20.10.2010. tarikh cantik yang berlangsungnya acara paling menyeronokkan di ky.
tidak lain tidak bukan;
Arabian Night Carnival
selaras dengan Evening With Sapphireacara yang dilangsungkan di Saad Square KYUEM ini dimulakan pada pukul 9pm dengan berpengacarakan neelam & syamlan. upacara dimulakan dgn pengumuman Mr Ravi yg kini telah bergelar Dr Ravi setelah menamatkan pengajian PHD beliau. kemudian, amin asmui selaku house captain sapphire merasmikan arabian night carnival dengan pengeboman 'party popper'.
saad square yang dihiasi sarang labah-labah berbelon
terdapat 15 booths yang menyediakan games
& aktiviti menarik disediakan buat para pengunjung
pengunjung dikehendaki menukar wang RM ke dinar (RM1=5 Dinar) untuk menyertai booths dengan harga 1 dinar setiap 1 booth. setiap booth menyediakan points tertentu. lima belas orang pengunjung yang mengumpul points tertinggi layak ke peringkat akhir.
antara booths yang disediakan adalah;
Henna Painting
pelbagai design henna yang menarik disediakan
pelbagai design henna yang menarik disediakan
Jualan air dan kebab disediakan bagi pengunjung yang dahaga dan lapar.
terdapat meja dan kerusi disusun ala-ala restoren di sebelah kanan saad square
sebelum acara terakhir berlangsung, terdapat persembahan menarik disediakan buat para pengunjung. setelah itu, 15 pengunjung dgn mata tertinggi dijemput ke tengah saad square untuk baling dart secara random ke arah satu belon. di dalam belon tersebut, terdapat sehelai kertas yang menentukan hadiah yg bakal dimenangi.
10 hadiah saguhati dan 5 hadiah utama
telah diagihkan kepada perserta2 terakhir yg bertuah. tidak lupa juga,
anugerah 'prince and princess of the night'
yang dihadiahkan kepada pengunjung yg memakai pakaian paling 'arab'
yang telah dimenangi oleh gadis dan jejaka di gambar di bawah.
terima kasih kepada semua yang menjayakan arabian night carnival
0 comments:
Post a Comment