House of Glory

The Ultimate Sapphire

Kisah Lama Yang Dah Berhabuk

Petang esok ada swimming gala
ramai sapphire bersorak-sorai

assalamualaikum pembuka bicara

sebelum saya bermulut murai

ah. ini satu cabaran. cerita tentang housetrip dah laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaama berlalu, dah byk blog dah yg post pasal housetrip. ish x suka la perkataan housetrip ni. hmm..apa kata jalan-jalan Cherating?

Ha, jalan-jalan cherating ni dah nk dekat sebulan dah berlalu, tpi penulis blog ni tetap berdegil untuk tulis. tahu kenapa?

pokok hijau daunnya lebat
tapi kini tinggalah dahan

wireless connection sangatlah lambat

nak update gambar berjanggut penantian


sekarang, hambik fether duster, lap habuk2 tuh.

17 April 2009

rumah sapphire rumah gemilang
warna biru berkibar kibar

Destinasi Cherating menjadi pilihan

dara dan teruna tak sabar-sabar

selepas berperang dengan trial exams hari tu, keluarlah segala jin-jin setan-setan dan makhluk2 lain meninggalkan kyuem tercinta. sepilah kolej itu melainkan tinggalnya budak2 diamond yang katanya bertolak pada esoknya. ish2, kesian depa.

bertolaknya pukol 3 petang kalu x silap, kan? haa, buat kebanyakan orang inilah kali pertama mereka naik bas selama lebih kuwang 8 jam tambah tolak. ha, berdarah punggong kan duduk lama-lama atas kerusi? selang masa 8 jam tu diisilah dgn perkara-perkara bermanfaat
melayan mp3 sambil nyanyi2 tanpa menghiraukan pitching lagu
meroyan bersama kamera baru
gossip2 panas yang terkumpul semasa berada di kolej
main kad
buat group dan buka cerita-cerita seram kat sekolah lama ..adeih~
baca buku econs *OMG!!!! bayangkan sorang budak yg teramatlah kiasu ini telah meluangkan masanya dgn menelaah subjek econs!!! malangnya, dia tidak tercalon sebagai Mr. Kiasu. hehehek..
khusyuk mendengar cerita seram

tak perlulah la kan nak describe mcm mana bas tu gerak, lalu jln apa, berhenti brapa kali, makan apa kt R&R, berhenti kencing brapa kali, menguap berapa kali, gelak berapa kali sebb tgk citer senario.. kan..kan..kan?? bosan ah..

dipendekkan cerita, kami sampai dalam pukul 9.00 mlm kot..tah.lupa dah. hik2.

tempat menginap dia sumpah best wow. Namanya Residence Inn. masyuk giler ah. Yang paling tak leh blah ialah kami (penghuni bilik 17) ambik masa 30saat berfikir mcm mana cara untuk buka pintu bilik. yela, slalunya ada tempat untuk sumbat kad tu. duk tilik lama2 kad tu, xde plak arahannya.

kitorang jerit "open sesame". x jadi gak.
tendang2 pintu, kukuh gila.
tah2 kena guna loghat pahang tah.. "hei, bukoklah!!!"
haha. memang tahap cipan ah jakunnya sebab sebenarnya kad tu just perlu disentuh je pada pintu tu. otomatik, pintu ter "unlocked". cis. touch n go ke.. kata 4 bintang kan...

perghh..dinner kat kedai pak abu memang 1st class ah. terasa bagai balik ke kampung halaman plak. ada ikan bakar, lauk-pauk best, ulam-ulam segar dan buah-buah. yg paling mantap ialah budu dia, memang citarasa malaysia! Mr. Alderson pon tak ketinggalan merasa pati ikan bilis itu. layan ah pak abu!
cawangan pak abu di Cherating
mlm tu ada yg terus terjun ke dalam kolam. tah hape2 kan, walaupon kt kolej ada kolam ,kami tetap teruja untuk berendam didalam kolam tuh.
rasa air xdelah berubah pon, xdelah rasa air milo ke, sirap ke, bandung ker, klorin jugak rasanya. pastu main suka-suka hati jer buat bising tengah2 mlm buta kan?

dah. penat main air. tidur.

makan nasi berulam timun
dicicah pula budu diraja

residence Inn sangatlah anggun

hinggakan kami tak tidur lena

xoxo
econslover

18 April 2009

hari ini ada amazing race. tahu kt mana??kat tengah2 pantai yg panas terik gila tuh! pemilik-pemilik kulit cantik dan gebu mulalah risau akan kebakaran kulit yg bakal mereka alami nanti, tetapi tidak pula pada mereka yg memiliki skin colour "dark brown and beautiful". apa nak kesah, xde bezanya pon. keh3..

saya rasa sgt rajin untuk analisa keenam-enam clue cek point itu. segala cemuhan, kritikan, ejekan, terjahan, dan segala yg berkaitan harap diampunkan.

