House of Glory

The Ultimate Sapphire

Bukan Cerita Biasa

sudah lama tidak post sesuatu pasal sapphire. maka pada hari ni saya teringin untuk post sesuatu pasal sapphire. tapi sebelum saya post sesuatu pasal sapphire, ingin saya bercerita tentang sesuatu yg bukan pasal sapphire, setuju?

Apakah Perkara yg Membuatkan anda benci pada diri anda?
sila jgn utarakan jawapan-jawapan yg kliche sperti
1. Saya benci pada diri saya kerana saya masih tidak mampu untuk mengenali diri sendiri
2. saya benci diri saya sebab saya tidak mampu buang perasaan malas dlm diri saya
3. saya benci diri saya sebab saya tak guna masa yg diberi dgn begitu baik
4. saya benci diri saya sebab tak tumpu perhatian dalam kelas semasa belajar
*menguap*
5. saya benci diri saya kerana saya tidak mampu balas jasa dan pengorbanan ibu saya
*tersengguk-sengguk*
6. saya benci diri saya sebab snetiasa bagi jawapan yg cliche pada soalan diaatas.

tengok? anda sudah mula mengantuk dan fikir mahu close blog ini dan sambung buat latihan P3 bila saya utarakan 6 jawapan cliche ini.

pada hari ini, saya rasa sgt berdosa.

bayangkan jika anda melihat sesuatu di hadapan mata di mana nyawa seseorang itu bergantung pada tindakan pantas anda untuk menyelamatkannya. bayangkan kerana 0.001 milisaat lewatnya tindakan anda, dia mati dgn penuh tragis lagi ngeri di hadapan mata kepala anda sendiri.

bayangkan kemalangan dimana trailer yg panjang bertayar sampai ke belakang yg bila nak buat U-turn punya la susah dan kadang-kadnag samapai jem jalan melenyek dan menggilis kepala mangsa di hadapan mata anda. tragis bukan?
saya hanya perlu cakap "hei izzat, sippppppppppppp...... " prap!! hancur kene pijak. ah.

siput itu tidak berdosa. izzat juga tidak berdosa. saya yg patut dipersalahkan. sedihnya anak-anak siput itu bila tahu ibunya mati digilis selipar asadi tatkala riang membawa pulang makanan kepada mereka..sob3.

mungkin keterlaluan kerana menyamakan penggilisan trailer, tapi, siput itu. siput.

oh. terlari tajuk pula. saya mahu post sesuatu pasal sapphire.

anda sudah terbiasa membuat konsert amal ketika mandi bukan?
pernahkah anda mengalami situasi dimana setiap kali anda masuk bilik air dan mahu mandi, anda akan lupa bagaimana permulaan lagu Hanya Engkau Yang Mampu?
betul. hari ini kali ke 3 saya lupa bagaimana permulaan lagu itu, dan ia membantutkan konset amal saya.
dan saya bertekad utk kembali ke bilik dan dengar lagu itu di telefon bimbit.
ha. sudah ingat!
DJ~~ music pliiizz~

oh. pasal sapphire tu, nanti saya cerita selepas habis cerita berikutnya.

pernahkaha anda didatangi seseorang yg takla famous sangat tapi mulutnya boleh kurang famous, yg tiba2 datang menghamburkan kata-kata kesat kepada anda?

"hei, ko ni, x habis2 duk cerita pasal bende yg xde kaitan dgn sapphire dekat blog sapphire. lagi-lagi cerita pasal diri sendiri lak tuh, buat blog sendiri ah beb.."

"erk..., anda pengunjung blog sapphire ke?"

