*dirasuk persembahan boria sapphire*
pernyataan 1: Rakyat Malaysia sangat bersopan santun dlm segala hal
pernyataan 2: saya rakyat Malaysia
kesimpulan : saya sangat bersopan santun dlm segala hal
sila nyataka akas yg wujud..
*ingat x pembelajaran matematik moden dahulu kala*
---
dulu, sebelom mndapat lesen kereta, saya sangat teringin untuk naik kereta.
lulus lesen P.
setahun berlalu.
saya jatuh cinta kembali untuk naik motor.
antara ketidaksukaan memandu kereta
-jam..sapa suka jam kan?? lagi2 kereta manual, berotot tgn saya dibuatnya
-ketidakupayaan untuk mencelah atau menyelit gaya rempit seperti menaiki motor
-perlu korbankan wang sendiri untuk mengisi minyak petrol..huh. saya belom bekerjaya
-bayak saja barang kiriman dri keluarga bila mendengar saya mahu kebandar dg kereta. ah. benci.
maka saya lebih selesa menaiki motor.
kalu hujan? ah. risau apa, saya masih remaja, berdarah muda. hujan bukan halangan besar untuk menunggang.
menunggang pada hari panas terik memberi kemachoan kpd saya tatkala menyarung kaca mata hitam.
kebolehannya untuk menyelit-nyelit tanpa rasa bersalah menyebabkan saya memilih untuk tidak memandu kereta walau hari hujan. hah.
pandu perlahan-lahan, tinggikan hidung, bagi driver kereta jeles sbb tidak boleh menyelih. ok.cukup dgn repekan.
saya pemandu berhemah, terutama tika menuggang motosikal. saya tidak terpengaruh dgn remaja-remaja rempit yg suka melanggar lampu isyarat dan memandu melebihi had yg dibenarkan.
suatu hari saya ke satu-satunya mall di kota berdekatan rumah. untuk bertemu seorang rakan atas urusan tertentu. tiada cerita menarik di mall. tamat.
maka saya pulang. trafik sedikit sesak. bunyi hon kereta memang membingitkan. saya x peduli.
lampu masih merah.
dari jauh kedengaran bunyi ngauman enjin motosikal perempit..gigih menyelit dan mncelah dari belakang, mereka megah berbaris di bahgian depan sekali smbil menunggu lampu bertukar hijau.
hijau.
PPPPrrreeeeennnggggg~~~ asap menyelubungi alam.
pemanduan mereka sangatla laju dan berbahaya. ada saja bunyi hon kereta dari pemandu tanda protes dgn tindakan mereka..saya masih mengekalkn ciri-ciri rakyat Malaysia yg berhemah. panel kelajuan motor rosak, tpi saya agak kelajuan saya sekitar 40km/j. berhemah kan??
lepas satu-satu perempit memotong motor saya. mungkin mereka perempit yg tertinggal di belakang tadi. motor mereka hebat2. kelajuan mereka jua hebat. tpi saya masih terus dgn pemanduan berhemah.
tiba2, kedengaran ngauman enjin sebuah motorsikal membingitkan telinga dari belakang saya. huh. ni mesti perempit hingusan yg paling x hebat sebab ketinggalaan agak jauh kebelakang. bunyi itu makin dekat menghampiri.
lantak la mereka.masih dlm mood pemandu berhemah.
..
..
..
tiba2, motorsikal saya dipotong laju oleh sebuah motorsikal honda buatan antik.
pakcik tua berjubah dan berserban memacu laju sambil menghembus asap motornya..
..
..
..
saya remaja, masih berdarah muda.
handle bahagian kanan dipulas habis-habisan.
pecuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuutttt!!
8 months ago
0 comments:
Post a Comment