yay!
saya memanjatkan rasa syukur yg teramat sgt kerana akhirnya pokok2 besar bagai yg tertanam berkurun lamanya tergondol jua hari ini. mula2, penebangan berjaya ini dilakukan di challet perempuan. ingat saya, pihak kolej tidak mahu membuat penebangan di challet lelaki. puas saya berdoa, bertahajjud, termakbul jua doa saya. terima kasih kolej.
kenapa saya gembira?
pada pengamatan saya, pokok2 itu memberi banyak masalah yg mengganggu kehidupan saya seharian.
betul. disini, ingin saya senaraikan beberapa masalah yang saya hadapi:
1. pokok2 yg hidup subur rendang itu menyebabkan kawasan challet terutamanya bilik saya sentiasa redup dan teduh. situasi ini menyebabkan saya sentiasa mengantuk dan tidak dapat study. rupa-rupanya, pihak kolej memahami luahan hati saya dan berhasrat mahu menggondolkan pokok itu demi memanaskan sedikit kawasan challet. terima kasih kolej.
2. terlalu banyak kerengga yg menginap di pokok2 itu. walaupun saya tidak pernah pun terkena gigitan kerengga itu. saya terganggu dgn gerak geri mereka. dgn tiadanya pokok itu lagi, kerengga tersebut terpaksalah mencari tempat baru untuk menginap. sehai dua ini, banyak saya lihat kerengga berkeliaran di atas katil, di dalam cawan, di dalam bilik air, hatta kadang-kadang digigit ketika menyarungkan baju. mengikut kajian saintifik, gigitan serengga boleh dijadikan terapi yg baik untuk mereka yg mengidap penyakit susah bangun subuh. mungkin itulah yg difikirkan pihak kolej. terima kasih kolej.
3. selesai masalah kerengga, saya juga turut menyampah dgn semut2 hitam yg hidup menumpang di pokok2 itu. 2,3 hari ini, air milo yg tidak kehabisan sentiasa menjadi habuan semut2 hitam ini. sehinggakan gula2 yg tertutup pon menjadi mangsa. akhirnya, kami terpaksa meminum air masak sahaja. wah, sungguh mendalam pemikiran pihak kolej yg menginginkan pelajarnya sentiasa sihat dan cergas. terima kasih kolej.
itulah masalah yg sering dihadapi ketika wujudnya pokok2 itu. dan kini, masalah lama sudah selesai. terima kasih kolej.
saya kira disamping memberi kesenangan yg berlipat kali ganda kepada pelajar, pemotongan pokok ini dilihat sungguh berseni. Kalau dulu, pihak Telekom Malaysia yg begitu bangga kerana dapat mencipta pencawang-pencawang telefon yg menyerupai pohon, pihak kolej tidak kurang kretif jua.
saya begitu tertarik dgn gaya pemotongan yg dilakukan ke atas pohon ini.
cantikkan? kadang-kadang saya terkeliru samada ia tiang lampu atau pokok. hebat2.
kata mereka, penebangan pokok2 ini bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap kecekapan internet tanpa wayar atau wireless.
saya sangatlah bersetuju dgn pendapat ini. secara hukum fiziknya, gelombang akan terbelau bila pergerakannya dihalang oleh seswatu. belauan gelombang menyebabkan frekuensi asalnya tidak berubah dan panjang gelombangnya juga tidak berubah. yang berubah hanyalah muka gelombang.
ok.
bila baca balik, saya mula tidak bersetuju. hello~ teknologi wireless ini bukan teknologi sampah ok. kalau nak kata pokok tu menjadi penghalang, habis dinding challet itu bukan menghalang? kenapa tidak robohkan saja dinding-dinding itu?
sila bandingkan situasi ini. saya pengguna laptop dell, kawan saya pengguna laptop asus. di bilik saya, pada waktu yg sama. laptop saya dgn penuh elegennya tengah laju mendonlod 4 movie dan 5 video siti nurhaliza secara serentak, tetapi kawan saya di sebelah masih gigih cuba menyambung talian*edited* laptopnya dgn wireless yg sama saya sedang gunakan. akhirnya dia give up dan bunuh diri.
so, apa kes ko nak potong pokok2 bagai ha? catcher wireless laptop itu sendiri memainkan peranan yg sgt penting. kesian pokok disalah erti kewujudannya.
saya tergelak selama 2 saat dan berkata "bodoh bangang" apabila mendapat tahu sebab yg lebih kukuh penebangan pokok itu.
burung banyak hinggap dipohon itu dan membawa penyakit juga mencemarkan alam sekitar dgn tahi yg dibuang secara berleluasa.
bodoh.
no further comment sambil mata melihat peningkatan populasi tahi kucing yg berbau macam sial yg mendadak.
P/s: kepada "aku(nama samaran di chatbox)" , cuba anda ajak kawan2 anda tubuh satu blog house sendiri, dan anda sebagai salah seorang penulisnya. mesti anda dapat rasa apa yg saya rasa. kutuk kt chatbox jer tak menjadi ah~*
8 months ago
2 comments:
mcm kenal je alasan terakhir tuh...
tak ke rase semcm mengeja dan membace connect sbg konek?
aaa...
hrp2 kamu tau la ape mksdnye...
lgpun connect disebut sbg 'kenek' la...'e' yg pertame spt dlm pkataan 'emak',dan bunyi 'nek' itu mcm 'nenek' ye...
fhm x?
lalala...
Post a Comment