"ye la, tiap2 hari kot aku lawat. naik jemu la aku baca cerita ko yg cde kaitan dgn sapphire tuh, tu blog awam.."

apa yg bagus ttg budak ni?
1. dia bagus sebab walaupun dia sudah jemu membaca post yg xde kaitan dgn sapphire, tapi dia tetap baca dan baca dan baca, sebab tu dia jemu.
2. dah la jemu duk baca, tappi tiap2 hari jugak bukak sebab nak baca benda yg ada kaitan dgn sapphire, tapi harapan punah dan terpaksa baca carita yg tah hape-hape.
3. dia sgt concern dgn perkembangan sapphire.

apa yg bangang tentang dia?
1. hei brader, yg ko duk harap bnde pasal sapphire tengah2 bulan exam ni pehalll!!! ko ada tgk pertandingan dikir barat ke, borea ke, nasyid ke 2-3 hari kebelakangan ni???
2. dia bukan budak sapphire.

...
...
...


kesimpulan.
eksperimen berjaya. walaupun saya x post pasal sapphire, anda still baca smpai habis juga~
tahniah!
tahniah jugak kepada budak yg berharap aku post pasal sapphire sebab masih x jemu-jemu dengan jemu dia.

*jgn tanya saya siapa budak itu*

HEYYA !!



Bercakap Tentang Gelap

Kiamat sementara. Semalam bumi bergelap. Sebenarnya, tak delah gelap sangat. First time dengar iklan earth hour, saya tergelak sorang-sorang. Apakah?


Global warming atau pemanasan global lebih mudah. kalau ditanya sama ada saya support atau tak, jawapan saya ya.


pembangkang earth hour cakap, "ah,macam ada effect jer kalu tutup lampu sejam"

penyokong earth hour cakap "ada, kalau satu dunia join"


pembangkang balas "ah, xde gunanya kalu ko tutup sejam dri pukul 8.30pm ke 9.30 pm, tapi lepas tu..ha terang benderang tang-tang-tang ko bukak lampu lepas tuh. atau sebulan sebelum earth hour ko pasang airr-cond tanpa henti, kipas tak tertutup, laptop terkangkang jer terbukak, lepas tuh ko tiba-tiba semangat nk tutup lampu sejam. motif?"

penyokong balas dgn blondenye.. "dia suruh tutup lampu jer, yg lain bukak ah"


bengong.


apa pendapat kalian jika dalam kelas economics, cikgu economics anda yg tak pernah2 tanya pendapat anda tentang economics, tiba-tiba bertanyakan isu earth hour ini dengan penuh serius dan penuh minat? dan bila anda kemukakan jawapan dengan penuh fakta dan mengaitkan dengan segala mak nenek fizik yg anda tahu, sau kelas memerhati anda.


pendapat saya, sebab dia tahu saya bengap economics.


impian saya ialah pada pukul 8.30 mlm hingga 9.30 malam, saya akan menyaksikan kolej ini berada dalam gelap seratus peratus.


kenyataannya, surau gelap serta merta 5 minit (sebelum) earth hour berakhir.


ok, logically, promosi menutup lampu dijalankan kerana mahu mengurangkan penggunaan elektrik selama sejam. dan lampu juga menukarkan tenaga cahaya kepada tenaga haba. oleh itu, penutupan lampu selama sejam adalah untuk mengurangkan pembebasan haba ke bumi.


antara lampu kalimantan dan lampu yg bercahaya kuning, kalimantan lebih menjimatkan elektrik dan kurang membebaskan haba berbanding lampu kuning. jelasnya, lampu kuning tampak elegen kerana cahayanya suram tetapi ia sangat panas.


maka, saya masih tertanya-tanya kenapa surau memasang lampu kuning ketika solat isya semalam? adeih~. maaf kepada syubah ibadah (syuib a.k.a tok siak, saya menfire anda dlm blog sapphire)


apa perkara buruk bila lampu dipadamkan?

1. kadar jenayah rogol boleh meningkat serta merta. berhati-hati kepada kaum-kaum yg terlibat.

2. jenayah curi dan rompak juga boleh berlaku dgn begitu lancar. penghuni rumah yg setia pada earth hour akan berdegil untuk tidak membuka lampu walaupun rumah dirompak.

3. kadar kemalangan jalan raya meningkat kerana tiada lampu isyarat dan lampu kereta juga akan dipadamkan berikutan kepatuhan pada earth hour.

