House of Glory

The Ultimate Sapphire

Lara

AMARAN KERAS!!!
post ini mengancam jiwa

lara jiwa tiara tara

tertikam kalbu dek terdengar berita
kecundang musnah harapan
tinggal sisa sisa yang cuba dikutip
oleh jari yang lemah



cinta hatiku dengarlah
bisikan sukma yang lara
pungguk juga tewas melawan penantian
kerna purnama sentiasa datang



lara jiwa tiada tara
bisikku pada jauhari
apakah tiada penawar
untuk luka yg berdarah ini




ada
terimalah dariku
...
***
*tukar channel tv*


hai semua!
bertemu kita lagi dalam rancangan ketuk-ketuk ramadhan.
ha, muntah membaca ayat-ayat jiwang di atas? senget juga kepala menukilkan ayat-ayat bunga-bunga chenta ni.

ok. resepi kita kalinya sangatlah simple. sesuai dimakan untuk mereka-mereka yg rasa jiwanya sedih, terluka, remuk-redam dan terguris. kerna resepi ini dicipta tatkala hati ini menangis mengenang nasib badan.

so, apa yg diperlukan?
Sebekas aiskrim perisa vanilla
beberapa hiris tembikai dipotong dadu dan dibuat jus
anggur yg dihiris
jeruk strawberry yg dihiris

tak perlulah arahan bagai kan.
ambil mangkuk, humbankan saja segala bahan-bahan tu secukup rasa.
maka inilah hasilnya!!!

Vanilla ice cream with grape slices and strawberry pickles in watermelon juice
*tutup mulut tu, jgn ternganga*

atau nama yg lagi glamor dan menepati tema : lara tiada tara

Lara Strawberry Vanilla
(dipetik drpd judul bangsawan Topaz, Lara Cempaka Nirmala)


selamat mencuba!!
haruslah siapa yg tengah puasa berendam air mata baca post ini. kan dah bagi amaran.



chef eman

10 comments:

i br plan nak buat this kind of desert tmrw.. :)

 

cam sedap je...
nak order?!! bleh..
delivery ke rumah ye...
terima kasih..

 

" Vanilla ice cream with grape slices and strawberry pickles in watermelon juice "..

wah nama recipe nih!nak menyebut nya lg lama dr proses nk buat.. =P

 

mariam : ah u yamyam, terlambat. kalu kita niaga, i dah lama untung =p

selamat mencuba!!

afiqah : saya takut bila smpai dilivery, kamu dpt mangkuk yg licin jer. hek3.

ekroyorke : menulis namamu jua mengundang pening kepala. haha.

sebab tu tukar ke Lara Cempaka Virmala, eh?

 

xpening pon..haha..tukar la.. =P

 

kalo dpt mangkuk licin,
saya suruh org yg delivery tuh telan ngan mangkuk2 sekali, boleh?!! hehehhee

 

ekroyorke : tahu aku tertaip apa?

"erkotorke" haha..tak sengaja tak sengaja.siyes

afiqah: err.. perkhidmatan pernghantaran dihentikan. aiskrim habis di pasaran.

 

sorry i x suke la grape...boley x i gune buah lain?

kala juice tu ganti dgn pineapple juice ke,ok x?

hehe...

 

boleh boleh boleh

buat limau, lemon, oren, epal, durian, rambutan, manggis
sumer boelh, ikut citarasa~

hei, nenaskan tajam, x elok dimakan kalau dtg bulan.. haha

 

hmm baik,i akan letak buah naga...

oops!tajam ye chef eman?
owh xpe,bulan i dh dtg,dh pegi pun...so ok lah kn?
hahaha(joke,ok)