jika ditanya sebab utama peningkatan masalah sosial remaja di KYUEM, antara jawapan yg pasti ialah..
1. kedudukan kolej yg terceruk menyebabkan gian remaja tidak dapat dilepaskan kepada saluran yg betul.. anda setuju? saya, tidak.
jawapan yg tepat ialah
2. pembelajaran topik vektor spaces dalam matapelajaran matematik lanjutan atau nama ayunya further maths meyebabkan otak kebanyakan pelajar bermitosis melampau ataupun lebih dikenali sebagai mutasi.
betul. mereng terasa kepala ini. bayangkan tiap-tiap hari mengadap benda yg dianggap tak berapa wujud di alam yg nyata ini. ah. tension. lagi tension bila tengok dewi further michelle dapat menjawab dgn penuh comel sambil pose2 x faham. sudahla ko michelle.
bayangkan satu soalan bernilai 1 markah terpaksa dibincang selama satu period 40 minit. xka gila? macam-macam tafsiran dibuat dan saya yg duduk di tengah2 terpaksa pose2 faham sambil angguk bersetuju dgn segala idea-idea melampaui batasan fikiran manusia normal. ah.
akhir kata, sir pon lantas menyimpulkan
"anyway, it's just one mark, u still can get 99 out of 100"
"but i'm a cambridge candidate, i have to know everything, one mark is important for me"
haa.macam tu berlagaknya jawapan itu. eceli itu monolog dalaman saya untuk dewi further kami. huh. sudah.
bala. Sir mahu buat test bab matrix n vector spaces. habislah gila meracau kami nanti.
"dun worry, it is just an easy paper. 4 questions only."
ya. 4 soalan saja.
pernahkah anda memperuntukkan masa untuk membuat 4 soalan mudah matematik moden selama 1 jam 20 minit?
tidak.
ok. sila ambil subjek matematik lanjutan dan anda akan memdapat keriangannya!
---
suatu hari, saya ke matematik department untuk mengambil markah ujian hasil perih jerih keringat menjawab 4 soalan gila. tiba-tiba saya terdengar perbualan antara sir dan seorang pelajar paling blur di kolej ini..
"i know u have done ur best, but still, u have to work harder than anything.."
dgn nada sedih pelajar blur itu menjawab..
"yes, i know i'm still not good enough sir, i will spend more time to study.."
huh. meremang bulu roma saya mendengar sir berkata begitu. seram sejuk rasanya.
"u are the worst in ur class..ur mark is too bad.." sentap hati ini, habislah aku pasni dapat ceramah free drpd sir.
sedang pelajar blur itu, sir sanggup berkata begitu, diriku?? *wah, tetiba dirasuk arwah dameng*
sedih melihat muka pelajar blur itu. berselisih dgn dia, leher saya panjangkan untuk mengintip berapakah markah dia.
dari jauh dapatku saksikan ada 2 angka kosong dan satu palang.huh, kalu dasar pelajar blur, memang patutla ko dapat banyak tu je. padan muka ko.
100
"sir, before u say anything, i wanna apologise bcoz i know how bad my result is gonna be.."
huh. markah ku sgtla teruk. tapi alhamdulillah jua. seperti yg dijangka.
padan muka aku. teringat kata2 hikmah sorang kawan sundal dlu2..
"ko tu, tiap2 sem aku tengok aktif ko berjoget, melalak, over acting atas pentas..bila ko nak study..ko tu dahla ambik further.." ha..sentap kan kalian??
maka bermulah sesi ceramah percuma. saya memang suka mndengar ceramah percuma daripada sir. sebab setiap kali dia memberi nasihat, saya terasa sangat bersemangat. rasa bagai mahu study bersungguh-sungguh. it's so motivated. Ya, aku berjanji pada diri, akan belajar bersungguh-sungguh.
"wei, jom tengok movie malam nie"
"jom"
saya namakan ia sebagai "hangat-hangat tahi arnab"
tgh syok mendengar motivasi, datang 2 orng gadis sunti mengadap sembah meja sir. ah. tidak. kacau saja sesi peribadi. mereka gayanya seperti datang untuk mengutip hasil susah payah 4 soklan gila itu juga.
tiba-tiba, dgn suara lantang sir berkata..
"99% is not good enough herman, i want u to get more than that.."
"work harder.."
8 months ago
4 comments:
ade gak yg kne lempang laju2 kang nih...
hish...
er.. sungguh aura riak kelihatan. hehe
dapat 99% ker??
waduh,giler lah!!huhu~
to syaa
anda..jgn salah paham dgn artikel ini..
sila baca bertol2..
cari kaitannya~
to ada
haha..
to kak akma
sila lihat komen saya terhadap syaa
Post a Comment