4. masalah-masalah diatas tidak perlu menjadi kerisauan pelajar kyuem, di lembah beringin. kerana nampak saya tulis "lembah beringin"?


apa yg kita nampak sebenarnya dengan kempen tutup lampu selama sejam (dan buka semula semua perkakas eletrik sehingga earth hour tahun depan)?


PROMOSI. wah, tiba-tiba teringat tazkirah asar exsyuib tentang kehebatan promosi. jelas kita nampak bahawasanya kita mudah terpengaruh dgn promosi.kenapa?


1. kepada penyokong earth hour, anda betul2 percayakah pada global warming? kenapa anda tidak terfikir yg ada dalang yg membuat duit dgn hanya mengexegeratekan (kesan PPSMI) global warming? memang tak salah pon untuk kita menghadiahkan bumi ini sebuah kegelapan selama sejam, isi utamanya ialah, promosi itu sendiri.


2. apa yg kalian dapat dgn gelap selama sejam? bumi lama-lama akan musnah juga. akan kiamat juga. kenapa nak sibuk2 tutup lampu sedangkan kereta tersedak dgn asap hitam? ini pointnya, promosi!!


3. kalau benar-benar global warming wujud, kenapa anda nak tutup lampu sedang anda semua penyumbang kepada global warming itu sendiri. CFC dari aircond, tin aerosol, peti sejuk? maka jelas sekali, promosi itu hebat!!


promosi berjaya menutup sebelah mata kita untuk bersama-sama menyelamatkan dunia dgn menutup lampu selama sejam. oleh itu, ayuhlah kita menggunakan power of advertisement untuk mempromosikan Islam di mata dunia!!


wah, jauh saya meleret, ini point saya sebenarnya.


bila baca balik, nampak macam saya adalah pembangkang earth hour. haha.


sekian.


Nota : tertanya-tanya kenapa ramai tak update blog? tiba-tiba terpandang jadual exam trials. patutlah.

Mrs Foord, I Lied.

prologue:
Today history is made.
Today is the day where you can use your hand phones widely in IELTS class.
Today is the day when your Manglish is superbly important in IELTS class.
Today is the day where you can mangle around and disturb people with your IELTS teacher is in front of you, talking.
Today is the day where you DON'T have to listen your IELTS teacher saying "interesting" words.
note : it is IELTS class
second note : it is Mrs Foord's class.

the beginning:
1 years ago, 23 March 2008.
in IELTS class.
...
"happy birthday to you,,,happy birthday to you,,,happy birthday dear I-Did..
HAPPY BIRTHDAY to You~~~"
silience.
"i'm nor going to celebrate your birthday". She said with anger in her eyes.
"I'm glad that only one of my thousands seniors remember my birthday, and he gave this to me.." an artistic memento from re-recycled colored paper.

without any obstacles, we remember the day.

conflict:
23 March 2009.
It was happened that today, the IELTS results will be announced. but, the students of block 5 have more crucial thing than that. Only they knew, only them.
a friend told me a tragedy.
"I don't have a prize for you, i'm very sorry.."
"oh dear, i would be very happy for the student who comes in and wish me in person, thank you very much!"
his lucky, because he eventually got good gred for IELTS.
me?
i don't take the result from her, so i don't wish her. thats all.

the drama:
24 March 2009, 10.35 a.m, staff cafe.

