House of Glory

The Ultimate Sapphire

Bahasa Malaysia Hari Ini




hari itu saya bosan amat. selalunya setiap hari, saya akan ambil masa 1 hingga 2 jam untuk habiskan baca surat khabar berita harian yang punyai banyak gila sisipan. kalau tak buka semua rasa rugi seringgit lima puluh sen. sekadar belek-belek untuk cukupkan syarat.
tah apa-apa kan, satu set surat khabar rm 1.50. tapi bila dah jadi surat khabar lama, sepuloh kilo pon tak sampai 5 hengget. ambil untung betul apek yg cari surat khabar lama.

"surat khabar lama~~ surat khabar lama~" suara apek terkepit-kepit

oh. kebetulan hari ini ada masa lapang yang sangat lapang. saya ambil peluang untuk menganalisa ketepatan bahasa dalam surat khabar. membaca kan jambatan ilmu.

"disamping saya membaca untuk menambah ilmu pengetahuan, saya boleh menambah baik lagi kosa kata saya dan tatabahasa saya. antara yang menjadi kegemaran
saya ialah seperti majalah mangga, Hai, URTV, metro kerana penggunaan kosa kata yang sangat luas dan mudah difahami seperti
gosip letop
melertzz panas
kepoh mak dara
yang boleh saya gunakan dalam karangan dan penulisan formal saya"

jom tinjau-tinjau~

kosa kata baru hari ni.
Tebraik.
oklah, saya maafkan. penulis nak cepat siapkan laporan ini. tak sengaja tersalah taip.

kosa kata seterusnya.
Bintang.
apa yg salah dgn Bintang? benda yang berkelip-kelip di waktu malam? memang la x salah.
cuma penggunaan yang kurang tepat dalam ayat di atas. sila teliti.

ha. yang ni siyes saya takleh terima!
satu sebab salah taip perkataan itu.
dua sebab, hello~ font tu saiz empat ratus sebesar gedabak macam mak gajah mengandung sembilan bulan pun tak perasan ke cik editor oi~~
punyalah jelas tak perlu suluh-suluh lagi perkataan itu, boleh depa tak perasan. nasib baik berita ni terpapar kat bahagian "wilayah". maksudnya tak berapa dibaca umum lah. tapi itu bukan alasan. huh. rugi rm1.50 aku. boleh?

menakjubkan? ya. saya pun tergamam dengan perkataan 15Malaysia. huh.
harus jatuh pengsan takpon kena serang strok bila Dato' Sri Najib Tun Razak terbaca benda ni. haruslah beliau menangis teresak-esak bila ada yang melawan konsep 1Malaysia nya. sob3.

oh, jgn salah sangka, 15Malaysia memang wujud sebenarnya. ia adalah kumpulan filem2 hebat drpd 15 pengarah tersohor di tanah air. sebab itu ada gambar Allahyarham(mah) Yasmin Ahmad kat sebelah.

sebelum terlupa, sama-sama kita sedekahkan al-fatihah kepada Yasmin Ahmad. semoga rohnya dicucuri rahmat dan diterima Allah sebagai hambanya yang beriman. amin.


3 comments:

giler segan paper yg kononnya pilihan pertama org msia dgn tagline 'zaman dah berubah,dunia dah maju' bnyk kedalahan cenggini...lawak sunggoh!!!
btw...mmg dah terbukti ko ada masa yang aaaamaaaaaattt lapang...hehehehe...;p

 

ahah, interesting.mmg slalu pon typo n error nih tjadi.

 

bihah, ko pun salah taip gak =) haha

muniera : kan2? mcm takleh terima kadang-kadang perkataan sebesar-besar tupon salah taip..haha~