House of Glory

The Ultimate Sapphire

satu-satunya

post ini bukan cerita ttg hidup yg terlalu cliche di kolej ini seperti
"aku bgn pagi, kemas katil, gosok gigi dan pakai baju"
atau
"aku bgn pagi, terfikir free blok dan sambung tidur semula dan tamat.

Ini cerita Rakyat sebuah chellet yg hidup secara merana kerana punyai satu bilik air.
mungkin anda akan bertanya
"bodoh, asal xgna dua-dua" dan jawapan pasti ialah "rosak" dan anda akan bertanya lagi
"bodoh, asal x report??"
ini jawapan nya
"da habis dakwat pen da kitorang describe pasal ketidakoccayan bilik air lagi satu"
antaranya ialah
-kepala mandi (shower) itu tidak punya lubang di tengah2. maka, anda perlu membuat pusingan 360 darjah untuk mendapat jirusan air itu? hmm..susah nak faham. ok bayangkan sebuah payung yang terbuka dan anda berada di bawahnya. pancuran air yg keluar dari kepala mandi itu menyerupai payung anda. jika anda berada di tengah anda tidak akan disimbah air itu. oleh itu pusingan 360 darjah diperlukan.

anda akan bertanya
"bodoh, kenapa x buka je kepala mandi tuh?!!" dgn penuh rasa jeliknya anda bertanya.
-ok. pernah berada di bawah air terjun yg jatuh setinggi tingkat 15 sebuah bangunan? air deras yg menyimbah ke badan pada kuantiti luas keratan rentas yg besar tidaklah menyakitkan, malah menyegarkan. tapi bayangkan jika pancuran air yg keluar itu mempunyai keratan rentas seperti batang penyapu..terasa bagai ditusuk lembing sakitnya.dan sumpah anda akan trauma untuk mandi selama seminggu. takpa, guna tayammum.ok.merepek.

maka anda berkata "bodoh, gunalah bilik air lagi satu".
tumbuk diri sendiri. itu yg kami lakukan. bodoh.

disebabkan keistimewaan bilik air diatas, ia dipandang hina. hanya satu bilik air boleh berfungsi.

suatu malam, kami berbincang ttg sesuatu acara yg bakal berlangsung di kolej ini. puas kami mentafsir makna tersirat yg tersembunyi disebalik tema ini. ini kerana kepayahan untuk mncari sebuah lagu nasyid yg bersesuaian dgn tema ini. huh. repitasi perkataan "tema ini" sgt tidak perlu.

bincang punya bincang punya bincang, akhirnya kami dapat kata putus.
baik kita tidur.

jam sudah menunjukkan pukul 1.34 am dan esok blok 3 ada kelas.
---
"luqman..luqman..bgn..da pukul 8"

buat-buat terkejut sambil tgk jam sudah pukul 8 dan kedengaran sesorang tgh mandi di bilik air.
aaahhh..tidak. kelas fizik!! kalu lambat akan ditolak 10 peratus. marah2 saya smbil kira2 markah yg bakal diperoleh dgn penuh perasaan kiasu.

sabar. tunggu giliran. mandi.

dgn penuh laju menuju ke almari pakaian dan sambil mata membuat gabungan pilihan warna yg seswai antara tie, seluar dan baju. walaupun sudah lambat, penampilan perlu dijaga. akhirnya dipilih baju yg tidak perlukan tie.

8.14 am. ahhh..cepat2. buku dihumban, beg dicapai, stokin dipakai, tersepak kerusi, pintu dibuka, dikunci.

terkhali. kunci tertinggal didalam. memandang cermin dan terperasan seswatu yg aneh.

rambut.
ya.
rambut belum bersikat. ah. lantaklah. penggunaan produk syampu clear selama 5 bulan sedikit berkesan. hanya menggunakan jari. rambut menggerbang kembali teratur. *sedikir teratur*

maka hari ini, saya rasa sgt tidak terurus. siapa yg saya salahkan?

tandas.
*luqman, bukan nama sebenar

4 comments:

mknenye org itu tidak mandi...
dasyat tuh...

pe sush...
pail kan ade..
tadah je la air tuh...
xpn...
mandi kat sink pn pe slhnye...

saje cr alsan xnk mandi,kan?!!!
hahahaahahaha

 

to afiqah_10
wei...mndi a..mandi2..ish..mcm mana korng intepret post innew??
baca blik..dia mndi..

pail??idea yg menarik??tpi x elegen r mndi pakai gayung..uhuk

 

ooo...br perasan ade titik di sebelah perkataan "tunggu giliran"
sblm nih bce cm nih...
"tunggu giliran mandi"
rupenye..
"tunggu giliran (fullstop a.k.a titik) mandi"

nak mandi pn kene elegen?
mcm la ade cctv kt blek air tuh...
bkn org tau pn mandi pkai gayung...
siti nurhaliza penah mandi pkai gayung pe...
still elegen gak...

 

hish,,mana kmu tau siti pakai gayung ha??
uhuk..klu pki gayung pon msti yg berlian-brlian..lplap liplap..
haha
sudah..
saya nk showr jugak`