"who are you looking for, my dear?" Michael Alderson greeted.
"I,m looking for my IELTS teacher, sir..can u ..."
"may be she's in there" pointing to the dustbin.
oh dear sir~ i'm in urgent, can u spare the lame joke in the class..., i said it loudly in my heart.
~~~
"i though you want to see me tomorrow, as u said it in the texts?"
"oh really, i guess you just got my message bcoz i sent it last night.." thinking of any good topic to proceed the conversation.
"oh, i'm soory, i just turned on my handphone.."
*motif ko ada handphone tapi ko off???*
"anyway, sorry for disturbing you... may i have my IELTS result?" this was bandung's idea.
"oh, you haven't got it ha? hmm..can u please let me finish my coffee and i'll se u in the class"
oh. no. u can't. because we have something big for u..
think...think..think... (it's rather difficult if u got 6.5 for your speaking test..)

"can u wait for a moment.." oh my god. that was the rudest way to pause the conversation. i mean, she is your teacher who is talking to you, and u left it..isn't that, rude?

"guys, what are you waiting for?? cepatlah masuk"
"i'm very2 sorry Mrs Foord i can allow you to finish the coffee because.........."

ok. this is the moment. the moment that will be kept in the herstory.

"HAPPY BIRTHDAY TO YOU..HAPPY BIRTHDAY TO YOU.. HAPPY BIRTHDAY TO MRS. FOORD....HAPPY BIRTHDAY TO YOU~~~"

"oh my goodness, this is awesome!!!!" she looked at me with the eyes saying "now, i know why.."
i could see that tears shaded in her motherly eyes as she blew all the 6 candles with one blow ONLY.
what i can say is, she is not too old to be celebrated~

now, let the pictures speak for her.

:once again Mrs Foord:
:Happy ?? Birthday:
:may all your wishes come true:

:we love you:
:i love you:

p/s:this is the best class i have ever had- mrs. foord

Tamatnya sebuah Cuti yg xbrapa panjang

ya, tahniah. cuti dah habis.

ayuh kembali kesekolah..ayuh..
ayuh kembali ke new era..ayuh..
kesekolah lagi..ke new era lagi..



sebelom cuti bermula
1.tiap2 hari aku akan buat 1 past year fizik. aku ada 4, 4 hari siap ah.
sewaktu cuti
2. 1 past year fizik memrkukan 4 hari untuk siap. maka, bilangan yg berjaya?
1

sebelum cuti bermula
1. tiap2 hari, aku akan CUBA (nota : cuba) buat revision unit further statistic
sewaktu cuti
2. rujuk "nota :cuba"

sebelum cuti
1. ada 5 past years further pure, target aku nk siap atlis 2.
sewaktu cuti.
2. wah..ini paling efisien. aku berjaya buat empat
nota : buat. bukan siap

sebelum cuti
1. baca econs banyak2 sampai paham
sewaktu cuti
2. aku dah boleh hafal muka depan buku rujukan econs sebab duk pandang dia hari2 atas meja.

sebelum cuti
1. insyaAllah akan bangun awal tiap2 hari utk mengulangkaji pelajaran.
sewaktu cuti.
2. ya. tahniah. impian tercapai, tapi sekali sahaja.
yg lain semua terlajak smpi zohor.

kesimpulannya,
tak sedar diri, Alevel dah dekat.

saya mewakili rakyat sapphire ingin mengucapkan
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH!!!
AYUH KITA MULAKAN HIDUP BARU!!
LEMBARAN BARU!!
KISAH BARU!KHABAR BARU! *tiba


p/s :ada movie baru, jgn segan2 nk share yee~*

Pancaroba Padan Muka

orang kata, hidup ni jangan terlalu over.
setuju?
mula2, saya x stuju. apasal lak xleh over??
nak menang anugerah best actor, kena over.
nak popular cepat, kena over.
betul?
