fed up!
fed up!
*sila sebut "fed up" sebnyak 20 kali sebagai menyokong ketidakpuasan hati penulis*
sebagai presiden pasukan "Pembenci" Illy Dayana, saya sgt marah hari ini. ingatkan, selepas berjaya menggulingkan kekuasaan illy dayana dlm kelas ielts, dgn cara "memaksa" beliau mengambil exam ilets awal, maka kasih sayang Mrs, Foord dapat dirampas kembali. huh. indah khabar dari rupa!
(pasukan "pembenci" illy dayana ditubuhkan selepas beliau memasuki kelas iets kami dan merampas 90% kata-kata pujian yg sepatutnya diluahkan kepada kami..haha)
ampun.
masuk saja kelas ielts *smbil pose2 tercungap-cungap "i'm sorry"* terbeliak mata memandang manusia di dalam kelas ielts. huh. kami sepatutnya berlapan hari ni, tapi kerana keexcitedtan Mrs. Foord untuk mencurahkan ilmu, kami menjadi berenambelas.
entah ikan sardin mana yg tersangkut pada jala Mrs Foord ini. haduih.. melepas la aku untuk mendapat perhatian penuh dari si jelita kesayangan..
cukup untuk luahan perasaan. masa untuk mencari iktibar dari kisah harian.
---
saya wakilkan jejaka x berapa hensem ni sebagai AQ. x perlu untuk saya describe lebih tentang dia. nanti kalian muak. cukup sekadar memberi contoh cerita yg berkaitan.
pembelajaran ekonomi mengajar saya tentang complement good atau barang yg melengkapkan sesuatu barang. penurunan harga pada barang Y akan meningkatkan permintaan terhadap barang X, diberi barang Y dan X adalah saling melengkapi.
contoh
jika harga petrol meningkat, maka permintaan kereta nasional akan menurun (kerana kereta nasional tidak menjimatkan minyak) (markah bonus untuk jawapan dalam kurungan)
jika harga pemain cakera padat turun, makin ramai yg berpusu-pusu mencari VCD (jawapan ini valid untuk abad ke 18 sahaja. kerana orng bijak akan memuatturun movie secara percuma) (lagi markah bonus untuk jawapan dalam kurungan)
kawan saya, AQ tidak mengambil subjek oekonomi. mungkin kerana itu, hidupnya tidak pernah saling melengkapi. ini teori saya.
dongengan 1
AQ memiliki handphone nokia paling canggih pada abad ini. bentuknya yang bersegi, dilatari skrin yg boleh disentuh dan kemasan karpet baldu menjadikan handphonenya paling elegen di kolej ini. maka ramai anak-anak gadis akan bertungkus-lumus mengiramkan sms kepadanya semata-mata mahu mengharap balasan mesej dari handphone canggihnya itu.
jgn khuatir anak gadis, anda hanya akan mengalami 2 situasi ini sahaja.
situasi 1
mesej anda akan dibalas serta merta dgn ayat yg berbunga-bunga. dan nombor yg tertera InsyaAllah bukan milik AQ tetapi milik sahabat handai yg lain. contoh ayat
"saya juga sayangkan awak. awaklah permata hati saya. - AQ"
situasi 2
bulu betis anda akan kembali panjang walaupun sudah 2 kali mencukurnya sebelum mesej balasan drpd AQ akan sampai kepada anda. mungkin juga, bulu hidung anda akan beruban terlebih dahulu, kerana "once in a blue moon" sahaja AQ berjaya menambah nilai kredit henpon nya. anda paham?
henpon canggih milik AQ tidak pernah punya kredit.
"pernahlah, raya cina hari tu aku top up *selepas tiga bulan tak top up*
dongengan 2
oleh kerna AQ adalah budak tajaan MAS, maka saya memandang tinggi kekayaannya. selalu juga terserempak batang hidungnya di cafe.
hipotesis awal
"semakin kerap AQ singgah di cafe, semakin bertambah wang sakunya"
dompetnya sentiasa tebal. betul.sudahlah dompetnya berukuran 20 cm lebar dan 40 cm panjang. benda yg aling mahal dalam dompetnya ialah kad pengenalan beliau. kenapa? kalu anda teliti gambarnya 40 kali hatta dgn kanta pembesar pon, anda tidak akan percaya ia adalah AQ.
rambutnya yang panjang mengurai berkilat-kilat dilimpahi cahaya flash kamera.
"jom pegi cafe"
"jom"
"aku belanja"
tengok. kaya kan AQ.
tipu.
sebenarnya, dialog di atas adalah perbualan AQ dan temannya. dan jawapan AQ adalah "jom" bkn "aku belanja"
kesimpulan
hipotesis ditolak mentah-mentah. eksperimen gagal.
dongengan 3
saya memang takleh terima. kalu benda lain tidak lengkap tak mengapa, tapi bnda ini.siyes, saya xle terima.
AQ miliki pencil case yg sangat besar. hinggakan kalkulator saintifik yg berskrin graf pon boleh diisi. Pelbagai alat tulis berjenama hebat terkandung di dalamnya.
pemadam stabilo, pen pilot, pencil stedler noris 2B, highlither perbagai warna, marker pen, stick glue, stapler mini, pisau lipat, pen biru, pen merah, pen hitam, pembaris, kalkulator, alat geometri, eye shadow, maskara compac powder.
banyak kan??
sila lihat perkataan yg di highlite hijau. itu saja yg ada sebenarnya.
suatu hari, saya meminjam stapler dari AQ memandangkan saiz pencil case nya meyakinkan saya.
saya guna.
saya terkejut.
saya menjerit.
Mrs Foord marah.
"hei, takkan la ubat stepler yg berharga x sampai satu hengget pon ko xle nak beli???"
motif sgt kan miliki stepler tnpa membeli ubatnya. katanya, ubat minta orng.
huh. anda mungkin fikir saya terlalu ekstrim untuk memarahinya kerana tidak memilik ubat stepler.
tapi, bila baca balik 2 dongengan di atas, sila setuju.
---
teori diterima.
moral of the story
belajar subjek ekonomi.
nota: perkataan pembenci telah disalah taipkan. sebenarnya pendengki. harap maaf
8 months ago
4 comments:
salam
hahaha....lawak top in da world....bile aku bace....terbayang wajah AQ....sungguh se POSENnye wajahnye..hahaha....jgn mare
salam
hahaha....memang lawak top in da world...bile aku bace post nie...terbayang wajah sePOSEN AQ or maybe lime sen lebih tepat....hahaha...jgn mare
haha haha
saya suka seposen..lima sen pon lagi bagos..
hahaha
salam...ni first time aku mengomen kt blog org...huhu...
wahai saudara AQ sesungguhnya aku segan gn ko...
apatah lg aku ada r dua tiga kali ada insiden dongengan 1 tuh sampai dah serik nk mesej dh...
mmg ley bygkn mukanya yg amat SEPOSEN tuh...
tp kpd si peluah perasaan hati aku amat tabik kpd anda krn masih bersabar dgn saudara AQ...
takpelah janji dia tak wat menda2 merepek sudah...;D
Post a Comment