ini cerita lama.
saja mengimbau kenangan lama. apa lagi yang boleh saya buat sepanjang menjalani tempoh cuba menggembirakan diri selain menekan f5 pada inbox emel saya. jadi, mari bercerita!
cerita 1
hari itu pergi solat terawikh dgn ayah dan emak. untuk makluman, kami mengamalkan solat 8 rakaat saja. bak kata pepatah (pepatah ker?) kita buat ibadah ni, sikit-sikit takpa, janji berterusan. istiqamah maksudnya. setuju? dan untuk makluman lagi sekali, imam kat masjid kami pergi ni sangatlah disayangi ramai.
dia guna enjin turbo.
iyalah kan, kita kena pertimbangkan jemaah-jemaah yg hadir. bukannya semua gagah perkasa semuanya. lagi-lagi yg memenuhi saf hadapan. nak bangun pun 5 minit ambil masa. tak gitu tok imam?
habis solat, ayah kata
"laju sungguh imam kita ni, macam bacaan antara 2 sujud pun x sempat baca"
ibu balas
"dia buat yg wajib je. baca tu sunat, tak gitu?"
saya diam saja.
cerita 2
cikgu di sekolah sekarang dah x macam cikgu di sekolah masa saya kecil-kecil dulu. terutamanya ustazah. kalau ajar bab-bab fiqah, hampir semua benda uztazah nak ajar. dari yang wajib, kepada yang sunat, kepada yang harus sampailah kepada yang makruh. terpinga-pinga kita.
hari itu, saya terserempak dgn seorang budak dan ayahnya kat tempat wuduk.
"ayah ayah, wuduk start dgn apa dulu? muka ke tangan?"
budak ini gayanya baru darjah 1
"tangan la dulu, lepas tu kumur-kumur, baru muka. tapi xnak basuh tangan pun xpa, tu sunat je"
"hmm, lepas muka apa ayah?"
"lengan"
"hmm, lepas tu apa ek? ha, rambut-rambut.."
sambil membasuh rambut
"hmm, akhir sekali kaki"
sambil berkata dgn riang.
"eh, telinga nya mana?"
"cikgu tak ajar pun ayah. cikgu kata xde"
saya tersenyum saja.
cerita 3
anda pernah pergi ke rumah kawan anda yg begitu hebat mengamalkan sunnah Rasulullah? ha. keluarga kawan saya ni hebat. mereka selain hebat melakukan perkara wajib ibadah, mereka sangat menitikberatkan soal sunnah Rasulullah. hebat2.
sambil sembang-sembang kosong dgn kawan saya, ibunya ajak makan. maka makanlah kami dengan penuh nikmatnya. beehun goreng dgn keropok keping. aduh, nikmatnya.
saya hampir tertelan saja garpu yg berada di dalam mulut bila terdengar ayahnya berkata
"makan tu, jangan kenyang-kenyang sangat. sunnah nabi kita, berhenti sebelum kenyang"
saya tengok kawan saya angkat pinggan nak tambah letak balik. dia buat-buat sendawa kenyang.
saya tersedak sikit-sikit.
cerita 4
saya keluar dgn kawan saya ke shopping mall. masa tu baru masuk zuhur. kami mahu jalan-jalan dan beli barang. 2 tahun dulu saya sangat suka melihat mesin atm terdampar dimana-mana. sebab bila mahu duit saya boleh cucuk saja. dulu saya kaya raya. pernah suatu ketika saya tergelak bila tengok baki RM 3000 kat dalam akaun saya. saya pun x pasti sama ada saya boleh habiskan duit itu.
kini, saya segan dgn mesin atm. sebab bila cek baki saya dapat rasa mesin atm gelakkan saya bila melihat baki
RM 15.90
bila dah shopping sakan, saya terlupa tentang solat zuhur. astaghfirullah. bergegaslah saya mencari surau memandangkan waktu zuhur tinggal beberapa saat saja lagi. berdosa saya.
kawan saya tegur saya
"kenapa ko tergopoh-gapah sangat. rilek la. jamak je la zuhur ko tu"
"jamak apa nye, aku bukan musafir"
"jamak TakDan"
apa patut saya buat dgn kawan saya?
8 months ago
1 comments:
ko tanya kawan ko tu
"ko penah makan mesin atm?"
Post a Comment