tapi peristiwa hari ini mengajar saya bahawa "ko hengat ko over gembira, ko akan over gembira selama-lamanya?"

ya.
kurang 5 jam saya riang gembira mendapatkan celcom upax, malang menimpa. kurang lima jam saya update blog dgn penuh keghairahan mengutuk-ngutuk rangkaian telefon maxis, tragedi hitam meragut kegembiraan.

ni mesti pengguna maxis menyumpah-nyumpah, sebab tu saya begini.
mendapat balasan.

malang satu.
henpon baru sony ericsson w660i jatuh.
aaaarrrrrrgggggggghhhhhhhhhhh~ inilah sejrah hitam henpon saya kerana untuk kali pertamanya ia terlucut dan terhempas ke lantai. uh. junamannya bagai kaca dihempas kebatu. hancur. luluh. berkecai hati saya. wahai henpon, jgnlah kamu meragam ya. ini semua angkara terlampau happy dgn celcom upax!!! argghhh!!!!


malang dua.
terperangkap dalam trafic jam yg sangat-sangat jam.ok. saya rasa ini biasa. tapi ia jadi luar biasa bila anda terperangkap dalam kereta yg tidak punyai air-cond ataupun kipas untuk meredakan kehangatan panahan cahaya mentari. huh. dahla kereta manual, berotot-otot tgn duk tukar2 gear. peluh menitik-nitik. siapa saya nak salahkan? kereta. tidak. saya sendiri sebab ngada2 pegi masuk jalan bandar sapa suroh??kononnya nak menikmati pemaandangan bandar metropolitan yg sekian lama dirindui~


malang 3.
saya accident. tahniah!!
(tiada huraian secara lanjut. masih trauma.)


malang 4.
diberi ceramah bagaimana mahu menjadi pemandu berhemah oleh pemilik kereta, ayah saya.


malang 5.
menyudahkan past years further maths pure. haha. kertas soklan saya tenung bagai nak tembus jer.

malang 6.
sudah2lah. tak yah nak lebih2 plak kan.
terima kasih Tuhan.
saya mendapat banyak pengajaran.

post ini berbaur peribadi, tapi ia kisah yg perlu diteladani.
moral : berpada-pada bila mendapat celcom upax~.

Transformasi suatu Kehebatan

pesanan kawan (friendly reminder) : pengguna talian maxis tidak digalakkan membaca post ini.


Sirah baruuuuuuu!!!! citera baruuuuuuuuuuuuu!!!



selepas dipujuk dirayu dan merasa cemburu yg amat, saya hari ini telah bergegas ke KBmall untuk mndapatkan seswatu yg sgt hangat diperkatakan di buletin utama, malah di CNN jua.
ya.
CELCOM UPAX
University of X


mengapa saya dgn drastiknya telah rela hati menjadi talam bermuka-muka, dgn mudah beralih arah pada talian celcom?
nanti saya jelaskan. ada seswatu yg menarik yg berlaku tatkala saya membuat pendaftaran.

pelanggan lain : kat sini boleh register upax x? (pelanggan ini adalah yg ketiga selepas 5 minit saya memasuki celcom point, wah~ hangat benar!)
akak celcom : boleh kalu nk register no baru, kalu nombor sedia ada kene pegi kt celcom centr kt KB nun..
pelanggan lain : ooo

kedengaran mereka berbisik-bisik (huh, nak bergosip pon slow2 r brader..)
pelanggan lain : ish, mcm mana ni? aku nk register no lama aku..kene pegi celcom centre gak ah..
kawan pelanggan lain : hish! tak mahu la aku..x mahu. akak kt sini nmpak baik skit..
pelanggan lain : erk..apa kaitan akak yg baik dgn kebolehan register?
kawan pelanggan lain : aku x suka ah pegi sana. aku pernah kena marah x pasal2. makcik sana garang wooo..xnak aku..
pelanggan lain : -_-"

bgoslah brader bedua tu gosip kuat2, biaq dengaq kt pengurus celcom kt situ.. haha. trauma benar bunyi kawan tu bercerita perihal ditengkingnya makcik celcom..


ha. inilah masanya saya meluahkan segala kegembiraan saya. *maxis reader, bersedia!!!hua3*
jom kita buat perbandingan

