House of Glory

The Ultimate Sapphire

Pancaroba Padan Muka

orang kata, hidup ni jangan terlalu over.
setuju?
mula2, saya x stuju. apasal lak xleh over??
nak menang anugerah best actor, kena over.
nak popular cepat, kena over.
betul?
tapi peristiwa hari ini mengajar saya bahawa "ko hengat ko over gembira, ko akan over gembira selama-lamanya?"

ya.
kurang 5 jam saya riang gembira mendapatkan celcom upax, malang menimpa. kurang lima jam saya update blog dgn penuh keghairahan mengutuk-ngutuk rangkaian telefon maxis, tragedi hitam meragut kegembiraan.

ni mesti pengguna maxis menyumpah-nyumpah, sebab tu saya begini.
mendapat balasan.

malang satu.
henpon baru sony ericsson w660i jatuh.
aaaarrrrrrgggggggghhhhhhhhhhh~ inilah sejrah hitam henpon saya kerana untuk kali pertamanya ia terlucut dan terhempas ke lantai. uh. junamannya bagai kaca dihempas kebatu. hancur. luluh. berkecai hati saya. wahai henpon, jgnlah kamu meragam ya. ini semua angkara terlampau happy dgn celcom upax!!! argghhh!!!!


malang dua.
terperangkap dalam trafic jam yg sangat-sangat jam.ok. saya rasa ini biasa. tapi ia jadi luar biasa bila anda terperangkap dalam kereta yg tidak punyai air-cond ataupun kipas untuk meredakan kehangatan panahan cahaya mentari. huh. dahla kereta manual, berotot-otot tgn duk tukar2 gear. peluh menitik-nitik. siapa saya nak salahkan? kereta. tidak. saya sendiri sebab ngada2 pegi masuk jalan bandar sapa suroh??kononnya nak menikmati pemaandangan bandar metropolitan yg sekian lama dirindui~


malang 3.
saya accident. tahniah!!
(tiada huraian secara lanjut. masih trauma.)


malang 4.
diberi ceramah bagaimana mahu menjadi pemandu berhemah oleh pemilik kereta, ayah saya.


malang 5.
menyudahkan past years further maths pure. haha. kertas soklan saya tenung bagai nak tembus jer.

malang 6.
sudah2lah. tak yah nak lebih2 plak kan.
terima kasih Tuhan.
saya mendapat banyak pengajaran.

post ini berbaur peribadi, tapi ia kisah yg perlu diteladani.
moral : berpada-pada bila mendapat celcom upax~.

4 comments:

eksiden?
cedera x?
kete teruk x?
sy DGR je pkataan eksiden pon dh trauma...

*haritu kakak sy eksiden juga.tp kereta je cedera.dan sy tiada di sane.

 

ish.cuba optimis siket.haha.
kete jer cedera.sebab terlalu trauma, saya tidak dapat merakam gambar tmpat kejadian.

aceli, accident saya pon ada kaitan dengan paip air sseperti accident anda.haha

 

ish.cuba optimis siket.haha.
kete jer cedera.sebab terlalu trauma, saya tidak dapat merakam gambar tmpat kejadian.

aceli, accident saya pon ada kaitan dengan paip air sseperti accident anda.haha

 

haha...nk optimis,tp skrg tiap kali dgr word 'accident',parut sy akn berdenyut...
wah,mcm heri putar gitu tau...
hikhik...
(kalo kereta dipandu laju turun bukit dan lalu selekoh di highway pun sy kecut perut sambil menelan air liur.ini kenyataan tau.)

haa br kereta yg cedera dh trauma...skrg boleh bygkn keadaan kami?
paip air juga?sy mahu dgr cerita penuh nye...