House of Glory

The Ultimate Sapphire

Jakun itu Menyeronokkan

hati rasa senang bila akhirnya berpeluang menonton Transformers 2 walaupun sekadar pada skrin laptop. saya yakin, jika saya melihatnya di pawagam, saya akan menutup mata rapat-rapat bila tiba sceens megan fox berlari-lari. juga, baru saya tahu, robot juga punya alat sulit tersendiri? dua ketul bola yg satunya mempunyai cangkuk dan satu lagi tajam-tajam. ah. seronok.

8/10 untuk transformers 2.

seminggu tidak berada di rumah, baru saya sedar mengqasarkan solat empat rakaat itu seronok. bayangkan tiap-tiap hari selama 7 hari anda sekadar solat petang 4 rakaat, malam 5 rakaat, dan pagi tentulah 2 rakaat. sekarang, bila di rumah, saya teringin nak tawaf rumah saya sejauh 2 marhalah.

bayangkan kalau dapat qasar solat subuh.

aktiviti mengeluarkan peluh melencun-lencun dengan duduk terperuk didalam bilik bersuhu 65 darjah celcius dengan hanya memakai seluar pendek menuntut keazaman dan kesabaran jiwa yg tinggi. akhirnya saya ketemu jawapan kenapa orang kaya-kaya memilih untuk teperuk di dalam bilik sauna atau bilik wap. peluh yg keluar ibarat anda jogging tanpa henti.

kata kawan saya yang punyai diameter perut menyamai seekor anak gajah, dia rela tidur sepanjang malam di dalam sauna dan bangun dengan ceria keesokan harinya dan mendapati ukur lilit perut berkurangan 1 inci.

terima kasih bank negara. akhirnya jakun saya terubat untuk merasa percutian bagaikan spa di bali.

di negeri sembilan, saya menyedari bahawa wajib untuk setiap rumah di sana memilik sekurang-kurangnya semangkuk kicap pedas masakan sendiri sebagai penambah selera, kalau ikut logiknya, sebagai penambah pedas kepada masakan yg pedas. selepas menggelupar kera terhirup kuah udang masak lemak, saya mahu wartakan peribahasa baharu.

Jangan disangka kuah masak lemak yg kuning, tiada cili padi.

percaya atau tidak, pertama kali saya berjaya membuka (atau mengopek) durian adalah ketika saya berumur 20 tahun iaitu hari ini. sebelum ini, saya tidak pernah tahu tugas membuka kulit durian sangatlah senang. hati akan bertambah riang bila melihat isi durian yg kekuningan dan keemasan. juga, ada teknik tersendiri untuk membuka kulit buah manggis.

nota penting. bau sendawa selepas memakan durian sangat menakutkan.


walau apapun peristiwa yg berlaku, saya masih sedar yg blog ini masih bukan blog saya.
ada masalah?

2 comments:

Please...buat blog sendiri *sentapzzz!!!*

 

UFSEL
cadangan anda akan dipertimbangkan
terima kasih
=)