celcom UPAX punya kehebatan
kadar panggilan kepada rakan2 8pax (macam active10 la) = 10sen/minit
kadar panggilan ke nombor lain = 15sen/minit
hotlink punya kekurangan
kadar panggilan sama rata ke active10 = 15sen/minit
kadar panggilan ke nombor maxis lain = 32sen/minit (mahal giler ahhh!)
kadar panggilan ke nombor selain maxis = x tahu. tpi lagi mahal lah.
keputusan 1 celcom, 0 maxis

celcom UPAX punya kehandalan
sms kepada rakan2 8pax = 1/2sen @ setengah sen @ 0.5sen @ RM0.005 (OMG!!! i was like..OMG!!)
sms kepada rakan2 celcom = 1sen ajo.. sila take note ye 1sen(klu maxis, 1sen hanya kepada geng active10)
sms kepada rangkaian lain = 6sen.. oh Tuhanku!! murahnya!!
hotlink punya kelemahan
sms kepada rakan2 active10 = 1sen (ahh, kami setengah sen tahu..~)
sms kepada rakan2 maxis = 7sen. gila mahallah..kami 6sen pon kpd nombor rangkaian lain..tahu. (so, xperlu risau untuk menghantar mesej kepada semua orng. pengguna maxis terkenal dgn sikap memilih bulu. hahahaha~~ adeih~)
sms kepada rangkaian lain = 15sen. (klu xsedar, atau buat2 x sedar tak tahu lah. satu mesej 15sen.2mesej 30sen, bayangkan pengguna upax boleh menghantar 5 mesej dgn nilai sebegitu rupa...gila ahh~ )
keputusan, celcom 1, maxis 0

celcom UPAX punya keunggulan
mendapat 7hari percuma untuk membuat panggilan kepada rakan2 sealiran dan juga sms percuma tatkala menyambut hari kelahiran~~ uhhhh.. gila ah..
hotlink punya keciputan
hanya mendapat sehari panggilan percuma yakni dari pukul 12 malam sehingga 12 malam keesokan harinya tika menyambut hari jadi.. gila kedekut ahh~
keputusan, celcom 1 maxis 0

ni part paling best!!!
pengguna UPAX memiliki tempoh aktif yg saaaaaaaaannnnnnnngggggggggaaaaaaattttttttt lama, iaitu sehingga mencecah 25 tahun. tawaran ini sgt bersesuaian kepada manusia2 yg bakal ke oversea. anda tidak perlu berasa khuatir kerana nombor UPAX tidak akan mampus selagi umur anda belom mencecah 25tahun. lama gila ah tempoh aktif. x payah tiap2 sepuluh hari(kalu topup RM10) sekali untuk topup sperti malangnya pengguna maxis..hua3..
anda tidak akan sesekali menerima mesej "maap, kredit aku dah luput, tunggu 2,3 hari lagi baru topup" drpada pengguna UPAX. yeah~
keputusan celcom 1 maxis 0

malahan, tatkala anda mendaftar nombor baru anda, kredit sebanyak rm10 diberi secara percuma!!!
OMG!!!
maka dgn senang hati anda boleh menotakan (noted) kawan2 tentang nombor baru anda..
6sen x 100 orang rangkaian maxis dan digi (dan U mobile kalau ada) = RM6
1sen x 100 orang rangkaian celcom = RM1
giler ah..bru guna 7 ringgit tuh.. murah2..sangat murah!

markah keseluruhan celcom menang!!!!!! 4-0 (macam liverpool menang keatas MU..hua3)

ha, pengguna2 yg masih degil, apa yg ditunggu lagi???
ayuh, bersama-sama kita membasmi dan menghapuskan rangkaian telefon lain.haha.
gaya kacang lupakan kulit gila ah. kalu pengurus besar maxis tahu, mahu disumpah aku menjadi batu...

Hidup celcom UPAX!!!
(pengguna maxis, saya telah melarang anda untuk tidak membaca post ini, tapi anda degil juga, padan muka)

*saya,penulis masih menggunakan nombor maxis yg lama. tpi saya akan lagi girang utuk menggunakan nombor UPAX saya*

*post kali ini sangatlah peribadi, tapi apa aku kesah??? hah! ada yg x puas hati ker?? blog sapphire blog awam.. apa2 iklan yg bermanfaat harus diluluskan .. ;p*

Mari ramai-ramai kita pakat tukar!!
hidup celcom.
*kebom!!!petir memancar*