaginasi penulis semata-mata...dan saya tolak 3 markah bagi setiap peribahasa yg disalahgunakan....heheh

mana pernah saya cakap saya cute??? saya x pernah pun sebab mmg dah kiut xpayah ckp pun...huahuahua

saya suka karangan yg tergantung ceritanya kerana membuatkan minda kita berfikir dan perasaan kita bagai dipermainkan.... meninggalkan impak yg lebih mendlm kpd pembaca ;) terima kasih....

ikhlas dr hati,
yang sedang mencintai...

 

suman: jgn nak ngorat2 kak bandung ya..;P
*euww, "kak bandung" !!!
sounds awkward

ban2: aneh la, walaupon tidak diletak nama sendiri, orng tetap tawu eman yg tulis.. ish..musykil2..

hei, ingat senang ke nak samakan peribahasa tuh??penat taw..haha

kasihmu sentiasa ku terima,,