clue pertama
"sebuah batu besar di tengah2 gelanggang bola keranjang"
jenuh juga kami berpikir sebab tak nampak pulak kelibat gelanggang bola keranjang kt tepi pantai tuh. tilik punya tilik punya tilik, salah sorang member grup terpikir
"eh, depa kata clue tu berkenaan orang yg jaga cek point..bukan pasal tempat ke..apa ke.."
ha teruslah kami terfikir pelakon terbaik bangsawan yg menjadi batu iaitu saudara azizul. depa plak satu, napalah duk tempat paling hujung dunia..jauh tau tak..jauh.. sampai2 je, nmpak kelibat jijul ngn maba. tahulah kami gelanggang bola keranjang tu sapa...

game kt sini ialah pass gelang getah guna straw. agak menarik sebab ada yg hampir2 tercium mulut. haha. buat pengetahuan semua, saya assume straw yg digunakan adalah straw yg telah digunakan oleh group lain. maka, eeeeuuuuwww~~~ lah jawapan yg tepat.

clue kedua
"captain jack loves his treasure"
clue ni antara yg straight to the point sebab sapa lagi kapitan kan?? berlari-lari anaklah kami mencari aiman ariff dan jelitawan izzi.
aku paling x suka game "spongebob bla bla bla" ni. sebab bayangkan anda dikehendaki menyelam dalam besen yg penuh dgn air untuk mengambil gula-gula mentos menggunakan mulut. ok, part ni ok lagi. yg tak ok ialah air di dlm besen itu telah bercampur sebati dgn air liur dan peluh2 group member yg lain..aahhhhhhhhh!!!! tapi apakan daya, kena buat jugak.

oh. terlupa nk gitau, objektif game ni adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara member2 sapphire. cliche kan? dan hadiah yg bakal menanti para pemenang akan diberitahu nnti.

clue ketiga
"tinggi golek, adalah lutut"
haa..saya suka clue ni sebab ia sgtlah bodoh dan bangang. berpeluh ketiak duk perah otak pikir makna clue ini. apa yg tinggi dan bergolek dan menyerupai lutut??

rupa-rupanya ia
tinggi golek = high role = hairul
adalah lutut = is knee = izni
adoooii~~ pecah medula oblongata mcm ni. this clue is even harder than spynx's question. *tetiba

kat sini kami dikehendaki berpelukan sesama jantina untuk memecahkan belon menggunakan kekuatan perut. disebabkan ahli kumpulan kami semua sihat2, tiada yg memiliki perut yg terlebih, belon itu sukar utk dipecahkan. akhirnya, kami terpaksa menipu dgn cara mencubit belon itu ketika sedang riang berpelukan. *sounds a bit like ...*


clue keempat
"co-pilot"
simple dan padat. short n sweet.ah. senang gila ah. tak taw nk describe cmne. sebab jawapan dia terang lagi bersuluh lagi berkanta pembesar.
disebabkan penjaga cek point ini ialah dayang nur kemelia aishah puteri lenggang inderawati, kami dipaksa menarikan tarian open twisto dgn sekata bersama-sama. jenuh jugaklah nk melatih open twisto ini. terlompat2, terpusing-pusing. adeih. akhirnya dgn belas kasihan saudara haq mohaidin, kami diberi clue kelima. eceli kitorng dapat buat, tpi depa jeles sebab perfect sgt. haha.
gigih membuat open twisto

clue kelima
"Dayang bersanggul yg membawa dulang"
menguap-nguap kami membaca clue yg senang gila nie. hek2. riak2. Demam bangsawan yg belum reda lagi menyebabkan kami pantas mentafsir pembayang tersebut. mereka juga adalah pelakon berbakat dlm drama Bicara Takdir Berbisa yg ditugaskan membawa dulang hantaran.

kami berubah menjadi kanak-kanak rebina kerana terpaksa mncari bnda2 yg mempunyai warna pelangi. mulalah keluar teori yg pelbagai untuk mengingat warna pelangi ini

teori satu:
cara sebutan :Roy Gi Biv
stand for Red Oren Yellow Green Blue Indigo and Violet

teori dua :
cara sebutan : Michael Jackson Kena Hambat Balik India Utara
stand for Merah Jingga Kuning Hijau Biru Indigo Ungu

clue terakhir
Lupalah clue terakhir yg merepek-repek ni. tapi disebabkan ia clue terakhir, maka kami terus menuju ke Furqan, Suman dan Lisa Amani. disini kami ditugaskan mereka rumah untuk bola tersayang dari ribut taufan dan angin kencang yg melanda. masa ni, penat gila tau tak!!! dah xde semangat dah. dah melecur-lecur dah kulit nie. tapi kami tetap bersemangat untuk habiskan sebab salah sorang group member dah tak tahan nk pegi buang air besar..ahaha..apa da lu.

diari hari ini ditulis dgn begitu laju, segala salah ejaan pandai2 lah baca.

di tepi pantai sgtlah berbahang
game amazing race memang memenatkan

sungguhpun kami tidak menang

persahabatan yg terjalin itu yg dikenang


xoxo
econslover

0 comments: