*gaya bahasa post ini sedikit radikal. jgn terpengaruh*
tahu apa maksud bengap tahap kuda?
definisi kamus dewan serbaguna
"seseorang yg tahap kebengapannya melampaui batasan kebengapan seekor kuda"
definisi kamus koleksi bengap-bengap kacukan binatang.
"seseorang yg belajar bahasa Inggeris drpd darjah satu sehingga tua kerepot tpi sampai nak mati pon x pandai-pandai lagi. ini definisi optimum kebengpaan tahap kuda."
benci betul. hari ini sebahagian pelajar Melayu tulen dan bebrapa melayu x tulen dan kaum-kaum lain mengambil peperiksaan IELTS. IELTS ataupon International English Language Tahap Sekolah(rendah) dikira menggerunkan jika diteliti setiap komponen yg perlu dilalui.
1. Speaking test ataupon pemeriksaan percakapan
-Pemeriksaan ini diperlukan untuk memantau tahap kebersihan mulut pelajar. Ini kerana jarak percakapan antara pelajar dan pemeriksa adalah sgt dekat, maka jika ketika pelajar itu berbicaradan didapati pemeriksa itu menggeyeh-geyehkan hidung yg berdarah-darah, insyaAllah pelajar itu mendapat Band percakapan 10. tahniah!! mulut anda mengalahkan bau tong sampah DBKL.
2. Writing Test ataupun pemeriksaan Penulisan *atau lebih spesifik TULISAN*
-keperluan yg sgt dititikberatkan bagai memastikan pelajar-pelajar yg akan terbang nnti memilik tulisan yg tidak mengalahkan tulisan doktor pakar. jika berlaku sedemikian rupa, pelajar dinasihatkan utnuk menukar kos kepada perubatan. sistem ini memudahkan pelbagai pihak kerana, sesiapa yg mendapat band rendah untuk penulisan, maka mereka mudah dikenali sebagai bakal doktor terkemuka dunia.
3. Reading test ataupon Pemeriksaan buta huruf
-buta huruf disini bukan bermaksud tidak pandai membaca, tetapi literaly buta. Karangan yg bakal dibaca telah ditulis dengan menggunakan tulisan paling kecil dan paling halus yg mungkin. Penggunaan alat bantuan seperti kanta pembesar dan mikroskop tidak terlalu membantu kerana tulisan itu tidak mampu dikesan. kebanyakn pelajar gagal dalam pemeriksaan ini. ini salah satu niat jahat pihak atasan juga. sengaja diberi karangan section 2 yg bertulisan sekecil tahi hidung kering dan menggunakan perkataan yg bombastic (sila sebut bombastic dgn penuh drama).
4. Listening test ataupon pemeriksaan pendengaran
-ha. pemeriksaan ini penting untuk memastikan tahap kebersihan telinga para pelajar. bertungkuslumuslah para pelajar meminjam vacuum cleaner demi memastikan slauran telinga tidak terhalang oleh sebrang habuk pon. bayangkan anda terpaksa mendengar perbualan daripada orng berkulit putih yg mempunyai accent yg pekat nk mati. contohnya, sebutan water bagi mereka ialah "wa'er" disebut seolah-olah anda tercekik biji durian. juga sebutan written, disebut "wri''en" sekali lagi tercekik biji durian. statistik menunjukkan ramai drpd golongan mereka mati awal kerana sentiasa tercekik biji durian demi mendapat sebutan yg tulus. ok merepek.
dengar saja perkataan water disebut gaya tercekik itu, saya mula gerun. habislah..habislah..
memang habis.
apa kaitan bengap kuda dgn post ini?
ok.
sila eja perkataan yg diberi dgn betul dlm Bahasa Inggeris
kereta = Car
buku = Book
Lampu = lamp
kuda = horse
jamban = toilet
pencemaran = polution
jambatan = bridge
gila = crazy
kamu = you
tidak = No
jika anda puas hati dgn ejaan diatas, tahniah. sila repeat IELTS.
ya.anda tidak mahu mengaku kalah. maka melihat semula ejaan di atas.
rasa betul juga?
bengap kuda.
ya. polution sepatutnya dieja POLLUTION.
benci. kerana itu saya rasa dirasuk roh kuda. hampir 13 tahun belajar bahasa Inggeris, hari ini saya telah menjadi kuda. saya kecewa dgn diri sendiri.
sadikit bantahan. listening test sepatutnya tidak menitikberatkan ejaan, tetapi menitikberatkan tahap pendengaran pelajar. dah aku dgr mcm tu, mcm tu la aku eja. huh. benci.
hari ini, saya pantang melihat pencemaran.
8 months ago
2 comments:
Selamat jadi Bri'ish!
If you wont (want) chiu (to) goe (go) to the Universi'y of Greenwich, Avery Hill campus, take the bus, route 286 towards Queen Mary Hospi'al!
huh..
semoga ko hidup lama mengcekik biji durian~
Post a Comment