House of Glory

The Ultimate Sapphire

kisah benci

dulu, saya rasa sangat geram dengan mesin ATM terutamanya maybank. satu, sebab ia selalu menunjukkan baki duit yg semakin berkurangan yg menyebabkan saya naik menyampah. dua, sebab nilai paling kecil boleh dikeluarkan ialah nota 50 ringgit. bayangkanlah, saya hanya mahu beli tali leher yg hanya berharga 10 ringgit tapi saya terpaksa keluarkan 50 ringgit.

saya akan gila bila ada sale.

bila dah beli tali leher, baki yg tinggal 40 ringgit mula membuatkan saya gusar. mulalah saya nampak patung-patung yg disarungkan baju kemeja cantik melambai-lambai pada saya sambil berkata "baju ini sesuai untuk pemuda sekacak anda." atau terdengar t-shirt murah2 memanggil-manggil merdu nama saya.

sampai sekarang saya maki hamun diri sendiri.

kadang-kadang saya rasa nota 50 ringgit itu tidak perlu wujud sebab ia menyusahkan saya. biasalah, bila ada 50 ringgit dalam dompet, kita rasa "ah, banyaknya duit aku". suatu hari ketika dalam perjalanan ke shah alam, bas berhenti di suatu kawasan yg hanya ada kedai makan, surau dan tandas 30 sen. disebabkan ia tengah2 hutan dan saya rasa saya tidak boleh bertahan untuk 5 jam lagi bagi mendapatkan khidmat tandas percuma, saya redha.

saya meluru ke tandas dan ternampak papan tanda "buang air 30sen", ah, kacau mood betul. saya cek dompet, hanya ada 3 keping nota 50 ringgit. tiada syiling walau sekeping.

mati.

haruskah saya hulurkan nota 50 ringgit kepada mak cik muka garang gila(!) yg jaga tandas dan rela disumpah seranah tu atau buat muka 30 sen yg selalunya kurang berhasil? maka saya batalkan niat, takpa 5 jam x lama. saya pernah kot tahan selama 3 jam dalam dewan exam sewaktu menjawab further maths kertas 2 yg last2 dapat C jugak.

bila dah sampai shah alam, saya rasa saya bodoh gila. kenapalah saya tak pergi tukar duit kat restoran tuh. bangang. saya salahkan tandas tu.

hari itu, saya pergi ke maybank untuk bertemu mesin atm yg dibenci. mahu keluarkan modal nak kahwin. oh, sebelum masuk ke tempat atm tu, saya berselisih dgn 2 orng pemuda belasan tahun duduk bersembang. sejurus saya melepasi mereka saya terdengar "bang, bagi derma bang, kami xde mak ayah.." pada saya mereka bijak pilih tempat untuk mintak derma.

ya ka?

bila fikir balik, saya rasa mereka kurang bijak. mesin atm tu boleh keluarkan nota 50 ringgit saja. jarang kot saya nampak orng pemurah gila hulurkan nota 50 ringgit. yg lagi kejam ada yg minta baki 49 ringgit, boleh?

saya tekan 1000.00. kad keluar. duit 1000 ringgit keluar. rambang mata. resit keluar. saya ambik duit tu dan lipat dua. dengan ketiba-tibaan yg tak disangka-sangka, duit 1000 ringgit terlepas drpd genggaman tangan saya dan jatuh berterabur. saya tergamam. terkejut kot. 1000 ringgit atas lantai dan semua mata memerhati saya. ah, rasa bagaikan artis pula.

menggeletar tangan mengutip duit yg bertaburan bagai kaca yg dihempas ke batu (ah, lama tidak berperibahasa!) oh, tika itu saya rasa bagaikan pengemis jalanan yg mengutip duit yg dibaling orang. sudahlah berkain pelikat, sangat miskin kan rupa saya?

tiba-tiba ada suara kakak menegur
"kenapa buang duit tu dik? kalau xnak, akak nak.."
ada yg menyampuk dari belakang
"banyak sangat duit dia tu.."

saya bangun dan bagi senyum sekambing-kambingnya dekat 2 orng tuh. padan muka. apa, ingat aku nk hulur duit 1000 ringgit tu?

saat itu, saya bersyukur sebab bank negara wartakan wang kertas 50 ringgit. anda boleh bayang kalau 1000 ringgit tu semuanya adalah helaian 1 ringgit?

3 comments:

"hari itu, saya pergi ke maybank untuk bertemu mesin atm yg dibenci. mahu keluarkan modal nak kahwin."


eh, eman dah nk kahwin ke?

hua

 

ni eman ke sape?

mcm lain je gaya penulisan..hehe

 

syukri : nantikan kedatangan kad jemputan ya? InsyaAllah raya kedua nnti

imanmanan : weh iman, syuk pun tahu eman yg tulis. tang mana yg lainnya?

lagi satu, penulis amik further maths kot~ tiba