House of Glory

The Ultimate Sapphire

Shhh..Jangan Tegur

sudah lama jugak saya tidak update blog sapphire yg best ini.
ah, sudah lama saya tidak menulis kisah peribadi saya di blog awam ni.. (budak tajaan MAS, ko diam)
rindu pulak rasanya.

tahu tak kenapa nenek zaman dulu tak bagi tunjuk pelangi dengan jari telunjuk? secara kurafatnya takut nnti jari kudung, tapi kini saya dah ketemu jawapan sebenarnya. sangat logik dan diterima akal.

petang semalam, hari jumaat dewi statistik datin sri sheila mendapat kunjungan hormat drpd duli yg maha mulia 3 putera dari kerajaan lembah sangap, putera mahkota kerajaan kilatan saji, ampuan antah kerajaan Negeri perpatih dan permaisuri agung kesaktian poh fong. maka dari kayangan mereka turun bersama pari-pari mencemar duli berkunjung ke rumah agam dewi itu.

wah, first impression kami, rumah itu macam spa tau. spa ala-ala bali yg sangat mendamaikan. memang patutlah dewi itu menjadi penasihat kelab pencinta alam di lembah sangap itu.

mahu saya bertanya pendapat pembaca, apakah maksud kepada ayat di bawah, sila teliti baik-baik
"Puan, puan pergi lah bersiap-siap dulu *sebab tgk puan pegang byk barang*, smentara itu biar kami teroka sekeliling kawasan rumah puan ini"

ok, adakah ayat ini bermaksud
A. saya meminta puan masuk rumah dan siap-siap nak tukar baju ke, nak smayang ker, nak mandi ker, ye la puan baru je kot balik dri kolej.
B. saya meminta puan masuk rumah dan pergi dapur dan buat air milo panas satu jag dan letak sikit biskut kering dlm piring dan bawak keluar sebab kitorang nak makan.

jawapan anda?

oleh sebab kenyataan itu putera mahkota dimarahi oleh dua permaisuri kerana dituduh tidak tahu malu dan tidak menjaga tatasusila sebagai putera negeri kayangan. menjunjung sumpah derhaka saya tidak bermaksud seperti jawapan B.

mari kita tinjau2 rumah puan.
puas sudah kami menceroboh, hari pon nak labuhkan tirai. kami pon mintalah izin puan nk berangkat. dengan izin Allah yg maha kuasa, puan kluar pintu dgn menatang air milo yg penuh. ha, manalah kami tahu kan. melantaklah kami petang itu. fuh, walaupon hanya berulamkan biskut kering je, nikmatnya tak terasa beb. best wow duk umah puan ni. jauh kami berbicara dgn puan. puan sheila ni kalu bab2 bercakap, banyak jer topik dia ha..uhuk. x terlayan kami.
saya namakan kunjungan ke rumah puan ini sebagai
:kunjungan tak tahu malu

saya namakan peristiwa seterusnya sebagai
:Jangan tunjuk pelangi dgn jari telunjuk

apakah yg akan anda lakukan bila anda melihat seswatu yg unik bergantungan indah dari atap bumbung yg tinggi.

tarzan.

mungkin ini lah yg difikirkan oleh ampuan antah kerajaan Negeri pepatih ini tatkala melihat "rain chain" atau rantai hujan. lihat gmbar.
pengajaran kepada ampuan antah
: interval weight untuk jadi tarzan ialah bawah 60kg

pengajaran kepada puan
: letak papan tanda "bukan tempat untuk bergayut"

puan, jujur kami katakan pujian menggunung kami kepada rumah puan bukan sebab nk ambik hati puan lepas putuskan rantai puan itu, tapi ia memang cantik. cuma kami cuba hiperbolakan kecantikan itu untuk menyedapkan hati puan. :p

sebetulnya keriangan kami bertiga terjejas dek kerna basikal yg dipinjam *ops, kantoi turun dari kayangan dgn basikal* perlu dihantar sebelum pukul 7 malam, dan skng muka jam menunjukkan 6.58 petang.

maka memecutlah kami lagak dirasuk semangat usain bolt bila terbayangkan wajah Mr Seri dan Abang sarip. habislah kami. sedang enak-enak memecut itu, si permaisuri poh fong pulak buat hal kan.

motif rantai basikal ko nk rosak saat2 genting innew??ko pulak motif nak jaga kebersihan jari2 manicured ko tanak sentuh rantai basikal yg berminyak hitam itteww? maka terpaksalah putera mahkota mencemar jari-jemari mulus membetulkan rantai yg tersekat itu. aduh, sepuloh minit buang masa kt situ.

korang jgn sewa basikal nombor 4.

pecutan diteruskan menuruni bukit yg curam. ha ni lagi satu. memang malanglah kami hari ni.

tengah elok2 kayuh basikal smbil melayan usapan angin di pipi mulus ini terdengar ampuan antah menjerit mencarut pada sebuah van yg bru saja melintasi kami.
kelihatan ia basah kuyup.

bodoh *teet*
ba*bi *teet*
bangang *teeeet*

dia baru saja disimbah air selepas van yg meluncur laju masuk ke dalam lopak dan dia pulak tepat2 kat tepi van kan. memang strategik kan tmpat. sya dari belakang hanya ketawa insaf.

ok. kami memang cuak. da pukul 7.15. muka2 pak guard dan mak guard garang menerobos dalam minda kami .habislah kami.

alhamdulillah kami selamat melepasi halangan pertama, pondok pengawal.
senang jer, ko buat muka termengah-mengah sambil cakap basikal rosak, muka biar murah sikit, 10 sen ker.. komfem lepas.

tiba halangan yg kemuncak, Mr Seri.
why are you guys so......

kami terus memotong dan berkata,
"Talk to my hand.."

2 comments:

uncle qayyum: lain kali turunkan berat badan dulu, baru pasang impian tuk jadi tarzan