House of Glory

The Ultimate Sapphire

Ada Kalanya, Kita Harus Kecewa...

soundtrack : Melawan Kesepian , Dato' Siti Nurhaliza Tarudin *wajib pasang*

Mentari hari ini sinarnya kelam sahaja kelihatan jauh di ufuk timur. semilir juga memuput lesu dedaun nan kering musim sejuk ini. kicauan unggas yg dulunya riang kini sepi, tidak seperti kala dulu.

benar. alam bagaikan memahami duka nestapa yg berbungkam di hati nan lara ini. ah Cempaka, laramu tidak mampu menandingi lempaian di kalbu ini. mana mungkin kamu mahu samakan derhaka anakmu dgn luka yg berparut ini.

ah, dungu. tiada siapa mahu pedulikan aku.
alam, biarlah rahsia yg terpendam ini hanya kita yg memahami.

Tuhan itu aturannya amat sirat. sirat yg hanya akal sesirat yg mampu menguraikannya. tapi manusia yg bertopengkan syaitan ini, apa yg mereka tahu???

Cipta-Musnah-Sesal-Cipta semula

Dungu.

semua benda manusia nak musnahkan tapi nak cipta satu biji benih, satu jer pon, sampai sekarang, mana mampu?

klon? ah, tu bukan seratus peratus ciptaan manusia. apa ko hengat bumi nie bapak ko yg punya??

ops. tertukar siaran pulak. kembali ke mode jiwang.

bahang mentari semakin hari semakin membakar. petang kini tak sedamai dulu. hangat, berpeluh-peluh, rimas.

dulu, seronok tatkala melihat itik-itik terkedek-kedek pulang petang. beratur bersusun panjang sambil menyanyi lagu riang. kini, itik pon sudah tidak segan berbogel di tengah2 kolam menandakan tanda protes pada bahang suria.

kenapa harus ia ditogelkan? kenapa?

tahukah mereka bahawa prinsip pembelauan gelombang sangat memberi manfaat pada penyebaran internet tanpa wayar? kalau tidak, mana mungkin cyberjaya itu ditanam pohon2 hijau walaupun konsepnya bandarnya bertemakan futuristik?

kalau dulu kadar muat turun movie sangatlah laju, ada kalanya mencecah 300 Mb/sec. semenjak penebangan hutan yg berleluasa ni, bulu betis yg dicukur pon boleh tumbuh balik kerana menanti muka Yahoo tersembul keluar di skrin laptop.

mungkin dulu saya angkuh kerana tidak pernah putus drpd mndapat khidmat wireless ini tapi itu bukan salah saya. ini semua kerana jasa baik pokok2 yg tumbuh melata itu. kalau tidak kerana pembelauan gelombang, mana mungkin saya boleh update blog sapphire saban hari??

tapi, penggondolan pokok2 ini telah memberi manfaatlah pada pelajar yg lain sebab skrang mereka mula mendapat talian tanpa wayar ini.

oklah, saya mengaku kalah. saya rela berkorban jiwa dan raga demi kemaslahatan pelajar yg lain.

kalian, bergembiralah seadanya di saat kegemilangan ini kerana anda akan mersai zaman kejatuhan ini.

itulah, ada kalanya kita harus kecewa..







komen : ini post paling tah hape-hape penah aku tulis. gasaklah ko nak benci ke ape, yg penting, aku puas hati.

p/s : wei yatz n piqah, cepat ah edit gmbar..


ekhlas,
Sanusi Habiburrahman *nickname yg bakal diguna kerana bercita-cita ingin jadi penulis novel jiwang karat*

1 comments:

wah, nama pena sanusi habiburrahman. itu nama datukku!

menarik2.